Chereads / My Only Hero / Chapter 5 - Chapter 3

Chapter 5 - Chapter 3

Dari mula start sekolah tadi sehingga waktu rehat, guru guru bahagian form 4 mengadakan mesyuarat dengan pengetua.

Kini di koridor form 4 St. Victoria sangat lah bising. Maklumlah. Takda guru yang masuk. Kesian budak spm tingkat atas nak belajar susah. Hehe

Form 4 mempunyai 4 aliran.

•Sains & Teknologi@stem1

•Stem2

•Stem3

•Kemanusiaan & Sastera

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang aliran tu, google sendiri ye..

Jadi, setiap aliran ada 2 kelas. Naura ambil bahagian sains so dia ditempatkan di kelas pertama.

4 Violet.

Naura kini dia sudah mempunyai kawan baru.

Aryana & Aryssa.

Jadilah mereka bertiga satu group. Naura yang pada mulanya agak kekok kini tidak lagi. Kerana Si Aryssa yang agak happy-go-lucky dan selamba membuatkan Naura tidak kekok berada dengan mereka.

5 Violet

Raiqarl dan Qais berkerut dahi memerhatikan Adam yang dari tadi gelisah. Sekejap dibelek iphone. Sekejap keluar kelas. Sekejap buka buku.

Tidak sanggup menahan lagi, Qais terus menyergah Adam. Meja Adam diketuk kuat.

Pap!!

Akibat terkejut, tangan Adam laju menampar muka Qais dengan buku di tangan.

"Yeah bro! Strike!" Sorak Raiqarl.

"Auchh!! Sakitlah bongok!!"

Adam menjeling Qais. "Siapa yang cari pasal dulu?"

Qais merengus. "Eh gila! Kalau kau reti nak duduk diam dari tadi, takda masa lah aku nak kacau kau."

Adam mengerutkan dahi. "What?"

Qais menjeling Adam tajam dengan muka yang merah.

"Kitorang ni sebenarnya dari tadi lagi dok usha kau. Kau kenapa? Gelisah je kitorang tengok." Terang Raiqarl.

Kalau dibiar monyet dua ekor tu bergaduh, kang tak pasal pasal ada meja terbalik.

Adam mengeluh selepas mendengar penjelasan Raiqarl. Qais dan Raiqarl berpandangan. Kerusi di kanan dan hadapan Adam diambil.

Harith dari tadi menghilang. Tak tau pi mano. Meeting sekali dengan cikgu kot.

"Asal weh? Your face tell us that you have something in your mind." Kata Qais.

"Yeah bro.. asal ni?" Soal Raiqarl pula.

"Actually, my cousin transfered here. Today." Qais dan Raiqarl berpandangan. "Who? Kitorang kenal ke?" Soal Raiqarl.

Adam menggeleng. "Nope. She's from Korea."

Mereka berdua mengangguk sambil berkata 'ooo'. "So... where is she? What form?"

"Dia form 4 Violet. Yang aku risau sekarang ni. Keadaan dia. Dia tu. Haihh... bukannya jenis yang bergaul dengan orang. Aku takut je budak tu nangis nanti."

"Apa nak risau? Member kita kan ada." Ujar Raiqarl dengan kening yang dijongket jongket.

Qais yang faham mengukir senyuman. Adam masih tidak faham. Jadi, muka blur ditayang.

"Heshh!! Kau ni.. Mr. Harith Zafran la.. dia kan jaga bahagian form 4. Suruh je la dia tengokkan cousin kau tu." Jelas Raiqarl.

Adam mula mengangguk dan tersenyum. Terus iphone dikeluarkan. Nombor Harith dihubungi. Beberapa saat kemudian, panggilan bersambung.

"Yo bro. Asal?"

"Weh. Aku nak minta tolong sikit."

"Ha. Apadia?"

"Before that, kau kat mana?"

"Aku baru nak gerak pergi blok form 4."

"Nice! Kau tolong tengokkan sepupu aku dekat kelas 4 Violet. Nama dia Falisha Naura. Tolong tengok keadaan dia. Pastu tolong cakap kat dia, suruh dia tunggu aku dekat kereta nak balik nanti. Tolong eh? Thanks bro!"

"Eh eh! Bro—"

Belum sempat Harith membalas, Adam terus mematikan talian. Dia tahu Harith bukan jenis yang bergaul dengan perempuan.

————

Harith memandang skrin iphone yang sudah gelap dengan muka keliru. Sejak bila pulak 'cousin adam' masuk sini? Asal aku tak tahu?

Dengan persoalan yang masih bermain di fikiran, kaki panjangnya dibawa melangkah ke blok form 4.

Sampai sahaja di hadapan sebuah kelas. Harith mengetap bibir geram. "Kelas apa yang bising macam dekat club ni?!" Soalnya geram.

Mata meneliti sign board yang mempunyai nama kelas tersebut. Makin membara hatinya apabila mengetahui nama kelas itu.

Terus dibuka dengan kasar pintu kelas tersebut. Pelajar pelajar yang berada di kelas itu menjadi kecut apabila melihat senior mereka di muka pintu.

"4 Violet. What did you guys doing while the teachers gone?!" Tengking Harith.

Matanya tajam menikam setiap seorang dari mereka. Semua yang berada di kelas itu terus tertunduk. Mereka teramat kenal akan sikap dingin senior Harith. Teramat kenal.

Apalah nasib batch mereka kerana tahun itu, batch mereka dijaga oleh senior Harith.

Setiap tahun, form 4 akan dipantau dan dijaga oleh beberapa orang pelajar form 5. Dan pada tahun itu, Harith ditugaskan untuk menjaga junior mereka bersama sama dengan beberapa orang lagi pelajar.

Naura hanya diam melihat Farhan yang sedang memberi laporan pada Harith. Matanya kemudian tertancap pada Harith. Lama dia merenung wajah kacak lelaki itu sehingga tidak sedar akan Harith yang sedang menghampirinya.

Harith berhenti di tepi meja Naura. Gadis itu masih tidak berkelip merenungnya. Senyuman sinis di tayang. Jari dipetik di hadapan wajah Naura. Terkelip mata Naura.

"You're Falisha Naura. Am I right?" Soalnya dingin.

"Yes, senior." Jawab Naura perlahan dengan kepala yang ditunduk. Seram nau senior ni.

Aryana menggenggam tangan Naura. Senyuman ditahan apabila merasakan tangan gadis itu sejuk. Takut betul kau ni Naura oii...

Seisi kelas hanya memandang mereka berdua. Tiada siapa yang berani mahu membuat suara. Masing masing diam duduk di tempat sendiri.

Harith memasukkan tangan kanannya ke dalam poket. "Adam said to wait for him in the car after school."

Naura terkebil kebil. Adam? Adam sepupunya kah? Senior ni siapa? Kawan Adam ke?

Harith mendekatkan wajahnya dengan wajah Naura. "If you want to know about me, just ask your clumsy cousin. Don't stare at me like that if you want to live." Kata Harith perlahan.

Terus Naura tunduk. Merah pipinya apabila wajahnya hampir dengan wajah jejaka itu. Nafas lelaki itu terasa hangat di hidungnya.

Harith sekali lagi tersenyum sinis. Girls... boring..

Terus dia keluar dari kelas itu.

————

Naura menunggu Adam di kereta lelaki itu. Dia menyandar pada bonet kereta. Sambil menunggu, Naura menilik iphonenya.

Sebelah tangan memegang phone dan sebelah lagi dimasukkan ke dalam poket hoodie yang dipakai.

Seketika kemudian, bunyi alarm kereta menandakan lock dibuka menyentakkan Naura.

Dia menoleh ke arah kereta putih di sebelah. Tidak sempat Naura ingin mengecam tuan punya kereta, kereta itu terlebih dahulu memecut keluar dari perkarangan sekolah.Sempat mat Naura menangkap nombor plat kereta itu.

LSW 03

Berkerut seketika dahi Naura. Macam familiar huruf tu. Tapi kat mana eh? Otak cuba mengingati di mana dia menjumpai huruf itu.

"Wahai otak.. tolong la aku ni.."

"Kau cakap dengan siapa?"

Segera Naura menoleh kebelakang. Kelihatan Adam berdiri rapat dibelakangnya. Dan tanpa sengaja, bibir Adam tercium dahi licin Naura.

Terus Naura menolak dada Adam. Mukanya merah menahan malu. Adam pula menggosok tengkuk.

"Err.. sorry Sha. Tak sengaja.."

Naura mendongak memandang Adam. "Takpe.. dah la jom. Balik. Aku penat ni." Ujarnya sebelum melangkah ke pintu penumpang.

Adam segera membuka lock dan masuk ke dalam kereta. Naura juga turut masuk. Enjin dihidupkan dan kereta Audi TT hitam itu mula meninggalkan kawasan sekolah.

————

Di kediaman Dato Ahmad

Datin Idah menunggu kepulangan Adam dan Naura di hadapan pintu. Ayra yang baru melangkah masuk ke ruang utama pelik melihat mamanya berdiri di pintu masuk.Dia mendekati Datin Idah.

"Mama?"

"Yes, sweetheart?" Sahut Datin Idah tanpa menoleh ke arah anaknya. Mata masih setia memandang pagar rumah.

Ayra menggaru kepalanya. "Why are you standing here, ma? Waiting for papa?"

"Nope. I'm waiting for your older brother and sister."

Ternganga Ayra. Kepala yang tidak gatal digaru. Sejak bila pulak mama tunggu Angah dengan Kak Ngah ni?

Seketika kemudian, baru dia tahu kenapa. Mamanya mesti fikirkan Kak Sha. Takut Kak Sha tak balik dengan Angah la tu.

Oh!! Mereka sekeluarga panggil Naura dengan panggilan Kak Ngah sebab Naura sudah dianggap sebagai ahli keluarga mereka sendiri. Adik beradik sendiri. Dato Ahmad dan Datin Idah yang menyuruh.

Mulanya Naura bantah. Katanya panggilan Kak Ngah untuk isteri Adam nanti. Mereka semua tergelak. Adam kata takpa. Kawin lambat lagi. Nanti bila dah kawin baru tukar. So.. jadilah Naura, Kak Ngah dalam family itu.

"Ok ma. Kakak makan dulu ke nak kena tunggu sekali?" Soal Ayra. Biasanya dia akan makan bersama Adam dan Naura.

"It's okay. If you're already hungry, just eat first. Angah can eat with kak ngah." Jawab Datin Idah.

"Okay then. I eat first." Ujar Ayra dan berlalu pergi ke ruang makan.

Kemudian Datin Idah terdengar bunyi pintu pagar dibuka. Dia hanya sabar menunggu di pintu utama.

Dapat dia lihat kereta Adam masuk dan terus diparkir pada porch. Datin Idah mengukir senyuman lega apabila matanya menangkap kelibat Naura di dalam kereta.

Adam yang perasan wajah mamanya segera menyuruh Naura bertemu dengan Datin Idah.

"Pergi cepat! Jumpa mama. Aku rasa dari tadi dia berdiri kat pintu tunggu kau. Bag biar aku bawak."

Naura pantas mengangguk. "Thanks Angah." Naura memberikan senyuman sebelum keluar dan berlari ke arah Datin Idah.

Adam tersenyum. Apabila mereka tidak bersama keluarga, Naura jarang memanggil angah. Hanya apabila dia mahu bermanja sahaja. Tapi kalau dalam rumah, memang dia akan panggil adam, angah.

Naura menangis di dakapan Datin Idah. Sungguh! Dia rasa sangat bersalah hilangkan diri pagi tadi sehingga membuatkan seisi rumah risau. Makin bertambah rasa bersalahnya apabila Datin Idah menuggunya dari tadi di pintu rumah.

Datin Idah mengusap belakang Naura. "Shh... shh.. dah la tu Kakngah. Patutnya mama yang nangis. Ni kenapa kakngah pulak yang nangis ni? Ha? Ada orang buli ke kat sekolah? Ke angah yang buli?" Soal Datin Idah bertalu talu.

Adam yang menghampiri mereka mengerutkan kening. "Aikk?? Asal kakngah nangis ni? Mama tak nangis pon." Ujarnya.

Naura segera memukul lengan Adam. "Ishh!! Sukatilah!! Sebok je angah ni!! Pergi masuk sanalah!" Ujarnya sambil mengelap sisa air mata.

Adam tergelak. Suka dia mengusik Naura. "Dah dah. Listen here. Next time, please don't do like this again. Understand, Falisha Naura Kang?" Pesan Datin Idah tegas.

Pantas Naura mengangguk. "Understand, mama! Promise!"

Apabila mama sudah sebut nama panjangnya, maknanya mama memang serious. Kalau dia buat lagi, silap silap Datin Idah report pada mummynya.

Habislah dia. Kena balik Korea semula. Dan Naura akan pastikan benda tu tak akan berlaku. Dan dia sudah berjanji dengan dirinya.

Once she promised, she will never turning back. She will never do that again.

TBC