Chereads / give me money / Chapter 2 - Melarikan diri.

Chapter 2 - Melarikan diri.

Aarav menghempas tubuh kecil Kirania kedalam kereta dan kemudian duduk disampingnya. Lian, anak buah yang paling dipercayai Aarav juga merangkup tangan kanannya langsung menghidupkan enjin sebaik bosnya tiba. Kirania meronta dan berkali-kali memukul bahu Aarav sekaligus minta dilepaskan tapi Aarav hanya memekakkan telinga sehingga Kirania tekad untuk membuka pintu disampingnya untuk melompat keluar dari kereta tapi dengan pantas Aarav sempat menghentikannya dan mengunci tangan Kirania sambil mencengkam kedua pipi gadis itu dengan kasar. Kali ini Kirania mulai takut kerana ekspresi Aarav boleh dibilang menyeramkan.

''Awak nak pergi mana?'' tanya Aarav dengan tatapan dingin.

''Saya minta maaf, tolong lepaskan saya encik...'' Kirania merayu dengan linangan air mata.

Aarav melepas cengkamannya diwajah Kirania dan memintanya supaya jangan berbuat perkara bodoh. Kirania mengangguk.

''Saya tak boleh lepaskan awak. Awak dah lupa kalau saya dah beli awak dengan harga 1 billion?''

Kirania terdiam. Aarav mengerling sekilas kearah Kirania yang sudah menunduk tidak bersuara. ''Awak tahu dimana Annam sekarang?''. Kirania tersentap sebaik Aarav mengungkit tentang ayahnya, dia menggeleng tanda tidak tahu. ''Tak guna awak cuba sembunyikan dia sebab saya mungkin akan biarkan dia hidup seandainya awak bekerjasama''.

''Apa yang awak nak buat dengan ayah saya?!'' Tanya Kirania panik.

''Awak tak payah tahu, sekarang saya tanya awak dimana Annam sekarang?''

''Saya tak tahu, encik. Ayah dah lama tak balik ke rumah.'' Jawab Kirania jujur dan Aarav juga boleh membaca dari ekspresi Kirania kalau gadis itu tidak berbohong. Mereka berdua hanya diam membisu dan hanya esakan Kirania yang terdengar walaupun Aarav langsung tidak megambil kisah walaupun Kirania menangis sampai sembab.

Kurang lebih 20 minit kemudian, mereka akhirnya tiba dirumah Aarav yang terlihat cukup mewah dari luar dan Kirania yakin rumah agam ala barat itu juga pasti terlihat mewah dan elegan dari dalam tapi terasa rumah yang mewah itu akan menjadi penjaranya mulai sekarang kerana dari awal keluar dari kereta Aarav sudah memberitahunya kalau dia tidak dibenarkan untuk keluar dari perkarangan rumahnya, walaupun laman rumah lelaki ini terlihat luas bagaikan satu lapangan stadium antarabangsa tapi tetap saja Kirania merasa tempat ini terlalu sempit untuknya. Aarav menarik lengan Kirania mengikutinya masuk dan sebaik pintu dibuka, seorang pelayan lelaki yang berumur agak lanjut terlihat segak dalam kot hitam khas pelayan bintang lima menyambut kami dan Aarav terus memberikan jaket berwarna coklat yang dipakainya kepada pelayan itu, dia juga memberitahu supaya menyediakan air mandiannya. Setelah mengangguk patuh, pelayan itu pun pergi melaksanakan tugasnya dan kini dua orang pelayan wanita pula yang menghampiri kami, mereka terlihat dewasa mungkin dalam umur lewat 20. Aarav terus melepas lenganku kearah mereka dan aku sempat disambut sebelum aku terjatuh kelantai. ''Bersihkan dia.'' Ujar Aarav dingin.

Mereka berdua juga menunduk tanda mengerti dan meminpin Kirania kearah tangga menuju tingkat dua. Kirania masuk kedalam bilik tidur yang mewah dan cukup memuatkan bilik air sebesar rumah sewanya. Kedua pelayan itu membantu gadis itu bersalin dan membasuh belakangnya sebelum Kirania berendam didalam air yang hangat. Kini mereka menunggu diluar dan menyediakan pakaian ganti untuknya. Kirania mengambil waktunya dibilik air untuk memikirkan apa yang akan terjadi kepadanya sekarang?. Dia boleh saja dibunuh atau dijual kepada orang lain dan mungkin juga aka dijadikan gadis kelab malam atau pelacur. Kirania menggelengkan kepalanya mencoba menghapus bayangan buruk dalam kepalanya. Dia memeluk lutut dan membenamkan separuh kepalanya kedalam air sehingga paras hidung untuk membuatnya bernafas. Tanpa disangka air matanya mengalir, dia menangis dalam senyap memikirkan betapa dunia sangat kejam kepadanya. Dia membayangkan ibunya dan berharap dapat menemui ibunya sekarang, ayahnya juga pergi meninggalkannya dan dia merasa sudah tiada tempat untuknya dalam dunia ini. Matanya terasa perih dan kepalanya semakin berat kerana menangis. Seandainya aku mati sekarang, adakah aku akan dapat berjumpa ibu?.

Tanpa berfikir panjang Kirania membenamkan seluruh kepalanya dalam air dan membiarkan nafasnya tersekat, dia memejamkan mata dan membiarkan kesadarannya semakin hilang. Sakit, dia merasa sangat sakit kerana tidak dapat bernafas tapi seandainya rasa sakit adalah bayaran yang harus dibayarnya supaya dia dapat berjumpa dengan ibunya Kirania langsung tidak mengendahkannya. Apa yang dirasakannya beberapa waktu yang lalu sudah cukup sakit apalagi menerima kenyataan kalau ayahnya sendiri rela menjualnya kepada pemiutang dan kini dia berada dibawah tangan seorang ketua mafia yang kejam. Dia tahu kalau dia hanya menunggu waktu untuk merasa sakit, kalau bukan sekarang mungkin nanti atau esoknya dan yang pasti dia takkan dapat lari jadi apa bezanya dengan merasa sakit sekarang?. Dan satu hal yang membuatnya menyesal adalah... Dia tetap tidak dapat membenci ayahnya. Ayah yang telah meninggalkannya dan menjualnya.

Ayah... Kirania mulai merasakan kesadarannya mulai hilang dan semuanya berubah kelam, pandangan dan fikirannya. Kosong. Kini dia berada dalam satu ruangan yang kelam. Tiada satu cahaya pun didalamnya dan Kirania kembali menangis, seperti saat dia masih kecil. Menangis dan menangis sehingga terdengar suara ibunya memanggil dari belakang, Kirania menoleh dan tertawa riang melihat ibunya. Dia bingkas bangun dan berlari mendapatkan wanita yang sedang membentang kedua tangan kearahnya, sedia untuk menyambutnya dalam dekapannya. Kirania berlari sambil memanggil ibunya tapi wanita itu semakin jauh dan jauh sehingga Kirania hampir hilang nafas mengejarnya, suaranya hampir tidak keluar dan ibunya juga semakin jauh dan ruangan itu kembali kelam dan...

''Huahh!!!'' Kirania membuka mulutnya luas sambil mencoba mengambil sebanyak oksigen yang mungkin untuk mengisi paru-parunya yang hampir berhenti. Dia termengah-mengah apabila menyedari tubuhnya kini diangkat oleh sepasang lengan sasa keluar dari air. Mata Kirania membesar melihat Aarav menatapnya dengan pandangan tajam, tak... nampak seperti risau dan Aarav juga terlihat termengah-mengah dengan rambutnya yang acakan dan Kirania sedar kalau sebelah kaki lelaki itu sudah pun masuk kedalam tab mandinya menyebabkan seluar dan baju kemejanya basah begitu juga wajahnya. Gadis itu sedar kalau Aarav mungkin berlari kecut kedalam bilik air untuk menyelamatkannya... Atau... mungkin tidak.

''Tak guna!! berani awak cuba membunuh diri? Awak nak mati ke?'' Aarav langsung mengacukan pistol kekepala Kirania sebaik dia menghempas tubuh mungil gadis itu diatas katil. Kirania pantas menutup tubuhnya yang terdedah dengan selimut dan kini menggeletar hebat. Aarav naik keatas katil dan terus menolak Kirania jatuh serta mencengkam lehernya kasar dan masih mengacu pistol tepat dikepalanya, Kirania meronta untuk melepas cengkaman dari empunya tangan sasa itu tapi gagal.

"Awak ingat awak boleh larikan diri dari saya dengan cara membunuh diri? heh! fikir sekali lagi budak. Kalau saya dapat tahu awak cuba bunuh diri sekali lagi, saya akan tarik awak balik dari kematian dan saya sendiri yang akan bunuh awak.'' Pandangan Aarav lalu tertuju kearah dada Kirania yang kini sudah terdedah. Dia tersenyum sinis. "Awak tahu, ayah awak berhutang dengan saya dan saya yakin... samada dia ataupun awak pasti takkan dapat melangsaikan semua hutangnya pada saya dan saya terfikir cara lain yang awak boleh buat untuk membayar hutang lelaki tua tak guna tu..." Aarav melepas cengkamannya dileher Kirania dan mulai membuka butang bajunya satu persatu, dia kini mengunci kedua tangan Kirania dan naik keatasnya. Seluruh tubuh Kirania mulai menggeletar hebat. Aku takkan dapat lari! dia terlalu kuat.

"Pastikan awak dapat menghibur saya lebih baik daripada perempuan yang lain dan saya akan mempertimbangkan keselamatan ayah awak." Suaranya terdengar sangat dekat ditelingaku dan nafasnya kini berhembus mengenai leherku yang masih basah. Tolong! ibu, tolong aku!.

Kirania memejamkan matanya dan air matanya kembali mengalir, sekuat tenaga dia mencoba menyembunyikan suaranya dari keluar tapi esakannya jelas terdengar. Aarav berhenti mendekati gadis itu apabila melihat dia mulai menangis. "Chh! Sekarang awak buat saya hilang selera'' Aarav melepas cengkamannya seraya berjalan kearah pintu. ''Cepat salin baju awak dan turun. Awak pasti tak makan lagi."

Kirania terdiam kaku, mendengar ucapan Aarav dia sedar kalau perutnya memang sudah berbunyi