Chereads / give me money / Chapter 3 - I'll give you money so give me yourself

Chapter 3 - I'll give you money so give me yourself

Kirania memakai salah satu baju yang disediakan didalam almari, hampir tiada yang muat dengan fisiknya kerana Kirania yakin kesemuanya adalah pakaian Aarav. Akhirnya Kirania memakai baju T-shirt berlengan pendek dengan warna hitam dan terdapat gambar ular yang seakan tatto dibelakangnya sedangkan didepannya hanya warna hitam kosong. Sebaik berjalan turun, Kirania melihat lelaki itu sedang menikmati minumannya dimeja makan dan sebaik melihat kehadiran Kirania, Aarav langsung mempelawanya untuk duduk. Dia berjalan perlahan kearah meja makan dan duduk dibangku bersebelahan dengan Aarav seperti yang diarahkannya. Kirania menunduk kerana tidak berani untuk menatap pandangan matanya yang sedari tadi lekat menilik wajahnya seakan pandangan Aarav boleh membuat lobang dikepalanya.

''Awak nampak kelakar dengan baju tu.'' Tiba-tiba Aarav membuka bicara sebelum mengalihkan pandangannya kearah sup hangat yang terhidang dihadapannya. Tidak lama setelah itu seorang pelayan yang tadinya membantu Kirania dibilik air kini datang menghidangkan semangkuk sup hangat seperti yang sedang dinikmati Aarav. Gadis itu tidak berani untuk makan dan melihat situasi itu, Aarav lantas menyedok sesuap sup dari mangkuk Kiandra dan menyuap terus kemulutnya. Kirania terpana.

''Nampak? saya tak suruh letak racun pun, jadi berhenti merenung dalam sup dan makan.'' Ujar Aarav masih dengan nada tegasnya. Kirania menurut, dia membuka mulutnya dan tidak dapat menyangkal kalau sup tersebut sangat sedap. Terasa hangat dan mungkin setelah semua hal teruk yang dialaminya sehingga sekarang, dapat mencicipi sup sesedap ini mungkin adalah hal yang paling dapat disyukurinya hari ini. Tanpa sedar air mata menetes dipipi gebu milik Kirania membuat Aarav terpana dan tanpa dapat menahan diri, Aarav menarik kepala Kirania mendekat dan lantas dia menjilati air mata Kirania. Spontan Kirania terkejut dan menolak dada Aarav menjauh. Wajahnya merona hebat dan jantungnya tidak dapat berhenti berdegup laju. Aarav tertawa lepas melihat ekspresi Kirania yang menurutnya sangat menarik.

Aarav menopang kepala dengan tangan kanannya sambil melihat kearah Kirania yang sedang duduk disebelah kirinya. ''Awak akan jadi bahan hiburan yang menarik, Kiran.''

Kirania agak terdiam kaku dan terpana mendengar namanya disingkat sehingga terdengar seperti nama panggilan yang memberi efek dekat. Tapi, macam mana lelaki ini boleh tahu tentang aku? tentang ayah?. Kirania tak dapat berhenti memikirkan keberadaan ayahnya sekarang dan menurut keadaan yang dapat difahaminya sekarang, Aarav sedang mencari ayahnya dan yang paling teruk... Kirania mencuri pandang lelaki yang sedang sibuk menyuap sup kemulutnya itu.

Lelaki ini mungkin akan membunuh ayah... Aku tak boleh terus berada disini, aku mesti melarikan diri dari tempat ni dan mencari ayah sebelum lelaki ini menemuinya. Kirania bergelut dengan fikirannya sendiri sambil menikmati makan malamnya. Tanpa sedar, Aarav yang sedari tadi memerhatikannya seakan boleh membaca semua yang sedang difikirkan gadis itu lantas dia tersenyum sinis.

Malam itu, Kirania terkejut besar melihat Aarav berjalan masuk kebiliknya dalam keadaan hanya memakai seluar pijama tanpa pakaian. Aarav menegaskan kalau bilik itu adalah biliknya dan jelas Kirania bungkam, ini bukan rumahnya apalagi bilik yang terdapat didalam rumah sudah tentu juga bukan miliknya. Tanpa bayak kata, Aarav langsung naik keatas katil dan membaringkan tubuhnya yang terasa letih sedangkan Kirania duduk memeluk lutut dipenjuru bilik.

''Saya tak kisah kalau awak nak masuk dalam selimut saya. kat bawah tu sejuk tau.'' Ujar Aarav dengan senyum nakal sambil membuka selimutnya untuk mempelawa Kirania masuk tapi gadis itu masih bersikeras dengan pendirirannya. Lagipun, dia tidak diajarkan untuk menjadi gadis yang tidak tahu malu dan dengan mudahnya akan merangkak masuk kedalam katil lelaki asing hanya sebab lantai terasa sejuk. Dia bukan wanita murahan. Melihat Kirania tidak memberi respon, Aarav mulai merasa bosan untuk menyakatnya dan akhirnya lelaki itu terus tertidur. Kirania berjalan keluar dari bilik Aarav dan berjalan turun kedapur. Dia duduk sambil membaringkan kepalanya diatas meja makan. Matanya terasa berat dan dia terasa ingin terus tertidur. Kirania terlelap.

Aarav hanya berdiri kaku seketika melihat Kirania tertidur dihadapan pintu peti sejuknya dalam keadaan memeluk lutut. Lelaki itu yang baru saja bangun dari tidur lantas menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil menghela nafas panjang. ''Oy!'' Aarav menyenggol Kirania menggunakan kakinya. Dia terlalu malas untuk menunduk. Melihat Kirania masih tertidur, lelaki itu menyenggolnya lagi dengan lebih kuat sehingga membuat Kirania terjaga dan dia mengulas-ngulas matanya dan spontan matanya terbelalak melihat sosok Aarav sedang berdiri dihadapannya.

''Tepi sikit, saya nak ambil air.'' Ujar Aarav santai. Kirania pun merangkak kesamping membiarkan Aarav mencapai botol air mineral besar yang tersimpan dalam peti sejuk. Aarav melihat kearah Kirania yang masih duduk termenung sambil memeluk lutut.

''Apa yang awak fikirkan?''

''Hah?...''Kirania terkejut mendengar pertanyaan Aarav. Lelaki itu berjongkok dihadapan Kirania dan menatap kedalam matanya lama, Kirania terpaku dan gugup pada masa yang sama. Aarav seakan sedang mencoba untuk membaca apa yang difikirkannya.

''Awak tengah fikirkan orang tua tak guna tu?'' Bibir Aarav mengukir senyum sinis dan kata-katanya sedikit menyakiti perasaan Kirania. Dia tidak suka seseorang memburukkan ayahnya ataupun memanggil ayahnya dengan panggilan yang tidak enak didengar. ''Ayah saya bukan orang tak guna!'' Kirania menegaskan membuat mata Aarav membesar. Sejak semalam mungkin baru kali ini dia melihat gadis itu menatapnya tajam dan bersuara lantang. Sangat berani!. Senyuman Aarav semakin lebar.

''Heh, hanya orang tak guna yang akan menjual anaknya sendiri kepada pemiutang.''

''Saya tak suka dengar awak terus menerus memburukkan ayah saya! Jadi berhenti!'' Kirania tidak lagi gugup dan berani bertatap mata dengan Aarav membuat lelaki itu semakin teruja.

''Kenapa? awak tak nak dengar sebab semua yang saya cakap tu betul kan? Awak bela macam mana sekalipun tapi awak tetap tak dapat nak ubah kenyataan kalau orang tua tu memang... tak guna.''

''Tarik balik kata-kata awak tu...'' Suara Kirania terdengar parau kerana menahan amarah. Dia menggepal tangannya kuat dan bila-bila masa saja dia akan sedia melayangkan tumbukan tepat kewajah Aarav.

''Putus asa sajalah Kiran, ayah awak telah pun abaikan awak.''

Tak dapat menahan emosi, Kirania terus menolak tubuh Aarav dan naik keatasnya. Gadis itu menumbuk wajah lelaki itu berkali-kali sambil menangis menyuruh Aarav untuk meminta maaf tapi Aarav seakan langsung tidak merasa bersalah dan dia juga tidak melawan, membiarkan Kirania melepaskan kemarahan padanya.

''Apa yang awak tahu tentang ayah saya? Dia adalah sosok yang penyayang sebelum kematian ibu. Dia menjaga dan melindungi saya...'' Tumbukan Kirania melemah kerana esakannya. Kini dia berhenti menumbuk Aarav dan menarik kolar baju lelaki itu sambil terus menerus memprotes. ''Awak tak layak untuk menghinanya seperti itu, ayah saya... Ayah saya adalah orang yang hebat. Dia membantu saya menyelesaikan kerja rumah, memasak makanan kesukaan saya dan memeluk saya saat saya tak boleh tidur kerana teringatkan ibu. Mungkin dia tersilap langkah dan mengambil keputusan serong kerana terdesak tapi saya yakin... Ayah...'' Air mata Kirania menetes kewajah Aarav yang masih tidak berganjak setelah ditindih Kirania.

''Saya yakin ayah akan menjadi seperti dirinya yang asal seandainya kami keluar dari situasi ini dan memulai hidup yang baru... Saya yakin... Jadi jangan hina ayah seperti itu. Awak tak tahu macam mana sunyinya ditinggal sendiri sedangkan ahli keluarga yang kita sayangi sedang diluar entah dimana. Awak takkan faham macam setiap harinya saya akan berdoa supaya Tuhan menjaganya dan awak tak tahu macam mana awak nak suap nasi setiap harinya tanpa tertanya-tanya apa yang dimakan ayah hari ini? Awak tak tahu macam mana awak nak buang perasaan takut seandainya suatu hari satu-satunya ahli keluarga itu pergi untuk selamanya dan meninggalkan kita sendiri... Awak tak tahu semua tu...'' Tangis Kirania pecah, Dia melepas kolar baju Aarav dan menekup wajahnya sambil terus-terusan menangis.

Aarav hanya menghela nafas panjang. ''Betul cakap awak tu...''

Kirania melihat kearah Aarav yang sedang menatapnya dengan ekspresi kosong. ''Saya takkan pernah faham sebab... Dari awal lagi... Saya sudah pun sendiri...'' Aarav bangkit dan menolak tubuh Kirania bersandar dipintu peti sejuk dibelakangnya. Dia mengesat air mata Kirania perlahan. ''Jangan menangis, awak akan buat mata awak sembab lagi.''

Kirania agak terpana melihat perlakuan Aarav yang lembut, seolah-olah dia adalah orang yang berbeza dengan sosok yang berdiri dihadapannya beberapa minit yang lalu. Terbesit dalam hati Kirania mungkin lelaki ini masih punya hati nurani, mungkin dia boleh merayu supaya dilepaskan. Tapi hal itu hanya khayalan semata dan Kirania terdiam kaku mendengar jawapan Aarav setelah dia mengutarakan niatnya untuk pulang.

''Awak mungkin mulai merasa bangga hanya sebab saya memperlakukan awak dengan baik sehingga awak lupa dimana tempat awak. Awak masih lagi hak milik saya yang berharga 1 billion, Jangan berangan nak keluar dari sini seandainya saya tak memberi izin. Sebagai hak milik saya awak mesti berada disini bila-bila masa saya perlukan awak.''

Hak milik?!! Fikiran Kirania seakan berhenti. ''SAYA BUKAN HAK MILIK AWAK!!'' bantah Kirania kasar. Aarav tersenyum sinis melihat bantahan Kirania.

''Awak nampak tak gembira. Bukan ke awak boleh dapatkan apa saja yang awak nak disini? sekurang-kurangnya awak tak payah nak bekerja lebih masa lagi hanya untuk membeli sesuatu yang lama awak berkenan.''

''Tiada siapa yang akan gembira menjadi hak milik orang lain, hidup saya adalah milik saya sendiri. Lagipun saya akan lebih gembira mendapatkan apa yang saya nak dengan hasil usaha saya sendiri daripada mendapatkannya dengan mudah tapi langsung tiada nilai.''

Aarav tertawa kecil. ''Heh, awak tak sedar kalau awak hanya akan membebankan diri sendiri seandainya awak berpegang pada pendirian kuno seperti itu. Dizaman sekarang, semua orang rela melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diinginkan dengan mudah.'' Lelaki itu berjalan kearah Kirania dan mengeluarkan seikat uang dari laci yang terletak tepat dibelakang Kirania. Posisi mereka saat ini sangat dekat seakan boleh dianggap sedang berpelukan. Aarav memberikan uang itu kepada Kirania dan berbisik perlahan.

''Berhenti bersikap degil dan datang kebilik saya malam ni.'' Ujar Aarav sambil menghulur uang tersebut kedalam poket seluar pijama yang dikenakan Kirania. Gadis itu sempat terpaku kemudian dengan spontan menolak dada Aarav menjauh. ''Awak ingat saya ni... APA?!!''

Aarav melihat uang ditangannya dengan wajah datar. ''Kenapa? sikit sangat ke?.''

''Tak guna!! Awak ingat semua dalam dunia ni dapat dibeli dengan duit?! Saya masih ada harga diri dan saya takkan menjualnya walau sebanyak mana pun yang awak tawar!!''

Lelaki itu lalu mendengus kasar lalu melempar uang tersebut kelantai dan menyepaknya jauh. ''Kalau awak tak nak, saya pun dah tak tahu nak guna duit tu untuk apa.'' Aarav terus beredar dari hadapan Kirania kembali menuju kebiliknya yang terletak ditingkat dua.