Chereads / give me money / Chapter 7 - Dia memiliki segalanya, termasuk... Diriku...?

Chapter 7 - Dia memiliki segalanya, termasuk... Diriku...?

Elly berjalan kearah seorang lelaki berusia lanjut yang sedang duduk dibangku kesukaannya sambil menikmati kopi pekat dari bubuk kopi asli itali. sangat berkelas dan terlihat menawan dari penampilan dan gayanya. ''Ayah...'' Panggil Elly manja lalu duduk diriba lelaki itu. Ayahnya hanya tertawa melihat sikap manja putri semata wayangnya.

''Ada apa? kamu nak sesuatu ke?.''

Elly hanya tersipu sambil mengecup pipi lelaki itu lalu mengutarakan hajatnya. ''Ayah nak seorang menantu tak?''

Mata lelaki itu membesar kerana terkejut mendengar pertuturan putrinya. ''Kenapa tiba-tiba...?''

''Ayah sendiri pun tahu kan kalau saya sangat mencintai Aarav. Jadi, buatlah sesuatu supaya saya boleh berkahwin dengannya.''

''Aarav? Aa, budak mafia tu? Elly, awak tahu kan kalau ayah ni pengerusi organisasi pengedar ubat haram?. Kenapa ayah yang mesti buat sesuatu supaya kamu berkahwin dengannya bukan ke memang dari dulu dia sudah menjadi milik kamu?.''

Mendengar kata-kata ayahnya, Elly terus memuncungkan mulutnya, cemberut. ''Dia membeli seorang pelacur dan nampak sangat tertarik dengan pelacur tu sehingga dia langsung tidak mempedulikan saya lagi.'' Rungut Elly.

Ayahnya tertawa besar. ''Pelacur? Kenapa nak risaukan seorang wanita pelacur kelas bawahan?. Budak tu takkan tertarik dengan perempuan seperti itu, ayah yakin dia akan membuang pelacur tu setelah puas bermain dengannya.''

Elly masih tidak berpuas hati dengan Aarav dan kata-kata ayahnya sangat diragui kerana dia sendiri melihat bagaimana tatapan lelaki itu terhadap Kirania dan tatapan itu tidak hanya diberikan kepada wanita separuh waktu untuknya. Tatapan penuh makna dan seolah-olah dia melihat masa depannya dalam diri wanita itu. Elly turun dari pangkuan ayahnya dan melipat tangan kedada. ''Saya tak nak tahu, yang penting ayah cepat atur perkahwinan kami.''

''Baiklah sayang.''

Malam ini, Kirania bekerja sambilan disebuah restoran makan dan menurut pengurus restoran tersebut, malam ini restoran disewa penuh untuk mengadakan suatu jamuan jadi semua pekerja harus menjadi pelayan sehari dijamuan tersebut dan sudah tentu Kirania bersetuju kerana gaji mereka akan dinaikkan malam ini kerana bonus dari pelanggan. Mungkin malam ini adalah hari keberuntungan bagiku, fikir Kirania riang dan mula bersiap-siap untuk masuk bekerja.

Lewat pukul 8, restoran tersebut mula dipenuhi dengan ramai tetamu pelanggan yang terlihat terdiri dari golongan kelas atasan. Kirania maklum kerana restoran tersebut juga termasuk restoran kelas tinggi. Kerana tetamu semakin ramai, mereka hampir tidak cukup tangan dan pengurus sendiri turut membantu. Kirania membawa dulang berisi gelas minuman dan tanpa sengaja melanggar bahu salah seorang tetamu, dia pantas menunduk meminta maaf tapi tetamu tersebut mula membentaknya dan mencemuhnya dengan cemuhan kasar. Kirania tidak berani untuk mengangkat kepalanya dan hanya boleh meminta maaf, pengurus restoran datang dan mencoba meleraikan pertikaian tersebut tapi tetamu tersebut masih marah-marah sehingga membuat seluruh isi restoran terdiam dan berbisik-bisik dan sudah tentu mengumpat Kirania walau mereka tahu dia boleh mendengar semuanya.

''Tunggu dulu, saya tahu muka awak ni...'' Ujar tetamu tersebut. ''Awak ni, anak Annam yang dijual kepada saya kan?''.

Kirania tersentap lalu mengangkat wajahnya perlahan melihat sosok wanita paruh baya yang sedang berdiri bercekak pinggang dihadapannya. Dia adalah pemilik bar yang pernah membelinya dari pemiutang dan melihat sahaja ekspresi wajah Kirania yang memucat dia tersenyum sinis. ''Kenapa awak boleh berada disini?...''

Kirania terdiam dan semua tetamu sedang terfokus kearah mereka, kearah pembicaraan mereka.

''Haa, saya tahu. Pasti encik Aarav dah tak nakkan awak lagi kan?.'' Wanita itu tertawa besar sehingga membuat tetamu lain turut mentertawakan Kirania. Dia mendekat dan mencengkam wajah Kirania kasar, menatapnya dengan penuh kebencian.. ''Saya dah agak, cepat atau lambat dia tetap akan bosan dengan perempuan macam ni. Tapi, saya tetap tak puas hati kerana encik Aarav mempermalukan saya seperti haiwan hanya kerana awak. Awak ingat lagi kan?.''

Kirania menelan ludahnya mengingat kejadian Aarav menghamburkan uang dihadapan wanita itu. Dia juga turut teringatkan kejadian Aarav menghamburkan uang dihadapannya. Kirania mengehela nafas perlahan, mungkin menghamburkan uang adalah salah satu hobi lelaki itu.

''Saya rasa saya tak layak mendapat layanan seperti itu. Awak tak rasa macam tu?''

''Saya minta maaf...'' Sekali lagi Kirania menunduk meminta maaf.

Wanita itu melipat kedua tangannya kedada dan berbicara dengan nada yang sangat angkuh. ''Awak rasa minta maaf sahaja cukup?!!...'' Dia mencapai seikat uang dari dalam beg tangannya lalu menghamburkan semua uang tersebut dihadapan Kirania. ''Awak pasti nak bonus untuk malam ni kan?. Ambiklah, semua tu bonus untuk awak.''

Kirania terdiam kaku. Entah kenapa kemana sahaja dia pergi semua orang mempermalukannya, merendahkannya dan menginjak-injak harga dirinya. Pengurus restoran terus meminta wanita itu untuk tidak keterlaluan tapi dia lantas mencemuh dengan bengis. ''Seandainya dia tidak mengambil semua duit tu, saya takkan membyar sesen pun untuk malam ini.''

''T... Tapi...'' Ujar pengurus panik.

''Takpe pengurus, saya cuma perlu mengutipnya.'' Kirania tersenyum tapi lelaki yang menjabat jawatan sebagai pengurus tersebut tetap merasa kasihan tapi dia tidak boleh melakukan sesuatu. Wanita dihadapannya merupakan seseoang yang berpengaruh dan dia pasti tak nak membuat musuh dengan mereka. Bukan sahaja mereka boleh mencelakakan sesiapa tapi mereka juga boleh merampas harta orang lain.

Kirania merendahkan tubuhnya kelantai dan mengutip uang kertas itu satu persatu hanya mengabaikan ejekan dan hilai tawa para manusia-manusia kelas atasan tersebut. Mungkin bagi mereka dia adalah bahan hiburan yang menarik dan tak apa menjatuhkan harga diri seseorang hanya demi keseronokan mereka. Kirania terus mengutip sehingga terdengar suara seseorang dari pintu restoran dan suara yang cukup membuat semua orang terdiam itu sangat dikenalinya.

''Awak tolak duit pemberian saya dan sanggup kutip duit yang dihamburkan oleh sampah ni? Heh, awak memang lembab atau manusia spesis terancam?.'' Aarav tertawa besar dan melangkah masuk kedalam dengan gayanya yang tidak kurang angkuh malah lebih tiada nilai nurani walau hanya dari gayanya berjalan. Dia berdiri disamping Kirania dan menyepak uang kertas yang sempat bertempat dibawah tapak kakinya. ''Uish! kotornya!. Awak nak kutip lagi ke?'' Dia membuat ekspresi jijik sambil tersenyum sinis kearah Kirania. Gadis itu tergamam dan hanya boleh menatap lantai. Terlalu malu untuk memperlihatkan wajahnya yang yang berkerut dan matanya yang mula berkaca-kaca.

''En...Encik Aarav...'' Suara wanita itu terbata-bata kerana gugup. Pandangan Aarav kini beralih kearah wanita paruh baya dengan solekan tebal dihadapannya. Wanita itu menggeletar dan tidak berani untuk menatap mata Aarav. Seluruh isi restoran terdiam. ''Kiran, berdiri.'' Arah Aarav tapi Kirania masih terduduk menatap lantai, kakinya seakan terasa lemas dan tiada tulang untuk berdiri dan seluruh tubuhnya menggeletar menahan tangis.

''Saya tak akan cakap dua kali.'' Nada Aarav terdengar tegas dan Kirania tahu perkara buruk akan terjadi seandainya dia membantah kata-kata lelaki itu untuk kali kedua. Perlahan Kirania mencoba bediri dengan kepala yang masih tertunduk kebawah. Dia tak nak sesiapa melihatnya menangis dan terlihat lemah terutama dihadapan Aarav. Duit yang dikutip ditangannya digenggam erat, menahan marah. Aarav menolak dagu Kirania keatas supaya dia boleh melihat wajah gadis itu dengan jelas. Air mata yang tak tertahan dan pandangan matanya yang kabur dengan air mata tidak cukup untuk menutup pandangan Kirania dari melihat wajah lelaki itu yang sedang tersenyum sinis kearahnya. Iya, senyuman mengejek seolah dia berkata kalau semua yang dikatakannya betul dan Kirania membuat pilihan yang salah.

''Tatapan yang indah.'' Ujar Aarav sambil mengesat air mata Kirania. '' Mata awak nampak lebih bersinar kerana air mata. Saya sangat sukakannya...'' Aarav menarik wajah Kirania mendekat sehingga mereka kini bertatap mata. ''Seperti... permata Amethyst... Sangat lembut dan menenangkan hati.''

Senyuman dan sentuhan Aarav membuat Kirania lemah dan cair. Lelaki itu melayangkan satu kucupan dibibirnya dan memberikan Kirania satu pengalaman baru. Ciuman yang dalam. Kirania tak dapat menolak selain membalas ciuman yang menurutnya luar biasa. Lelaki ini tahu macam mana untuk melumpuhkan wanita. Kirania lemas dan Aarav langsung mengangkat tubuhnya seperti membawa budak kecil dengan lengan sasanya. Kirania masih meneteskan air mata dan dia pantas memeluk leher Aarav supaya dia boleh menyembunyikan wajahnya.

Aarav menatap wanita dihadapannya dengan tatapan sinis seperti tatapan helang yang ingin menerkam mangsanya. ''Saya lega awak nampak sehat...''

Semua tetamu mula berjaga-jaga dan mengeluarkan peluh didahi. Semua orang tahu lelaki ini paling benci bercakap dan kalau seandainya dia berpura-pura basa basi...

''Maafkan saya, encik Aarav...'' Wanita itu pantas menunduk merayu lelaki supaya memberinya simpati.

Aarav tidak berkotek dan masih menatap wanita itu tajam. ''Awak patut tahu kalau saya paling benci untuk mengulang kata-kata yang sama dan sangat membenci jika seseorang mengusik 'kepunyaanku'''. Aarav berlalu dan aku mendengar dia sempat membisikkan sesuatu kepada Lian sebelum membawaku menuju kearah tempat dia memarking keretanya.