Chereads / give me money / Chapter 10 - TEMBAKAN!

Chapter 10 - TEMBAKAN!

Kirania merasa sesuatu yang berat menimpa tubuhnya membuatnya agak sukar untuk bangun dan sebaik kesadarannya pulih sepenuhnya, dia terkejut melihat Aarav berbaring disampingnya dan sedang memeluknya erat. Lengan lelaki itu melingkar dipinggangnya dan sebelahnya lagi dibawah leher Kirania seakan dia memangku kepala gadis itu semalaman. Aarav masih terlihat lena dalam mimpi sehingga Kirania mencoba bangkit dengan terburu-buru membuat Aarav turut terkejut dan terjaga. Dalam keadaan separuh sedar, lelaki itu menatap Kirania dengan pandangan aneh sambil sebelah matanya masih sulit untuk terbuka. ''Ada apa ni?.'' Tanya Aarav santai seakan situasi mereka seranjang bukanlah hal yang besar. Kirania tergamam dan tidak menjawab pertanyaan Aarav lalu terus berjalan kearah bilik air. Dia terpana dan jatuh terduduk sambil menekup mulutnya, wajahnya merona dan dia sendiri dapat merasakan kalau pipinya terasa hangat menahan malu. Kirania bangkit dan melihat bayangannya dicermin, iya wajahnya terlihat sangat merona sekarang.

''Haih, apa yang sudah saya lakukan?...'' Kirania merasa nak sangat mengubur kepala ketanah kerana merasa malu. Dia mengingat semuanya dan bagaimana mereka boleh seranjang, bukannya mereka melakukan apa-apa tapi Kirania masih tetap merasa kalau dia sudah pun melakukan hal yang tidak sepatutnya, malah... dengan lelaki itu?!. Wajah Kirania berubah sayu. ''Dia sudah mempunyai teman wanita...'' Bayangan Elly, sigadis cantik dan seksi yang dilihatnya didalam bilik Aarav mengganggu fikirannya dan saat itu pemikirannya membuat Kirania tersentap, terkejut. ''Kenapa saya memikirkannya? Saya kisah apa kalau dia ada teman wanita?''. Iya, sepatutnya dia langsung tidak mahu mengambil peduli apa-apa tentang lelaki itu selain keselamatan ayahnya tapi kenapa memikirkan kalau lelaki itu juga tidur seranjang dengan wanita lain membuat Kirania agak terganggu dan dia tidak menyukai perasaan yang dirasakannya saat ini.

Kirania keluar dari dalam bilik air dan kelihatan Aarav masih menyambung tidurnya setelah dikejutkan Kirania barusan. Gadis itu berjalan mendekat dan melihat ekspresi wajah Aarav yang tenang dari dekat dan mungkin baru kali ini dia dapat menilik wajah lelaki itu dengan sangat dekat dan selama ini. Kirania melihat helai rambut Aarav yang acak-acakan dan wajahnya yang sedang lena tampak sangat naif dan dia seakan tidak menyangka kalau wajah manis dihadapannya itu adalah milik lelaki tiada simpati ataupun belas kasihan. Tatto dilehernya juga ketara dan sebaik Kirania mencuba menyentuh tatto tersebut, dia terkejut apabila Aarav mengganti posisi tidur sehingga membuat Kirania malu sendiri. Dia menggenggam tangannya sendiri sambil menghela nafas lega kerana Aarav masih terlena. Dia selamat daripada tertangkap mencuba menyentuh leher lelaki yang sedang tertidur ataupun sekurang-kurangnya itu yang difikirkan Kirania dan sialnya selalu saja yang terjadi sebalik yang difikirkannya. Aarav sudah pun terjaga dan sedang menarik tangannya membuat Kirania mendekat dan dia terpaksa menopang sebelah tangannya didada Aarav untuk mengelak daripada terlalu dekat dengan wajahnya.

''Apa yang awak cuba lakukan tadi?...'' Goda Aarav dengan senyum sinis yang seksi. Wajah Kirania merona, dia cepat-cepat mengalih pandangannya kearah lain dan mencuba mencari alasan tapi kosong, dia tidak dapat memikirkan apa-apa alasan kerana jelas-jelas dia sedang mencuba menyentuh lelaki itu. ''Saya.... Saya cuma nak tengok... tatto awak dengan lebih jelas...'' Akhirnya, Kirania terpaksa jujur kerana seandainya dia membuat alasan yang lain dia yakin dia hanya akan memalukan dirinya sendiri kerana Aarav pasti tahu.

Aarav agak terpana dengan jawapan jujur Kirania. Dia pun melepas tangan Kirania lalu membuka baju T-shirt hitam yang dipakainya dan menampakkan tubuhnya tanpa alas dan serta merta adegan tersebut membuat Kirania semakin merona dan terus memalingkan wajahnya kearah lain kerana dia dapat merasakan kalau jantungnya hampir meletup bila-bila masa saja dari sekarang.

''Kenapa awak alih mata awak kearah lain?.''

''Haa?!!!'' Kirania kehilangan kata-kata mendengar pertanyaan Aarav. Lelaki itu mencapai tangan Kirania membuat Kirania terpaksa meliat kearahnya. Aarav meletakkan tangan Kirania dilehernya. ''Awak cakap nak tengok lebih dekat jadi... jangan alih mata awak kearah lain.''

Nafas gadis itu seakan tersekat kerana tangannya kini menempel dikulit leher maskulin lelaki itu. Tapi, dia merasa sesuatu dari lukisan tatto sarang labah-labah dileher Aarav. Tak sedar, Kirania sendiri yang mendekat dan kini berada dipangkuan Aarav sambil mengelus-ngelus leher lelaki itu dengan lembut. Betul seperti sangkaan Kirania, ada sesuatu disebalik tatto itu yang membuat tatto tampak hidup tapi dia tidak tahu apa itu, seolah-olah kulit dan urat Aarav sendiri dibuat menjadi lukisan. Tapi ini bukan urat, fikirnya. Kirania masih leka memikirkannya dan tidak menyedari kalau wajah Aarav sangat dekat dengannya sehingga dia dapat merasakan hembus nafas lelaki itu didahinya tapi dia tidak terlihat terganggu kerana terlalu leka melihat lukisan tatto Aarav.

Mata Aarav juga tidak beralih dari melihat tatapan Kirania yang penuh dengan rasa ingin tahu dilehernya. Akhirnya Aarav membuka bicara terlebih dulu. ''Semua itu parut...''

''Apa?...'' Kirania terkejut.

''Dibawah lukisan tatto itu... semuanya adalah parut dari kesan bakar.''

Mata Kirania membesar seakan tidak percaya. Macam mana lelaki ini boleh mendapatkan kesan bakar yang seperti ini.

''Saya tak nak parut tu terlihat sebagai kelemahan saya jadi saya melukiskan tatto diatasnya.''

Kirania melihat kearah Aarav dengan pandangan sayu penuh rasa perhatian membuat Aarav agak bungkam dan dia tidak tahu bagaimana untuk membalas tatapan sedemikian. ''Apa yang terjadi? kenapa awak boleh terluka sampai macam ni?''.

Aarav tersenyum sinis dan mengelus wajahnya dengan nafas panjang. ''Kenapa tiba-tiba awak berminat nak tahu tentang saya?.'' Kata-kata Aarav membuat Kirania tersentap dan menjadi malu sendiri. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia nak tau dan kenapa dia nampak perhatian terhadap lelaki itu. ''Saya tak kisah kalau awak nak terus duduk kat sini dan elus leher saya macam tu tapi, saya patut bagi amaran kalau awak boleh buat terangsang dan saya mungkin akan hilang kawalan.''

Kirania terkejut dan terus berdiri menjauh dari Aarav, dia tak sedar kalau sejak tadi dia sudah pun duduk sangat dekat dengan lelaki itu. Aarav hanya tertawa kecil lalu bangkit dari ranjang menuju bilik air. ''Cepat bersiap, saya hantar awak balik.'' Ujarnya ringkas.

Sepanjang perjalanan, Kirania hanya berdiam diri sambil memerhati jalan yang dilewati mereka. Jalan terlihat sibuk diawal pagi dan dia leka melihat beberapa pelajar sekolah menengah yang sebaya dengannya sedang berlomba-lomba dengan bas yang akan berhenti di stesyen dan ada juga yang berbasikal dan ada juga yang berjalan kaki. Kirania tidak dapat menyatakan bagaimana dia sangat teringin untuk kesekolah seperti mereka tanpa perlu risau tentang pemiutang yang akan datang mengetuk pintu rumah dan meminta uang. Aarav menyedari kemana hujung pandangan Kirania dan apa yang membuatnya mengelamun panjang.

''Setiba dirumah, saya nak awak kemas barang-barang awak. Bawa mana yang penting saja.''

Sekali lagi mata Kirania terbelalak kerana terkejut, langsung tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan Aarav walaupun lelaki itu tidak bertutur dengan bahasa asing. ''A... pa?....''

Aarav hanya melihat sekilas kearah Kirania dan tidak menjelaskan selain arahan lain pula yang diutarakannya. ''Saya tak bercakap hal yang sama dua kali. Jangan buang waktu dan ambil barang awak cepat.''

''Tapi kenapa?!... Awak sendiri yang cakap kalau awak benarkan saya hidup sendiri dan saya selalu membayar hutang awak setiap bulan jadi takde alasan saya nak ikut dengan awak lagi.'' Protes Kirania tidak puas hati. Dia merasa kalau dirinya akan kembali dimasukkan kedalam sangkar. ''Saya tak nak!'' Jawab Kirania tegas. Tak sedar, Aarav sudah pun menghentikan keretanya tepat dihadapan rumah sewa Kirania. ''Saya tunggu awak kat sini.''

''Heh, apa yang buat awak fikir kalau saya akan ikut seperti apa yang awak cakap dan kembali kedalam kereta seperti anak yang manis?''

''Awak mesti ikut cakap saya sebab awak 'milik' saya.'' Ujar Aarav santai dan sentiasa dengan ekspresi kosong dan angkuhnya itu.

''Saya tak ingat bila saya jadi 'milik' awak dan saya tak nak ikut awak.'' Kirania keluar dari kereta dan menutup pintu kereta kasar. ''Awa boleh pergi sekarang.''

Aarav menatap kearah Kirania tajam dan sejujurnya, Kirania tidak berani dengan tatapan itu tapi dia juga tak nak terlihat lemah jadi dia hanya menguatkan diri. ''Saya tak bercakap hal yang sama dua kali.''

seluruh tubuh Kirania merasa agak bergetar mendengar arahan keramat daripada Aarav dan dia tahu seandainya dia tidak menuruti kehendak 'yang mulia' bermakna dia sedang berada dalam bahaya. Kirania masuk kerumah dalam keadaan kesal dan sedih pada masa yang sama. Kenapa Aarav memintanya untuk kembali bersamanya? kenapa dia terpaksa kembali kerumah besar yang seakan istana itu tapi hanya terdapat kesunyian dan kekosongan didalamnya, dan Kirania paling tidak senang seandainya dia terpaksa melihat sosok Elly yang sedang bermesra dengan Aarav sekali lagi. Dia hanya memejamkan mata dan menggelengkan kepala untuk membuang bermacam bayangan yang muncul dibenaknya dan apa yang harus dilakukannya sekarang adalah mengambil barang yang penting sahaja untuk dibawa bersama, dia tak tahu apa yang lelaki itu akan lakukan sebaik mereka meninggalkan rumahnya dan yang jelas dia sudah mula merasa nyaman dan selesan dirumah kecil dan sederhana itu. Kirania menatap kearah bingkai gambar yang terletak dikepala tempat tidurnya, dia agak termenung seketika melihat bagaimana lebar senyumannya bersama sahabat karibnya Dan. Dia mengamati foto itu lama sehingga tanpa sedar Aarav berdiri dipintu biliknya sambil melipat tangan kedada.

''Teman lelaki?''

Kirania terperanjat sebaik mendengar suara lelaki itu dibelakangnya. Dia pantas menyembunyikan bingkai gambar tersebut kebelakang kerana takut untuk memikirkan apa yang akan dilakukan lelaki itu seandainya dia salah memberi jawapan. ''Ini foto kawan baik saya, saya nak bawa sekali... boleh tak?''

Aarav masih dengan reaksi datar. ''Saya tak rasa kalau itu hal yang baik. Seandainya pemiutang berjaya mendapatkan awak dan menggeledah barang-barang awak untuk mencari Annam, secara tak langsung awak akan membahayakan nyawa kawan baik awak sendiri.''

Kirania terdiam kerana kata-kata Aarav ada betulnya. Dengan terpaksa, Kirania meletakkan kembali bingkai tersebut dan berjalan kearah Aarav perlahan. Dia nampak kecewa dan sudah semestinya sedih. Bukanlah dia sudah kehilangan sahabat baik tapi mengikuti seorang ketua mafia bermakna dia akan melalui kehidupan yang sangat berbeza dengan kehidupannya sekarang dan seandainya dia tak nak orang yang penting baginya terluka, dia harus meninggalkan semuanya dibelakang dan mungkin takkan mendapat peluang untuk menoleh lagi. ''Saya dah siap.'' Ujar Kirania sayu. Aarav hanya mengerling sosok kecil itu berlalu disampingnya menuju pintu depan, dia mengekor dibelakang dan sebaik Kirania membuka pintu Aarav terkejut apabila menyadari seseorang sedang membidik pistol tepat dihadapan Kirania, pantas lelaki itu spontan menarik Kirania kebelakangnya dan tembakan tersebut mengenai dadanya. Kirania kaku ditempat melihat Aarav rebah keatasnya. Tangannya menggeletar menyadari darah hangat keluar dari dada Aarav. Kirania terkejut mendengar tawa sinis dari penembak dihadapan pintu. Dia menggeletar hebat dan langsung tidak berani untuk melihat kearah lelaki yang berdiri dihadapannya tapi lelaki itu sendiri yang mendekat dan berjongkok dihadapan Kirania.

''Selamat berkenalan, anak penjudi tak guna.'' Ujar lelaki itu dengan suara yang terdengar agak serak dan tawa mengejek diakhir kata-katanya. Kirania hanya dapat mematung ditempat. Lelaki itu beralih kepada Aarav yang sedang menahan sakit. ''Lama tak jumpa, Aarav...''

Kirania terkejut apabila lelaki itu kembali mengacu pistol dikepala Aarav. ''Saya tak sangka kita akan berjumpa dalam situasi seperti ini... tapi, kisah apa.... Selamat tinggal.'' Senyum lelaki itu semakin sinis dan jarinya siap untuk menarik picu pistol ditangannya, Kirania yang menggelabah spontan memeluk kepala Aarav menghalang tembakan tersebut dan...

BANG!!