Chereads / give me money / Chapter 16 - malam pertama diparis

Chapter 16 - malam pertama diparis

Kirania melihat Aarav tak lekang dari telefon bimbitnya sebaik mereka tiba dihotel. Kirania tahu kalau Aarav sebenarnya seorang yang sangat sibuk tapi dia tidak pernah melihat Aarav bercakap ditalian selama itu, biasanya Lian akan mengambil alih jika urusan tersebut terlalu mengambil masa. Kirania hanya duduk diatas sofa sambil memerhati Aarav yang sedang kehulu kehilir dibaloni. Bilik hotel yang mereka tempati memang terkesan mewah baginya tapi Kirania tahu kalau Aarav pasti akan memilih hotel yang lebih mewahdari ini jadi kenapa dia memilih untuk menginap disini dan kenapa dia hanya check-in untuk satu bilik sahaja?! memikirkannya sahaja membuat wajah Kirania memerah.

Tidak lama setelah itu, Aarav menutup panggilannya dan melihat kearah Kirania yang sedang duduk sopan tepat berhadapan dengannya. Aarav memanggil Kirania dengan mengisyarahkan tangannya supaya Kirania berjalan kearahnya. Kirania pun bangun dan berjalan kearah balkoni, Aarav tampak agak tertekan kerana dia terus menyalakan rokoknya dan mengacak-acak rambutnya. Kirania kini berdiri disamping Aarav yang sedang melepas asap dari mulutnya. Dia melihat kearah gadis itu agak lama sebelum memulakan bicara.

''Saya tahu awak nak datang sini untuk mencari orang tua tu, tapi...'' sekali lagi Aarav menghisap puntung rokoknya dan melepas asap berkepul-kepul. ''Lebih baik awak jangan keluar seorang diri kalau awak nak jumpa dengan orang tua tu dalam dunia ni.''

Kirania menelan air liurnya kerana kata-kata Aarav jelas berbunyi ancaman. ''Kalau... kalau macam tu, macam mana saya boleh jumpa dengan ayah saya?'' Tanya Kirania dengan nada suara yang agak tertahan. Aarav mengamatinya lalu menarik dagu Kirania supaya gadis itu melihat kearahnya. ''Saya dah cakap kalau awak boleh gunakan saya... Jangan buat apa-apa dan duduk kat sini diam-diam. Saya yang akan cari orang tua tu dan bawa dia kepada awak...'' Tangan yang tadinya menarik dagu Kirania dengan kasar kini mulai lembut dan membelai wajah gadis itu. ''Jadi, awak hanya perlu duduk disini dan tunggu saya. Sudah tentu dengan bayaran..'' Aarav tersenyum sinis.

Wajah Kirania spontan memerah. ''Apa... apa maksud awak?''

''Kan saya dah bagitau awak, awak perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang awak nak. Saya akan bawakkan orang tua tu tanpa awak perlu kotorkan tangan sendiri jadi awak tak rasa kalau awak sepatutnya balas budi saya dan berikan saya sedikit ganjaran?.''

Kirania terdiam.

Aarav hanya tertawa kecil melihat Kirania memasang wajah keliru dan risaunya, dia merasa geram melihat ekspresi itu seakan boleh saja dia memakan gadis kecil itu bulat-bulat seperti serigala membaham arnab.

''Jadi, apa yang awak nak sebagai ganjaran?''

Aarav hanya mengusap kepala Kirania lembut. ''Saya akan fikirkannya nanti, awak berehatlah.'' Lelaki itu terus menyarung kembali kot hitamnya dan bersiap-siap untuk keluar. Belum sempat dia membuka pintu, Aarav menoleh kearah Kirania. ''Ah, walaupun saya cakap awak jangan kemana-mana saya tak maksudkan awak mesti bekurung dibilik ni. Lagipun sekarang kita tengah bercuti... ini...'' Aarav meletakkan kad kreditnya yang pernah ditolak Kirania dulu diatas meja. ''Ambil ni dan pergilah berseronok, beli apa saja yang awak nak. Lian akan temankan awak kemana saja awak nak pergi.'' Usai tersenyum kearahnya, Aarav menghilang disebalik daun pintu dan Lian mengetuk pintu dan berjalan masuk setelah aku memberi izin.

''Awak nak pergi kemana-mana ke hari ini?.''

Kirania terdiam, dia hanya menggeleng dan menyuruh Lian berehat kerana dia juga masih merasa penat melalui 2 jam penerbangan tadi. Sebaik Lian keluar, Kirania terus merebahkan tubuhnya diatas katil dan tanpa sedar dia terlelap. Dia tidak pernah tidur diatas katil seselesa ini, sebelum bertemu dan dibawa kerumah Aarav. Kirania tertidur dan tak sedar waktu berlalu. Sebaik Kirania membuka mata, dia terkejut apabila mendapati susana didalam biliknya gelap, hanya lampu tidur disamping katil yang menyala dan Kirania mendapati makan malam yang berbungkus rapi terletak diatas meja kecil dibawah lampu tidur siap dengan surat dari Lian.

Kirania sedar kalau perutnya sudah pun berbunyi. Dia langsung bangkit dari katil dan duduk diatas kerusi yang terletak dibalkoni dan menikmati makan malamnya sambil mengamati pemandangan kota paris dimalam hari. Dia hanya duduk termenung tanpa menghabiskan makanannya kerana teringatkan ayahnya dan sekarang dia malah teringatkan lelaki itu. Kirania tampak jengkel apabila melihat tiada satupun pesan atau panggilan masuk dari Aarav. Kemana lelaki itu sekarang? adakah dia sudah makan malam? ataupun dia sedang sibuk mencari tahu keberadaan ayah?. Kirania menggeleng-gelengkan kepalanya kerana tak setuju dengan pemikirannya sendiri. Tak, tak mungkin Aarav akan bersusah payah untuk itu. Dia boleh saja mengarahkan anak buahnya untuk melakukannya. Sebaik Kirania hendak menyantap kembali makanannya, tiba-tiba pintu bilik hotelnya terbuka, dia bingkas bangun dengan steak yang sudah dicucuk pada garfu ditangannya untuk melihat siapa yang datang dan sudah tentu bukan Lian kerana Lian akan mengetuk pintu terlebih dulu sebelum masuk.

Mata Kirania membesar melihat sosok Aarav yang datang dengan keadaan mabuk dan baju yang terlihat sangat serabai, sekarang dia terlihat seperti lelaki gelandangan daripada ketua mafia berprestij tinggi. Ada apa dengannya?, bajunya renyuk dan kotor. Kirania pantas mendapatkan Aarav yang sudah pun terduduk dipintu, tak larat lagi untuk berjalan dan matanya tertutup dengan nafasnya yang naik turun.

''Awak tak apa-apa?'' Kirania mencuba menyentuh pipi Aarav dengan jari telunjuknya tapi nampaknya lelaki itu sudah pun tertidur. Kirania mencuba lagi dan kali ini Aarav membuka matanya dan mengangkat kepala melihat kearah Kirania, Kirania menjauh dan menutup hidungnya kerana bau alkohol yang sangat kuat terhidu dari mulut dan bajunya.

''Apa jadi? awak pergi mana?''

Aarav terlihat masih tak sedarkan diri sepenuhnya dan suara Kirania seakan diambang-ambang. Tiba-tiba perut Aarav berbunyi membuat Kirania sedikit menahan tawa kerana merasa kalau kejadian itu sangat lucu. ''Awak nak makan ke? nah, saya bagi awak saya punya.'' Kirania menghulur steak digarfunya kepada Aarav dan lelaki itu hanya mengamati makanan itu lama. Nampaknya steak yang sudah sejuk memang bukan seleranya.

''Kenapa ni, awak tak nak?'' Kirania menarik kembali tangannya tapi Aarav sempat menangkap tangan Kirania dan menarik Kirania mendekat dengannya. ''Betul ke awak bagi saya awak punya?'' Tanya Aarav dengan suara agak serak. Kirania langsung mengangguk dan kembali menghulur steak ditangannya. Tapi Aarav langsung tidak mengambil steak tersebut melainkan terus menghala kearah bibir Kirania dan menjilat kesan sos yang tersisa dimulut Kirania. Gadis itu mematung dan steak ditangannya terjatuh. Aarav melihat kedalam kedua mata Kirania yang sudah terbelalak besar, dahinya menyentuh dahi Aarav yang terasa agak hangat. ''Kalau macam tu, saya nak makan 'awak' ''.

Suara Aarav terdengar bagaikan angin bagi Kirania kerana malam itu, dengan sinar lampu tidur yang samar-samar, bau alkohol yang menyesakkan hidung dan jelas aroma khas lelaki itu terasa sangat dekat dengannya. Bahkan Kirania langsung tak sedar bila Aarav mengangkat tubuhnya keatas katil? yang dia ingat adalah ketika Aarav menciumnya dengan sangat berahi membuat fikiran Kirania kacau dan tak sempat untuk berfikir dengan jelas tentang keadaan saat ini. Lelaki itu memang sangat pandai bercium, ciuman yang cukup membuat Kirania berasa terbang dan cair pada masa yang sama. Bau alkohol dari mulut Aarav seakan membuat Kirania turut mabuk. Melihat bagaimana Aarav menanggalkan bajunya sehingga membuat otot lengan dan perutnya ketara, Kirania mula berfikir... Mungkin dia boleh membenarkannya kali ini? mungkin saja apa yang terjadi sekarang adalah mimpi kerana lelaki itu takkan pernah melayaninya dengan sangat lemah lembut seperti yang dilakukannya sekarang.