Chereads / give me money / Chapter 14 - siapa yang awak percaya?

Chapter 14 - siapa yang awak percaya?

Kirania berjalan lemah sambil mengesat matanya yang masih basah menuju kearah kereta Aarav. Lelaki itu langsung turun dari kereta dan mendapatkan gadis itu untuk menenangkannya. Dia berdiri dihadapan Kirania membuat langkah Kirania terhenti dan gadis itu melihat kearahnya. Suasana agak kaku kerana Aarav juga kehilangan kata-kata, mana taknya? lelaki itu bukan seorang yang lembut hati yang pandai memujuk perempuan apalagi budak bawah umur seperti Kirania. Akhirnya, setelah berusaha berfikir apa sahaja yang akan menyenangkan seorang wanita melalui pengalamannya, Aarav pun mencapai dompetnya lalu memberikan kad kreditnya kepada kirania, dia tak faham maksud disebalik pemberian itu lalu melihat kearah Aarav dengan penuh tanda tanya. Aarav lalu menolak kepala Kirania supaya menjauh dan kemudian mengelus lembut kepalanya atau mungkin caranya agak jauh dari maksud 'lembut'?.

''Ini... untuk apa?'' Tanya Kirania sambil menghulur kad kredit yang diberikan Aarav kepadanya.

''Untuk belanja.'' Balas Aarav singkat. Kirania memuncungkan bibirnya, sudah tentu dia tahu kalau benda tipis untuk digesek itu tujuannya untuk berbelanja tapi yang nak ditanya untuk apa Aarav memberikan kad tersebut untuknya?. Kerana malas untuk melayan sikap pelik lelaki itu, Kirania menyerahkan kembali kad kredit tersebut kepada Aarav dan langsung menaiki kereta. Aarav agak terpinga-pinga kerana sebelumnya, berapa ramai wanita yang akan tersenyum lebar ketelinga seandainya dia memberikan kad hitam itu kepada mereka lebih-lebih lagi gadis seksi yang selalu mencarinya, Elly.

Tanpa banyak kata, Aarav sangat tidak berpuas hati apabila Kirania tidak mengendahkannya seperti itu, dengan sedikit rasa jengkel dan agak kecewa, dia menghidupkan enjin keretanya dan melajukan kenderaan itu dalam kecepatan diluar kadar minimal membuat Kirania agak gugup dan mula menggenggam erat tali keledarnya. Dia tak berani bertanya kerana Aarav terlihat jengkel dan itu menandakan kalau dia takkan senang untuk mendengar apa-apa pertanyaan untuk saat ini.

''Awak tak apa-apa?'' Tiba-tiba suara parau agak dalam milik lelaki itu terdengar setelah dia berdiam diri agak lama dan jelas itu membuat Kirania terkejut dan mengangguk kaku. Aarav tak melanjutkan dan hanya berdiam diri sambil curi-curi melirik kearah Kirania yang leka mengamati jalan diluar tingkap.

Jalan pulang itu terasa agak panjang dengan suara rintik hujan yang turun dan menyentuh tingkap kereta yang sedang berjalan perlahan itu. Kirania hampir terlelap jika tidak kerana Aarav yang dengan tiba-tiba menghentikan kenderaan dan berganjak turun. Mungkin Kirania memang sempat terlelap kerana dia tak sedar sejak bila hujan mula lebat dan dia langsung tidak sedar kalau mereka sudah pun tiba dihadapan rumah agam mewah milik Aarav. Pintu disampingnya terbuka dan kelibat Aarav yang berdiri diluar sambil membawakannya payung membuat Kirania agak terharu dan sejujurnya agak gugup. Maksudnya, kenapa tiba-tiba lelaki ini bersifat sangat baik dengannya? sangat prihatin dan malah membukakan pintu dan menghulur payung?... Sungguh Kirania tidak sependapat antara fikiran alam sadarnya dan bayangan yang terpampang dihadapan matanya sekarang. Dia yakin kalau dia sedang terjaga tapi perlakuan lelaki ini seakan mimpi. Dengan gaya yang agak kaku, Kirania berjalan turun dan masuk kedalam payung yang sedang dipegang Aarav untuknya, mata gadis itu kembali sayu melihat rumah mewah ala barat yang tersergam indah dihadapannya sekarang kerana dia akan terbayangkan apa yang sudah dilaluinya disini dan sangat menyakitkan apabila melihat Aarav bersama Elly.

''Pelayan saya akan menyediakan pakaian ganti dan makan malam untuk awak, pastikan awak makan sebelum masuk tidur.'' Ujar Aarav tanpa menutup payung dan Kirania tahu kalau lelaki ini akan keluar lagi. Tanpa sedar Kirania pun mencapai lengan Aarav membuat mereka berdua terkejut. Iya, Kirania juga terkejut kenapa dia mencapai lengan Aarav? adakah dia sedang menghalangnya untuk pergi?.

Ekspresi Kirania memerah hebat dan dia langsung tidak berani mengangkat kepalanya untuk melihat kearah Aarav tapi waktu yang sudah terjadi takkan dapat diulang kembali dan nyatanya dia sendiri yang menarik lengan lelaki itu dan sudah tentu dia takkan hanya berdiam diri seperti ini, empunya lengan juga pasti keliru dan nak tahu apa yang ingin dikatakannya.

''Awak akan keluar lagi?'' Jantung Kirania seakan akan meletup pada bila-bila masa saja kerana menahan malu. Aku ni dah kenapa? fikir Kirania. Kenapa aku kisah kalau dia nak keluar lagi? atau aku yang tak nak dia keluar? tapi kenapa?...

Aarav masih menatap gadis itu dengan pandangan kosong tapi dia bukanlah seorang yang lembab sehingga takkan faham apa yang sedang cuba diutarakan oleh Kirania dihadapannya. Seukir senyum agak sinis yang hampir tak terlihat muncul dibibir Aarav kerana dia tahu kalau Kirania sudah pun mulai tertarik dengannya, Aarav yakin kalau Kirania sudah mula bergantung kepadanya dan dari bahasa tubuh Kirania yang mudah untuk dibaca dia tahu...

Aarav agak menunduk supaya wajahnya selaras dengan wajah Kirania dan dia dapat bercakap dengan lebih dekat. Wajahnya hanya tersenyum miring ringkas seperti ekspresi yang selalu dipasangnya saat berpuas hati ataupun semuanya berjalan seperti yang diharapkannya. ''Saya tak akan lama, habiskan makan malam awak dan saya akan pulang sebelum awak sempat lelapkan mata.'' Ujar Aarav lembut tapi dengan suara yang sangat dalam terdengar dekat dengan telinga Kirania membuat dia berasa sedikit gugup tapi juga selesa pada masa yang sama kerana usapan lembut dari tangan yang jauh lebih besar darinya itu terasa sangat hangat dipipinya yang tadinya kedinginan kerana hujan.

Aarav kembali masuk kedalam kereta dan dalam kiraan minit, kereta itu mulai menghilang disebalik pagar rumah agam yang terkesan sangat lebar itu. Kirania melangkah masuk dan terus menuju kearah bilik yang disiapkan untuknya untuk membersihkan diri. Usai mengganti pakaian, dia turun dan menikmati makan malam sorang diri hanya ditemani beberapa pelayan disampingnya. Dia duduk memainkan sudu ditangannya tanpa menghabiskan hidangan makan malam yang dihidangkan untuknya. Kirania bingkas bangun dan menaiki tangga untuk masuk kebiliknya tapi langkahnya terhenti apabila matanya tertuju kearah pintu bilik Aarav yang terletak berlainan arah dari laluan menuju kebiliknya. Dia memerhati sekeliling malah keadaan ditingkat bawah dan ternyata tiada siapa kelihatan, hanya beberapa anak buah Aarav yang terlihat sibuk dengan tugas masing-masing.

Kirania teringatkan kata-kata Kevin tentang keberadaan ayahnya yang sudah pun diketahui Aarav. Mungkin dia akan mendapatkan sedikit sebanyak petunjuk tentang keberadaan ayahnya sekiranya apa yang dikatakan Kevin itu betul. Tanpa berfikir panjang Kirania langsung menuju kearah bilik Aarav dan dia mendapati kalau pintu bilik tersebut tidak berkunci membuatnya terus menyelipkan tubuhnya kedalam dan menutup kembali pintu tersebut dengan berhati-hati. Hujan semakin deras dan Kirania hampir tak menyedari apa-apa kerana suara hujan, dia leka membuka laci meja kerja Aarav yang terletak ditengah-tengah ruangan dan membelek-belek beberapa kertas yang terlihat sangat rumit untuk difahaminya ditambah lagi dengan tulisan yang tertulis dengan bahasa jerman. Kirania mengalah, dia bukanlah seorang yang pandai berbahasa jerman dan nampaknya usahanya sia-sia kerana dia tidak mendapatkan apa-apa. Setelah menutup embali laci meja Aarav, pandangan mata Kirania lalu tertuju kearah meja kecil yang terletak disamping katil bersaiz 'king' tersebut, dia menghampiri dan mencuba membuka laci tersebut tapi malangnya terkunci. Dengan penuh rasa curiga, Kirania berusaha mencari kunci untuk membuka laci tersebut tapi malangnya, belum sempat dia menemukannya tanpa disedari Aarav berdiri dihadapan pintu sambil bersandar dimuka pintu dan menyilang kedua tangannya didada.

''Saya sangat gembira disebabkan awak menunggu saya dibilik tapi lebih menyenangkan kalau awak jangan melilau kesana sini membuka laci saya sesuka hati kerana boleh jadi awak hilangkan surat-surat penting.'' Ujar Aarav santai seakan dia langsung tak terkejut melihat kirania yang sedang sibuk mencari kunci lacinya seperti seorang pencuri. Mendengar suara Aarav Kirania tercegat mematung apabila tindakannya ditangkap basah oleh pemilik itu sendiri. Wajahnya berubah agak pucat kerana takut-takut Aarav akan memukulnya.

Aarav mendekati Kirania dan berbicara perlahan sambil melepas kot hitam yang dikenakannya. ''Apa yang awak cari?.''

''Hah?...'' Mulut Kirania terlopong luas seperti ikan yang dijemur diterik panas.

Aarav melihat kearahnya lalu menghempaskan tubuhnya diatas katil dan menarik tali leher yang baginya agak merimaskan. ''Saya yakin awak tak menyelinap masuk kebilik saya hanya untuk menunggu saya...'' mata Aarav melirik kearah Kirania atas kebawah, melihat baju T-shirt panjang lengan dan seluar pijama longgar yang dikenakannya. tampak selesa untuk masuk tidur tapi tidak untuk membuat lelaki itu berselera. ''Maksud saya tak mungkin dengan pakaian macam tu.'' dia tertawa kecil.

Wajah Kirania agak memerah tapi juga berpeluh dingin pada masa yang sama. Lelaki itu tahu apa yang sedang dilakukannya tapi berlakon seperti itu bukanlah hal yang besar dan bertanya apa yang dicarinya?. Dia agak ragu untuk jujur atau sebaliknya tapi, dia tahu kalau dia menipu sekalipun, Aarav tetap akan menyedarinya.

''Saya... Saya nak tahu keberadaan ayah saya.''

Aarav mengeluh panjang mendengar Kirania mengungkit tentang ayahnya. ''Dan... Apa yang buat awak terfikir kalau saya tahu?.'' Balas Aarav acuh tak acuh. Kirania menelan ludahnya dan mencuba menenangkan dirinya yang gugup. ''Awak... Awak janji kalau awak akan bawa saya berjumpa dengan ayah seandainya awak telah menemuinya jadi...''

''Kiran.'' Aarav memotong kata-kata Kirania dan berdiri berhadapan dengan gadis itu membuat Kirania semakin gugup dan dia merasa takut melihat pandangan mata Aarav yang tajam. Melihat ekspresi Kirania, Aarav menghela nafas panajng. Dia menggaru-garu kepalanya yang serabut. ''Apa lagi yang Kevin bagitau awak?''

Kirania terkejut kerana Aarav mendapat tahu tentang perbualannya dengan Kevin?. Lidah gadis itu bungkam. Aarav kembali melihat kearahnya lalu memangku wajah Kirania dengan kedua tangannya membuatkan dia tidak dapat mengelak dari melihat kedalam mata lelaki itu. ''Saya yakin kalau Kevin bagitau awak untuk jangan percaya kepada saya dan saya tahu keberadaan ayah awak tapi... saya nak tahu apa jawapan awak''

Kening Kirania berkerut. ''Apa maksud awak?...''

''Siapa yang awak percaya?. Saya atau Kevin?.''

Sekali lagi Kirania bungkam. Aarav tak memberinya peluang untuk berfikir dan dia harus memberi jawapannya sekarang, saat itu juga dihadapannya. Sebaik membuka mulut, Kirania merasa kalau Aarav mungkin akan tahu kalau dia menipu dan terlalu memaksa dirinya sendiri tapi Kirania harus mengucapkannya...