Chereads / Man Man Qing Luo versi melayu / Chapter 2 - Chapter 2

Chapter 2 - Chapter 2

Cheng Qing menaikkan wajahnya dan melihat seorang lelaki yang mungkin berusia sekitar 40 tahun duduk dikerusi tengah memakai baju berwarna coklat. Disebelahnya pula, terdapat seorang wanita pertengahan umur yang memakai baju berwarna ungu lembut.

Ketika ini dia yakin bahawa namanya adalah A'Luo.

Cheng Qing terus melihat 'ayah' yang sangat asing buatnya itu. Dalam diam dia mula membuat perbandingan diantara ayah yang ini dengan ayah kandungnya yang sebenar. Setelah menilai, dia memutuskan bahawa kedua dua mereka masing masing memiliki wajah yang serius dan tegas. Manakala isteri utama ayahnya pula merupakan seorang wanita yang agak berisi. Namun wajahnya sentiasa mempamerkan senyuman mesra tetapi terselit keegoan berserta keanggunannya yang tersendiri.

Sebagai ketua keluarga, lelaki yang diyakini sebagai ayahnya ini tiba tiba bersuara "A'Lei, mari sini!"

Seorang kanak kanak perempuan yang berusia sepuluh tahun tampil kehadapan. Walaupun kelihatan tenang tapi Cheng Qing dapat melihat kanak kanak itu menggenggam erat kainnya sendiri.

Cheng Qing ingin ketawa namun berjaya menahannya dengan menundukkan kepalanya sendiri. Pada mulanya dia menyangka A'Lei tidak akan merasa takut tetapi hakikatnya dia tetap seorang kanak kanak.

"A'Lei, apakah bakat yang kamu pelajari dalam masa tiga bulan ini?"

A'Lei menjawab pertanyaan itu "dalam masa tiga bulan ini, A'Lei mempelajari seni bermain guqin".

Seketika kemudian beberapa orang pembantu membawa sebuah guqin sebelum A'Lei duduk dihadapannya.

Ketika ini A'Lei bersikap sangat tenang dan mula menguji tali guqin tersebut sebanyak dua kali "A'Lei akan mainkan lagu Plum Blossom Three Lane".  Tidak lama kemudian terdengar melodi yang sangat indah.

Sebelum ini Cheng Qing pernah mendengar alunan muzik tersebut pada zaman moden dan kedua duanya tidak jauh berbeza. Tetapi ini merupakan kali pertama dia mendengar seseorang memainkan alunan guqin secara 'live'. Dia yakin apabila besar nanti A'Lei pasti akan menjadi seorang gadis yang bijak dan cantik.

Walau baru berusia sepuluh tahun, A'Lei sudah mampu bermain guqin dengan sangat baik membuatkan Cheng Qing merasa kagum. Semasa berumur sepuluh tahun, ibu dan ayahnya pernah menyuruh Cheng Qing untuk belajar bermain piano namun dia degil dan menolak untuk mempelajarinya. Tetapi hidup pada pada zaman ini, dia harus belajar sesuatu serta menguasainya. Tidak kira sama ada bermain guqin, guzheng atau alat muzik yang lain.

Fikiran Cheng Qing menjadi tidak tenteram apabila memikirkan bagaimana dia boleh berada disini secara misterius, tanpa sedar dia menggenggam kain baju milik ibunya iaitu Puan ketujuh dengan erat. Perbuatan tersebut disedari oleh Puan ketujuh dan ibunya itu membalas memegang tangannya dengan lembut kerana mengira Cheng Qing takut dengan penilaian yang akan berlaku nanti.

Cheng Qing merasa gembira kerana semenjak tersedar dan berada disini Puan ketujuh melayannya dengan sangat baik. Tanpa sedar muzik yang dialunkan oleh A'Lei telah terhenti.

"A'Lei, mengapa kamu memilih untuk memainkan lagu ini?"

Dengan rasa bangga dia menjawab "A'Lei lihat bunga plum akan mekar di setiap awal bulan februari, maka saya ingin kita semua menikmatinya".

"Anak gadis ayah, seorang yang bijak. Malam ini ayah akan pergi ke kediaman kamu untuk menikmati indahnya bunga plum yang sedang berkembang mekar".

Ketika ayahnya berkata begitu kesemua isteri ayah kecuali Puan Ketujuh memandang dengan penuh rasa cemburu kepada ibu A'Lei.  "A'Lei masih terlalu muda dan skil yang dimilikinya mempunyai banyak kelemahan, Tuan tidak boleh terlalu memuji dirinya".

Melihat reaksi para wanita yang berada disini, Cheng Qing merasa hairan kerana wanita zaman ini sangat suka berlawan sesama sendiri untuk merebut kasih sayang seorang suami. Mungkin mereka terlalu bosan sehingga merasa seronok melakukannya!

Selepas A'Lei berundur, giliran A'Fei pula untuk maju kehadapan ayah mereka. Dia memiliki wajah bujur dan mata besar yang cantik.

A'Fei seorang yang bijak serta penuh keyakinan. Tidak sedikit pun, rasa gentar terlihat diraut wajahnya. "Ayah, sepanjang beberapa bulan ini A'Fei telah belajar seni menghasilkan kaligrafi". Kemudian beberapa orang pembantu membawa sebuah meja kecil dan alatan membuat kaligrafi. Ketika A'Fei mula menulis beberapa orang pembantu memegang lengan bajunya.

Sepantas kilat dia dapat menghasilkan sebuah kaligrafi, dengan suara yang lembut A'Fei meminta agar ayahnya segera menilai hasil kaligrafi yang dibuatnya itu.

Cheng Qing melihat kertas tersebut, tiada setitis dakwat sekalipun yang mengotorinya. Hasilnya sangat kemas, sebelah kiri dan kanan keduanya tidak berbeza, memikirkan semula tulisan tangannya Cheng Qing merasa sangat malu.

Ayah mereka memerhatikan kaligrafi itu seketika lalu berkata "Fei'er, kaligrafi yang kamu hasilkan sangat cantik namun oleh kerana usia kamu yang masih muda maka tidak dapat memberikan tekanan dengan betul. Belajar dengan lebih giat lagi maka suatu hari nanti, kamu dapat menghasilkan kaligrafi yang hebat!"

Mendengar pujian ayahnya A'Fei sangat gembira dan memberikan senyuman manis kepada ibunya. Kakaknya yang satu ini sudah memiliki tarikan yang tersendiri walaupun usianya masih kanak kanak, bagaimana pula jika dia besar nanti?

Ketika dia masih terleka dengan analisanya, tiba tiba Cheng Qing mendengar namanya dipanggil "A'Luo, kamu mari sini!"

Dalam hati dia merasa cemas, semasa mendengar alunan guqin dan melihat A'Fei membuat kaligrafi dia terlupa bahawa dia juga seharusnya menunjukkan sesuatu yang telah dipelajari. Tapi apa yang pasti dia tidak mahir dengan dua perkara tersebut. Jadi apa yang harus dilakukan olehnya? malah dia sendiri tidak tahu dinasti apakah yang sedang memerintah ketika ini.

Dengan perlahan dia berjalan menuju ke tengah dewan berhadapan dengan ayahnya. "Kedua orang kakak kamu sudah menunjukkan bakat masing masing. Seorang mahir bermain guqin manakala seorang lagi pandai menghasilkan kaligrafi".

"A'Luo, tiga bulan yang lalu kamu tidak dapat menunjukkan sebarang bakat dan mengakibatkan ibu kamu dihukum dengan sepuluh sebatan mengikut hukuman keluarga. Pada waktu itu kamu berjanji bahawa tiga bulan kemudian akan menunjukkan sesuatu. Jadi apa yang kamu belajar selama ini?"

Merasa tidak ada jalan lain lagi, dia harus menunjukkan sesuatu iaitu mendeklamasikan puisi lama yang dipelajarinya disekolah. Namun dia risau jika puisi itu nanti adalah puisi yang biasa didengari oleh masyarakat setempat jadi mereka akan menuduhnya sebagai peniru. Namun setelah berfikir seketika, jika puisi tersebut biasa didengari oleh mereka maka dia akan berkata bahawa dia sangat menyukai puisi itu kalau mereka tidak pernah mendengarnya maka dia akan menjawab telah mencipta sendiri dan itulah bakat yang ingin ditunjukkan olehnya.

"Saya telah belajar puisi, bolehkah saya mendeklamasikannya?"

Ayahnya memandang Cheng Qing seperti tidak percaya manakala ibunya pula kelihatan agak sedikit risau.

Sambil tertawa ayahnya berkata "nampaknya Cik Muda ketiga pandai mendeklamasikan puisi. Bagus cuba deklamasi satu untuk kita semua dengari".

Mereka yang lain memandangnya dengan pandangan yang meluat kecuali ibunya sahaja yang mengambil berat kepadanya. Sambil menarik nafas dia mula berkata..

"Angin meniup lembut kearah kediaman terasing dibulan februari, namun kesejukan musim bunga tidak menggentarkannya. Bunga begonia kembang mekar pelbagai warna, tetap hidup walau dilanda hujan yang lebat".

Puisi tersebut adalah puisi ciptaan Chen Yiyi dari zaman dinasti Song dan digelar sebagai puisi "kesejukan musim bunga".

Cheng Qing mendeklamasikan puisi itu dengan penuh perasaan. Dia melihat mereka yang berada disitu agak tergamam serta terkejut.

Sebenarnya kalau diikutkan dia juga akan terkejut jika mendengar kanak kanak berusia enam tahun mampu mendeklamasikan puisi seperti itu. Ketika dia melihat wajah Puan ketujuh, ibunya menangis kegembiraan namun terselit sedikit kesedihan.

Cheng Qing merasa lega kerana dinasti yang memerintah ketika ini bukanlah dinasti Song sebab ketika melihat reaksi mereka semua, sepertinya mereka tidak pernah lagi mendengar puisi itu dideklamasikan.

Ayahnya ketawa dengan gembira "hahaha.. A'Luo baru sahaja berusia enam tahun namun sudah menghasilkan sebuah puisi yang sangat indah. Nampaknya ibumu sudah  berusaha".

"Kali ini tiada hukuman akan diberikan. Lain hari ayah akan datang ke kediaman kamu untuk mendengar kamu mendeklamasikan puisi lagi".

Sebaik sahaja ayahnya berkata begitu, pandangan kurang senang dari pelbagai arah ditujukan buat ibunya.

Nampaknya ayah mengira bahawa puisi itu diajarkan oleh ibunya memandangkan tiga bulan yang lalu dia tidak dapat menunjukkan sebarang bakat. Tetapi bukankah Puan ketujuh telah menjelaskan kepadanya bahawa A'Luo tidak menyukai sebarang bentuk pembelajaran apatah lagi puisi.

Dia mengambil keputusan bahawa ketika mereka kembali semula ke Tang Yuan nanti dia akan berusaha menghilangkan kecurigaan Puan ketujuh kepadanya kerana berjaya menghasilkan sebuah puisi. Kerana apa yang pasti puisi itu bukan diajarkan olehnya.

"Keluarga kita adalah keluarga yang mempunyai pangkat yang tinggi di kerajaan Ning ini, kita adalah keluarga terpelajar".

"Selepas ini kamu semua seharusnya bersikap lebih berhati hati dan tidak melakukan sesuatu yang memalukan terutama sekali dipandangan masyarakat".

Mereka semua berjanji untuk berkelakuan baik sebelum beredar ke kediaman masing masing.

Ketika kembali Cheng Qing merasakan genggaman tangan Puan ketujuh lebih erat daripada sebelumnya.

Melihat suasana yang berlaku tadi nampaknya ibunya ini bukanlah isteri yang disayangi.

Keadaan persekitaran, suasana landskap yang sangat indah membuatkan perasaannya merasa sangat kagum. Dinasti Ning?? Mungkinkah dia berada disebuah dinasti asing yang tidak terdapat dalam sejarah?"

Dia berada disebuah tempat terasing, isteri isteri ayahnya yang lain menunjukkan dengan jelas perasaan tidak suka mereka kepada ibunya. Sekali lihat sahaja dia sudah dapat meneka bahawa ayahnya seorang yang suka bermuslihat. Manakala kedua dua kakaknya yang mungkin terlalu dimanja dan memiliki bakat yang hebat mempunyai perasaan tidak suka yang tebal buatnya. Jadi apa yang harus dia lakukan kelak?

Bukankah didalam novel, mereka yang kembali ke zaman silam boleh hidup dengan bebas dengan kelebihan pengetahuan yang dimiliki oleh mereka. Tapi kenapa pula nasibnya berbeza dengan watak watak novel tersebut.

"Adakah saya akan mati dalam usia yang muda? Atau jika esok  terbangun akan kembali semula kemasa hadapan?"

Mungkin A'Luo yang sebenar adalah seorang yang bersikap pendiam dan tidak bergaul. Ianya berbeza sekali dengan dirinya yang suka membuat perangai. Bagaimana jika ibu cantiknya ini tiada suatu hari nanti, akankah dia mati kelaparan diusia enam tahun?

Mungkin kelaparan dia boleh atasi lagi, perkara yang paling ingin dia elakkan ialah kehilangan maruah. Jika dia diculik dan dijual dirumah pelacuran maka dia tidak akan teragak agak untuk membunuh diri.

Cheng Qing melihat wajah Puan ketujuh yang tetap tenang. Memandangkan dia telah berada disini, Cheng Qing yakin ini adalah takdir tuhan.

Nasib baik A'Luo baru berumur enam tahun jika dia berumur lebih berusia maka Cheng Qing terpaksa berlagak hilang ingatan.

Dia pasti keluarga Li sebuah keluarga yang besar dan kaya memandangkan keluasan kediaman keluarga ini.

Mungkin ayahnya seorang yang tegas kerana apabila pembantu bertemu dengan mereka, pembantu tersebut akan segera memberikan tunduk hormat.

Sebenarnya berada dalam keluarga miskin atau kaya manakah yang lebih baik? Mungkin keluarga kaya kerana jika miskin dia sendiri tidak tahu bagaimana dia akan mati nanti. Kehidupan orang miskin zaman ini sangat tertekan dengan cukai tinggi yang pelbagai, kejahatan tuan tuan tanah serta masalah kemarau. Semua itu ironi kehidupan rakyat miskin zaman silam yang terdapat didalam buku sejarah.

Walaupun orang kaya terpaksa bersaing diantara satu sama lain tapi sekurang kurangnya mereka mempunyai jawatan penting dalam kerajaan.

Ketika ini dia pula yang memegang tangan Puan ketujuh dan bersemangat untuk kembali semula ke kediaman mereka.