Akhirnya siang pun menjelma, sekitar jam lima pagi Cheng Qing bangun dari katil.
Kini dia benar benar telah menerima kenyataan bahawa dia adalah Qingluo.
Dia melihat pakaian yang dipakai olehnya dan memikirkan zaman ini belum lagi menyediakan pakaian yang sesuai digunakan untuk bersenam.
Tidak lama kemudian Xiaoyu juga terbangun.
"Cik, mengapa bangun terlalu awal? selalunya awak bangun agak lewat".
Dengan tersenyum dia menjawab pertanyaan itu, "saya merasa gembira dengan keputusan penilaian kelmarin, mengakibatkan saya sukar untuk melelapkan mata".
"Xiaoyu, boleh tak awak buatkan saya beberapa helai pakaian?"
Xiaoyu yang sedang mengangkat sebesen air suam untuk membasuh wajah Qingluo bertanya, "pakaian jenis apa yang Cik mahu saya buat? Saya boleh membuat beberapa jenis pakaian".
Mendengar kata kata Xiaoyu, Qingluo tersenyum, "saya akan beritahu awak nanti. Xiaoyu adakah setiap pagi saya perlu memberi salam kepada dia?", pada waktu ini, dia belum lagi bersedia memanggil Puan Ketujuh sebagai ibu, dia merasa sangat kekok.
"Jika saya ingin belajar sesuatu, kepada siapa saya harus bertanya?"
Mendengar pertanyaan itu Xiaoyu tergamam seketika sebelum menjawabnya.
"Jika Cik Muda Pertama dan Kedua mahukan cikgu, pengajar tersebut harus segera datang tidak kira dari mana pengajar itu berasal. Lagipula Puan Ketiga dan Keempat mengetahui seni kaligrafi juga lukisan".
Setelah berhenti seketika Xiaoyu menyambung semula percakapannya, "Cik, awak telah menghalau beberapa orang cikgu ketika mereka datang untuk mengajar. Tetapi sebenarnya Puan Ketujuh seorang yang sangat berbakat, dia mahir dengan kesemuanya".
Qingluo ketawa senang hati kerana tidak menyangka dia seorang yang bertuah disebabkan memiliki seorang cikgu yang berbakat disisinya!
"Berbaring terlalu lama membuatkan badan saya merasa kurang selesa. Saya seharusnya bangun dan berjalan jalan disekeliling kediaman ini. Bila ibu cantik saya datang nanti, saya akan meminta kepadanya untuk menjadi cikgu saya!" memanggil Puan Ketujuh sebagai ibu cantik, membuatkan Qingluo tidak merasa segan dan kekok lagi.
Xiaoyu setuju dengan cadangan Cik Mudanya untuk belajar daripada Puan Ketujuh.
Mereka berdua merasa bahagia dan tidak terhenti tersenyum gembira.
"Tapi Cik Muda, dahulu awak tidak suka belajar malah awak juga selalu berkurung didalam bilik dan tidak mahu keluar. Mengapa sekarang awak berubah tiba tiba?"
"Saya tidak sanggup melihat ibu cantik saya bersedih sepanjang masa. Di masa hadapan saya tidak mahu dia terkurung didalam kediaman ini dan menunggu menjadi seorang wanita tua berambut putih sehingga kematian menjemput. Saya juga tidak mahu orang lain mengambil kesempatan keatas kita".
Xiaoyu merasa terharu mendengar penjelasan itu.
Kemudian Xiaoyu membawa Qingluo berjalan jalan disekitar kediaman. Malah dia dengan sabar menerangkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan kediaman itu kepada Qingluo.
Tiba tiba Qingluo menyedari bahawa dia belum lagi mengetahui nama ahli keluarga barunya ini.
"Kakak pertama saya bernama..Li..Lei, dia anak Puan Ketiga manakala kakak kedua saya anak Puan Keempat dan bernama..Li..Fei.."
"Mengapa mereka berdua bersikap angkuh?"
Sebelum menjawab pertanyaan itu Xiaoyu terlebih dahulu melihat keadaan persekitaran, bimbang jika ada orang lain yang akan mendengarnya. "Cik, Puan Ketiga dan Keempat masing masing berasal dari keluarga berada. Awak tidak seharusnya menggelar mereka dengan panggilan nama sahaja, ianya tidak sopan jika ada sesiapa yang mendengar. Mereka akan berfikir Puan Ketujuh tidak mengajar awak etika yang betul".
Setelah itu Qingluo terus bertanya dengan lebih lanjut mengenai Puan Ketiga dan Keempat.
Dia mengetahui salah seorang daripada mereka adalah anak kepada gundik Zhang Yuan Wai iaitu pedagang kaya di bandar Feng. Manakala seorang lagi sepupu kepada Menteri Kerja.
Tetapi ibunya berasal dari taraf hidup yang paling rendah iaitu dari rumah pelacuran.
Seorang pegawai berpangkat rendah bernama Qing telah membeli ibunya dan menghadiahkan kepada keluarga Li untuk dijadikan sebagai gundik.
Sebab itulah tiada seorang pun yang menyukai ibu.
Masalah nama pula, nama penuh A'Lei ialah Li Qinglei, A'Fei..Li Qingfei dan dia adalah Li Qingluo.
Setelah mengetahui asal usul ibu cantiknya, Qingluo tidak habis fikir tentang kesusahan yang harus ditempuhi oleh ibunya itu. Taraf status terlalu rendah mengakibatkan dia tidak mampu berdiri sama tinggi dengan isteri isteri ayahnya yang lain.
Setelah berjalan selama setengah hari dan mengetahui pelbagai info tentang keluarga barunya itu. Dia mula memahami situasi yang berlaku.
Akhirnya mereka berdua kembali semula ke Tang Yuan.
Setelah mereka kembali, dia mengarahkan Xiaoyu untuk memeriksa sama ada ibunya sudah ada atau belum.
Tidak lama setelah Xiaoyu pergi, dia mengambil kertas dan berus dakwat untuk melukis peta kediaman barunya itu.
Tang Yuan terletak dikawasan yang paling terpencil.
Jika ingin keluar dari kediaman ini, mereka harus memanjat tembok yang tinggi. Pasti tindakan mereka itu nanti tidak akan dikesan memandangkan kedudukan Tang Yuan yang agak jauh.
Apabila Puan Ketujuh mengetahui Qingluo bangun awal kerana ingin belajar dia merasa teruja dan segera bergegas untuk bertemu dengan anaknya itu.
Dia tidak sabar ingin mengetahui apakah penyebab utama Qingluo mahu berubah fikiran untuk belajar!
"San'er, apa yang ingin awak pelajari? Cepat beritahu ibu!"
Melalui riak wajah Puan Ketujuh, Qingluo yakin dia sangat teruja dan gembira.
Qingluo berjalan dengan perlahan kearah Puan Ketujuh lalu menggerakkan lengan baju ibunya dengan manja.
"Ibu, saya tidak mahu menjadi yang terbaik dalam belajar cuma saya mahu orang lain mengetahui bahawa kita tidak boleh dipandang rendah oleh mereka!!"
Mendengar kata kata itu membuatkan Puan Ketujuh merasa terharu, "saya tahu..saya tahu. Anak saya bukan seorang yang tidak berotak! Selepas mendengar puisi yang begitu indah, ibu tahu kamu mempunyai masa depan yang cerah".
Qingluo tersenyum, jika dia tidak mempunyai masa depan yang cerah sekalipun, bermula dari sekarang dia akan belajar keempat empat seni tersebut dengan tekun.
Bermula dari hari ini dan seterusnya, Qingluo diajar oleh Puan Ketujuh setiap hari. Dia belajar melukis dan juga bermain guqin.
*****
Qingluo dapat merasakan otak kecilnya lebih cepat menangkap pelajaran yang diberikan kepadanya. Semua benda yang diajarkan kepadanya selama ini dengan mudah dia fahami mungkin kerana dirinya yang sebenar adalah seorang wanita yang berusia dua puluh dua tahun.
Selepas selesai belajar bermain guqin, dia mendapati dirinya amat suka bermain alat muzik itu. Sesekali sambil bermain guqin dia juga akan menyanyi
Puan Ketujuh mendengar Qingluo bermain guqin, setelah mendengar alunan muzik itu Puan ketujuh menangis. "San'er, muzik ini sangat indah. Nampaknya permainan guqin kamu lebih baik daripada kakak sulung kamu. Awak dapat menyampaikan pelbagai perasaan dalam satu lagu".
"Ibu, semua itu disebabkan kehebatan muzik tersebut dan bukannya kerana bakat saya".
Dengan nada yang agak bangga, "ibu awak ini mula belajar bermain guqin sejak berumur empat tahun. Tiada siapa yang dapat menafikan kehebatan ibu ketika bermain guqin, jadi kamu tidak mempercayai penilaian ibu? berdasarkan alunan lagu yang kamu mainkan tadi, ibu yakin dengan kebolehan kamu".
Jika permain terbaik dibandar ini yang telah memujinya bermakna skil bermain guqin yang dimiliki olehnya memang tidak dapat dinafikan lagi.
Setelah terdiam sejenak dia berkata kepada ibunya, "ibu tidak boleh beritahu kepada orang lain tentang skil saya ini kerana saya hanya mahu bermain untuk ibu sahaja".
"Adakah kamu takut akan mendahului mereka? Dan kemudian masalah lain pula yang akan menyusul?"
Dengan wajah serius Qingluo menjawab, "sebaiknya biar mereka mengetahui kehebatan saya bermain guqin hanya biasa biasa sahaja, jika mereka mendapati skil guqin saya lebih hebat maka selepas ini saya akan dipaksa untuk selalu bermain dihadapan para bangsawan setiap masa. Bagaimana saya boleh hidup dengan tenang setelah melalui hari hari seperti itu?"
Puan Ketujuh merasa gembira, sambil memeluk Qingluo dia berkata, "San'er kamu sangat bijak! nampaknya ibu semakin menyukai awak".
Qingluo menjadi semakin rapat dan suka dengan ibu cantiknya itu. Bukan sahaja seorang yang baik dan lembut, dia juga satu satunya orang yang boleh dirinya bergantung harap. Dimasa hadapan, dia berjanji untuk melayan ibunya itu dengan lebih baik.
Qingluo mengubah jadual hariannya. Setiap pagi dia akan bangun awal untuk pergi berlari dengan memakai pakaian yang telah dijahitkan oleh Xiaoyu.
Dia akan berlari disekitar hutan buluh yang terletak dibelakang kediamannya. Setelah berlari dan memanaskan diri, Qingluo akan berlatih judo sambil ditemani oleh Xiaoyu.
Apabila waktu malam dia akan berlatih yoga selama satu jam setengah sebelum tidur. Pada mulanya Xiaoyu merasa hairan dan pelik namun lama kelamaan dia menjadi biasa dan tidak mempersoalkannya lagi.
"Xiaoyu jika awak ingin membalas budi ibu saya, jangan biarkan orang lain tahu apa yang saya lakukan ini. Tidak mengapa jika awak tidak memahaminya. Selagi awak mengerti apa yang saya lakukan ini akan membantu kita dimasa hadapan".
Xiaoyu mengangguk setuju sebagai tanda berjanji.
Apa yang dilakukan oleh Qingluo juga membantunya menyihatkan tubuh badan. Malah semakin hari, dia menjadi semakin bersemangat dan langkahnya menjadi semakin ringan.
*****
Tiga bulan berlalu dengan begitu cepat dan tiba masanya untuk mengadakan ujian penilaian sekali lagi.
Qingluo hanya memerhatikan skil yang ditunjukkan oleh kedua dua kakaknya iaitu bermain guqin dan juga berpuisi.
Bila tiba gilirannya, dia hanya menundukkan kepala lalu mula menyanyikan sebuah lagu.
Pada mulanya Li Xiang merasa teruja dan beranggapan puisi yang dideklamasikan oleh Qingluo tempoh hari diajarkan oleh ibunya semata mata untuk mendapatkan perhatian, memandangkan telah lama dia tidak melawat mereka namun dia hampa.
Kemudian dia mendengar isterinya itu tidak membenarkan Qingluo belajar puisi lagi. Sekarang apabila mengetahui Qingluo belajar menyanyi dia merasa gembira dan memberikan beberapa kata kata semangat.
Keenam enam isteri ayahnya merasa kurang berpuas hati dan menganggap itu adalah helah daripada Puan Ketujuh. Menggunakan anaknya sebagai alat untuk mendapatkan perhatian suami mereka. Tindakan itu dianggap sebagai memalukan dan membuatkan mereka lebih membencinya.
Mujur Li Xiang jarang melawat Tang Yuan, hanya sekali dua sahaja. Mungkin dia terlalu dikawal oleh isteri utama atau terlalu sukar melepaskan diri dari genggaman para gundiknya yang lain. Atau juga mungkin disebabkan Puan Ketujuh kurang mesra ketika melayannya dan menyebabkan dia merasa seperti tidak diterima. Jika tidak, sudah tentu para isterinya yang lain telah lama bermain helah lantas menyingkirkan Puan Ketujuh sejak dari awal lagi.
Oleh itu, Qingluo akan dinilai semula sepuluh hari kemudian.
Kadangkala dia akan diuji bermain catur, menyulam atau bermain guqin. Tidak kira apa jenis ujian yang diberikan, Qingluo boleh melakukannya tetapi tidak cemerlang.
Li Xiang begitu bersemangat menguji anak ketiganya itu. Semua ujian dapat dia lakukan, dengan suara yang manja "Qingluo, akan belajar bersungguh sungguh dan tiga bulan nanti ayah boleh menguji saya juga".
Skilnya hanya biasa sahaja, Li Xiang akan menganggukkan kepala, bersetuju untuk memberinya lebih banyak masa. Dia mahu Qingluo mahir terhadap satu seni namun dia yakin anaknya ini tidak akan dapat menandingi kedua dua orang kakaknya.
Suatu hari Puan Ketujuh bertanya kepada Qingluo, "San'er bagaimana caranya kamu menyembunyikan bakat yang kamu miliki ini?"
Sambil tersenyum, "ibu dalam seni peperangan kita seharusnya berlagak lemah walaupun kita kuat. Ibu perasaan tak selain isteri pertama, isteri isteri ayah yang lain tidak mempunyai anak agak menyukai saya daripada kakak pertama dan kedua".
Mendengar kata kata Qingluo, Puan Ketujuh merasakan bebannya selama ini menjadi ringan kerana yakin kini dia tidak berseorangan. Dia mempunyai seorang anak yang bijak, mungkin selepas ini dia hanya akan bergantung harap kepada Qingluo.
Qingluo termenung panjang. Sudah enam tahun dia berada dizaman ini dan tidak pernah sehari pun dia berputus asa untuk mencari jalan kembali kedunia moden. Matlamat utamanya ketika ini adalah untuk menstabilkan taraf kehidupannya.
Untuk itu dia memerlukan duit yang banyak.
Qingluo bercadang suatu hari nanti, dia akan membuka restoran. Dia juga merancang untuk membawa ibu cantiknya dan Xiaoyu tinggalkan tempat ini dan pergi ke tempat lain.
Atau mungkinkah nanti dia akan berkhawin dengan orang lain dan tidak menjadi pemilik restoran dikira memiliki nasib yang baik?.
Dia juga berfikir jika suatu hari nanti dia dapat kembali semula kemasa hadapan. Dia akan membuka kedai barangan antik.
Tanpa disedar kini Qingluo berusia dua belas tahun. Qinglei enam belas manakala Qingfei empat belas tahun.
Ketika ini tersebar di Bandar Feng bahawa keluarga Li mempunyai dua orang anak gadis yang berbakat.
Selama dua tahun ramai orang datang meminang kedua dua kakaknya itu. Manakala Qingluo langsung tidak diketahui kewujudannya oleh sesiapun.
Namun setiap lamaran, akan ditolak oleh Li Xiang dengan alasan mereka masih muda.
Musim bunga tahun itu, kediaman mereka menerima surat jemputan untuk menghadiri jamuan Peach Blossom dari Puteri Hu Guo...