Jamuan Peach Blosssom yang dianjurkan oleh Puteri Hu Guo adalah sebuah jamuan yang sangat mewah dan diimpikan oleh para bangsawan untuk dapat menghadirinya. Puteri Hu Guo adalah adik kepada Raja Ning dan telah berkhawin dengan Chen Dajun namun tidak lama kemudian menjadi balu setelah kematian suaminya.
Setiap kali tibanya musim bunga peach berkembang dia akan menjemput para kerabat diraja dan juga keluarga menteri yang berkhidmat di kerajaan Ning untuk menikmatinya bersama. Lama kelamaan jamuan yang dianjurkan oleh Puteri Hu Guo itu menjadi acara tahunan yang seringkali diadakan dan menjadi jamuan yang sangat berprestij.
Di kerajaan ini terdapat lima orang pemuda yang belum berkhawin dan sangat terkenal. Antaranya ialah anak sulung Raja iaitu Putera Liu Jian dan juga Putera Keempat Liu Zi serta anak saudara Raja Ning Putera Muda Liu Jue yang berasal dari istana An Qing. Mereka bertiga berketurunan diraja manakala dua orang lagi ialah Cheng Siyue merupakan pemenang pelajar terbaik tahun itu serta seorang lagi iaitu anak lelaki kepada menteri sayap kiri Gu Tianxiang. Mereka berlima terkenal kerana memiliki paras rupa yang kacak dan sangat berbakat, impian setiap gadis kerajaan Ning untuk dijadikan sebagai calon suami.
Li Xiang mula menilai ketiga tiga anak gadisnya. A'Lei seorang yang sangat berbakat, A'Fei periang dan bijak manakala A'Luo seorang anak yang comel. Namun hanya dua orang sahaja anak gadisnya yang berbakat dan memuaskan hati.
Dia tahu jamuan kali ini akan dihadiri oleh kelima lima pemuda terkenal itu, dan mereka semua masih belum berkhawin lagi. Dia mendapat tahu Putera Liu Jian berminat terhadap Qinglei dan jika tiada sebarang halangan dia akan ditabalkan menjadi Putera Mahkota. Namun Li Xiang tidak meletak harapan yang terlalu tinggi kerana telah mendengar Maharani ingin menjodohkan Putera Liu Jian kepada Gu Tianlin iaitu anak saudaranya sendiri. Menyebabkannya merasa tidak sedap hati.
Kemudian dia juga mendengar khabar bahawa Permaisuri turut ingin menjodohkan Putera Liu Jian dengan anak saudaranya iaitu Cik Wang Yan. Selain itu lagi, apa yang diketahuinya Cik Wang Yan merupakan seorang gadis yang bijak walaupun mungkin tidak boleh menandingi kehebatan anaknya Qinglei dan juga Gu Tianlin tetapi dia mempunyai latar belakang keluarga yang tidak boleh dipandang rendah.
Jika Putera Liu Jian mengkhawini salah seorang daripada gadis gadis tersebut, ia dapat memantapkan lagi kedudukannya untuk menjadi Putera Mahkota tanpa sebarang halangan. Sebenarnya jamuan ini juga dikenali sebagai jamuan untuk mencari jodoh bagi mereka yang belum mempunyai pasangan lagi.
Walaupun telah berfikir lama namun Li Xiang masih buntu kemudian isteri utamanya datang bertemu dengannya, "Tuan, mengapa kita tidak biarkan sahaja ketiga tiga anak gadis keluarga ini untuk menghadiri jamuan tersebut memandangkan kerajaan Ning ini, mempunyai lima orang anak muda yang berbakat?".
Kata kata isteri utamanya itu masuk kedalam fikirannya. Jika tidak mendapat bakal Putera Mahkota yang lain tidak boleh diabaikan. Dua orang lagi juga merupakan putera keturunan kerabat diraja manakala Cheng Siyue dan Gu Tianxiang tidak boleh dipandang ringan. Jika anak anak gadisnya dapat bertemu jodoh dengan salah seorang dari mereka ia merupakan satu perkara yang cukup bagus. Sambil tersenyum puas Li Xiang berkata "nampaknya isteri saya ini seorang yang sangat berpandangan jauh".
Apabila Puan Ketujuh mendapat tahu Qingluo dibenarkan untuk pergi ke jamuan Peach Blossom itu, dia merasa sangat teruja. "San'er, walaupun kamu berusia dua belas tahun tapi jangan kalah kepada kedua dua orang kakakmu. Hampir kesemua bangsawan dijemput hadir ke jamuan ini. Kamu mesti berhati hati dan merancang untuk masa depan yang sempurna".
Sambil terkejut, "ibu saya masih dua belas tahun. Terlalu muda lagi!"
Puan ketujuh ketawa melihat reaksi anaknya itu. "Apa yang nak dihairankan, wanita zaman sekarang ada yang berkhawin ketika umur tiga belas tahun. Untuk anak ibu ini pula cari jodoh dulu dan bila berumur enam belas tahun nanti boleh terus berkhawin tanpa masalah".
"Tapi saya belum mahu berkhawin dan tinggalkan ibu begitu cepat".
Puan ketujuh membalas, "ibu juga tidak sampai hati berpisah dengan kamu tapi awak tidak boleh selamanya bersama ibu. Jika bertemu dengan lelaki yang baik, ibu sangat gembira. Di jamuan itu nanti, jangan terlepas pandang untuk mencari bakal menantu ibu, itu semua untuk masa depan kamu juga".
Ketika hari ketujuh dalam bulan ketiga, keadaan cuaca sangat indah tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Puan Besar keluarga Li menghadiri jamuan Peach Blossom yang diadakan oleh Puteri Hu Guo dengan membawa ketiga tiga anak gadis keluarga itu. Biarpun bertubuh gempal namun tetap kelihatan anggun dengan memakai baju berwarna emas yang disulam dengan bunga peony.
Qingluo melihat Qinglei memakai baju berwarna biru lembut dan putih disulami dengan sulaman bunga peach berbenang kelabu makin menambahkan kecantikan diwajahnya. Manakala Qingfei pula memakai baju berwarna merah juga dengan sulaman berbenang merah. Diantara mereka tiga beradik Qingfei yang paling tinggi.
Melihat kepada dirinya sendiri yang memakai baju berwarna hijau gelap, rambutnya disanggul dua. Wajahnya comel kerana memiliki lesung pipit dikedua dua belah pipinya warisan daripada Puan Ketujuh.
Mereka semua menaiki kereta kuda yang sama. Qingluo merasa amat gembira kerana ini merupakan kali pertama dia keluar dari kediaman keluarganya. "Kakak pertama dan kedua, kamu berdua kelihatan amat cantik. Hari ini saya akan berperangai elok agar dapat membantu kakak berdua mendapat jodoh yang baik".
Qinglei dan Qingfei masing masing tersenyum malu mendengar kata katanya itu.
Qingluo ketawa gembira apabila melihat reaksi mereka berdua. Dia begitu teruja, dan tidak dapat menahan rasa ingin tahunya lalu menyelak langsir tingkap kereta kuda itu untuk melihat keadaan persekitaran diluar. Namun tingkah laku itu membuatkan Puan Besar tidak berpuas hati terhadapnya. "A'Luo kamu harus menjaga adab ketika berada diluar kediaman. Harus menjaga nama baik keluarga kita ini, tengok A'Lei dan A'Fei sangat menjaga tata susila. Nampaknya ibumu tidak mengajar kamu dengan betul".
Qingluo merasa ingin marah mendengar kata kata itu. Namun dia harus menahan rasa tidak puas hatinya, jika tidak Puan Ketujuh yang akan dipersalahkan nanti. Kemudian dia membetulkan semula kedudukannya.
Mereka akhirnya tiba di kediaman Puteri Hu Guo pada pukul dua petang. Atas pengawasan ketat daripada Puan Besar mereka bertiga duduk dengan tegak sahaja sepanjang perjalanan. Selama ini Qingluo berlatih yoga namun tetap juga kakinya merasa sakit dan tidak selesa jadi bagaimana Qinglei dan Qingfei dapat mengharunginya?
Kediaman Puteri Hu Guo terletak dikawasan berbukit dan jauh daripada kawasan penempatan rakyat biasa. Dengan hanya melihat kediaman ini dia dapat mengetahui bagaimana mewahnya kehidupan Tuan Puteri itu.
Melalui gerbang utama untuk sampai ke kawasan jamuan memakan masa selama satu jam setengah. Sebelum sampai, mereka perlu melalui kawasan hutan bunga peach dan taman bunga yang sangat indah.
Kedatangan mereka disambut sendiri oleh Puteri Hu Guo, setelah semua duduk ditempat yang telah disediakan. Puteri Hu Guo mula berkata, "sebelum ini saya mendengar bahawa Li Xiang mempunyai dua orang anak gadis yang sangat berbakat di kerajaan kita ini, malah mereka juga dikhabarkan sangat cantik".
Kemudian Puan Besar menyuruh Qinglei tampil kehadapan Puteri Hu Guo untuk memberi salam hormat.
Qingluo memerhatikan Puteri Hu Guo, dia seorang yang jelita. Mungkin berusia sekitar tiga puluh tahun.
Mereka semua duduk didalam gazebo yang ditutupi oleh tirai untuk mengelakkan orang luar melihat anak gadis daripada keluarga yang lain.
Setiap keluarga yang hadir juga mempunyai gazebo khas yang telah disediakan mengikut kedudukan sosial masing masing.
Apabila angin bertiup lembut maka tirai akan bergerak melihatkan sepintas lalu wajah anak anak gadis yang berada didalamnya. Melihat situasi itu membuatkan Qingluo tersenyum.
Tidak lama kemudian Puan Besar dan Qinglei kembali semula ke tempat duduk mereka. Dia yang ingin tahu segera bertanya kepada Qingfei apa yang telah dikatakan oleh Puteri Hu Guo.
Tapi pertanyaan itu dibalas oleh Puan Besar, " Tuan Puteri menyukai Qinglei dan Qingfei. Oleh itu, dia akan mengarahkan para putera untuk menghantar kalungan bunga kepada kita".
Sambil jarinya menunjuk kearah gazebo yang berada dihadapan, "dihadapan kita ini ialah gazebo yang diduduki oleh Putera Keempat, sebelah kiri pula pergola kediaman keluarga Gu manakala sebelah kanan milik keluarga Wang. Saya juga mendengar Cik Gu Tianlin dan Cik Wang Yan telah lama tiba".
Selepas mendengar penjelasan itu kedua dua kakaknya terus melihat kearah kawasan yang disebutkan tadi. Namun oleh kerana dipisahkan oleh sebuah taman mereka tidak mampu melihat apa apa. Tiba tiba Qingluo berkata, "Puan Besar, lebih baik saya pergi meninjau disana".
Namun Puan Besar agak berat hati untuk bersetuju dengan cadangan tersebut. "Bagaimana jika berlaku sesuatu, nama keluarga kita pasti akan tercemar?"
Sambil tersenyum dia menjawab, "tiada siapa yang tahu bahawa saya ialah Cik Muda Ketiga daripada keluarga Li. Semua orang hanya mengetahui tentang kakak pertama dan kedua. Bila ketahuan saya akan berkata bahawa saya cuma seorang pembantu".
Akhirnya Puan Besar bersetuju dengan cadangan itu. "Nampaknya cadangan A'Luo satu perkara yang bijak. Hari ini tiada siapa yang tahu bahawa Cik Muda Ketiga keluarga kita turut hadir. A'Luo akan pergi bersama seorang pembantu, kamu berdua harus berhati hati".
Mendengar cadangannya diterima, Qingluo merasa teruja sambil tersenyum kearah mereka ia berkata "jangan risau saya pasti akan segera kembali".
Mereka berdua membawa sebuah bakul yang berisi bunga hutan. Didalam jamuan ini, seseorang itu tidak dibenarkan untuk memetik bunga sesuka hati. Jika berminat terhadap seseorang yang berada di dalam jamuan ini barulah boleh memberikannya bunga sebagai tanda untuk menunjukkan rasa hormat.
Qingluo ingin menyerahkan bunga yang dibawanya kepada anak gadis keluarga Gu. Kerana Cik Gu Tianlin dikhabarkan mempunyai kehebatan setanding dengan Qinglei, jadi dia ingin melihat sendiri wajah sebenar gadis itu.
Untuk sampai ke gazebo kediaman Keluarga Gu harus melalui hutan bunga. Kawasan yang dilaluinya sangat indah dan berbau wangi kerana dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga. "Wah! Tempat yang sangat indah, mungkin seperti berada di kayangan".
Pembantu yang menemaninya seorang gadis muda mungkin berusia diantara tiga belas atau empat belas tahun. Sama seperti Qingluo, dia juga menikmati keindahan tempat itu. Namun setelah berjalan beberapa lama mereka sudah tidak melihat sebarang gazebo lagi dan pembantu itu mula merasa panik, "Cik Muda Ketiga, nampaknya kita telah tersesat".
Apabila Qingluo memerhatikan keadaan persekitaran, segala pokok bunga yang berada disitu semuanya nampak sama sahaja. Dia sendiri tidak tahu jalan mana yang harus diambil ketika ini, dia mula merasa khuatir. "Kita tidak boleh lewat kerana Puan Besar pasti akan marah dan risau. Tapi jalan mana yang harus kita ambil?"
Pembantu itu juga tidak mengetahui jalan mana yang harus mereka tuju. Setelah berfikir seketika Qingluo melihat kearah panahan cahaya matahari dan mengingati keadaan taman yang berada dihadapan gazebo mereka tadi. Selepas itu mereka bergerak kearah utara barat, dia mula merasa gembira, "lihat, awak nampak tak itu?"
Mereka berdua segera bergerak kehadapan tetapi langkah mereka terhenti kerana bertemu dengan sebuah anak sungai. Qingluo mengambil ranting kayu dan mencucuknya kedalam air. Dia harus mencari jalan pulang dengan segera agar tidak terlewat, melihat keadaan persekitaran dan memastikan tiada sesiapa yang berada di kawasan itu, Qingluo mula membuka kasut dan sarung kaki yang dipakainya serta menaikkan seluarnya ke paras betis. "Cepat kita harus segera menyeberangi anak sungai ini, kalau tidak kita akan berada dalam masalah".
Pembantu itu merasa sangat takut, wajahnya kelihatan seperti ingin menangis namun dia terpaksa bergerak mengikut langkah Cik Muda Ketiganya. Dia meletakkan kasut dan sarung kakinya didalam bakul dan mula memegang tangan Qingluo, berjalan dengan perlahan didalam anak sungai itu. Bila mereka hampir tiba di kawasan tebing secara tidak sengaja dia memijak batu sungai yang berada didalam air lalu hilang imbangan dan telah menjatuhkan bakul tersebut. Secara serentak mereka berdua menjerit , "bakul!!"
Qingluo melepaskan tangan pembantu tersebut untuk mengambil semula bakul itu tetapi secara tidak sengaja dia tergelincir dan hampir terjatuh, namun tiba tiba seseorang terbang kearahnya dengan pantas dan menyelamatkannya.
Qingluo menjerit dengan kuat ketika dia selamat tiba dikawasan tebing. Dia merasa amat terkejut kerana melihat dihadapannya kini berdiri seorang lelaki muda yang agak tinggi dan memandangnya sambil tersenyum.
Masih lagi terkejut dengan situasi yang baru berlaku, Qingluo menundukkan kepalanya kerana merasa malu lebih lebih lagi lelaki itu telah melihat dia tidak memakai kasut dan sarung kaki. "Boleh tak awak berpusing saya ingin memakai kasut".
Apabila lelaki itu berpusing, dia dapat melihat dengan jelas lelaki tersebut sedang ketawa. Qingluo cuba menahan rasa geram? "Saya berterima kasih kepada awak kerana telah menyelamatkan saya tapi mengapa dengan mata awak itu? Sakitkah?"
Tanpa lelaki itu menduga Qingluo menolaknya kedalam sungai. Tetapi dia seorang yang mahir dalam seni mempertahankan diri, dengan mudah dia dapat menyelamatkan dirinya sendiri dan terbang kearah seberang sungai tetapi bajunya basah kerana terkena air sungai ketika cuba mengimbangi dirinya tadi.
Qingluo merasa kagum dengan ilmu mempertahankan diri yang dimiliki oleh lelaki itu.! "Awak berani melihat kaki saya, dasar lelaki tidak tahu malu!" Kemudian mereka berdua segera lari dari tempat itu.
Namun lelaki tersebut hanya ketawa melihat pemergian Qingluo. "Asalkan awak berada dijamuan ini, saya pasti akan dapat bertemu denganmu lagi!!"