DALAM keadaan tergesa-gesa selain perasaan panik yang menghantui diri, kesemua kru stesen ISS berjaya melompat keluar daripada pintu kompartmen lobi utama ISS. Mereka bertujuh kemudiannya terawang-awang dan terapung sebelum pesawat pengangkut 'Shenzhou' perlahan-lahan mendekati kru-kru ISS berkenaan. Pesawat 'Shenzhou' berkenaan kemudiannya mengeluarkan penyepit keluli yang boleh memanjangkan wayarnya secara automatik. Penyepit itu kemudiannya mengambil ketujuh-tujuh kru terbabit secara berhati-hati dan mereka berjaya dibawa masuk ke dalam pesawat pengangkut berkenaan.
Daripada bahagian dalam pesawat pengangkut 'Shenzhou' berkenaan, dapat dilihat beberapa bahagian luar modul Makmal Columbus dan Makmal Destiny yang telah bocor dan terbuka luas. Beberapa serpihan besi, keluli, parabola satelit, alat-alat di makmal Columbus, pecahan kaca aeroangkasa serta beberapa besi tajam yang lain sedang terapung-apung di sekitar stesen ISS. Dari bahagian dalam pula, jelas terlihat satu makhluk gergasi yang cukup besar, bentuknya seakan-akan amoeba, berwarna lutsinar lebam dengan sedikit kelabu gelap. Makluk berkenaan sedang memakan dinding-dinding keluli yang berada di sepanjang laluan ke Makmal Destiny. Dapat diperlihatkan, bahagian 'tangan' makhluk berkenaan juga dilihat memakan panel solar yang berada di bahagian sayap luar ISS. Daripada pemerhatian, makhluk berkenaan memakan apa sahaja yang berada di laluannya. Semakin lama, saiznya bertambah sehingga dua kali ganda daripada saiz asalnya.
Beberapa minit selepas kru-kru ISS berjaya diselamatkan oleh kapal pengangkut 'Shenzhou' milik negara China, stesen ISS terus menjunam meluncur laju ke arah permukaan bumi, mengikuti hukum gerakan Newton yang kedua. Hukum gerakan Newton yang kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek yakni stesen ISS itu pada arah yang sama iaitu ke arah permukaan bumi dengan arah tindakan tersebut.
Tidak berapa lama kemudian, stesen ISS berkenaan dilihat mengeluarkan percikan api akibat kesan pergeseran antara stesen berkenaan dengan ruang atmosfera lalu meletup ketika memasuki ruangan atmosfera bumi. Namun, tidak dipastikan adakah makhluk awanama (anonymous) berkenaan sudahpun mati ataupun masih lagi hidup.
BOOM!
"Whoa!" kesemua kru-kru ISS dan juga kru pesawat pengangkut 'Shenzhou' seakan-akan tidak percaya bahawa stesen angkasa antarabangsa (ISS) telah meletup di hadapan mata mereka.
"You're lucky, mates. If we late, i think we never meet again. I'm Captain Wang Lei Wei, the commander of 'YOUSHÉNG', China Space Station," Kapten Wang Lei Wei memperkenalkan dirinya sambil berjabat tangan. Ada sedikit loghat mandarin pada lenggok bahasanya.
"Thank you so much, Captain. We owe you our life. I'm Captain Viktor Yuskov, the Captain of International Space Station (ISS). I'm from European Space Agecy (ESA). This is Olivia Anastasia, also from ESA," Kapten Viktor Yuskov memperkenalkan diri.
"Hello, Captain Wei. I'm Commander Andes Shkaplerov and this is Alexander Segie. Both of us from Russian Space Agecy, ROSCOSMOS. Thank you for saving us from disaster," Komander Andes Shkaplerov pula memperkenalkan diri sambil berjabat tangan dengan Kapten Wei Jin.
"Hi Captain. Nice to know you. I'm Marie Claire, a flight attendant from NASA. Your help is much appreciated. Thank you," Marie Claire pula memperkenalkan diri.
"Hello Captain. My name is Park Han-gyeol. I'm from Korean Aerospace Research Institute (KARI). This is Akito Nakamura from Japanese Aerospace Agency (JAXA). Thank you for your rescue team," Park Han-gyeol juga memperkenalkan dirinya dan Akito.
"And who is this beautiful lady?" Kapten Wang Lei Wei bertanyakan tentang siapakah individu yang sedang terkulai layu dek kerana perasaan trauma bercampur kesedihan kerana telah menghancurkan stesen ISS. Nora Yuhanis masih termenung jauh memandang ke lantai. Sut angkasawannya masih belum dibuka sepenuhnya.
"Owh. Her name is Nora Yuhanis, a space traveller from Malaysia. She still traumatized with the tragedy. She also the first respondent who found out about that creature," Komander Andes Shkaplerov memperkenalkan Nora Yuhanis kepada Kapten Wang Lei Wei.
"I see. I heard also Malaysian Government just launched their own space station. It's okay. When we arrived at YOUSHÉNG, i'll brought her to our psychologist. She need meditation to recover the traumatized," Kapten Wang Lei Wei memberi jaminan bahawa dia akan segera membantu Nora Yuhanis yang sedang trauma akibat kejadian di ISS beberapa jam yang lalu.
"I'm so sorry. This is my fault." Nora Yuhanis berasa terlalu kecewa dan tertekan dengan kejadian yang berlaku, serta menyalahkan dirinya sendiri.
"Nora, please don't blame yourself. This is not your fault. It's already happened. What most important things is, you safe with us," Kapten Wang Lei Wei menenangkan Nora Yuhanis yang sedang trauma itu.
Nora Yuhanis hanya menundukkan mukanya sahaja. Air matanya bergenangan sambil dirinya teresak-esak mengenangkan segalanya yang telah terjadi.
"Captain, can i use the Roosevelt intercom here? I want to inform our agency about our existence and safety conditions via message," Kapten Viktor Yuskov meminta kebenaran oleh Kapten Wang Lei Wei untuk menggunakan alat telekomunikasi yang ada dalam pesawat pengangkut berkenaan.
"Yes, sure you can. Follow me. Let me bring you to the device," Kapten Wang Lei Wei membawa Kapten Viktor Yuskov ke alat telekomunikasi Roosevelt berkenaan.
***
"Dear ROSCOSMOS / NASA Agency,
We're sad to inform you that the International Space Station (ISS) have been crash to the surface.
But, all seven crew members are safe. We're now at Shenzhou Spaceship and currently heading to YOUSHÉNG Space Station. Please contact us A.S.A.P at YOUSHÉNG Space Station for the next planning, summary report and the chronology of the tragedy.
Thank you.
Regards,
Captain Yuskov Viktor."
Beginilah mesej ringkas yang di hantar oleh Kapten Viktor Yuskov kepada agensi ROSCOSMOS di Baikonur Cosmodrome dan juga ke NASA yang berpusat di Houston.
***
Kapal pengangkut 'Shenzhou' ini mempunyai ruangan yang cukup luas. Dibina dengan menggunakan keluli aeroangkasa dan seratus peratus buatan negara China, pesawat ini mampu mengangkut lebih 20 orang penumpang pada satu-satu masa. Pesawat ini juga mempunyai kelengkapan yang lebih canggih dan berteknologi tinggi berbanding pesawat pengangkut Soyuz yang mereka gunakan tempoh hari. Pesawat pengangkut 'Shenzhou' ini berkeluasan 75 meter persegi, dengan dikuasakan dwi sumber bahan api iaitu kerosene dan juga tenaga solar. Di bahagian dalamnya, pesawat ini mempunyai beberapa buah robot pembersih yang dilengkapi dengan teknologi kecerdasan pintar, teknologi penyahtekanan yang lebih baik dan juga kadar kelajuan yang lebih pantas berbanding pesawat pengangkut Soyuz.
***
Pesawat pengangkut 'Shenzhou' terbabit bergerak laju menghala ke stesen YOUSHÉNG yang terletak kira-kira 357.4 kilometer daripada lokasi tragedi ISS terbabit. Kelajuan pesawat berkenaan bergerak boleh mencecah sehingga ke kelajuan cahaya. Masa perjalanan yang diambil untuk sampai ke Stesen angkasa YOUSHÉNG ini adalah selama setengah jam. Ini adalah kali pertama mereka semua bakal menjejakkan kaki ke stesen angkasa milik negara China berkenaan.
***