Di suatu tempat yang agak gelap
Terdapat sebuah kerajaan, Kerajaan Kegelapan. Tidak ramai penduduk di situ dan terdapat seseorang sedang menghadapi Raja Kegelapan itu. Suasana di sana amat tegang.
"Jadi, Putera dan Puteri Kerajaan tidak mati, tidak seperti apa yang dikatakan oleh Permaisuri Saida Al-Harith dan Raja Mukhtar Iqbal?" soal raja tersebut.
"Ya, Tuanku," balas orang itu.
"Aku mahu kau bersiap sedia tetapi bukan sekarang. Buat masa ini, kau perhatikan mereka," arah raja itu.
******************************************************
Tengahari itu
Blaze of the Light sudah siap sedia untuk memulakan perjalanan mereka. Mereka pergi ke akademi dahulu untuk mendapatkan kuda-kuda mereka. Pada masa yang sama, Hazirah, Syahmi dan Huzair dapat merasakan bahawa seseorang sedang memerhati mereka. Namun, mereka mendiamkan diri. The Alpha, Cikgu Lily, Cikgu Luthfi akan bertemu dengan mereka sebelum mereka berangkat. Hazirah sempat mengambil sedikit sebanyak buah-buahan sebagai makanan untuk kuda-kuda mereka semasa perjalanan. Mereka menaiki kuda-kuda mereka di akademi dan segera menuju ke istana, di mana Raja Rizal dan Permaisuri Khadija akan menunggu mereka. Pengetua Suzy turut mengikut mereka ke istana. Raja Rizal sempat mengucapkan sesuatu kepada Blaze of The Light dan Huzair.
"Pengetua Suzy akan menghantar kamu semua sehingga ke The Forbidden Forest melalui teleportasi. Tempat ini merupakan tempat paling dekat untuk ke Kerajaan Avalor daripada kerajaan ini. Walau bagaimanapun, kamu semua harus berhati-hati di tempat itu kerana tempat itu turut dekat dengan Kerajaan Kejahatan," kata Raja Rizal.
Blaze of the Light dan Huzair mengangguk sebelum melangkah masuk ke portal bersama kuda-kuda mereka. Setiba di Forbidden Forest, mereka berjalan mengikut peta yang dibawa Huzair. Peta itu telah diberi oleh Jeneral Zyra. Mereka berjalan selama dua jam setengah dan hari sudah pun senja. Huzair ternampak sebuah sungai yang pernah didengarinya daripada Jeneral Zyra.
"Kita berehat seketika di sungai ini," kata Huzair. Mereka buat unggun api dan berkhemah di situ. Kuda-kuda mereka diletakkan berdekatan dengan khemah mereka. Syahmi dan Muaz pergi ke sekeliling untuk mencari jika ada buah-buahan ataupun kayu untuk unggun api. Hazirah terfikir untuk mengeluarkan kuasa angin sebelum kuasa-kuasanya yang lain.
"Bagaimana ingin keluarkan kuasa angin? Hurm. Apa kata aku suruh Khaulah ajarkan?' bisik hati kecil Hazirah. Hazirah menuju ke arah Khaulah dan memberitahu niatnya.
"Untuk mengeluarkan kuasa angin, kau cuba membayangkan angin di tapak tangan. Bayangkan sekeliling kau di sebuah padang," arah Khaulah. Hazirah mencuba apa yang diarahkan Khaulah. Huzair dan Batrisya memutuskan untuk berehat setelah mendirikan khemah untuk mereka berehat. Setelah setengah jam mencuba, Hazirah dapat mengeluarkan sedikit kuasa anginnya. Dia mula berlatih bersama Khaulah dengan kuasa anginnya. Syahmi dan Muaz, yang baru pulang dari mencari kayu-kayu dan buah-buahan, terkejut apabila Hazirah sudah dapat mengeluarkan kuasa anginnya.
"Syahmi. Bila kau nak keluarkan kuasa baru kau?" soal Muaz.
Syahmi mengangkat bahunya. Dia cuba mengeluarkan kuasa petirnya dan dalam beberapa minit, dia berjaya. Dia berlatih dengan kuasa peti rsecara individu. Muaz sempat diajak Syahmi untuk berlawan. Hazirah dan Khaulah duduk di sekeliling unggun api dan memerhati perlawanan mereka. Sementara itu, mereka memberi satu biji epal kepada kuda-kuda mereka. Tiba-tiba, kuda Syahmi, Blaze, mendekati Hazirah dan makan buah epal yang dihulurkan untuk kudanya, Roza. Hazirah agak terkejut seketika. Dia tersenyum dan mengusap Blaze. Kuda Huzair, Eliot,dan kuda Batrisya, Belle, juga diberi makanan oleh Huzair dan Batrisya sendiri. Kuda Muaz, Jasper, dan kuda Khaulah, Smokey, diberi makan oleh Khaulah sementara Muaz dan Syahmi berlatih. Tepat jam sepuluh malam, mereka masuk ke khemah dan menyiapkan diri untuk esok.
***********************************************************************************************
Keesokkan hari
Hazirah bangun dan menuju ke hujung sungai agar tiada sesiapa yang perasan akan kehadirannya. Dia ingin membersihkan diri sebelum berlatih kuasa anginnya dan tidak perasan akan kehadiran Syahmi di belakangnya.
"Aku nak join, boleh?" soal Syahmi.
Hazirah terkejut dan memandang Syahmi. Dia mengangguk dan mereka saling membantu antara satu sama lain untuk latih setiap kuasa. Khaulah dan Batrisya, yang sudah bangun, perasan akan mereka sedang berlatih. Mereka segera menyediakan makanan dan sempat memberi sebiji epal untuk kuda-kuda mereka agar tidak kelam-kabut sekiranya menunggu Hazirah menyelesaikan latihannya. Setelah selesai makan sarapan pagi, mereka teruskan perjalanan mereka yang sudah amat dekat dengan Kerajaan Avalor. Tanpa sedari, ada seseorang menyerang mereka. Muaz, yang perasan akan serangan tersebut, sempat menahan. Di hadapan Muaz adalah seorang gadis yang ada rambut berwarna kuning.
"Chain of Shadows," kata Muaz. Banyak rantai, yang diperbuat dari bayang, tercipta dan menangkap gadis itu. Gadis itu terleka seketika apabila dapat merasa kuasa yang luar biasa dari aura Syahmi dan Hazirah. Gadis itu agak terkejut apabila melihat wajah Huzair.
"Siapa kau? Kenapa serang kami?" Soal Muaz dengan tegang.
"Err. Maafkan saya. Saya seorang penjaga di hutan ini dan dapat merasa sesuatu kuasa yang agak luar biasa dari kawan-kawan kamu. Kuasa yang sudah lama tidak ada agar dapat melindungi kerajaan ini," terang gadis itu.
Huzair tiba-tiba ke hadapan gadis itu dan bertanya dengan dingin, "Apa nama kau?"
"Alisa," balas gadis itu. Huzair mendiamkan diri dan dia seakan-akan terfikir tentang sesuatu.
"Awak Huzair, bukan? Putera Kerajaan Avalor?" Soal Alisa. Blaze of the Light terkejut akan apa yang disoal oleh Alisa. Huzair pula seperti tidak terkejut.
"Muaz. Batalkan kuasa kau. Ini satu-satunya kawan aku dari kecil lagi," kata Huzair. Mereka agak terkejut akan arahan Huzair dan melepaskan Alisa. Hazirah memandang abangnya dan Alisa bersilih-ganti.
"Dia selalu ada dengan aku semasa kami masih kecil dan dia sebaya dengan aku. Babah dan umi kenal dia dan keluarga dia," terang Huzair. Huzair sempat memperkenalkan Alisa kepada Blaze of the Light termasuk Hazirah sebagai adiknya. Mereka saling bertukar cerita dan Alisa ingin mengikut mereka agar dia dapat membantu. Rupa-rupanya, Alisa adalah salah satu penduduk di Kerajaan Avalor.
"Kejap. Semalam aku merasakan kuasa yang agak luar biasa. Kuasa siapakah itu?" soal Alisa sambil memandang Blaze of the Light dan Huzair. Mereka semua berpandangan buat seketika sebelum Hazirah menyuruh dia teka. Alisa diam sebelum meneka.
"Yang aku rasa adalah ... kuasa Kembar Lagenda?" teka Alisa. Huzair mengangguk tanda tekaan Alisa benar.
"Tidak mungkin. Kuasa itu sudah lama dihapuskan, bukan?" soal Alisa sekali lagi.
"Kuasa itu tidak dihapuskan. Sekarang, yang memiliki kuasa itu adalah adik aku, Hazirah dan Syahmi. Buktinya, kuda-kuda yang dinaiki Hazirah dan Syahmi merupakan kuda-kuda Kembar Lagenda," terang Huzair dengan tenang. Alisa sekadar mengangguk dan mereka meneruskan perjalanan. Hazirah sempat bertanya Alisa sesuatu.
"Kak Alisa. Mengapa akak seorang diri di hutan itu? Mana keluarga akak?" Soal Hazirah. Alisa diam seketika.
"Pada waktu itu, aku ingin ke Kerajaan Alantia untuk meminta pertolongan dari segi kewangan agar dapat memperbaiki Kerajaan Avalor balik. Aku jalan di hutan ini untuk ke sana kerana ia merupakan jalan pantas ke sana. Akan tetapi aku telah 'diperangkap' di hutan ini. Dahulu, ada yang percaya bahawa jika kita jejak ke dalam hutan itu, kita tidak akan keluar dengan selamat tetapi itu semua tidak benar. Hutan itu hanya memerlukan penjaga yang sesuai untuk menjaga hutan ini. Sekiranya kita masuk ke hutan ini, kita tidak akan selamat namun bukan dipilih sebagai penjaga hutan ini. Keadaan di Kerajaan Avalor masih sama seperti sewaktu di peperangan. Keluarga aku pula masih ada di Kerajaan Avalor bersama penduduk-penduduk lain," terang Alisa. Setelah sejam lebih duduk di atas kuda, mereka sudah tiba di The Forgotten Country. Huzair memandang Hazirah sebelum memandang sekeliling kerajaannya.
TBC