"Nak teruskan pergaduhan dan kena api ini atau leraikan dan makan sarapan yang disediakan?" ugut Syahmi dengan senyuman sinisnya.
Muaz dan Khaulah menelan air liur mereka dengan pahit. Mereka segera mendengar arahan Syahmi dan mengambil tempat masing-masing di ruang makan. Huzair tersenyum melihat cara Syahmi mengatasi keadaan itu. Suasana di ruang makan itu amat sunyi kecuali bunyi sudu dan garpu.
"Kak Irah. Nanti akak akan pergi buat senaman ke?" soal Batrisya, memecah kesunyian yang ada di ruang itu. Hazirah mengangguk manakala yang lain memandang mereka berdua dengan pandangan keliru.
"Akak selalu buat senaman fisikal walaupun dia hanya ada kuasa abiliti dahulu," terang Batrisya apabila perasan pandangan mereka.
"Walaupun sekarang ada kuasa Kembar Lagenda, tak semestinya aku akan bergantung seratus peratus pada kuasa. Aku cuba untuk meningkat stamina dari dulu sampai ke sekarang," kata Hazirah dengan lebih terperinci.
Muaz dan Khaulah mengangguk manakala Syahmi hanya mendiamkan diri. Setelah mereka bersarapan, Hazirah membersihkan pinggan mangkuk bersama Batrisya. Muaz, Huzair dan Syahmi pula pergi berjumpa The Alpha untuk latih bersama. Khaulah menuju ke biliknya. Hazirah pula menuju ke padang besar di belakang rumah dan memulakan senaman hariannya. Selepas beberapa minit, Khaulah turun bersama telefon bimbitnya. Dia dan Batrisya melihat Hazirah bersenam. Khaulah sempat merakam senaman tersebut. Mereka seronok melihat Hazirah bersenam sehingga tidak perasan akan kepulangan Muaz, Huzair dan Syahmi bersama The Alpha.
"Wow. Sempurnanya teknik dia tu. Tak silap aku, itu teknik kendo," puji Muaz sambil memerhati Hazirah.
"Aik, bila masa korang sampai? Tak perasan pula," soal Batrisya dengan terkejut.
"Dalam sepuluh atau lima belas minit yang lepas," balas Syahmi sambil memandang Hazirah, yang sudah habis bersenam selama sejam.
Hazirah senyum apabila perasan akan kedatangan The Alpha, Muaz dan Syahmi. Dia meminta diri untuk ke bilik dan membersihkan diri akibat berpeluh. The Alpha, Syahmi, Muaz, Batrisya dan Khaulah sedang berborak di ruang tamu apabila Hazirah sudah siap dengan blaus merah dan jeans. Mereka ke perpustakaan mini untuk berbincang tentang siapa ketua dan nama kumpulan mereka. Cikgu Luthfi akan datang ke rumah itu tidak lama lagi. The Alpha, Huzair, Muaz, Batrisya, Syahmi, Khaulah dan Hazirah duduk di meja dan kerusi yang disediakan. Tidak lama kemudian, Cikgu Luthfi sampai ke rumah mereka.
"Siapa ketua dan nama kumpulan korang?" soal Cikgu Luthfi sambil memandang setiap satu anak muridnya. Suasana di perpustakaan senyap apabila semua memikirkan siapa yang ingin mereka jadikan sebagai ketua kumpulan mereka sehingga Muaz memecah kesunyian.
"Mungkin Syahmi sesuai untuk menjadi ketua. Kalau nak pilih Huzair, dia sudah menjadi mentor kita walaupun dalam kumpulan yang sama," kata Muaz tiba-tiba. Syahmi memandang Muaz dengan pandangan keliru. The Alpha dan Cikgu Luthfi juga memandang Muaz sebelum memandang yang lain untuk mendapat kepastian.
"Aku pun rasa Syahmi patut menjadi ketua. Dia seorang yang tegas dan sedikit dingin tetapi dia juga mempunyai sikap peramah dan penyayang kepada kawan-kawan dan keluarga. Dia layak menjadi seorang pemimpin," terang Khaulah. Batrsiya, Muaz dan Hazirah setuju dengan Khaulah. Mereka memandang Syahmi jikalau dia setuju untuk menjadi ketua mereka. Syahmi, sedar akan pandangan itu, mengangguk tanda setuju.
"Nama kumpulan pula?" Soal Huzair pula.
"Shadow Knights?"
"Passion Warrior?"
Khaulah dan Muaz berkata dan berpandangan. Mereka sekumpulan seakan-akan tidak tahu nama apa yang patut mereka pilih. Cikgu Luthfi perasan akan kekeliruan itu dan memberi sebuah cadangan.
"Apa kata, nama kumpulan dipilih oleh Huzair, mentor kalian?" cadang Cikgu Luthfi. Mereka setuju dan Huzair mula memikirkan tentang nama-nama yang telah dipilih oleh Batrisya dan Khaulah.
"Aku rasa nama kumpulan untuk korang yang lebih sesuai adalah Blaze of The Light. Pilihan Khaulah dan Muaz bukan tidak bagus. Cuma aku rasa nama yang dipilih oleh kami amat sesuai dengan kumpulan kalian," terang Huzair dengan tenang.
Khaulah, Syahmi, Batrisya, Hazirah, Muaz dan Cikgu Luthfi mengangguk apabila mendengar apa yang diterangkan Huzair. Mereka setuju dengan nama yang dipilih Huzair. Hazirah bersandar kepalanya di bahu Huzair dan ia membuat Cikgu Luthfi berasa keliru akan hubungan mereka berdua.
"Huzair dan Hazirah.. Boleh cikgu tanya satu soalan?" soal Cikgu Luthfi. The Alpha dan Blaze of The Light memandang Cikgu Luthfi dengan pandangan keliru. Hazirah dan Huzair sempat berpandangan sebelum mengangguk.
"Kamu berdua ada hubungan yang dirahsiakan ke? Saya perasan bahawa sejak kebelakangan ini, kamu berdua semakin rapat," soal Cikgu Luthfi. Hazirah dan Huzair memberitahu dari mula hingga apa yang diketahui mereka.
"Oh begitu. Sekarang, saya ingin memberitahu kamu semua apa akan terjadi selepas ini. Di akademi, Blaze of The Light akan menjadi pelindung. The Alpha telah menjadi Guardians Kerajaan Alantia. Kamu akan tetap melakukan misi, tidak kira secara bersendirian mahupun secara kumpulan," kata Cikgu Luthfi.
"Huzair, Hazirah. Saya pasti kamu berdua mempunyai misi tersendiri, bukan?" soal Cikgu Luthfi sambil memandang Hazirah dan Huzair bersilih ganti. Hazirah dan Huzair berpandangan sebelum mengangguk. The Alpha dan Blaze of The Light memandang mereka dengan pandangan keliru.
"Mereka pasti ingin menyelamatkan kerajaan mereka sendiri. Jadi, sama ada kamu pergi bersama kumpulan kamu ataupun berdua sahaja, itu terpulang," terang Cikgu Luthfi. The Alpha dan Blaze of the Light memandang satu sama lain. Khaulah, Muaz, Batrisya dan Syahmi ingin berbincang sebelum membuat keputusan. The Alpha, Hazirah, Huzair dan Cikgu Luthfi memandang mereka sementara mereka berbincang.
"Kami akan turut serta dalam misi Huzair dan Hazirah," kata Muaz. Cikgu Luthfi mengangguk dan mengisikan sebuah borang untuk diberi kepada Pengetua Suzy.
"Kamu semua boleh mulakan misi kamu bila-bila masa. Harap kamu semua selamat pergi dan selamat pulang," nasihat Cikgu Luthfi.
---------------------------------------------------------------------
Tepat pukul 5 pagi, Hazirah sudah bangun. Dia sengaja bangun awal agar dapat menggemas beberapa barang ke dalam beg kalis air. Dia segera mandi dan menyiapkan sarapan untuk Blaze of the Light dan Huzair. Batrisya dan Khaulah menolong Hazirah yang sedang sibuk menyiapkan sarapan. Khaulah menyediakan meja makan manakala Batrisya mengejut Muaz, Syahmi dan Huzair.
"Haz.. Dah siapkan pakaian semua?" soal Huzair apabila dia menjejak kakinya di ruang makan bersama Syahmi.
"Dah. Tadi pagi baru siapkan," balas Hazirah dengan selamba. Khaulah memandang Hazirah dan Huzair dengan keliru. Batrisya dan Muaz mengambil tempat duduk mereka.
"Kau bertiga tak kisah kan kalau kita semua bertolak tengahari ini?" soal Huzair.
"Bertolak ke mana?" balas Khaulah dengan soalan. Syahmi dan Muaz menepuk dahi mereka. Batrisya tergelak. Huzair dan Hazirah menggelengkan kepala mereka.
"Bertolak untuk ke Forgotten County lah bangang," balas Muaz dengan penuh geram. Khaulah mengiyakan dan tersengih. Mereka semua mengangguk tanda setuju akan kata putus Huzair. Huzair memandang Hazirah sambil senyum. Hazirah, yang seperti tahu akan apa yang disenyumkan oleh abangnya, turut senyum.
"Apasal korang senyum semacam?" soal Muaz sambil memandang Huzair dan Hazirah bersilih ganti.
"Aik, nak senyum pun takleh ke?" balas Hazirah dengan sinis. Huzair dan Hazirah ketawa apabila Muaz bercebik. #siblingsgoals. Yang lain hanya tersengih apabila melihat kemesraan mereka.
"Aku teruja untuk melihat kerajaan aku semula. Si Hazirah belum pernah lihat Kerajaan Avalor. Aku pun nak tahu apa sebenarnya terjadi selepas aku pergi dari Kerajaan Avalor ini," balas Huzair sambil memandang Blaze of the Light.
Hazirah sudah menyiapkan sedikit makanan untuk perjalanan mereka ke sana. Batrisya berdiri dan mengambil pinggan mangkuk untuk dicuci. Muaz, Huzair dan Syahmi pula mengemas beg-beg kalis air mereka. Tidak lupa untuk mengeluarkan beg-beg tersebut dan meletakkan di ruang tamu.
TBC