Hana naikkan cermin mata ke batang hidungnya sewaktu memandang Isabella di depannya. Semua yang ada dalam bilik kelab itu duduk mengeliling meja bulat tersebut.
Membentuk bulatan seakan gelangang pertarungan untuk Hana dan Isabella.Jam di dinding berdetik menunjukkan jam masuk 10 pagi.
Mereka ada masa setengah jam sahaja sebelum kelas seterusnya bermula.
"Baik di sebelah kiri kita ada pemain Hana Delisha, Naib Presiden Kelab Catur terhormat kita. Di sebelah kanan adalah Isabella Norman Tunang kepada Kim Yuta yang mahu merebutkan kedudukan Presiden kelab Catur" maklum Candice yang dilantik sebagai MC.
"Anda berdua diberi masa setengah jam untuk mengalahkan lawan anda. Siapa menang siapa kalah perlu bersetuju dengan syarat yang telah dinyatakan. Anda sedia?"Candice pandang Hana dan Isabella silih ganti.
Hana mengangguk kepala. Isabella yang pada mulanya teragak-agak mengangguk kepala.
"Baik..."ucapCandice sambil arahkan dua orang AJK kelab catur supaya bawah jam untuk Hana dan Isabella. Mereka letakkan dua jam putih di sebelah meja itu lalu mengundurkan diri. "Di sini adalah jam, sebelah kanan adalah jam cik Isabella, sebelah kiri adalah jam Hana. Setiap kali anda selesai kan giliran anda perlu tekan butang pause jam ini. Tanpa membuang masa anda berdua boleh mulakan." arah Candice sebelum mengundurkan diri.
Hana pandang Isabella dan duduk tegak di meja sambil memandang buat caturnya.
"Awak boleh jalan dulu."aju Hana memandamgkan buah catur Isabella berwarna putih.
Isabella mulakan langkahnya dengan menggerakkan pawns terlebih dahulu. "Saya dah selesai.""maklum Isabella setelah menekan butang pause pada jam.
Hana mulakan gerakan opening dia dengan menggerakkan Bishop terlebih dahulu. Setelah itu cepat-cepat dia pause kan jam. "Selesai." "sebut Hana.
15 minit kemudian berlalu begitu sahaja. Di tepi papan catur dapat dilihat buah catur putih lebih banyak dibandingkan buat catur hitam.
Keadaan pula semakin tegang sehingga buatkan Isabella berpeluh dingin sekitar dahi sedangkan bilik itu berpenghawa dingin.
Di atas papan catur itu, terdapat lapan buah catur hitam lima catur putih, yang putih terdiri daripada King, Bishop, Knight dan Pawns.
Manakala untuk buah catur hitam terdapat King. Queen, Bishop, dua knight dan pawns. Memberitahu bahawa yang memainkan catur putih tiada peluang. Semua orang dalam bilik tu tahu termasuk pemain buah catur putih.
Dalam keadaan letih Isabella tekan butang pause pada jamnya dengan lemah sebelum bersandar di kerusi.
"Selesai."sebut Isabella dengan lemah.
Nadine menarik sengih meleretnya.
"Liam...mungkin awak perlu berikan tisu tu awal-awal."selorohnya.
Liam yang dengar terus bergerak ke arah meja kerja dan mencapai kotak tisu. Dia kemudiannya jalan ke tempat Isabella sebelum meletakkan tisu itu di atas riba gadis tersebut dan kembali berdiri di sebelah sofa di mana Nadine sedang duduk.
Hana dengan tenang menggerakkan Knight dia tepat dimana King Isabella berada. Dengan itu dia lafazkan perkataan keramat yang mana pemain catur seluruh dunia tidak mahu dengar dari pihak lawannya sampai bila-bila.
"Check Mate."Hana tekan butang pause sewaktu jam menunjukkan masa ke 20 minit.
Mata Isabella menggigil teruk, dia pandang Hana dengan wajah bungkam.
"Tak mungkin..."ucapnya.
Blaze tepuk tangan dengan senang hati.
"Well done...dan sekarang giliran aku pulak."
Semua kepala terarah pada Blaze yang perlahan jalan menghampiri mereka. Isabella pandang Blaze bersama linangan air mata di pipi.
"Saya dah kalah..."sebutnya dengan sedih.
"Yeah...you lose. Now the agreement."Blaze menyerahkan telefon bimbit pada Isabella. "Call ayah kau sekarang dan beritahu dia untuk jemput kau dan beritahu dia kau batalkan pertunangan kau dengan Yuta."arah Blaze dengan tenang.
Hana pandang tepi wajah Blaze sewaktu lelaki itu memandang serius ke arah Isabella.
Dengan kepala tunduk ke bawah dan tangan menggigil sebab terlalu sedih Isabella capai telefon itu lalu mula mendail nombor telefon ayahnya.