Chapter 68 - Bab 66

Wajah tersenyum idola akademi yang ditampal pada papan kenyataan itu dipandang Hana bersama senyuman dibibir.

Tak kira macam mana sekalipun dia pandang wajah lelaki ini, sekali pun tak pernah gagal buatkan dia tersenyum.

Tanpa mempedulikan pelajar-pelajar yang lalu lalang di koridor itu, Hana angkat tangan untuk mengusap gambar tersebut dengan hujung jarinya. Dulu bukan main lagi taksub dia menyukai lelaki ini.

"Awak tahu jumpa dengan orangnya betul-betul lagi puas dari awak sentuh gambarnya jer."tegur satu suara dari belakang.

Hana menahan nafas terkejut sebelum berpaling ke belakang. Terus berbahang wajahnya bila melihat lelaki lampai berwajah manis di depannya ini.

"Senior Yuta. Terkejut saya."ucap Hana sambil memegang dada.

Yuta tersenyum saat menatap wajah blushing Hana. "So...awak dengan Blaze?"soal lelaki itu bersama senyuman di bibir.

"Huh?"Hana jungkit kening kebingungan.

"Saya dah dengar semuanya dari Blaze. Dia beritahu awak dengan dia dah official. Satu asrama dia maklumkan."

Mata Hana terbutang luas. "Huh?Dia apa?"

Yuta ketawa kecil. Lalu menggosok kepala Hana.

"Kurang lah seorang dari kelab peminat saya.." senyum lelaki itu.

Hana tunduk menekap muka sebelah tangan kerana berasa malu.

"Terima kasih."ucap Yuta sambil memegang bahu Hana pula.

Kepala Hana tersentak memandang ke depan. Dia memandang bungkam ke Yuta.

"Sebab terima dia...Blaze jenisnya bukan orang yang mudah benarkan orang lain masuk dalam hidup dia. Saya harap awak dapat bawa perubahan untuk dia. Saya cakap bukan sebagai seorang kawan. Tapi seorang abang untuk adiknya. Blaze dah banyak menderita. Saya harap awak boleh bantu dia."ucap Yuta dengan senyuman sedih di bibir.

Hana pandang Yuta dengan renungan tak percaya.

"Saya sedar selama ni saya hanya bersikap tak guna dengan dia sedangkan dia cuba pulihkan luka di hati dia. Saya menyesal. Sebab itu saya tarik diri dari menyukai awak demi Blaze."luah Yuta dengan ikhlas. "I'm rooting for you."

"Senior suka dekat saya??"

Yuta termenung memikirkan hari semasa dia memberi ucapan di atas pentas. Antara ramai-ramai pelajar di situ, dia terpandang seorang gadis berkaca mata tersenyum sepanjang ucapannya.

Dan sejak itu dia sentiasa perhatikan gadis ini dari jauh sebab tak berani nak tegur kerana memikirkan dirinya telah ditunangkan.

Dulu...sekarang ianya hanya lebih kepada perasaan peminat pada idolanya saja.

Hana ketawa sebaik mendengar. Macam mana lah semua ni boleh berlaku.

"Sedihnya saya dengar."kata Hana dengan renungan terkilan. Siapa sangka crush dia telah crush kepadanya.

"Kenapa pulak?"Yuta seluk tangan ke dalam poket jaket jersi tenisnya.

"Sebab saya pun pernah sukakan senior..."

Kening Yuta terangkat tinggi kerana terkejut lantas ketawa. "

"Nampaknya kita saling crush lah ni?"

Hana mengangguk kepala sambil tersenyum malu.

"Kalau macam tu kita kawan?"Yuta menghulur tangan pada Hana.

Hana pandang tangan yang sudah lama dia teringin sangat sentuh. Seperti mimpi jadi kenyataan Hana terus dakap badan Yuta.

Pipinya disandarkan ke dada lelaki itu.

"Terima kasih senior sebab ajar saya kenal apa perasaan suka tu..."ucap Hana. Kerana lelaki ini menjadi cinta pandang pertamanya dia tahu macam mana sakitnya menyukai seseorang yang tak tahu akan kewujudan kita apa lagi membalas perasaan kita.

Yuta usap belakang kepala Hana dan membalas pelukan itu.

"Kasih diterima."ucap Yuta semasa tunduk merehatkan dagunya di atas kepala Hana.