Dengan kaki berjengket Hana tolak pintu dormnya dan berjalan masuk dengan senyap. Berharap Nadine masih terlena. Sekali dia toleh ke belakang selepas tutup pintu, di tengah ruang, berdirinya gadis tersebut dengan tangan bersilang di dada dan kaki menghentak lantai tidak sabar.
"Mana kau pergi?""soal Nadine dengan gaya seorang ibu menangkap anaknya pulang lewat kerana bermalam di luar. "Aku bangun subuh tadi kau tak ada atas katil. Aku call kau tak angkat...balik-balik dalam keadaan macam orang baru langgar ribut?"
Hana menelan air liur takutnya sewaktu sandar ke pintu. Matanya bergerak kanan dan kiri tidak tentu arah. Cuba susun kata dalam kepala sebelum bersuara.
"Kau bersama dengan Blaze ke malam tadi?" tanya Nadine. "Adam call aku subuh tadi tanya kau ada ke tak. Sekali aku kata tak ada. Adam beritahu lepas Blaze bertekak dengan Yuta, Blaze keluar redah hujan entah kemana. Bila di call tak angkat..."jelas Nadine.
"Kalau aku beritahu kau marah ke?"tanya Hana.
"Bergantung pada apa yang kau beritahu aku." jawab Nadine dengan serius. Dia menyilang tangannya ke dada dan memandang Hana dengan kening mencerun.
Hana jalan mendekati katil sebelum duduk di atasnya. Gadis itu mendiamkan diri buat seketika lantas melepaskan keluhan panjang. "
"Aku dengan Blaze official."maklum Hana.
"
"Kau apa?"Nadine terduduk di sebelah Hana."What the hell?Bukan aku dah beritahu kau untuk jauhkan diri dari dia ke?Apa yang berlaku antara kau dengan dia malam tadi?"
Hana pandang Nadine dengan kening mencerlung. Bukan dia saja-saja buat keputusan tu. Tapi lepas dengar semua cerita yang Blaze beritahu padanya, Hana terpaksa terima permintaan Blaze.
Lepas dengar cerita Blaze, Hana tak sangka rupa-rupa Blaze bukan seperti yang semua orang sangkakan. Lelaki itu ibarat kaca. Sangat rapuh yang memerlukan penjagaan yang rapi.
"Sebelum kau marah aku...aku nak kau janji dekat aku."
"
Nadine mengesan sesuatu tidak kena berdasarkan renungan mata Hana.
"Han...aku tak suka semua perasaan ni,apa yang dah berlaku antara kau dengan Blaze. Kenapa aku kena janji dekat kau?"soal Nadine.
"
"Janji dekat aku, apa yang kau dengar lepas ni adalah rahsia kita berdua."aju Hana.
Lama Nadine mendiamkan diri memandang Hana. Tidak pasti sama ada dia patut berjanji atau tidak. Setelah beberapa ketika memikirkan permintaan itu, Nadine mengangguk kepala.
"
"Aku janji."angguk Nadine.
Hana menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya dengan panjang. Setelah itu dia mula menceritakan segalanya tentang Blaze.
Dari awal sehingga akhir. Dari sebab kenapa Blaze bersikap baran pada semua orang. Buat hal dan bersikap kasar. Apa hubungan Blaze antara Yuta dan Isabella. Apa yang menimpa lelaki itu dan segalanya apa yang berlaku di dalam dorm lelaki malam itu.
Sepanjang masa Hana bercerita Nadine hanya diam dan mendengar setiap bait kata-kata Hana.
"Sampai macam tu sekali?"tanya Nadine selepas Hana selesai bercerita.
Hana mengangguk kepala perlahan. Lantas dia memandang Nadine. "
"Dia perlukan aku Nad...malam tadi adalah malam paling teruk untuk dia. Aku tak pernah nampak dia broken macam tu sekali...kalau aku tak terima permintaan dia..aku takut sesuatu lebih teruk akan menimpa dia..."
Nadine termenung seketika. Berasa serba salah sebab perlakukan Blaze dan berkata kasar pada lelaki itu.
Sekarang barulah dia tahu kenapa Blaze suka buat perangai. Sebab lelaki tu marah dan memberontak gara-gara tertekan dengan layanan ayah kandung lelaki itu terhadap diri Blaze. Manalah dia tahu Ayah kandung Blaze lebihkan Yuta dari Blaze sendiri.
Malah jodohkan Isabella untuk Yuta sedangkan Blaze suka pada Isabella. Paling teruk, ibu Yuta adalah punca kenapa Blaze kemurungan. Sebab ibu Blaze meninggal dunia sakit kanser tanpa suami di sisi gara-gara si suami sibuk luangkan masa dengan perempuan lain.
"Aku kena tolong dia Nad...""sebut Hana sambil termenung memandang ke lantai.
Nadine pandang Hana dengan perasaan hiba. Rasa serba salah yang amat sangat. Memikir Ace, dia suka dengan Ace. Sebab lelaki tu sangat sepadan untuk Hana. Kerana Ace sangat prihatin tentang Hana. Tak macam Blaze.
"Kau tahu Ace suka kau kan?"soal Nadine tiba-tiba. Sekiranya Hana pilih Blaze, maka penantian Ace sia-sia selama ini.
Hana menundukkan kepala ke bawah. Mmemandang jari jemarinya.
" Aku tahu."Mananya dia tak tahu, berdasarkan layan lelaki itu terhadapnya. Jelas-jelaslah Ace suka padanya. Tapi apakan daya, hatinya Cuma satu, sekiranya boleh di bahagi hatinya yang kecil ini mahunya dikongsikan kepada semua irang supaya bahagia. Realitinya dia tak boleh. Kerana itu dia kena pilih.
"Kau kena beritahu dia terang-terang. Supaya dia berhenti berharap. Beritahu dia kau pilih siapa." "minta Nadine.