Pada tarikh 18 March 2020, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana seluruh rakyat Malaysia di arahkan untuk duduk di rumah sepanjang tempoh yang ditetapkan. PKP dikeluarkan untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda satu dunia. Sejak PKP dikeluarkan gaya hidup masyarakat mula berubah, tiada siapa dibenarkan untuk keluar rumah kecuali ketua keluarga lelaki dan hanya dia seorang sahaja keluar dengan sebab yang munasabah seperti pergi ke pasar raya. Sesiapa sahaja yang gagal untuk mengikut PKP akan dikenakan compaun sebanyak RM1000.
Ini adalah apa yang saya ingat berdasarkan berita yang saya tengok dan penerangan dari mak dan ayah saya. Nama saya Ifrit Rahman,pada awal tahun tahun 2020, saya baru dua minggu kerja pada umur 21 tahun dan saya ada adik perempuan 10 tahun. Saya baru habiskan semester terakhir saya untuk diploma pada bulan January. Sekarang saya tinggal di rumah dan tunggu untuk tarikh konvokesyen. Saya ada kerja di Bangi Sentral sebagai orang yang tolong bungkus dan angkat barang cosmetic. Pada waktu petang saya ambil adik saya di sekolah. Mak dan ayah saya balik ke kampung untuk melawat wan (nenek) di kampung Kuala Lipis, Pahang beberapa hari sebelum tarikh PKP dikeluarkan. Saya dan adik tak ikut sebab adik saya kena sekolah. Saya tak dapat nak balik ke kampung sebelum perintah PKP sebab tak sempat nak bersiap dan saya sangat sibuk bekerja sehingga terlupa tentang PKP. Jadi, saya dan adik perempuan saya Aina tinggal di rumah di Taman Tropika 2, Sungai Tangkas. Saya hanya bergantung pada duit yang mak dan ayah saya hulurkan setiap bulan hasil daripada meniaga di kampung untuk beli makanan dan keperluan sepanjang tempoh PKP. Apabila saya pergi kerja, saya akan hantar adik saya ke rumah nenek yang dekat dengan sekolah adik saya Aina. Nenek tu adalah jiran kami di sebelum keluarga saya pindah ke taman perumahan baru iaitu rumah yang kami tinggal sekarang. Nenek tu dah jaga Aina sejak Aina bayi lagi. Dulu kami ada pembantu rumah tapi banyak yang lari dengan boyfriend.
Beberapa hari selepas PKP dikeluarkan, pada hari isnin saya pergi ke Bangi Sentral seperti biasa untuk kerja. Saya antara yang awal datang kerja dan oleh sebab itu saya tolong buka lampu, kipas, pasang meja dan kerusi untuk pekerja lain duduk dan saya mula membungkus barang. Gaji yang saya perolehi adalah berdasarkan berapa banyak barang yang saya dapat bungkus. Boss saya Cik Mia yang bekerja sebagai orang yang menjaga kualiti kerja dan mengajar cara membungkus barang tidak hadir dan keraninya yang urus bahagian gaji dan order customer yang dipanggil Joy menguruskan tempat kerja hari itu.
Joy datang pada saya pada pagi itu dan memberitahu saya yang hari ini kita akan bungkus product baru dan saya di ajar olehnya untuk menampal sticker pada botol lipstick. Selalunya saya kerja angkat kotak dan barang dari lori ke tempat kerja di tingkat tiga menggunakan lif. Memandangkan saya yang paling awal datang ke tempat kerja dan tak ramai pekerja yang dapat hadir disebabkan PKP, Joy meminta saya untuk ajar pekerja lain cara nak tampal sticker pada botol lipstik. Saya tak kisah sangat nak ajar orang sebab saya dari mula-mula kerja dulu dah biasa ajar pekerja baru, tak ramai pekerja yang tetap di sini sebab gajinya sedikit. Joy selalu sibuk untuk ambil order customer jadi dia jarang check kualiti barang yang pekerjanya bungkus bila Puan Mia tak ada. Malah saya rasa ini peluang untuk saya bungkus lebih banyak barang memandangkan banyak pekerja tak dapat hadir dan saya datang awal pagi tu.
Selepas sejam saya tampal sticker, banyak pekerja mula sampai dan ada muka- muka baru yang tak pernah ada sebelum ni. Seperti yang Joy minta, saya ajar hampir semua pekerja yang datang awal hari itu macam mana nak tampal sticker pada botol lipstick. Sebelum saya ajar saya selalu jumpa Joy untuk tunjuk contoh lipstick yang telah di tampal sticker untuk pastikan rupanya betul. Joy kata " Ha, betullah tu."
Pada pukul 1, saya bagitahu Joy yang saya nak pergi makan dan solat zohor. Saya tulis pada buku pekerja berapa banyak saya dah tampal sticker pada lipstick. Kemudian saya datang balik ke meja saya untuk ambil handphone dan beg saya, sebelum saya keluar saya ternampak ada seorang pekerja perempuan, saya tak ingat nama dia. Dia menampal sticker pada botol lipstick itu secara terbalik. Saya terus tegur perempuan tu yang dia dah buat silap. Perempuan tu kata yang "Mana ada salah, memang ni caranya, Cik Mia ajar saya semalam."
Saya mula rasa risau bila dia cakap macam tu, saya terus panggil Joy untuk check sama ada betul ke cara perempuan tu tampal sticker yang betul. Joy juga terkejut yang ada orang buat silap macam tu. Saya kemudian minta Joy untuk call Cik Mia dan confirmkan macam mana cara yang betul untuk tampal sticker tu sebenarnya. Semasa Joy sedang cuba untuk call Cik Mia di mejanya, semua orang berhenti menampal sticker kerana takut salah, mereka semua mula kata cara yang saya ajar pagi tadi yang betul dan perempuan yang buat terbalik tu yang salah. Mereka mula bertengkar antara satu sama lain. Ada juga yang mula mengira berapa banyak sticker yang mereka dah tampal.
Saya hanya diam dan tak tahu nak buat, saya rasa sangat risau sebab kebanyakan orang yang datang hari tu, saya yang ajar dan saya mula lihat berkotak-kotak pemegang lipstick yang telah di tampal sticker mengikut caranya. Kemudian saya terfikir kalau saya salah ajar, siapa yang kena bayar ganti rugi untuk semua ni, sticker yang telah ditampal secara terbalik boleh dibuka semula cuma yang menakutkan saya adalah mungkin orang lain turut dipotong gaji atas kesilapan ini dan siapa yang akan betulkan balik semua sticker tu. Joy kembali dalam keadaan muka risau dan dia bagitahu semua pekerja yang cara dia ajar pada saya pagi tu sebenarnya salah, cara perempuan yang saya tegur tu yang betul.
Semua orang mula risau selepas mendengar apa yang Joy cakap. Joy kemudian sambung "Tapi jangan risau apa yang berlaku hari ni adalah salah saya jadi lepas ni ikut cara yang perempuan ni buat. Tak perlu nak buka balik semua sticker yang dah ditampal. Sekarang boleh sambung balik buat kerja tapi ikut cara yang perempuan ni buat ye" Joy kembali ke mejanya dengan muka sedih.
Saya rasa agak lega bila dengar ayat terakhir, saya dah mula fikir nak buka balik semua sticker yang saya dan orang yang saya ajar dari pagi tadi dah tampal. Saya kembali duduk di tempat duduk saya untuk sambung buat kerja dan saya mula rasa bersalah dan minta maaf pada semua orang atas kesilapannya. Semua orang diam dan hanya terus bekerja. Ada seorang perempuan china kata pada saya " Tak pe lah Ifrit, sudah jadi ma, bukan salah you pun, salah Joy."
Kemudian saya terfikir apa yang akan berlaku dekat Joy lepas ni. Saya mula rasa tak sedap hati, badan saya mula rasa seram sejuk bukan sebab saya duduk di bawah aircond. Suasana tempat kerja pun dah mula senyap, tak bising macam pagi tadi. Saya tak tahan dan saya bangun dan ambil semua pemegang lipstick yang saya dah tampal sticker ke meja Joy untuk kira dan rekodkan dalam kertas yang disediakan oleh Joy sebelum balik. Kertas itu perlu diisi oleh semua pekerja untuk mengetahui berapa banyak kerja yang telah di buat pada hari tersebut untuk pengiraan gaji bulanan. Saya minta maaf pada Joy dan minta diri untuk pulang awal hari tu. Joy tidak kata apa-apa dan hanya buat kerjanya.
Apabila saya keluar dari Bangi Sentral saya mula berfikir tentang apa yang berlaku hari tu. Saya rasa sangat bodoh sehingga saya hilang selera nak makan tengah hari tu. Malam tu jugak saya tak dapat tidur nyenyak sebab fikir apa nasib Joy, adakah dia akan dibuang kerja. Keesokan harinya saya tak datang kerja kerana bangun lambat, saya terlepas solat subuh dan whatsapp Cik Mia yang saya tak dapat datang kerja hari tu. Kemudian pada waktu petang saya terima message yang menunjukkan ada duit masuk ke dalam account saya, duit itu duit gaji dari Joy. Saya rasa pelik sebab biasanya gaji akan diberi pada hari Jumaat, kenapa gaji saya dapat hari selasa.
Petang tu saya call Joy untuk minta penjelasan. Joy meminta maaf pada saya sebaik sahaja dia jawab call saya, dia bagitahu Cik Mia yang saya telah membuat silap masa mengajar pekerja lain pagi semalam, Joy tahu yang semua benda yang berlaku semalam salah dia kerana tak check dan belajar dengan Cik Mia terlebih dahulu, tetapi dia tak nak hilang kerja jadi dia tipu Cik Mia yang saya adalah pekerja yang lalai dan berlagak pandai untuk ajar orang lain. Joy minta maaf banyak kali pada saya dan berharap saya faham yang dia tak boleh hilang kerja dalam keadaan PKP ini, dia ada keluarga kena bagi makan.
Saya hanya diam dan merenung cermin besar yang ada di ruang tamu rumah saya, saya rasa sangat marah, semasa Joy sedang menceritakan masalah hidup dia dan kenapa dia kena tipu untuk selamatkan kerjanya, saya mula terfikir yang saya akan bunuh dia dan balas dendam atau saya hanya bagitahu perkara sebenar pada Cik Mia atau saya diam sahaja. Kemudian saya letak handphone dan pergi ke tandas. Saya tengok muka saya pada cermin tandas dan saya nampak muka lelaki yang masam dan geram, kemudian saya mula senyum dengan cara yang pelik, saya cuba untuk buat muka dan ketawa macam joker, saya ambil pisau cukur dan cukur misai dan janggut saya yang sikit dan tak terurus. Kemudian, saya hanya tengok cermin dan senyum dan masam dan senyum dan masam dan saya buka mulut untuk tengok gigi, saya mula main dengan rambut saya, saya mula sikat rambut saya ke kiri dan ke kanan tanpa sebab. Lepas tu saya turunkan rambut saya ke bawah sehingga hampir tutup mata. Fikiran saya kosong saya sendiri tak sedar apa saya buat.
Joy ada whatsapp saya malam tu, banyak message minta maaf dan cerita masalah keluarga dia, saya hanya tengok dan bluetick sahaja. Malam tu saya hilang selera nak makan dan susah nak tidur sebab asyik berfikir " Apa salah saya?"
Apabila saya bangun pagi, saya masak nasi goreng untuk saya dan Aina makan. Semasa memasak saya terfikir "Macam mana saya nak bagitahu mak ayah dan Aina tentang apa yang berlaku semalam." Disebabkan saya tak dapat berkerja dan adik saya Aina tidak dibenarkan bersekolah sepanjang tempoh PKP, kami hanya tinggal di rumah dan saya tolong Aina belajar online. Saya cuba untuk elak cerita pada ahli keluarga saya untuk pastikan mereka tak risau terutama sekali waktu PKP.
4 Hari Kemudian, pada hari sabtu pagi saya biasanya akan pergi ke pasar untuk beli bahan memasak dan barang barang yang penting untuk kekal hidup. Saya tinggalkan adik saya Aina dekat rumah nenek sebelum pergi pasar. Saya tulis semua barang yang saya nak beli dalam App Notes dekat handphone saya.
Suasana di pasar dah tak sama macam dulu sebelum PKP, semua pergerakan teratur dan jarak diantara saya dengan customer lain sentiasa dijaga terutama sekali waktu beratur untuk masuk pasar dan bayar di counter. Semua orang nampak nak cepat dan buat hal masing-masing semasa di pasar. Semasa saya berjalan dekat pasar raya, saya cari semua barang yang perlu berdasarkan list barang dalam notes saya. Berjalan dan pusing pasar berulang kali untuk cari barang sangat memenatkan, tapi yang lagi penat adalah saya bila balik nanti kena basuh balik semua barang yang saya beli di singki tepi rumah.
Saya keluar dari pasar, awan mendung pagi tadi dah bertukar jadi awan biru dengan cahaya matahari terik yang sangat panas. Saya dalam keadaan penat dan berpeluh teruk jalan ke kereta dengan barang penuh dalam plastik di kedua belah tangan saya. Saya buka bonet kereta dan saya mula masukkan barang ke dalam bonet kereta.
Tiba-tiba saya dengar bunyi tapak kaki, saya dapat rasa ada orang datang ke arah saya, saya pusing dan saya nampak ada dua orang lelaki berjalan ke arah saya. Saya tutup bonet kereta lepas letak semua barang secepat mungkin dan pecut ke pintu kereta. Malangnya saya tak sempat, ada seorang lagi lelaki dah ada dekat pintu kereta tempat duduk pemandu, saya pusing dan dua lelaki tadi dah ada betul betul 2 kaki dari badan saya, saya tanya pada mereka, "Boleh saya tolong? Korang nak apa?"
Dua orang lelaki di depan saya tak cakap apa-apa dan hanya pandang saya dengan muka tersenyum. Saya mula rasa takut dan ada terfikir nak lari ke dalam pasar semula. Saya baru angkat kaki kiri kebelakang untuk buka langkah tapi saya terkaku sebab pisau di leher saya, lelaki yang berdiri di depan pintu driver letak pisau yang sangat tajam atas kulit leher saya. Saya tak berani nak kata apa-apa dan hanya berdiri sambil tengok dua lelaki di depan saya.