Saya terkejut bila nampak 3 orang lelaki yang rompak saya beberapa hari lepas. Saya fikir ini mungkin mimpi tapi tidak, ini reality. Lelaki yang berada di tengah nampak saya tengok mereka bertiga, lelaki tu relaks dan senyum je. Dekat tangan kanannya ada coklat Snikers dan dua lelaki di belakang dia tak perasan saya rasanya.
Bila sampai di casher, saya cepat-cepat nak bayar dan pergi dari situ. Saya berjalan laju untuk lepaskan diri daripada kena pukul lagi dan bila dah nak sampai pintu keluar, saya toleh kepala ke belakang sedikit dan saya perasan 3 orang lelaki tu ikut saya. Saya tak nampak polis dekat luar kipmall dan security guard tengah sibuk ambil temperature orang yang nak masuk pasar raya tu. Saya berlari ke kereta yang saya parking di luar kipmall dan bila saya dah sampai depan pintu kereta, saya tengok mereka pergi ke tempat lain dan tak kejar saya pun.
Saya rasa lega tapi yang peliknya saya ada rasa sikit tak puas hati. Sebelum saya nak buka pintu kereta , saya rasa ada benda yang tak kena, saya dapat rasa tangan saya nak tumbuk muka diorang, saya rasa saya patut jumpa 3 lelaki tu dan balas dendam. Kalau saya tak dapat nak balas dendam pun, saya nak handphone saya balik. Aku rasa dah tiba masanya aku berubah. 3 orang lelaki tu dah masuk sebuah kereta persona dan aku fikir itu kereta diorang. Aku ikut kereta persona tu. Aku nak tahu mana handphone aku.
Mereka bertiga memandu ke stesyen minyak petronas, mereka semua keluar dari kereta pergi ke belakang stesyen minyak, mungkin nak kencing di tandas. Lelaki yang letak pisau dekat leher dia hari tu pergi ke tandas manakala dua orang kawannya berdiri di luar. Semasa ifrit tengah mengintai diorang, salah seorang dari dua lelaki tu nampak ifrit menyorok di belakang dinding. Lelaki tu tengok ifrit sambil tersenyum. Ifrit ditangkap mengintai . Lepas ifrit sedar yang mereka boleh nampak dia, Ifrit keluar dan tunjukkan dirinya dan berhenti menyorok di belakang dinding tadi. Ifrit dengan muka serius berjalan ke arah dua lelaki tu. Ifrit berdiri lebih kurang 1 kaki dari dua lelaki tu dan bertanya dengan suara yang perlahan
Ifrit : Mana Handphone aku?
Hassan : Kau siapa?
Ifrit : Aku Ifrit, lelaki yang kau rompak dekat pasar hari tu.
Hassan : Kau yakin aku yang rompak kau?
Ifrit : Bukan kau seorang je, lelaki ni dan seorang lagi yang ada dekat dalam tandas tu pun ada haritu, walaupun kau hentak kepala aku banyak kali, aku masih ingat muka korang. Apa nama kau?
Hassan pandang ifrit dengan muka tersenyum. Dia tengok Sado dan berlakon macam berfikir depan ifrit sebelum menjawab soalannya.
Hassan : Panggil aku Hassan. Aku nak tanya, kau ni bodoh ke gila sebab aku tak ingat pulak aku ada pergi pasar sebelum ni. Betul tak Sado.
Sado : Betul. Aku rasa kau salah oranglah.
Ifrit dengan muka masam tundukkan kepalanya dan pandang lantai konkrit. Dia diam seketika dan tak ada siapa bercakap, Hassan dan Sado pun tengok dan tunggu Ifrit untuk dengar respond Ifrit. Ifrit angkat kepalanya dan nampak muka serius dan masam. Hassan dan Sado rasa tak selesa, mereka macam nampak orang yang berbeza berbanding dengan lelaki yang mereka rompak haritu. Mereka buka langkah untuk bersedia kalau ada sebarang serangan dibuat.
Ifrit genggam kedua-dua tangannya, badan dia bergetar dan tiba-tiba dia buat gerakan mengejut seperti membuka langkah dan melompat ke kiri dan kanan dengan sangat laju sambil dua tangan yang digengamnya dihanyun ke depan dan belakang.
Hassan dan Sado terus melangkah ke belakang dengan muka yang agak terkejut. Hassan fikir ifrit akan tumbuk dia. Sado cuba nak capai pisau dari poket belakang seluarnya. Tiba-tiba, tindakan Sado untuk cuba keluarkan pisau dari poketnya dihalang oleh lelaki yang pakai mask warna hitam yang nampak seperti ketua kepada geng bertiga ni.
Sado : Ziyad, lepaskan tangan aku.
Ziyad : "Relax, tarik nafas, bawa bertenang, tak payah guna benda tu. Biar aku uruskan." Ziyad dekatkan mukanya ke telinga Sado dan bisik "Macam biasa".
Ifrit tengok lelaki yang pakai mask hitam tu, dia nampak lebih ceria dan lebih laju daripada cara dia berjalan. Ifrit, Hassan dan Sado langsung tak sedar yang dia dah keluar dari tandas. Lelaki yang pakai mask hitam tu berjalan ke arah ifrit sambil menyikat rambut coklatnya kebelakang dengan tangan kanannya. Lelaki tu buka mask hitamnya di depan ifrit dan bertanya.
Ziyad : Apa masalah kau?
Ifrit : Aku nak handphone aku balik.
Ziyad : Atau?
Ifrit merenung mata ziyad, dia kemudian toleh pandangannya ke arah Hassan dan toleh lagi ke arah Sado. Ifrit pandang mereka macam nampak muka lelaki yang baru rogol mak dia. Dia tundukkan pandangan dan tengok sekeliling seperti tengah berfikir, muka ifrit nampak serius dan dia scan semua benda yang ada di sekelilingnya. Ifrit assume yang setiap seorang lelaki yang ada dekat depan dia ni mesti atleast ada satu pisau atau pistol. Jadi dia tahu dia tak boleh berdiri terlalu jauh dari merek atau lari, kalau tak mungkin ada peluang mereka akan tembak dengan pistol. Ifrit berjalan ke depan sehingga hanya dua kaki sahaja di antara dia dan Ziyad. Dia kena maintain jarak ni dan sentiasa bersedia untuk sebarang serangan mengejut. Ifrit tarik nafas dan cuba untuk negotiate lagi dan elak dari guna tangan.
Ifrit : Kalau korang tak bagi aku phone tu, aku akan report kat polis, aku hafal muka korang dan aku akan pastikan korang masuk lokap sebab curi phone aku.
Hassan,Sado dan Ziyad tersenyum sambil tengok satu sama lain.
Ziyad : polis ha? Polis tu sepupu aku so kalau kau report polis dan kau fikir kitorang boleh masuk lokap sebab ni, kau silaplah.
Ziyad keluarkan jari telunjuknya ke arah Sado sambil memandang Ifrit "Kau nampak lelaki tu, kau dah tahu apa kerja dia, kerja dia ialah tangkap orang yang tak suka kitorang dan bunuh. Dia potong badan orang macam ayam kat pasar dan lepas tu dia letak dalam tong besi dan lelaki seorang lagi ni akan bawa tong-tong tu pergi campak kat laut. Tadi kawan aku ni tadi memang nak bunuh kau dah dengan pisau dekat poket belakng dia tu, tapi aku tahan sebab aku nak bagi kau peluang. Peluang untuk hidup dan lupakan pasal phone kau tu.
Ifrit : Mana phone aku?
Ziyad : Aku sarankan kau beli jelah phone baru.
Ifrit : Mana phone aku?
Ziyad : kau ni tak takut mati ke?
Ifrit : Mana phone aku?
Ziyad : Dengar budak, cuba fikir pasal mak ayah kau, macam mana perasaan diorang kalau...
Ifrit : Mana phone aku?
Sado : Phone kau dah hancur.
Ziyad : Hassan diam. Biar aku uruskan.
Ifrit terkejut dengan jawapan Sado, dia pandang Hassan dan bertanya
Ifrit : Betul ke?
Sado : Ye, aku baling handphone kau ke tengah jalan, lepas tu handphone kau kena lenyek dengan kereta laju. Handphone kau mungkin ada lagi kat pasar tu tapi mungkin dan berkecai, dah rosak dah tak boleh pakai dah pun. ....
Semasa Hassan tengah bercakap, Ifrit pecut dan tolak dada Ziyad dengan kedua-dua tangannya dan Ziyad terjatuh ke belakang, disambut oleh Hassan. Ifrit pecut laju ke arah Sado dan tumbuk hidung Sado dengan tangan kanannya, tunbukkan tu sangat kuat sampai boleh dengar bunyi tulang di rongga hidungnya retak dan patah. Tumbukkan kedua dari ifrit dengan tangan kiri tapi Sado tahan dengan kedua tangannya tapi tangan dia juga macam nak patah menahan tumbukkan dari Ifrit. Tumbukkan bertubi-tubi dari ifrit, ifrit tumbuk tangan dan peha Sado sehingga Sado terbaring ke lantai. Ifrit tarik tangan kanan Sado dan patahkan tangan tu dengan menggunakan lutut. Bunyi patah tangan sekali dengan Sado meraung kesakitan. Ifrit pusingkan badan Sado untuk ambil pisau di poket belakangnya. Ifrit tarik tangan Sado yang patah tadi dan potong nadi pada tangan kanan tersebut. Ifrit potong juga ligamen pada siku tangan kanan itu dan pusingkan tangan tu mengikut arah jam. Tangan Sado seperti nak putus, ifrit tarik lagi tangan tu dan sembelih Sado. Pisau yang ifrit guna untuk sembelih Sado agak kecil dan tak berapa tajam jadi ambil sedikit tenaga lebih untuk buat luka pada leher yang besar dan dalam, Ifrit masukkan kedua tangannya ke dalam leher yang dia sembelih tadi dan koyakkan kulit leher tu supaya lukanya lebih besar dan darah terpercik lebih banyak dan cepat mati. Semua tu berlaku kurang dari 10 saat.
Ziyad dan Hassan terkejut dengan apa yang mereka nampak. Sado yang lagi besar dari Ifrit disenbelih dan dikalahkan begitu sahaja. Hassan memberi signal pada Ziyad untuk lari dan panggil back up untuk tolong uruskan Ifrit. Ziyad tak pedulikam signal tu dan terus keluarkan kerambit dan berlari ke arah Ifrit.
Ifrit terdengar bunyi orang yang berlari ke arahnya dari belakang dan cepat-cepat tunduk dan elak Ziyad yang cuba nak serang dia dengan kerambit. Ifrit berundur ke belakang dan cuba jaga jarak antara dirinya dengan Ziyad. Kerambit adalah senjata jarak dekat jadi Ifrit perlu hati-hati dan elak dari dirinya daripada kena Kerambit tu. Hassan berada beberapa kaki di belakang Ziyad. Mereka berdua nampak marah dan berhati-hati pada masa yang sama. Hassan tak nampak macan bawa apa-apa senjata dan dia nampak tak terlalu agresif berbanding Ziyad.
Berdasarkan cara Ziyad pegang kerambit dan cara dia buka langkah, nampak macam dia dah mahir guna seni silat memakai kerambit, dia bergerak ke kiri dan kanan dengan laju ke arah Ifrit seolah-olah macam Ziyad cuba nak calarkan muka Ifrit dengan kerambit. Ifrit mengelak segala jenis serangan yang dibuat oleh Ziyad. Ifrit perasan yang ada pisau lipat di poket belakang seluar jeans Ziyad, ifrit risau yang kalau terus mengelak serangan Ziyad sampai satu tahap Ziyad akan dapat baca apa pergerakannya yang seterusnya. Ifrit perlu jatuhkan Ziyad cepat pada masa yang sama kena risau pasal Hassan yang hanya berdiri di belakang dan cuba untuk mencari ruang untuk menyerang ifrit tapi tak bergerak selangkah pun.
Ziyad terus memyerang ifrit dengan kerambit tapi semuanya ditahan dan dielak l, ifrit sangat laju dan tak mudah tumbang untuk seorang lelaki yang berisi. Kemudian, ifrit perasan uang setiap kali Ziyad bergerak ke arahnya, ada ruang kosong yang besar dia antara dua kaki Ziyad. Ifrit dah tahu macam mana nak serang dan jatuhkan Ziyad tapi dia tunggu masa yang sesuai sebab dia takut Hassan datang menyerangnya secara mengejut. Ifrit berundur ke belakang dan bersedia untuk jatuhkan Ziyad, Ziyad dengan perasaan marah dengan laju memecut ke arah Ifrit dan cuba nak kelar leher Ifrit dengan kerambit, Ifrit dah agak serangan macam tu dari Ziyad dengan cepat menundukkan badan dan tumbuk kemaluan Ziyad dengan tangan kanannya dengan laju dan tepat. Ziyad terus tunduk dan rukuk menahan kesakitan, ifrit dari belakang Ziyad menarik satu kaki Ziyad dengan tangan kanandan menolak bahagian bawah belakang badan Ziyad dengan tangan kiri.
Ziyad dalam keadaan sakit dan hilang imbangan badan terjatuh dengan mukanya dahulu mencium lantai simen. Ifrit menumbuk tulang belakang dan belakang leher Ziyad bertubi-tubi. Ziyad cuba nak bangun tapi ifrit meletakkan lutut kanannya di atas tulang belakang Ziyad. Ifrit ambil pisau lipat yang ada di dalam poket belakang Ziyad untuk jadikan Ziyad tebusan dan halang Hassan daripada memyerangnya dan beri apa yang dia nak.
Ifrit baru nak buka pisau lipat tu tetapi di halang oleh Hassan. Hassan menolak menendang kepala Ifrit dari belakang dan menolaknya jauh dari Ziyad.
Ifrit tak sempat nak tahan tendangan tersebut sebab dia terlupa yang Hassan ada di situ. Ifrit terus bangun dari melutut di atas Ziyad dan undur ke belakang. Dia nampak Hassan yang lebih tinggi daripadanya, kaki hassan panjang dan kurus. Tendangan dia kuat macam dia pernah berlatih karate. Kalau Hassan tendang tulang belakang ifrit, dia mungkin boleh lumpuh. Hassan yang tadi tak masuk campur dalam pergaduhan antara Ziyad dan Ifrit sekarang melindungi Ziyad dengan berdiri di depan Ziyad. Ziyad selepas beberapa saat bangun dari meniarap di lantai.
Hassan terus memyerang Ifrit dengan menendang Ifrit dengan kaki kanannya. Hassan nampak macam fokus untuk serang bahagian badan tertentu iaitu peha, kepala dan kaki. Ifrit menerima semua tendangan tersebut dan cuba nak cari peluang untuk menangkap kaki kanan Hassan atau menendang kaki kiri Hassan bila menendang supaya dia jatuh. Tendangan Hassan laju dan padu, susah nak elak jadi Ifrit hanya tahan dan mengerakkan badannya ke belakang sedikit untuk mengurangkan tekanan daripada tendangan tersebut.
Selepas lama Ifrit mengelak dan menahan semua tendangan Hassan, ifrit jumpa peluang untuk menyerang. Hassan menendang kepala Ifrit dengan kaki kanannya, ifrit tunduk dan terus memeluk kaki kiri Hassan dan menolak Hassan dan dirinya kedepan untuk jatuhkan Hassan. Hassan terbaring ke lantai lepas kaki kirinya ditolak. Ifrit menyiku kemaluan dan perut Hassan.
Tiba-tiba Ziyad menyerang Ifrit dari belakang,
Ifrit tak nampak apa Ziyad buat kerana terlalu laju tapi dia boleh rasa kesannya. Ifrit teus melompat ke depan untuk jauhkan diri dari Hassan dan Ziyad. Ifrit perasan yang ada luka besar di belakang badannya macam di cakar beberapa kali dan mungkin Ziyad sebenarnya cuba nak serang leher Ifrit dengan kerambit kalau Ifrit tak gerak tadi.
Ifrit sambil melutut menunggu serangan dari mereka berdua. Mereka semua nampak sangat dan berada dalam kesakitan. Ziyad terus menyerang Ifrit dengan kerambitnya, ifritbterus mengelak macam biasa tapi dia langkah dan menghampiri Hassan yang jatuh tadi. Hassan terus bangun dan memeluk badan ifrit dari belakang. Pelukan hassan sangat kuat macam tali yang diikat mati dan ulat yang membelit mangsanya. Tetapi nasib baik tangan kanan ifrit tidak terikat dengan pelukan Hassan. Dengan mengunakan tangan kanan, Ifrit ambil pisau yang diambil dari poket Ziyad tadi dan ifrit tikam tangan kanan Hassan, ifrit juga memusingkan pisau itu untuk mengeluarkan pisau lipat tu. Hassan menjerit kesakitan dan Ifrit memasukkan jarinya ke dalam kesan tikaman tadi dan koyakkan kulit Hassan supaya lukannya jadi lebih besar. Ziyad menumbuk muka Ifrit semasa dalam pelukan Hassan, lepas beberapa saat Hassan meraung kesakitan, pelukan dia mula kurang kuat dan Ifrit terus ambil kesempatan dan lepaskan diri dari Hassan dan terus menendang muka Ziyad dan menumbuk muka Hassan. Ziyad terpelanting ke belakang. Ifrit tarik ranbut Hassan dan mengheretnya ke arah dinding tandas amam. Ifrit dengan pisau di tangan kanannya menikam perut Hassan.
Sekarang hanya tinggal Ziyad dan Ifrit yang masih berdiri. Tiba-tiba ada sekumpulan budak perempuan lalu di situ. Mungkin mereka nak pergi tandas. Selah seorang dari perempuan tu terkejut tengok mayat Sado dan Hassan yang cedera ditikam. Ada juga antara mereka yang keluarkan handphone dan call polis. Ziyad bila nampak je mereka terus lari dari situ, mungkin Ziyad tak nak mereka ingat muka dia. Ziyad lari ke arah keretanya, ifrit mengejarnya dari belakang. Bila ziyad sampai di keretanya, Ziyad tak sempat nak buka pintu sebab Ifrit menghentam Ziyad dengan badannya pada pintu kereta. Ifrit menendang Ziyad dan Ziyad terus berlari ke tengah jalan di depan station minyak petronas tu. Ziyad dilanggar oleh sebuah lori gardenia yang tak sempat nak break. Ziyad terpelanting dilanggar lori dan Ziyad mati di situ. Ifrit terkejut dengan apa yang dia nampak, sekarang dia tak akan dapat tahu mana handphone dia tapi dia dapat balas dendam.