Chereads / Ifrit / Chapter 4 - Chapter 4: King

Chapter 4 - Chapter 4: King

King ialah gelaran yang diberikan kepada ketua Pakeda di Selangor. Pakeda ialah sebuah kumpulan yang terdiri daripada banyak kumpulan gangster, pencuri, perompak, pengedar dadah, pelacur, bapak ayam, sadist person, bekas banduan, orang buruan polis, polis corrupt dan orang-orang gila yang diketuai oleh King, mereka berfungsi sebagai kumpulan yang melindungi orang atasan, ahli politik dan orang yang upah mereka paling tinggi.

King adalah kepala bagi kumpulan pakeda ini dan telah mengetuai dan menjaga semua aktiviti dalam pakeda sejak dia muda lagi, dia ada dua orang anak lelaki iaitu Ziyad dan Kicap. Mereka berdua juga terlibat sama dalam pakeda sebagai ketua bagi kawasan yang telah diberikan oleh king untuk dijaga oleh mereka. Selain dari anak king banyak lagi orang yang bekerja di bawah king dalam jagaan Pakeda yang mempunyai kemahiran berlawan yang tersendiri seperti Wilee, Hilman, Faizal dan Rom. Kebanyakkan mereka yang ada dalam pakeda adalah ahli silat dan seni mempertahankan diri yang sangat merbahaya. Kebanyakkan dari merekalah yang melindungi orang susah di Selangor dan juga yang merosakkan negeri itu.

King juga ialah bapak ayam yang menculik dan mengoda gadis muda untuk dijadikan pelacur dan tukang urut. King mempunyai banyak pengaruh dengan ahli politik yang membuatnya susah nak dikacau oleh polis dan musuh-musuhnya. Dia telah menyatukan semua ketua penyagak di Selangor dengan duit dan perempuan. Kini mereka semua ibarat satu family besar yang menjaga business masing-masing dan sentiasa merujuk king untuk nasihat dan perlindungan dari polis.

Pada petang jumaat, semua ahli keluarga dan pengikut King digemparkan dengan kematian anak sulung King, Ziyad. Ziyad telah maut dilanggar lori gardenia semasa cuba lari dari Ifrit. King bila dapat tahu berita ni di rumah daripada Wilee dan Rom. Dia sangat sedih dan marah. Dia mengarahkan semua orang bawahannya untuk cari budak nama Ifrit tu dan bawa dia ke pintu depan rumahnya untuk dipancung. King sangat sedih dan lemah selepas kehilangan anak kesayangannya Ziyad. Dia berkurung di biliknya selama 3 hari dan tak nak makan kerana tak ada selera.

Kicap iaitu anak kedua King, telah mengambil alih kerja King sementara King sedang berkurung di rumah. Kicap melarang semua orang daripada masuk ke bilik king. Kicap tak nampak sedih langsung lepas melihat mayat abangnya Ziyad mati. Dia seorang yang sentiasa serius dan tak banyak cakap, sentiasa tutup muka dengan mask biru sejak PKP bermula. Kicap telah mengupah polis dan beberapa jemaah masjid untuk menguruskan mayat Ziyad.

Uzair: Kicap! Kicap!

Kicap: Wo! relaks kau nak ke mana ni?

Kicap: Mana king? Wei, kau dah dengar dah pasal Ziyad?

Kicap: Dah. Aku yang kutip mayat dia. Aku dah bagitahu king, aku rasa kau jangan kacau king sekarang ni, dia tengah sedih, anak dia baru mati kena bunuh. King tak nak ada orang kacau dia sekarang so apa-apa hal cerita kat aku sekarang.

Uzair: Kau bukan King. Siapa lantik kau jadi ketua, King tak ada cakap pun dalam group dia bagi kau kuasa nak buat kerja dia.

Kicap diam beberapa saat sambil tengok lantai dan letak tangan kanan pada bahu kiri Uzair.

Kicap: Aku dah call Hilman dan Faizal untuk uruskan mayat Ziyad, kau pergi tolong diorang, pasal King biar aku jaga.

Uzair terdiam seketika dan sedar yang Kicap pun nampak sangat stress dengan situasi sekarang ni walaupun Kicap selalu cuba untuk nampak tenang dan cuba sembunyikan perasaan sebenar dia, dia seorang yang sangat penyabar.

Uzair: Aku dengar dia kena langgar dengan lori.

Kicap:Yup,dan aku perasan masa aku check mayat ziyad ada lebam besar kat muka macam kena tumbuk dan tangan dia ada luka besar kena tikam dengan pisau dia sendiri.

Uzair: Siapa langgar Ziyad, budak Dragon ke?

Kicap: Bukan, aku dah tengok dah, pemandu tu orang taman ni je. Aku dah hantar Amin untuk uruskan pemandu tu. Pemandu tu kitorang dah tanam pagi tadi.

Uzair: Siapa bunuh Ziyad?

Kicap: Tak tahu lagi. Budak aku tengah siasat lagi hal ni.

Hassan tiba-tiba muncul.

Hassan : Aku tahu siapa bunuh Ziyad, aku ada ikut Ziyad dengan Sado pergi pasar 2 hari lepas, Ziyad ada target nak rompak seorang lelaki ni. Hilman dah send gambar lelaki yang bunuh Ziyad dekat group Family. Korang dah check belum? Hassan tanya dengan sopan.

Uzair: Gambar budak lelaki yang pakai baju belang merah dan hitam tu ke? Siapa dia tu?

Macam mana ziyad boleh kalah, dia antara paling kuat kot dekat pondok dulu.

Hassan: Budak lelaki tu hampir bunuh aku hari tu, kuat dia lain macam, aku pun terkejut dia boleh tolak aku sampai jatuh. Aku ingat aku dah nak mati haritu.

Kicap: Lelaki yang bunuh Ziyad ni aku rasa aku pernah nampaklah.

Hassan: Ziyad pecahkan phone dia, aku pun tak tahu kenapa? Dia tengah mabuk kot?

Uzair: Phone siapa Ziyad pecahkan?

Hassan: Phone lelaki dalam gambar tulah, mungkin sebab tu dia bunuh Sado. Nama lelaki tu Ifrit.

Uzair: Mana kau tahu nama dia Ifrit.

Hassan: Ziyad tanya ifrit jawab.

Kicap: Buat masa sekarang ni sementara tunggu king recover biar aku jadi king, apa pun business kena jalan, aku nak kau ambil budak kau pergi handle client kita bagitahu diorang stock akan sampai tapi lambat, cuba bincang untuk set tarikh lain kemudian kau pergi ambil baju polis yang budak aku curi semalam dan ambil balik dadah kita yang kena rampas dengan polis. Aku dan gbs akan study dulu siapa ifrit ni dan plan cantik2 macam mana nak attack. Next week lepas masalah client  kita selesai, kita uruskan ifrit ni.

Uzair: Ok, by the way. Esok semua kena sedia sebab semua budak2 king akan turun padang nak tanam ziyad dan sado. Hassan aku saran kau ambil cuti, kau dah cedera teruk tu.

Hassan tak berkata sepatah pun dan terus berjalan meninggalkan Kicap dan Uzair.

Kicap: Kau dah call tukang gali kubur, ustaz...

Uzair: Dah semua dah settle, kau jangan risau. By the way, aku tak pernah jumpa semua ketua kepala kawasan lain. Jadi...

Kicap: Jangan risau esok kau jumpa, kau stay dekat dengan aku dan elak bercakap kalau tak ditegur. Kau cakap je kau under Kicap.

Keesokan harinya, ramai orang datang berkumpul di rumah King untuk menyembahyangkan jenazah Ziyad dan Sado, semua nampak bersimpati dan marah kerana kehilangan seorang ketua yang kuat dan baik. Kicap tak fikir macam tu sebab Kicap kenal watak sebenar Ziyad dan benda buruk yang dia pernah buat tetapi dia diam sepanjang majlis perkebumian abangnya. Ada juga orang yang bermusuh dengan pakeda datang menunjukkan rasa hormat dan simpati pada King atas kehilangannya, tetapi Ziyad tahu yang lidah mereka bercabang dan ada udang di sebalik batu. Semua orang dalam majlis tu berperangai tak seperti biasa di tempat kerja. Kicap rasa meluat dan menyampah. Hanya dia seorang yang tidak sedih atas kematian Ziyad.

Ustaz dan ahli jawatan kuasa yang telah dipanggil dari surau di taman perumahan King telah menguruskan mayat Ziyad dan Sado. Ustaz tersebut telah mengimamkan solat jenazah dan mengetuai majlis tersebut dari mandikan jenazah hingga ke tanah kubur.

Selepas selesai solat jenazah, mereka semua bergerak ke tanah perkuburan Bangi untuk mengenumikan Ziyad dan Sado.

Uzair: Kicap, tadi ada seorang lelaki pakai baju melayu warna hitam. Dia kulit putih rambut coklat. Dia nampak baik. Siapa tu? Uzair bertanya pada Kicap.

Kicap: Oh itu Along. Aku tak tahu nama betul dia tapi semua orang panggil dia Along dan dia dulu senior aku kat sekolah. Dia tu Ketua Gangster di Petaling Street KL, jangan dekat dengan dia, lelaki tu gila. Dulu sebelum dia jadi Along kepala gangster kat situ, dia ada seorang kawan, orang panggil dia Tailong, Tailong yang tolong naikkan dia. Beberapa tahun lepas aku dengar Tailong mati dibunuh sebab berebut kuasa dan kawasan. Along tu dia ada buat satu bilik seksa dalam satu restaurant dan dia seksa semua orang dan pengikut yang dia rasa bunuh Tailong termasuk keluarga sekali. Banyak orang dia bunuh banyak perempuan dia rogol malam tu. Kawasan Kl tu banyak gangster gila kuasa dan sanggup buat apa sahaja untuk duit. Aku dengar restaurant tu dah kena Sita dengan polis tapi aku tak pasti betul ke tak, aku tak habis study lagi, aku malas nak ambil tahu detail. Apa yang aku tahu lelaki tu gila.

Uzair. Wau! Aku tak tahu... well damn

Kicap: Ye dan banyak orang yang datang tadi gila macam tu. Tadi, kau ada nampak perempuan yang nampak agak berumur pakai baju kurung hitam. Itu Pengetua sekolah di Indonesia. Nama dia Puan Maria Tuna,dia orang indonesia yang urus pekerja asing kita masuk ke Malaysia. Dia banyak bawa masuk orang asing dan bagi kerja di sekeliling sekolah untuk jadi pekebun or kerja sapu sampah. Tapi sebenarnya sekolah tu pusat simpan pelacur dan penjenah punya tempat rehat. Nasib baik mereka bertapak kat indonesia, kalau kat Malaysia dah kena serbu polis dan Majlis agama.

Uzair: Macam mana diorang semua ni boleh lepas dari polis?

Kicap: Well tu kerja Hilman dan Faizal, tadi kau nampak ada lelaki tinggi pakai baju polis dan seorang lagi lelaki pakai jacket hitam, diorang tu polis yang King letak dalam PDRM untuk back up kerja kotor diorang. Hilman hapuskan semua bahan bukti boleh wujud untuk penjarakan sesiapa pun yang King jaga. King jugak ada rapat dengan orang politik so dia dapat banyak kelebihan kat situ. King jugak yang dulu tolong cuci duit semua gangster di selangor masa dia dekat bawah. Sekarang dia dah jadi King dan tak ada siapa boleh sentuh dia. Itu yang buat aku risau sebab King tu tak ada kelemahan, dia kuat kaya dan banyak orang backup dia.

Uzair: Banyak muka-muka yang aku tak pernah nampak tadi. Aku terkejut jugak, ramai do pengikut King.

Kicap: Yup, aku belum cerita lagi si Abbas, Wi Lee, Rom, Umi, Todd, banyak lagi lah.

Uzair: Aku perasan dari dulu lagi yang kau selalu masam dan tak komen sangat dengan semua yang ayah kau buat, kau nampak macam tak suka ayah kau.

Kicap: Siapa gila nak bangga ada ayah yang bapak ayam dan ketua Pakeda, mungkin abang aku bangga. Aku memang tak suka King dalam banyak benda yang dia buat tapi aku hormat dia sebab dia ayah aku. Uzair aku minta tolong kau sebab kau dan juga GBS je kumpulan manusia yang aku boleh percaya. Apa yang kau dengar dalam kereta ni biar stay dalam kereta ni.

Uzair: Sure. Kita dah sampai, Kicap aku gerak dulu aku kena bawak tikar nak duduk kat depan kubur nanti.

Kicap: Ok, eh Jap Uzair, nanti jumpa aku lepas Family Meeting malam ni, aku ada kerja untuk kau.

Uzair: Noted that.

Setelah selesai majlis perkebumian Ziyad dan Sado, semua orang berkumpul di rumah King seperti yang diarahkan oleh King beberapa hari lepas. Mereka semua nampak sedih dan berdendam dengan lelaki yang buat King sedih. Mereka semua memang rancang nak buru terus lelaki Ifrit tapi mereka nak minta restu dari King sebab pengikut King nak ambil hati King dan dapat kepercayaan King bagi keselamatan mereka dalam business masing-masing.Kehilangan Sado juga effect mereka semua kerana Sado adalah antara pengikut paling setia dan kuat di bawah jagaan King.

King keluar dari biliknya lepas membersih diri dengan mata yang merah dan

bengkak kerana banyak menangis kehilangan anaknya Ziyad. King dengan suara yang kuat dan tegas mengarahkan semua pengikutnya untuk membalas dendam untuk Ziyad. Guna apa cara sekali pun untuk cari lelaki Ifrit tu. Dan dia tekankan yang mereka semua boleh tangkap dan seksa tapi jangan bunuh Ifrit kerana King nak lelaki tu hidup sebelum dia sendiri yang membunuhnya.

King: Jangan balik jumpa King selagi tak jumpa Ifrit.

Semua orang gembira tersenyum mendengar arahan tersebut, mereka dah lama menanti peluang untuk buktikan kebolehan mereka untuk banggakan King, ada juga yang cuba nak ambil hati King untuk jadi the next king. Di dalam group King, King sangat pentingkan kesetiaan dan rasa hormat pada ketua, jika ketua rasa selesa dan bangga dengan pengikutnya, itu adalah pencapaian tertinggi bagi seorang pengikut King.

Along terus keluar selepas selesai perjumpaan malam tu, dia terus masuk keretanya dengan Kilat dan Amini Acid. Mereka mungkin nak terus buru Ifrit.

Hilman dan Faizal yang berada di depan pintu rumah menjaga keselamatan semua pun balik, mereka cuba nak tahu lokasi rumah ifrit melalui social media dan kesan cap jari pada badan Ziyad. Semua orang sibuk nak mencari Ifrit dengan mengunakan segala info dan orang yang mereka ada tapi sebenarnya Kicap dah tahu mana nak cari Ifrit beberapa hari lepas sejak dia tengok gambar ifrit yang dihantar dalam group family.

Kicap ada rancangan untuk masa depan Pakeda dan hanya gbs dan orang tertentu je tahu. Kicap bagitahu Uzair lepas meeting malam tu untuk panggil kawan-kawannya untuk sedia hari isnin ni. Dia ada rancangan untuk buktikan dia adalah orang paling hebat yang akan mengantikan tempat King.