12 tahun kemudian,
"Apa nak jadi dengan kamu ni Ara kenapa keputusan UPSR kamu teruk sangat ni, kamu tengok keputusan kakak dan abang kamu semuanya cemerlang asal kamu sorang yang jadi macam ni, kamu ni belajar ke tak kat sekolah." marah Mak Midah kepada anak bongsunya itu. "
Orang belajar lah mak mana lah orang tahu keputusan boleh jadi teruk macam tu."
"Habis kamu nak salahkan mak sebab tak didik kamu macam tu. Kamu ni dari dulu sampai sekarang tak berubah ada je benda yang kamu suka sakitkan hati mak."
"Dia ni bohong je mak sebenarnya dia tak belajar pun adik kawan orang kata selalu nampak dak Ara ni berdating dengan budak laki mana tah lepas selalu ponteng kelas." kata kakak sulung Ara ,Anazira.
"Betul apa yang kakak kamu cakap hah, apa nak jadi dengan kamu ni Ara mak hantar kamu ke sekolah bukan untuk bermain ke bercouple ke mak h antar kamu ke sekolah untuk belajar."
"Mana ada mak orang belajar lah, Kak Ana ni dia bohong."
"Eh aku ada bukti ok, nanti aku tunjuk kat dekat mak karang baru kau tahu."
Ara hanya diam dan hanya menudukkan kepalanya.
"Dahlah mak dah penat nak cakap banyak kamu tunggu lah bapak kamu balik, nanti dia tahu apa hukuman nak kasi dekat kamu ni."
Ara bangun dan berlalu masuk ke dalam biliknya.
"Ahh mak tak adil selalu lebihkan kakak dengan abang,apa yang diorang cakap semua mak percaya tapi apa yang aku cakap semua mak tak percaya sampai aku kena fitnah dengan Kak Ana pun mak buat tak tahu je.Aku ni anak mak ke bukan."bisik hati kecil Ara.
"Ara keluar makan."
"Ye mak."
"Hah keluar pun kamu Ara asal lambat nak keluar dari bilik tu."
" Tengah berchatting dengan pakwe dia le tu."
" Mana ada Kak Ana,orang tak ada pakwe lah ."
" Ye lah tu."
"Hah kamu Ara kenapa keputusan UPSR kamu teruk, kamu ni belajar ke tak dekat sekolah ni"
herdik Pak Lan.
"Orang belajar lah."
"Habis tu kenapa keputusan kamu macam ni,jawablah ayah tanya asal diam."
"Dah lah ayahnya kita makan dulu kejap lagi awak sambung marah awak nanti ye, tak elok depan rezeki ni."
Ara hanya diam dan tunduk sambil makan nasinya.
Selepas makan Ara terus masuk ke dalam bilik dan menangis sepuas-puas hatinya.
"Kenapa diorang selalu nampak salah aku,teruk sangat ke aku ni sampai semua orang nak marah, benci aku"
Ara menangis sampai tertidur sehingga pagi.
" Ara bangun kamu dah solat subuh belum."
" Orang cuti lah mak."
"Dah bangun tolong mak dekat dapur ni apa anak dara bangun lewat, cuba kamu ikut kakak dan abang kamu tu tiap-tiap hari bangun awal nak pergi sekolah, nanti kamu dah masuk sekolah menengah tahun depan nanti tak dapat nak tolong mak lagi,jadi sementara tengah cuti ni bangun tolong mak kat dapur."
"Ye mak. Tak habis-habis nak lebihkan kakak dengan abang macam le diaorang baik sangat.