Chereads / Kisah Seorang Wanita / Chapter 5 - Bab 4

Chapter 5 - Bab 4

Flashback(5 tahun lepas)

"Ara kenapa kamu pecahkan pasu mak."

"Bukan orang lah mak,kakak tadi dia tendang bola kena pasu mak."

"Eh kau jangan nak bohong tadi aku nampak kau yang main bola tadi,aku daripada tadi duduk dekat beranda."

"Kakak yang rampas bola tu dari Ara lepastu kakak tendang kuat sampai kena pasu mak."

"Dah jangan nak bergaduh mak malas nak dengar,Ara kamu kemas semua benda ni tengah hari nanti kamu tak boleh makan ayam kamu makan sayur je nanti."

"Alah mak kenapa orang tak boleh makan ayam padahal bukan orang yang buat."

"Dah kamu diam.Kemas ni cepat sebelum ayah kamu balik."

Ara kemas dengan tak puas hati sambil merungut.

"Semua yang jadi dekat dalam rumah ni, semua salah aku. Agaknya nak tunggu aku mati baru diorang nak sedar."

Selepas makan tengah hari Ara terus masuk ke bilik. Sementara Ana dan Mak Midah duduk diruang tamu sambil berbual.

"Mak nak cakap sikit ni dak Ara tu orang tengok dia makin lama makin degil,tak dengar cakap orang. Ada mak hari tu orang suruh le sidai baju dengan kemas bilik, mak tahu dia buat ape dia masuk dalam bilik lepastu dia hempas pintu bilik dia, waktu tu orang rasa nak pukul je dia tu.

"Mak pun tak tahu kenapa dengan adik kamu tu mak ingatkan dia tu bila dah besar boleh le dengar cakap orang sebab ramai orang kata anak bongsu ni jenis dengar cakap rupanya tak. Keputusa peperiksaan dia pun kurang bagus mak tengok tak macam kamu dengan Amir.

"Biarlah dia mak nanti lama-lama dia sedar le nanti."