Chereads / Kisah Seorang Wanita / Chapter 7 - Bab 6

Chapter 7 - Bab 6

25 tahun kemudian,

"Kamu dapat tawaran bekerja kat mana Ara." tanya Mak Midah.

"Orang dapat tawaran bekerja dekat Syarikat AR Holdings."

"Syarikat jutawan muda tu yang terkenal tu ,kamu dapat jawatan apa?"

"Pegawai kewangan."

"Lah pegawai je ingatkan jadi manager ke apa ke kau tengok abang dengan kakak kau. Abang kau jadi peguam, kakak kau jadi CEO syarikat kat tempat kerja dia. Kamu tak malu ke kamu seorang yang dapat gaji rendah."

"Asalkan gaji halal mak orang terima je apa yang datang."

"Itu lah kamu ada je benda nak menjawab dari dulu sampai sekarang tak berubah, kamu ni untung je tau keputusan peperiksaan SPM kamu ni baik kalau tak de nya kamu nak dapat jadi pegawai ni silap-silap kerja kat kilang je."

"Ara malas nak dengar apa yang mak cakap sebab orang mak ni tak pernah nak berubah. Dah lah orang dah nak balik kl dah ni orang gi dulu bye asalamualaikum."

Ara terus masuk ke dalam kereta tanpa menoleh belakang lagi dan pecut keluar dari kampung halamannya.

Ara sampainya dirumah sewa dia mengeluh kerana terkenangkan maknya tidak pernah pandangnya dia yang terbaik.

Esok paginya Ara bangun awal untuk siapkan diri temuduga hari ni. Anita yang tengah masak pelik melihat Ara begitu bersemangat pagi ni.

"Kau dah kenapa ni tiba-tiba pakai lawa-lawa ni?"

"Kan aku ada temuduga hari ni."

"Aah aku lupa, semoga kau berjaya dengan temuduga hari ni."

"Amin.. kau masak apa hari ni sedap bau ni."

"Memang le sedap favorite kau ayam masak kicap."

"Wah.. nak-nak letak sikit kat pinggan aku cepat le jap lagi aku nak pergi temuduga."

"Ishh..kau ni tak sabar betul , kau temuduga pukul berapa."

"Pukul 9.00".

"Dah makan ni cepat karang kau lambat kau salahkan aku lak".

"Ye, terima kasih tau masakkan sarapan pagi sayang kau ketat-ketat."

"Dahlah cepat makan."

"Hehehe.."

Ara keluar dari rumah dan bergerak ke AR Holdings.

Di AR Holdings

"Selamat datang cik ada apa-apa saya boleh bantu?"

"Dekat mana tempat untuk temuduga."

"Cik ikut dari sini nak lif tingkat 5 lepastu belok kiri nanti cik jumpa orang yang dekat kaunter depan nanti."

"Ok, terima kasih."

"Sama-sama."

Ara menuju ke lif dan naik ke tingkat 5

"Asalamualaikum cik nak tanya tempat temuduga dekat mana?

"Cik nak temuduga, cik boleh tunggu dekat sini."

"Ohh.. terima kasih."

"Sama-sama"

Ara menunggu bersama dengan orang lain yang nak ditemuduga. Setiap sorang-sorang dipanggil ada yang keluar dengan pucat,takut gembira.Ara yang melihat rasa gelisah, dia cuba untuk tenangkan diri supaya tidak gelabahdan gementar apabila dipanggil nanti.

"Nur Humra Dzhiniyah binti Roslan, sila masuk."

"Tenang Ara kau boleh buat."bisik hati Ara untuk menyakinkan dirnya.

"Sila perkenalakan diri anda."

"Nama saya Nur Humra Dzhiniyah,saya berumur 25 tahun dan mempunyai Ijzah Sarjana Muda Akuantan Perniagaan."

"Kenapa tak minta untuk jadi akauntan, kenapa pilih nak jadi pegawai kewangan."

"Saya nak cuba ada pengalaman dahulu sebelum ceburi dalam bidang yang saya amik."

Selepas berapa jam di temubual,

"Baiklah awak diterima bekerja disini."

"Betulke tuan..,terima kasih tuan..."

"Esok awak dah mula kerja tapi awak punya bahagian bukan di tingkat 5 tapi di tingkat 10 satu pejabat dengan bos,nanti esok awak jumpa Puan Hartini untuk maklumkan kemasukan awak.

"Baik tuan ,saya janji saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Saya minta diro dulu tuan terima kasih sekali lagi.

"Sama-sama"

Ara keluar dengan perasaan yang gembira kerana diterima di syarikat yang terkenal.

"Alhamdullilah,syukur semua berjalan dengan lancar."