"Dalam perjalanan balik dia melihat abang dia dan kawan-kawannya menghisap rokok Abangnya yang perasaan adiknya melihat hanya buat tak tahu.Sampai dia di rumah ayahnya terus menanyakan dia dari mana.
"Kamu dari mana Ara ?"
"Orang dari taman."
"Kamu jumpa sape."
"Anita."
"Kenapa kamu tak bagitahu mak, ke kamu jumpa orang lain."
"Orang lupa lah nak bagitahu mak."
"Apa nak jadi dengan kamu ni keputusan dahlah teruk lepastu keluar tak bagitahu,kamu jangan nak jadi kurang ajar dengan kitorang."
"Mana ada orang kurang ajar mak dengan ayah yang salah paham." marah Ara.
Pak Lan menampar muka Ara " Dah pandai sekarang kamu menjawab ye Ara."
"Emak dan ayah asyik cari salah orang je kakak dengan abang buat salah emak dengan ayah lansung tak amik tahu."
"Apa yang kakak dengan abang kamu buat cuba cakap dengan mak."
"Tadi waktu perjalanan balik tadi orang nampak abang Mir tengah hisap rokok dengan kawan-kawann dia".
"Kamu biar betul Ara kamu jangan main cakap je kalau takde bukti."
"Orang cakap"..."mak jangan percaya cakap dia mak dia bohong je tu."pintas Amir yang baru balik.
"Mak jangan nak percaya cakap dia orang daripada tadi dekat rumah kawan orang,kitaorang belajar sama-sama dekat sana.Kalau mak tak percaya mak bau badan abang ada tak bau rokok."
Mak Midah mencium baju Amir dan didapati takde bau rokok." Kamu tipu aku ye Ara ha, kecik-kecik dah pandai bohong.Kau tunggu aku amik rotan."
Mak Midah pergi dapur untuk mengambil rotan yang tergantung dan memukul Ara sampai berbirat badannya.
"Mak sakit mak.."
""Kamu kalau tak kena pukul takde nya kamu nak berubah."
Selepas habis dirotan ole Mak Midah,Ara terus bangun dan berlari masuk ke dalam bilik.
"Mak tak adil..mak tak sayang orang ..mak selalu marah orang dari dulu,mak selalu pukul orang ...mak tak adil."Ara menangis tersedu-sedu sehingga dia tertidur.