Jam menunjukkan sudah pukul 7 petang, rasa perit dan sejuk di pipi kiri serta di kepala membuat Syami yang pitam kesedarannya mulai timbul, disebabkan terlalu lama pitam, matanya amat berat untuk dibuka dan memutuskan untuk sambung tidur, tiba-tiba dia teringat akan sarapan pagi yang dibuatnya belum di makan, dengan pantas dia membuka mata dan berkata"habis kembang mi aku, dah lah tinggal satu paket."
Selepas sedar, Syami berasa hairan kerana dia bukan berada di dalam rumahnya, selepas beberapa saat memikirkannya dia teringat kembali yang dia ditampar oleh Karina dan mungkin berada di dalam rumah mak cik Siti. Dah sebulan Syami pindah tetapi dia tidak pernah berbual bersama jirannya, hanya berkenalan di hari pertama dia pindah. Kompleks perumahan mewah tempat tinggal Syami mempunyai dua bahagian satu bahagian rumah tiga tingkat satu bahagian lagi dua tingkat, Syami tinggal di kawasan rumah dua tingkat dan tidak ramai yang memdiami bahagian kawasan rumah itu.
Setelah beberapa minit menenangkan fikirannya, Syami terdengar perbualan dari jauh"bila kamu nak berubah,...sampai bila kamu nak macam ni, , kerja kerajaan tu boleh dapat apa, kerja dengan bapak lagi bagus."...?
"saya ada tetamu ni, bapak pulang lah dulu, kita bincang lain hari"...
Siti daripada dapur membahasakan dirinya sebagai akak, menegur Syami yang sudah sedar"kamu dah sedar!, ada rasa sakit lagi?, akak minta maaf la Ina memang macam tu."
"Rasa sakit dah kurang, esok baik lah ni."
"Dah petang ni, makan malam dekat sini saja, akak dah nak siap masak ni."
"Hmmm...baiklah, barang dapur saya pun dah habis, saya nak beli hari ni tapi tak kesampain."
Selepas mendengar jawapan Syami, Siti kembali ke dapur untuk sambung memasak. Selepas saja Siti kembali ke dapur, Danial, bapa karina yang berbual dengan bapanya di depan pintu rumah kembali ke ruang tamu dan menanyakan perkara yang sama kepada Syami seperti isterinya, Siti, ucapkan sebentar tadi, begitu juga Syami membalasnya.
Selesai makan Karina terus kembali ke kamarnya, Siti memberitahu Syami yang Karina bercita-cita mahu manjadi seorang penulis,"yang kamu baca tadi tu Ina yang tulis la, dia buang merata, kalau tak nak bagi orang baca simpan lah tempat yang elok, maaf lah ya"
Syami hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih kerana menjemputnya makan bersama dan pulang ke rumah selepas membantu mengemas meja makan.
Keesokan harinya, petang, Syami membuat senarai barang yang hendak dibelinya di atas kertas berukuran A4
'Mi segera 5 bungkus lain rasa,
Telur sepapan,
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 5 ulas
Halia 1
Air soda 5 botol lain perisa,
Ayam seekor,
Ikan apa-apa je kalau nak beli la,
Kentang 5 biji
Racun aerosol
Ubat untuk nyamuk
Cokelat 5 bar
Sabun mandi
...'
"Apa lagi aku nak beli ni, dah sebulan duduk sendiri baru pertama kali nak belanja, esok dah bulan lima, boleh je makan luar, tapi kalau tak beli bising nanti mak kalau tiba-tiba datang",ujar Syami seorang diri
Sudah berpuas hati dengan senarai barang yang dibuatnya,Syami melipat dua kertas itu dan bersiap untuk pergi ke pasar raya
Keluar saja dari pintu rumah, Syami melihat Karina sedang duduk di bangku panjang depan rumahnya, Syami pun merenyukkan kertas senarai barangnya dan mendekati Karina dengan langkah perlahan sembil membuyikan hentakan kaki supaya Karina menyedari kehadirannya.
Sedar akan bunyi yang dibuat Syami, Karina pun menoleh kebelakang melihat Syami mendekati dirinya dengan perlahan sambil mengangkat kedua-dua tangannya dan memegang gumpalan kertas.
Syami pun meletakkan kertas yang direnyukanya di atas bangku panjang sebelah kiri Karina kemudian melangkah ke belakangan sedikit.
"Kertas ni saya jumpa depan pintu rumah, jangan risau saya belum baca lagi,...eh..kejap tu saya punya kertas la, hehe", sindir Syami
"Bole saya duduk sekali? ",Syami bertanya kepada Karina,
Karina tidak menhiraukan Syami dan memandang kearah bertentangan, walaupun begitu, Syami tetap duduk di sebelah Karina kerana bersangka dia membenarkanya,
"So.... Sorry", Karina memulakan percakapan
"Hmmm... Oouh, maaf di terima,",balas Syami
"Kenapa duduk dekat luar?...., macam ada masalah je...., awak nak jadi penulis novel ke?", ujar Syami yang cuba untuk keluar dari situasi canggung
"Hiisshh", Karina berdesir dan menoleh kearah Syami
"oo...ok ok", Syami menjawab dengan pantas sambil mengangkat kedua tangannya lagi.
Tidak mahu berputus-asa, Syami menanyakan satu lagi soalan"Ok, ni soalan terakhir, yang datang semalam tu siapa?, bukan nak masuk campur, alang dah terdengar jadi nak tahu la."
Dengan santai Karina menjawab"Atuk, dia suruh ayah teruskan syarikat atuk, tapi ayah tak nak."
Syami berasa lega kerana soalan terakhirnya mampu membuat Karina bersuara kemudian Syami pun membalas"kenapa ayah awak tak nak, kalau tak silap, ayah awak kerja dengan kerajaan kan, lagi pun kalau ayah awak teruskan syarikat atuk awak tu, boleh lah selesaikan semua hutang."
Karina terkejut Syami mengetahui masalah utama keluarganya"sampai situ awak dah tahu."
Syami mengetahuinya kerana dia terlihat tumpukan surat daripada sebuah bank tetang notis pembayaran hutang di rumah Karina semalam.
Karina meneruskan percakapannya sambil menundukkan kepalanya sedikit kebawah"Bukan ayah tak nak, cuma ada satu tragedi yang membuatkan ayah tak suka duit sejak tu ayah nak selesaikan semua tanpa duit, mana lah bolehkan, sebagai anak saya tak tahu nak nasihat apa, jadi saya diam daripada memburukkan keadaan"
"Oohh."
Dengan latang Karina membalas"Tanya la tragedi apa!."
Syami yang terkejut, membalas "eh....oo...ter....tragedi apa"
Syami menarik dalam nafasnya sebelum Karina mula bercerita
"Nenek sudah memulakan perniagaannya sejak kecil, kerana beliau amat meminatinya, banyak sudah jenis perniagaan yang dilakukannya tapi tiada satu pun yang berjaya, gagal satu demi satu, kemudian mencuba lagi yang baru, sampai satu tahap, perasaan putus asa mula terasa, masa ni la atuk jumpa dengan nenek, atuk ketika itu baru saja memulai perniagaannya, atuk nampak ada sesuatu dalam diri nenek yang tiada dalam dirinya, jadi atuk mengajak nenek untuk bekerjasama, nenek yang mula bercelaru perasaannya setuju untuk bekerjasama tanpa fikir panjang, ternyata keputusan yang nenek buat itu merupakan satu keputusan yang merubah hidupnya, dengan pengalaman nenek serta kemahiran atuk dalam bidang tersebut membuat mereka mengelak setiap kegagalan dan maju ke depan sehingga menjadi salah satu daripada sepuluh orang terkaya di dunia kini."
Syami kagum dengan cerita yang disampaikan Karina"uwow, saya boleh nampak sesuatu yang ada pada diri awak dan tiada pada diri saya dekat situ."
Karina meneruskan bercerita tanpa menghiraukan Syami"tetapi, suatu hari tu nenek terasa ada sesuatu yang berubah, sesuatu yang hilang dalam dirinya, jadi nenek membuat perniagaan baru secara rahsia untuk mencari sesuatu yang hilang dan berubah dalam dirinya itu, dengan modal yang besar, nenek yakin mampu untuk memikulnya tetapi apakan daya itu semua hanyalah angan-angan belaka perniagaan yang nenek cuba bangunkan itu runtuh hanya dalam lima bulan saja, perasaan putus asa yang dulu hampir melanda nenek kini merasukinya kembali membuatkan nenek jatuh sakit dan terlantar di hospital selama lima bulan sebelum pergi untuk selamanya, sehari sebelum nenek menghembukan nafas terakhir, kami sekeluarga berkunjung ke hospital untuk menjenguk nenek, pada ketika itu atuk bertanya kepada nenek"kenapa ayang buat begini, kenapa tidak beritahu abang dulu, apakah tidak cukup dengan apa yang kita ada, sebab apa ayang mahu membuat sendiri" itu bukanlah kali pertama atuk menanyakan soalan tu, nenek hanya tersenyum dan tak pernah menjawab pun soalan atuk, tapi pada hari tu nenek menjawab soalan atuk hanya dengan satu perkataan"duit", dengar saja perkataan yang diucapkan nenek, tiba-tiba ayah membuat muka terkejut dan keluar dari wad nenek, saya dan mama pun ikut menyusul meninggalkan atuk dan nenek, saya dan mama dapat memahami apa yang ayah rasakan, ayah sangat rapat dengan nenek dan sangat mengaguminya kerana sikap nenek yang tidak pernah berputus-asa untuk mencapai suatu yang diminatinya, selepas mendengar perkataan nenek tu mungkin ayah terasa perasaannya selama ini terhadap nenek dikhianati di sebabkan 'duit', kami terus pulang ke rumah, esoknya, perkara yang tidak mahu kami dengar keluar dari mulut atuk yang mengabari kami melalui telefon, ayah sangat menyesal kerana tak sempat untuk minta maaf, bermula dari situ lah ayah tidak suka duit, dah setahun berlalu tapi ayah masih menyesalinya lagi."
"Boleh saya tanya"
"Ni cerita sebenar atau cerita awak buat"
"Sebenar la,.....cuma 10 peratus saya punya cerita"
Selepas selesai bercerita Karina bangun dari tempat duduk dan berjalan menuju ke rumahnya, Syami mengambil kesempatan untuk menyindir Karina lagi"Karina, kertas ni saya baca takpe kan, takde kena tampar kan,"
Karina hanya terus berjalan, sesampai di dalam kawasan rumah, Karina menoleh kebelakang dan membalas Syami"panggil Ina je"