Setelah memasuki rumah, Danial naik ke tingkat atas rumahnya memasuki bilik dan menutup serta mengunci pintu kemudian dia membuat panggilan telefon kepada pemilik bank yang dia berhutang.
"Ada juga orang yang tak suka duit dalam dunia ni, pelik, pelik,...tut...tut..tu tu....ru turu tut tut tut turu tut tut tu....baru disebut, orangnya dah call....hello encik Danial"..
"Hello Encik Rizal, boleh saya buat temujanji ahad ni?"..
"Temujanji untuk apa tu Encik Danial?"..
"Tentang saya punya hutang, Encik Rizal cakap, saya perlu membayar cash pada Encik Rizal, saya nak tahu lebih terperinci."..
"Ohh ye, boleh Encik Danial, datang sahaja ke office saya hari ahad ni"..
"Terima kasih Encik Rizal"Danial memegang dadanya
Keesokan hari, Syami berada di pusat beli-belah, dia membeli telefon pintar yang sama seperti yang Kane gunakan, selepas itu dia membeli sedikit barangan untuk dirinya. Semasa beratur ketika hendak membayar, orang di depannya kekurangan wang untuk membayar keseluruhan barangnya.
"Cik, takpa saya bayarkan,"Syami menawarkan diri untuk membayarkan barang orang tersebut.
"Berapa?, campur sekali"Syami bertanya kepada juruwang yang menjaga kaunter.
"Semuanya 600 termasuk encik punya sekali" juruwang itu memberi tahu keseluruhan harga barang kepada Syami
"Ok.."Syami mengeluarkan wang tunai sebanyak enam ratus dari poket bajunya dan memberi duit itu kepada juruwang
Ternyata orang yang Syami tolong itu ialah Karina yang sedang berbelanja,
"Syami!."Karina menegur Syami yang tidak sedar akan kehadiran dirinya.
"Eh..Ina! apa awak buat dekat sini?"Syami menoleh kerana mengenali suara Karina.
"Ni awak punya mall ke, sampai pelik kalau saya ada dekat sini"Karina bercakap sambil memegang pinggangnya.
"Bukan, tapi kalau awak nak, saya boleh belikan,"
"Hmmm, terima kasih tolong bayarkan, nanti saya ganti balik duit awak tu"
"Sama-sama, takpe lah,saya ikhlas, saya serius ni, tak payah ganti balik"Syami memberitahu Karina supaya tidak perlu membayar balik wangnya
"Terima kasih sekali lagi, jom, saya belanja minum"Karina mahu mangajak Syami minum kerana menolongnya
"Ok jom"Syami menerima ajakan Karina
Sampai di restoran Syami dan Karina duduk bersebelahan. Mereka terus memesan minuman, Syami meletakkan barangnya di atas meja di hadapannya
"Beli fon baru ke?"Karina memulakan percakapan dia melihat telefon pintar Syami
"hah, hari tu dah beli tapi ada problem sikit"Syami membelek-belek telefon pintar miliknya
"Problem?...."..
"Tak penting pun....boleh saya tanya?"Syami mahu bertanya sesuatu kepada Karina
"Apa"..
"Saya pingsan dua kali di sebabkan awak, tapi saya tertanya-tanya siapa yang angkat saya pergi ke sofa?"..
"Saya cuma sekali je, yang kedua tu awak diri sendiri yang pingsan"
"At least dia mengaku jugak, takpe lah"Syami melihat ke tempat lain ketika bercakap
"Heerrm, mama,....mama yang angkat awak"
"Ma...mama....., cakap pasal mama malam tadi benda apa yang mama awak cakap, pasal teknik, teknik yang jangan guna dekat orang sesuka hati, teknik apa tu?"
"Nama teknik tu adalah tamparan lima gelombang, teknik tu agak bahaya, sebab tu mama marah"
"Ha!, gelombang lima apa?"Syami sedikit ternganga
"Tamparan lima gelombang, salah satu teknik seni bela diri, mama selalu latih saya dekat depan rumah"
"Ooh, patut la saya rasa pelik tengok senaman yang awak dengan mama awak buat selalu, sambung yang bahaya tadi, bahaya macam mana tu?"
Pesanan yang dibuat telah tiba. Mereka berdua berhenti berbual seketika.
"Seperti namanya, tamparan lima gelombang, akan ada lima gelombang yang akan diterima oleh orang yang kena serangan ni, gelombang yang pertama ialah rasa sakit, gelombang kedua pula rasa kebas, yang ketiga pula, anggota badan yang terima serangan tu akan lumpuh, contoh kalau tangan yang kena, tangan yang akan lumpuh, gelombang yang keempat dan kelima hanya berlaku kalau teknik ni dilakukan dengan betul dan sempurna,... nak tahu apa?"
"Ha?.....nak...nak sangat"Syami menganggukkan kepalanya
"Betul niii?"Karina menoleh ke muka Syami
"Ehh...betul"Syami melihat Karina dan menganggukkan kepalanya lagi
"Ok, tapi jangan pingsan pula kalau dengar....gelombang yang keempat adalah lumpuh pada anggota badan yang menerima serangan itu akan merebak ke seluruh badan, contoh kalau tangan yang terima serangan tu, mula-mula tangan yang lumpuh, lepas tu merebak ke dada, kaki dan seluruh badan, teknik ni baru saya belajar dengan mama jadi awak cuma sampai gelombang kedua je"
"Oookeeyy, yang kelima apa?"Syami memegang pipi kanannya
"Yang kelima,...disebabkan lumpuh merebak ke seluruh badan, organ dalaman pun akan lumpuh termasuk jantung, dan mengakibatkan kematian,...teknik ni tak sesuai digunakan dalam pertarungan jarak dekat, sebab teknik ni memerlukan tenaga yang besar dan setiap gelombang yang berlaku akan mengambil masa, jadi ia sesuai digunakan kalau kita tau cuma kekalahan yang akan di terima, jadi kalau kalah pun kita menang, tu la yang mama cakap"...
Syami terdiam dengan mata terbeliak dia menelan air liurnya"yang pertama kali awak tampar saya tu teknik apa?"Syami teringat akan tamparan yang dia terima pertama kali oleh Karina
"Itu merupakan teknik asas dalam seni bela diri tamparan gelombang, kesannya hanya memberi daya yang kuat pada musuh,"
"He he heeh, ok paham,"Syami mengerutkan dahinya
"Saya sambung soalan yang tadi, awak beli apa tadi?"Syami menanyakan soalan baru kerana mahu mengubah situasi
"Barang perempuan la, kenapa nak tahu sangat?"
Syami memijak ranjau lagi"bukan macam tu, maksud saya,.... awak..... takde kelas ke"Syami mengeluarkan soalan yang tidak dia fahaminya
"Kelas saya petang ni, macam mana awak tahu saya ada kelas hari ni?"
"Teka je,.....ha, boleh saya mintak no ayah awak?"
"Nak buat apa?"
"Tak boleh ke?, kita kan berjiran, takkan la saya nak mintak no mama awak pulak, sebagai seorang jiran kita mestilah saling mengeratkan hubungan silaturahim....kan?"
"malam semalam kan awak berbual dengan ayah, kenapa tak mintak"
"Semalam,....semalam lah, hehe"
"Bagi nombor awak, nanti saya send"Karina mengeluarkan telefon pintarnya
"Ok, saya nak buka dulu"Syami membuka kotak telefon pintar barunya dan memasukkan kad sim, kemudian memberi nombor telefonnya kepada Karina
"Dah dapat belum?"Karina terus menghantar nombor telefon bapanya kepada Syami
"Dah, thank you"
"Welcome, saya nak pergi dulu, ada janji dengan kawan," Karina meminta diri kerana mempunyai janji dengan kawannya
"Ok, bye"Syami mengambil peluang untuk mengisi kenalan di dalam telefon pintarnya selepas Karina pergi.
Beberapa minit setelah mengisi kenalan di dalam telefon pintarnya, Syami pun keluar dari restoran kerana ingin keluar dari pusat beli-belah, semasa turun menggunakan eskalator, Syami melihat Karina masih berada di tingkat bawah pusat beli-belah itu seolah-olah sedang menunggu seseorang.
Selepas melihat Karina, Syami menaiki semula eskalator yang sedang turun itu. Sampai di atas tiba-tiba seorang lelaki berkaca mata hitam mendekati dan berhenti di depannya tanpa berkata apa-apa, Syami tidak mengenali lelaki itu, kemudian lelaki itu turun ke bawah menggunakan eskalator.
Sampai sahaja di bawah, lelaki yang memakai kaca mata hitam itu mendekati Karina, mereka berdua berbual seketika, terlihat senyuman pada wajah Karina semasa mereka berbual, kemudian Karina dan lelaki itu berjalan bersama keluar dari pusat beli-belah.
Syami yang berasa hairan tidak sengaja mengekori mereka berdua, di luar pusat beli-belah Syami mengekori Karina dan lelaki itu pada jarak jauh, terlihat mereka berdua telah berhenti berjalan apabila sampai bersebelahan dengan kereta mewah yang berwarna hitam, Karina berbual dengan lelaki itu sebelum memasuki kereta mewah di sebelahnya. Syami yang tiba-tiba sedar akan tindakannya itu terus meninggalkan mereka dan menuju ke keretanya yang bereda di lot tempat letak kereta.