Chapter 7 - Pemberi

Dalam perjalanan pulang,di dalam kereta Syami menelofon Kane menggunakan telefon pintar yang baru di belinya.

"Hello"..

"Helo?...boleh saya cakap dengan Kane"Syami pelik kerana suara perempuan yang menjawab panggilanya.

"Sekejap, saya panggil dia....ehemm.....helo sapa ni?"suara Kane mucul selepas perempuan yang menjawab panggilan Syami itu berdeham.

"Kane ke ni?"..

"ORiii, kau dah tukar no fon ke?"..

"Aku baru beli tadi, sapa yang cakap tadi tu?"..

"Aaaaa....ku..aaa....ha, kenapa kau call aku, nak beli piza ke?, hari ni aku cuti lah"Kane menukar topik perbualan.

"Haaaah....,tak kan lah setiap kali aku call kau je nak beli piza,"Syami menghela nafas selepas Kane menukar topik perbualannya.

"kau free tak hari ni?"Syami bertanya lagi.

"Free!, aku cuti hari ahad dengan isnin, kenapa?"..

"Kau nak duit tak?"Syami menawarkan Kane duit.

"DUIT, NAK"Kane menjawab Syami dengan pantas.

"Petang ni ikut aku,"..

"Sekarang dah petang la, pukul berapa?"Kane membetulkan Syami..

"Ooh, hehehe, baru pukul satu, rumah kau dekat mana?, aku datang ambik, aku teringin nak berjumpa dengan kucing kau yang bernama kucung tu"..

"Kucing?...aku mana ada kucing"Kane lupa tentang kucing yang di maksudkan Syami.

"Hari tu masa dekat rumah aku kau ada cakap, kau nak balik sebab nak bagi makan kucung"Syami mengingatkan Kane kembali tentang kucingnya.

"OOOOh,.....kucung,...aku...aku.....dah bagi orang lain, dia berak merata-rata, HA, tadi kau cakap nak datang rumah aku kan, rumah aku jauh, biar aku datang rumah kau"Kane tergagap ketika bercakap.

"Ehh....ok lah, datang sekarang..."Syami berhenti bercakap dengan tiba-tiba kerana dia melihat cermin belakangnya ada kelipan cahaya yang berwarna merah dan biru dari jauh.

Kelipan cahaya itu semakin lama semakin dekat, kereta polis itu semakin jelas terlihat, apabila sampai di sebelah kereta Syami, polis itu menyuruhnya untuk berhenti dengan membunyikan siren.Syami memberhentikan keretanya di tepi jalan selepas mendengar bunyi siren polis itu, dia berasa gelisah kerana telah membuat kesalahan iaitu menggunakan telefon semasa memandu, ternyata polis itu memarahi Syami kerana membawa kereta dengan sangat perlahan, polis itu juga yang memberhentikan Syami sebelum ini, Selama sepuluh minit dia dinasihati oleh polis perempuan itu di tepi jalan.

Setelah puas menasihati Syami, polis itu pun beredar, Syami melihat kembali telefon pintarnya, tetapi Kane telah menamatkan panggilan, Syami meneruskan perjalanannya.

Hampir sampai di rumah, Syami melihat Kane telah menunggu di depan rumahnya dari jauh,

"ORIII,..... "Kane melambaikan tangannya kepada Syami,

Sampai di rumah Syami turun dari keretanya, dia tidak memasukkan keretanya kedalam garaj, "kau nak duit kan, jom iku aku"Syami menyuruh Kane mengikutinya.

Selepas menaiki kereta, Kane melihat terdapat banyak barang berada di tempat duduk belakang, kemudian dia bertanya kepada Syami,

"Nak pergi mana ni?"

"Ikut je la"Syami masuk ke dalam keretanya.

"Ori..,...aku.... aku tak buat kerja-kerja macam tu"Kane menggaru kepalanya.

"Kerja apa? bagi tahu aku, macam mana, 'macam tu', tu"Syami mengemudi keretanya.

"Kau tau la kan .....'macam tu',"..

"'Macam tu'?...,ooh, hahaha, mana ada macam tu, aku tak buat la kerja-kerja macam 'macam tu' tu, kau jangan fikir macam-macam"..

"Ha?"Kane mengebil-ngebilkan matanya.

"Habis tu, macam mana?"Kane bertanya lagi.

"Macam mana tu, nanti kau tahu la"Syami memandang ke depan semasa bercakap.

Selepas lebih kurang tiga puluh minit perjalanan, Syami melalui jalan yang tidak pernah Kane lalui, suasana jalan tersebut sangat sepi dan tiada kenderaan lain yang melalui jalan tersebut, Kane mengeluarkan telefon pintarnya dari poket dan membuka aplikasi peta untuk melihat di mana dia berada, dia melihat di hujung jalan yang dia dan Syami lalui itu terdapat sebuah bangunan yang tiada nama.

Sampai di bangunan tiada nama yang dilihat oleh Kane di dalam aplikasi itu, Kane dan Syami keluar dari kereta, sebaik sahaja keluar dari kereta, terdengar jeritan kecil yang memanggil nama Syami"ba Ami dah atang!"

Kane memandang ke arah jeritan itu, dia melihat budak perempuan kecil dalam lingkungan lima tahun berlari ke arah Syami dari arah bangunan itu. Syami mengangkat budak perempuan itu sebaik sahaja sampai di depannya"ha ha ha ha ha yeay ha ha ha"budak perempuan itu ketawa kegembiraan.

"Ari ni ba Ami awak akanan anyak ke?"budak perempuan itu bertanya kepada Syami.

"Hari ni abang bawak banyak makanan untuk Aira dengan kawan-kawan lepas tu ada banyak gula-gula"Syami membalas pertanyaan sambil mendokong Aira, budak perempuan kecil yang menjerit nama Syami tadi.

"Yeeaaaay"Aira menggoyangkan kakinya.

"Cepat panggil kawan-kawan"Syami meletakkan Aira ke bawah.

"Em.."Aira berlari masuk ke dalam.

"Ori, aku tak tahu kau dah ada anak"Kane membeliakkan matanya sedikit.

"Aku pun tak tahu bila masa aku ada anak"Syami menggelengkan kepalanya.

"Bukan anak aku la, ni rumah anak yatim, buka pintu belakang, tolong angkat barang tu"Syami membuka pintu belakang keretanya.

"Oooo, ok"Kane menganggukkan kepalanya.

Sibuk mengeluarkan barang, pemilik rumah anak yatim itu mendekati Syami,

"Syami.."..

"Eh, cikgu, apa khabar?"Syami bersalam dengan Cikgu Din, orang yang membangunkan rumah anak yatim itu.

"Baik, kamu macam mana?"..

"Saya pun baik cikgu, ni kawan saya, Kane,"Syami mengenalkan Kane kepada Cikgu Din.

Kane dan Cikgu Din bersalaman dan mengenalkan diri antara satu sama lain.

"Cikgu, ni ada barang sikit"..

"Terima kasih Syami, susah-susah je"..

"Takda la susah sangat, susah sikit je,hehe, saya letak tempat biasa ye"..

"Ye lah,"Cikgu Din membantu sekali mengangkat barang masuk ke dalam rumah.

Di dalam rumah,

"mana semua" Syami bertanya kepada Cikgu Din.

"Budak-budak tengah ada kelas"..

"Alamak, saya dah suruh Aira panggil semua tadi"..

"Tak apa, saya memang nak panggil mereka semua"..

Selesai memasukkan barang ke dalam rumah, Aira kembali lagi"ba Ami, cigu Nana tengh mara, Aira akut nak anggil kawan-kawan"Aira memberitahu Syami, dia takut untuk memanggil kawannya kerana Cikgu Nana tengah memarahi murid di dalam kelas.

"Hehe, kesian dia, nah abang bagi gula-gula, nanti kongsi dengan kawan-kawan"Syami memberi sepelastik gula-gula yang dia pegang kepada Aira.

"Em.."Aira menganggukan kepala, kemudian berlari pergi.

"Saya singgah sekejap je ni cikgu"Syami meminta diri untuk pulang.

"Dah nak balik?, tak nak makan malam dekat sini dulu ke?"..

"Saya ada hal lagi lepas ni"..

"Ye lah," Cikgu Din bersalaman dengan Kane dan Syami.

"Balik dulu cikgu"Kane menundukkan kepalanya ketika bersalam, selepas itu dia dan Syami berjalan ke kereta.

"Hati-hati bawa kereta"ujar Cikgu Din.

"Jangan risau cikgu, Or...Syami bawak kereta seratus peratus selamat"Kane menoleh kebelakang.

Syami dan Kane berlalu pergi, dalam perjalanan pulang daripada rumah anak yatim, Kane melihat telefon pintarnya berada di ruang di bawah penghawa dingin, dia mengambil telefon itu dan mahu memasukan ke dalam poket seluarnya, tetapi telefonnya sudah berada di dalam poket,

"Oi, kau nak buat apa dengan fon aku"Syami menegur Kane yang mengambil telefonnya .

"Ha?, kau punya ke, sama warna la, hahaha"Kane meletakkan semula telefon Syami.

"Kau selalu ke buat macam tu?"Kane bertanya kepada Syami.

"Tak habis lagi dengan kau punya 'macam tu' tu, macam mana tu,"Syami menggelengkan kepalanya.

"Kau selalu ke bagi makanan dekat rumah anak yatim tu?"..

"Seminggu sekali je, lagi pun aku baru je pindah sini, kau nak upah berapa dah tolong aku tadi"..

"Ha,.....tak pe la, aku rasa dah lapang hati aku tolong tadi"..

"Mintak je, aku nak bagi"Syami memaksa supaya Kane meminta.

"Berapa pun boleh"..

"Kau dah lupa ke aku cakap, aku tak boleh keluarkan duit sesuka hati, kena ada situasi baru duit tu baru muncul"Syami memukul perlahan pipinya.

"Oh, lupa, hahaha, sory, sory,...seratus"..

"Seratus je, seribu la"..

"Banyak gile, aku tak nak banyak-banyak, seratus je"..

"Ok, ada dompet aku dalam laci depan tempat duduk kau tu, ambik sendiri"..

"Terima kasih"Kane meletakkan semula dompet Syami ke dalam laci selepas mengambil duit.