Chapter 4 - Sama Pelik

Sampai di rumah, Syami mempelawa Kane untuk rehat di rumahnya"kau nak rehat dulu?"

"Takpe la, esok aku kerja, aku nak balik"

"Ok, tapi sebelum tu, tunggu jap,"Syami masuk kedalam rumah dan memgambil bajunya yang baru untuk diberikan kepada Kane"nah, tukar baju kau tu dulu,"

"Takpe la"..

"Ambil je la, aku bagi ni, aku ada banyak lagi, baju ni baju baru, aku belum pakai lagi,"..

"Te... Terima kasih....hush....hush"Kane mengeluarkan sedikit air mata sembil mengucapkan terima kasih kepada Syami

"Oi, kenapa kau nangis?"

"Mana ada, mata aku masuk habuk je..... Aku gerak dulu,...Syami, ingat, kalau nak order, suruh aku yang hantar"

"Yang tu kau tak lupa pulak."

Selepas Kane pulang, Syami melihat Danial berjalan berpusing-pusing di halaman rumahnya sambil memegang dagu, apabila Danial sedar yang Syami Sedang melihatnya dia terus masuk ke dalam rumah, Syami hanya memberikan senyuman kemudian dia pun masuk kedalam rumahnya juga

‍‍‍‍‍‍Seminggu kemudian

Pada waktu pagi, Kane berada di rumah Syami.Mereka Sedang membicarakan sesuatu.

"Jadi kau boleh keluarkan duit bila-bila masa je la?"Kane bertanya kepada Syami

"Bukan macam tu, aku cuma boleh keluarkan mengikut situasi, kalau aku perlukan duit baru duit tu muncul, kalau aku ada duit bila aku tak perlu, duit akan hilang, lesap macam tu je"..

"Kalau kau pergi luar negara macam mana, duit negara tu ke yang muncul?"..

"Yep, betul tu"..

"Wooooooh,....contoh... kalau kau pergi ke masa lepas, duit masa tu cuma guna tembaga, emas dengan perak, macam mana pulak?"..

"Haha, aku tak tahu la kalau sampai ke masa lepas macam mana, sebab aku tak pernah mengalami situasi tu, tapi mungkin  kalau emas yang aku perlukan untuk membayar, emas la yang akan keluar, mengikut situasi la agaknye."Syami geli hati kerana menerima soalan yang pelik dari Kane

"Waah, hebat la kau".Kane kagum dengan kemampuan Syami itu

"Kau lagi hebat, kalau tak silap, kau cakap dengan aku perompak yang kau kejar tu dua orang, lepas tu balik tanpa terluka, seni bela diri apa kau ada?."..

Tiba-tiba Kane mengalihkan soalan "aku dengar ada orang ketuk pintu rumah la"..

"Eh!, aku pergi tengok,"Syami pun bangun dari tempat duduk dan pergi membuka pintu rumah, dia melihat karina yang mengetuk pintu rumahnya, "Eh, ina ada apa?"..

"Syami...,nah mama ada masak kuih lebih, makan tau."Karina memberi makanan kepada Syami dan mengatakan bahawa itu adalah masakan yang dibuat lebih oleh ibunya.

"Terima kasih, kalau ada lebih lagi, bagi lagi, hehehe"

"Bye"Karina pulang sambil tersenyum selepas memberi makanan kepada Syami

Syami membawa masuk kuih yang diberi Karina, belum sempat duduk dia ditanya oleh Kane"Syami??...siapa Syami?"

"Oh, ada lagi satu aku lupa bagi tau kau, nama sebenar aku bukan ori tapi syami"

"Apa! jadi yang aku panggil kau selama ni nama apa?"Kane agak terkejut mendengar kebenaran itu.

"ori tu cuma gelaran yang Uncle Sam guna untuk panggil aku,"Syami menerangkannya kepada Kane dengan tenang.

"Pakcik kau ke?"

"Takda la,aku selalu beli barang dekat kedai pakcik tu, nama dia memang Uncle Sam"

"Habis tu, kalau nak panggil dia macam mana, uncle Uncle ke?,"

"Hahaha, aku memang selalu panggil dia macam tu,...lepas ni kau boleh panggil aku Syami kalau nak."

"Aku dah biasa panggil kau ori, jadi aku panggil tu je lah, boleh kan?"

"No problem,....soalan aku tadi kau belum jawab lagi, seni bela diri apa yang kau ada?"

"Oriii!, aku baru teringat, aku ada kerja hari ni, jadi aku balik dulu"Kane dengan pantas membuat alasan untuk tidak mahu menjawab soalan Syami itu

"Oi, nak pergi mana, soalan aku belum jawab lagi, hari ni bukan kau cuti ke?"

"Aku,...aku,.....haa, aku nak bagi makan kucung aku, kucing aku nama dia kucung, gerak dulu"dengan kelam kabut Kane keluar sehingga melupakan dia tidak mengambil topi keledarnya

"oi, helmet kau nak buat apa dekat sini"Syami memberitahu kelupaan Kane.

Pada petangnya, Syami melakukan rutin mingguannya iaitu bersenam"hari ni aku nak jog lima pusingan,"seperti biasa, dia bersiap dengan pakaian sukan lengkapnya kemudian berjalan ke gelanggang badminton yang berada kira-kira lima puluh meter dari rumahnya.

"Dah berapa pusingan ni"

"dik dah berapa kali abang pusing?" Syami bertanya kepada budak lelaki yang sedang memerhatikannya dari taman permainan di sebelah gelanggang badminton itu tetapi budak lelaki itu lari selepas Syami bertanya kepadanya.

"Eh..?...aku rasa dah sepuluh"Syami berasa pelik dan pulang selepas membuat spekulasinya sendiri .

"AAAAAAAAAAAAAAAAAA!"

Sampai di depan rumah, tiba-tiba Syami terdengar suara jeritan Karina,

Syami yang berasa bimbang bergegas ke rumah jirannya. Dia terus memasukinya dan menghala ke arah jeritan itu, ternyata jeritan itu berasal dari stor. Syami melihat Karina sedang berdiri di atas meja sambil memegang penyapu di dalam stor itu.

"Ina, kenapa?"Syami bertanya kepada Karina alasan dia menjerit sambil memegang tombol pintu bilik stor.

"ULAR, ADA ULAAR"

"ULAR!"Syami yang memegang tombol pintu, dengan pantas menutup pintu bilik stor dengan hempasan, membiarkan Karina di dalam stor keseorangan.

"SYAAAami"Karina menjerit nama Syami tetapi jeritannya berhenti di pertengahan

"Ular besar ke kecil?, warna apa?"Syami bertanya kepada Karina tentang kriteria ular tersebut.

"Sya....Syami, tengok bawah"Karina tidak menjawab soalan Syami tetapi menyuruhnya melihat ke bawah

Selepas mendengar ucapan Karina, Syami terasa sesuatu pada kakinya, kemudian dia melihat kebawah dengan perlahan.

"!!.UUUuuii...."ternyata ular itu berada di depan pintu bilik stor dan ketika Syami menutup pintu dengan hempasan membuatkan kepala ular tersebut terputus dan darahnya mengalir keluar, Syami yang terkejut, pitam di depan pintu bilik stor tersebut.