Sekarang...lebih kurang seminggu si firdaus ajak aku balik kampung. Aku ikut aje. Nak isi masa senggang dan tenangkan fikiran. Dekat kampung ada sawah padi. Kereta pun bukan selalu masuk. Kira okeylah. Dan sepanjang 7 hari tinggal dekat kampung....firdaus sentiasa teman aku.
Tak pernah dia biarkan aku sendiri. Pasal kerja ....dia dah ambik cuti rupanya. Aku tak tanya banyak laa...terus aku jawab ok. Dan sekarang...mata aku jatuh ke depan. Ke arah sawah padi yang menghijau. Dan sesekali angin mula mengucup kulit muka aku sampai aku rasa terbuai dan mengantuk?
Yeah...selamba aje aku baring dekat sawah. Biarlah...bukan ada orang pun...setakat firdaus aje.
"Tenangkan dekat sini?"
Suara garau dari sebelah. Aku tak menjawab. Aku dengar aje. Si firdaus pulak...macam biasa....dia sibuk nak usap kepala aku macam budak. Aku biar aje. Well....aku suka aje dia layan aku macam tu.
"Saya rasa tenang. Tapi tak kisah laa kita dekat mana...asalkan alya ada. Saya okey aje."
Kali ni..aku laju pandang dia. Dahi dah berkerut. Dan dia cuma tersenyum cantik macam biasa. Tangan diangkat ke udara.
Saya kan isteri...mesti lah kena ada dekat sisi awak.
"I know..." Dia senyum. Rambut yang menutup dahi aku, dia selitkan ke celah telinga. "....tapi....isteri aje...alya tak sayang dekat saya ke?"
Tangan firdaus aku tolak menjauh. Lepas tu laju aku duduk bersila. Macam tak kena aje nak baring masa ni. Jantung dah berdegup tak stabil. Kang si firdaus buat ayat....tak pasal beromantik dekat sawah. Mak cik pak cik yang lalu dekat bendang...tak pasal mati mengejut aje nanti!
Eleh...macam awak sayang saya.
Lepas tu aku pandang langit. Tenang. Tapi mata aje pandang langit....otak fikir dekat si firdaus. Si firdaus macam biasa. Tetap tak putus asa. Laju dia duduk depan aku dan keluarkan sesuatu. Gelang. Dan ada sehelai kertas.
"Nur alya qaisara...." Tangan aku dia raih dan dikucup sekilas. Mata dia tepat merenung anak mata aku. "...dari mula awak jadi isteri saya...sampai sekarang.....saya tak pernah lupa nama awak. Saya sayang awak....dengan nama Allah....saya nak jadi suami awak...sampai akhir nyawa saya."
Redup. Aku mula gugup. Mata aku langsung tak dapat berkalih ke arah lain. Sebab sekarang...yang aku nampak cuma dia....patut ke aku cakap yang sama? Patut ke aku cakap...aku pun suka dekat dia?
"Can you love me back?"
Suara dia rendah. Makin dalam dia pandang anak mata aku. Dan aku...masih tak menjawab. Dada firdaus aku tolak perlahan. Muka aku dah panas! Mesti dah warna merah! Malu!
Ni awak beli untuk saya ke?
Soalan bodoh yang terkeluar. Aku rasa nak aje sembam muka dalam sawah. Tapi firdaus hanya mengangguk dan senyum macam biasa. Entah dia terasa atau tak....lepas aje dia jawab macam tu...aku laju ambik gelang dan kertas tadi.
Sampai dalam tangan aku, gelang tadi aku telek. Cun! Pandai firdaus pilih. Tapi...tak pulak aku puji. Mata aku angkat. Merenung ke dalam anak mata firdaus....sedaya upaya aku tahan urat muka sendiri. Aku....
Tak nak..
Cakap....
Aku sayangkan dia..
Wajah firdaus aku pandang sekilas sebelum aku bangun. Biarlah....tak cakap pun. Mesti firdaus tahu...aku sayang dekat dia.
Saya nak balik. Nak mandi.
Lepas cakap...terus aku balik ke rumah nenek. Langsung tak tunggu firdaus. Bila toleh belakang...nampak firdaus termenung. Aku rasa....bersalah tapi....gelang dan kertas tadi aku genggam erat...
Aku takut nak rasa bahagia...
Sebab kalau aku bahagia...
Aku akan hilang dia...
****
"Cherophobia? Kenapa alya tak cakap awal-awal dekat nenek?"
Nenek dah duduk dekat sebelah aku. Tangan aku dia raih dan genggam erat. Nampak muka dia muram. Aku pandang wajah nenek lama. Dan senyum nipis aku ukirkan.
"Firdaus dah tahu?"
Aku angkat bahu. Entah...aku sendiri pun tak tahu. Bila cakap pasal firdaus...aku kerling ke jam dinding. Dah pukul 10 malam....firdaus tetap tak balik rumah. Mula laa aku risau. Bahu aku nenek tepuk perlahan.
"Kalau firdaus tak tahu...elok kalau alya bagitahu dia....alya sayang firdaus kan?"
Mata nenek tak berkelip pandang aku. Firasat seorang nenek. Yang dulu makan perencah kehidupan...mungkin dia lebih faham hati dan perasaan aku. Dan aku...perlahan-lahan mengangguk.
Mungkin...dah tiba masanya...aku bagitahu firdaus...yang aku mula sayangkan dia. Gelang yang firdaus bagi tadi...aku dah pakai dah pun....cuma kertas aje aku tak baca lagi. Ingat nak baca bila dengan firdaus aje nanti.
Tapi.....perancangan tuhan...lebih baik dari segalanya...
"Kak alya...."
Suara abang naim. Nampak muka dia rusuh. Dan...baju dia penuh dengan darah. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Nenek dekat sebelah...dah peluk bahu aku erat. Seolah dia pun...tahu apa yang terjadi. Badan aku mula menggeletar.
"Abang firdaus kena langgar."
Dan aku terus jatuh ke lantai. Empangan air mata aku pecah. Sambil sebelah tangan aku mula buka lipatan kertas yang firdaus bagi petang tadi. Air mata dah laju mengalir.
"I will love you always. When this black hair is white, I will still love you. When the smooth softness of youth is replaced by the delicate softness of age, I will still want to touch your skin.
Aku kesat air mata yang jatuh kasar. Mata aku mula kabur. Tapi aku tetap baca...dan terus baca.
When your face is full of the lines of every smile you have ever smiled, of every surprise I have seen flash through your eyes, when every tear you have ever cried has left its mark upon your face, I will treasure you all the more, because I was there to see it all. I will share your life with you, alya qaisara, and I will love you until the last breath leaves your body or mine."
Dan empangan air mata aku terus pecah dan pecah. Dekat hujung muka surat...ada tulisan kecil yang berangkai.
I love you...alya qaisara in the name of Allah
Kertas tadi....aku bawa ke dada sebelum aku rebah. Kalau ni cuma mimpi...aku harap bila aku bangun nanti....aku dapat bagitahu dia...yang aku sayang dekat dia...perkara yang buat aku paling menyesal dalam hidup.....bila aku terlambat untuk hargai orang yang ikhlas sayangkan aku.
Firdaus....i love you.....
****
"Okey cut!"
Suara direktor. Aku yang elok berbaring terus bangun. Firdaus yang terpacak dari jauh terus bantu aku bangun. Sambil sebelah tangan sibuk lap pipi aku yang basah. Aku biar aje. Sambil aku buat suara mengada.
"Penat laa berlakon. Nasib dah habis dah...nanti dekat rumah...awak tolong urut okey?"
"Okey...tapi kena ada upah laa...sekarang mana ada benda free.."
Pipi aku dia cubit. Laju aku jeling si firdaus. Tapi....elok tu...aku rebahkan kepala atas bahu dia. Rasa tenang. Lengan kekar firdaus, aku peluk erat. Tiba-tiba terbayang scene last tadi.....sedih pulak.
"I love you firdaus..."
Aku ucap perlahan. Pipi firdaus aku lekapkan dengan tapak tangan aku yang putih melepak. Aku tak nak jadi macam heroin dalam drama tadi. Tak sempat nak ucap sayang dekat dia. Semata-mata tak boleh terima takdir.
Yelah....Allah uji memang bersebab. Cuma kita saja yang perlu bersyukur dan terima ujian yang Dia bagi dengan hati terbuka. Tangan aku, firdaus pegang. Dan bibir merah dia ukir senyum.
"I love you more.."
Dan bibir merah dia berlabuh atas dahi aku. Aku tersenyum.
Kau akan bahagia....kalau kau sentiasa bersyukur. Dan kau akan lagi bahagia...kalau kau sentiasa menghargai apa yang kau ada. Hargai masa...hargai nikmat yang Dia bagi...dan hargai orang yang kau sayang....