"Let us always meet each other with smile, for the smile is the beginning of love"
-Mother Teresa
***
"Do you like it?"
Suara garau dari belakang. Serentak bau strawberi menerobos rongga hidung. Aku tersenyum. Tak tunggu lama, pinggang aku dah disauk dari belakang dan sekuntum bunga ros putih dihulur pada aku.
"Do you like it?"
Soalan sama diulang. Perlahan-lahan aku mengangguk. Bebola mata aku bergerak ke sebelah kiri. Ke arah seraut wajah dia yang sibuk perhatikan riak pada wajah aku. Sebelah tangan kekar dia bermain dengan anak rambut aku.
"I like everything you did for me..."
Aku senyum. Perlahan-lahan aku leraikan pelukan dan tangan dia aku genggam. Anak mata aku jatuh merenung ke dalam anak mata koko dia yang mencair. Seolah coklat yang diadun dengan vanilla kesukaan aku.
"Really?"
Bibir dia yang merah basah dah terjungkit senyum. Sebelah kening dah diangkat. Seolah dia tak percaya dengan apa yang dia dengar. Tangan kecil aku digenggam erat.
"Ya. Saya suka semua yang awak pernah buat...dan rancang akan buat dengan saya. All of it.."
Si dia dah makin lebar tersenyum. Sebelah tangan dah sibuk sauk pinggang aku. Sebelum dia dekatkan muka dia ke telinga kanan aku dan berbisik lembut. Terasa deruan nafas dia yang hangat mengucup kulit leher aku. Seolah terkena renjatan...badan aku mengejung.
"Don't try to make me fall.....or else...ken will get new brotha..."
Dada dia aku tumbuk perlahan. Tangan aku dah naik. Melingkar pada leher dia. Supaya dia hanya pandang aku. Pandang anak mata aku dengan tepat dan dalam. Dan yeah...dia memang pandang aku tepat. Seolah koko dan hazel mula berkucupan di ruang yang tiada jeda. Pinggang aku makin dipeluk erat.
"You once said you loved me. Do you still?" Aku berbisik. Dekat dengan muka dia. Si dia tersenyum.
"I never stopped loving you. Even when i tried desperately to forget you. I couldn't. " dan si dia mendekat. Bibir merah basah miliknya jatuh. Berlabuh atas dahi aku lama. Dengan mata yang dipejam erat.
"I never loved you any more than I do, right this second. And I'll never love you any less than I do, right this second. Dengan izin Allah....hati saya tetap hidup dengan nama awak. Hingga ke jannah."
Aku tersenyum. Gembira bila dengar bait kata yang keluar dari bibir dia. Dan aku tahu...sangat tahu..yang dia maksudkan dengan setiap patah yang dia ucap. Dia lelaki yang pegang pada kata. Dan aku...perempuan yang sangat bertuah kerana dapat dia....hadiah dari tuhan yang maha esa.