Dari kecil…aku belajar mengalah. Tak kiralah aku salah atau betul…atau…bukan salah aku sekalipun….aku tetap jadi orang pertama yang minta maaf.
Ayah, orang pertama yang akan tampar,pukul aku bila ada ibu bapa lain yang mengadu. Tanpa belas, seolah aku ni bukan anak kandung dia. Tiap kali aku kena pukul….aku selalu berdoa kalau tuhan boleh ambil nyawa aku. Supaya aku tak perlu tanggung sakit macam ni lagi.
'PANGGGG!!'
Pipi aku ditampar kuat. Sangat kuat hingga tubuh kecil aku jatuh terhempap ke atas lantai.
"ANAK TAK GUNA!! AKU BELA KAU DARI KECIK…TAPI KAU CUMA RETI MALUKAN AKU!! BAIKKK KAU MAMPOSSS JELAHHH!!!"
Tubuh aku ditarik tanpa simpati dan ayah terus menjerkah aku kuat. Satu rumah boleh dengar suara ayah. Mungkin…jiran-jiran dah biasa sangat dengar semua ni. Masa tu…mata aku terkalih pada satu susuk di sebelah.
Ada ibu yang tengah minum kopi di ruang tamu. Siap ketawa sambil baca sesuatu di telefon.
Seolah…aku ni hanyalah satu patung yang tak berharga.
"KALAU AKU TAHU MACAM NI…..MASA KAU BABY LAGI AKU DAH CAMPAKKK KAU TEPI LONGKANGGG!!"
Badan kecil aku ditumbuk dan dihentam dengan tali pinggang ayah.
'ZAPPPPP!!!'
'ZAPPPPP!!!'
Dan masa tu….aku harap….tuhan boleh ambil nyawa ayah.
Bunyi siren ambulan dari kawasan perumahan Taman Anggerik 3. Ada banyak kereta di depan rumah. Kereta polis, penyiasat dan detektif. Semua tengah sibuk mencari bukti.
Ibu di dapur menangis. Meratap satu tubuh yang kaku di atas lantai. Tubuh kecil yang dia anggap sampah,yang dia doa setiap hari supaya mamposss…..kini mati dibunuh di rumah dia sendiri.
Aku ketawa sinis.
Masa tu, ada tubuh tinggi melanggar aku dari belakang untuk menuju ke arah ibu.
Macam cerita panggung, dia dapat berjalan melepasi aku. Dan aku cuma bayangan kecil yang mereka tidak akan nampak.
"puan…sila ikut saya ke balai. Ada sedikit soalan yang kami ingin tanya kepada puan."
Ibu menangis sambil memandang 'aku' di atas ribanya.
"anak saya….macam mana dengan anak saya?? Siapa nak bertanggngjawab atas kematian anak sayaa!!!"
Ibu terus meraung dan menangis.
Pertama kali aku tengok ibu menangis seteruk tu. Dulu, bila ayah pukul ibu…ibu tak adalah menangis sampai macam tu sekali.
"kami akan siasat punca kejadian ni berlaku. Pihak kami harap puan dapat beri kerjasama."
Lepas tu, baru ibu berhenti menangis dan ikut pihak polis ke balai.
Tubuh 'aku' pula diangkat naik ke atas sebuah kenderaan dan di hantar ke hospital. Itu yang mereka cakap.