Chereads / Ini Kisah Kita / Chapter 19 - love or lust(iv)

Chapter 19 - love or lust(iv)

Aku dah laju melangkah. Lagi laju bila azan dah berkumandng. Hari ni aku kena jumpa si dia lagi. Target aku hari ni....aku nak tahu nama dia! Baju jubah kelabu yang tersarung pada badan, aku angkat sedikit. Yeah....gila kalau aku tak angkat...mahu aku jatuh tangga! Dah jatuh...konfem koma! Bila bangun dari koma....sah laa mamat tu dah kawin! Putih mata laa kau qhadira!

Mata tak toleh kiri kanan sebelum telinga aku tegak bila dengar suara.

"Syarifah emilia qhadira...nak pergi mana tu!"

Yeah...bila dah dengar nama panjang aku disebut.....aku terus toleh ke belakang. Nampak umi yang dah pandang aku tak berkelip. Mata tak payah cakap laahh..macam tengok hantu! Sebelah tangan yang pegang beg dah terlepas..dan...

Pap!

Terjatuh ke lantai. Over! Mesti tak percaya aku nak pergi masjid!

"Nak pergi masjid. Tadi kan dah azan."

"Masjid?"

Umi dah melangkah. Telekung yang dia pakai, dia selak sedikit sebelum tangan dia jatuh pada bahu aku. Mata langsung tak berkelip. Aduhh....aku dah buat muka bosan.

"Dira cakap...dira nak pergi masjid?"

Lembut dan...agak sedih? Laju aku pandang umi...nampak mata dia dah berkaca. Well...syahdu sikit. Yelah...ni first time kot...aku nak ikut umi dengan babah ke masjid. Sebelum ni...umi dengan babah membebel dari awal pagi sampai ke malam....aku buat tak dengar aje! Kalau aku ikut ke masjid jugak.....tu tanda umi dah ugut aku....

'tak ikut umu pergi surau...dira tak payah keluar jumpa puteri!'

Dan lepas tu...aku dengan kurang ajar...mesti akan....

Bammm!!!

Hempas pintu dengan kuat! Huh! Aku mengeluh. Tangan umi, aku raih sebelum aku kucup sekilas. Wajah umi , aku pandang tak berkelip. Rasa bersalah. Sikit aje lah....sebab sekarang aku tengah fikir banyak pada si dia...well...tujuan aku nak pergi masjid pun dah salah.

Aku nak pergi sebab manusia....bukan sebab tuhan....harap tak ada lah kilat dekat luar. Risau pulak....silap hari bulan....rentung aku kena panah...dah laa banyak dosa.... Mati sia-sia aje nanti!

"Ye. Dira nak ikut umi dengan babah ke masjid. Boleh kan?"

Aku senyum palsu. Umi dan toleh ke sebelah. Ke arah babah. Dan mereka senyum antara satu sama lain. Umi tak tunggu lama, terus tarik aku ke dalam pelukan. Lepas tu...tepuk-tepuk aku macam aku ni....budak kecik yang manja! Tak lama lepas buat drama depan pintu rumah, terus umi dengan babah heret aku ke masjid. Elok pulak masa tu.....imam dah angkat takbir. Makin laju kami melangkah dan masuk dalam barisan saf. Aku dah terkocoh-kocoh masa tu.

Muka zuhud aje! Kalau si puteri nampak....konfem dia jentik dahi aku...lepas tu dia mesti membebel macam mak nenek. Dan wajid ada ayat pedas yang keluar untuk bidas aku....okehh...lupakan sekejap pada si puteri. Lepas aje solat...aku terus cari kelibat si dia. Tapi tak jumpa pulak! Muka aku dah berubah. Hampa!

"Tak sangka kita jumpa lagi."

Ada suara garau tegur aku dari depan. Pantas aku angkat kepala dan.....mata aku jatuh pada dia. Dia yang elok terpacak depan aku. Dengan segak memakai baju melayu warna biru. Muka dia yang sentiasa bersih dan bercahaya. Mata....tunduk pada lantai. Ouhhh.....aku dah mula nak menggeletis. Mata dah bercahaya balik!

"Ouh ya....tak sangka betul! Atau jodoh?"

Selamba aku cakap. Sebelah tangan dah sibuk cucuk pipi sendiri. Tayang muka comel depan mamat ni. Alahaii...rosak imej seksi aku! Yelah...depan pak ustaz ni.....mana boleh buat muka gedik macam ulat bulu! Kena lah tayang muka zuhud! Gila nak buat seksi...mahu dia tendang aku ke longkang masjid!

Tak pun....dia buat aku macam aku ni batu nisan aje! Habis rosak rancangan!

"Awak lawak. Macam biasa"

Pipi aku memerah. Dengan muka tak malu lagi....aku dah elok perkenalkan diri. Semua aku bagitahu..sekali dengan makanan kegemaran lagi! Poyo! Dan dia....macam biasa terus tundukkan kepala walaupun senyum dah terhias cantik di bibir dia yang merah basah. Lama aku bercakap....sampailah umi datang dan heret aku.

"Anas?"

Suara umi. Laju aku angkat kepala. Umi pulak...dah senyum sambil melangkah ke arah 'anas'. Dan lelaki tu tersenyum manis pada umi. Uhhh...aku cair lagi. Tapi kejap...kali ni..aku pandang tepat ke wajah umi.

"Anas? Macam mana umi tahu?"

"Ya Allah dira..ni kan anas. Anas anak kawan baik umi. Hari tu....anas kan pernah datang rumah. Dira aje tak perasan. Bukan sekali...dah banyak kali dah datang..."

Rahang aku dah jatuh. Macam mana aku boleh tak perasan si dia pernah datang rumah....dahi aku dah berkerut. Wajah umi yang ceria aku pandang. Si dia pun nampak ceria bila cakap dengan umi....tapi bila mata dia bertembung dengan anak mata aku...laju dia pandang bawah...

Comel! Aku rasa nak penyek aje dia....sebab dia sangat menjaga...mungkin sebab tu....aku pun jadi tertarik dengan dia. Ouhhh...anas aku...anak mata aku tak berkelip pandang dia....aku pulak langsung tak menjaga. Sesekali bila umi terperasan anak dara dia yang asyik usya teruna orang....laju umi cubit pinggang aku. Tak lama lepas tu...umi heret aku balik ke rumah.