Kami pulang ke rumah. Aku bersiap untuk ke airport. Huhuhu... Bye, bye bilik kesayanganku! I will miss you! Kami bertolak ke airport. Aku mencari kelibat Sarah dan keluarganya. Mana minah ni? Aku call Sarah.
"Hello Sarah. Mu dok mano?" tanya aku dalam loghat Kelantan.
"Ohh... Saya dekat Nando's. Makan jap." kata Sarah.
"Oh. Okay lah." balasku lalu mematikan talian.
"Sarah dekat Nando's." kata aku kepada Mama dan Papa. Kami menuju ke restoran itu. Haa tu pun minah tu! Tengah melahap!
"Hi aunty, uncle. Uncle dah sihat?" tanya Sarah.
"Dah... Uncle kuat lah..." jawab Papa aku. Sarah tergelak. Aku mencebik.
"Hek eleh. Mula lah tu!" kata aku. Papa aku ketawa.
"Nayli. Awak dah makan?" tanya Sarah.
"Dah... Tadi. Kita makan asam pedas Mama kita buat..." jawabku, bangga.
"Wah... Nak jugak!" kata Sarah.
"Tak boleh. Mama I buat untuk I je!" kata aku, gurau. Sarah memuncungkan bibir. Aku ketawa.
___________________________
Akhirnya tiba masanya. Time to say goodbye. Tiba-tiba aku terasa sebak. Bila lah pulak aku boleh balik sini...
Keluarga aku dan keluarga Sarah menghantar kami. Aku dan Sarah berpelukan dengan keluarga masing-masing.
"Thank you Mama, Papa hantar kakak sampai sini." ucapku.
"Ye... Sama-sama." balas Mama aku.
"Bila pulak kakak nak balik sini?" tanya Papa.
"Sebelum raya kot." jawabku.
"Haah lah. Dah nak puasa." kata Mama aku. Sarah berjalan menghampiriku.
"Nayli. Jom." ajak Sarah, perlahan.
"Okay lah Mama, Papa. Kakak pergi dulu." pintaku.
"Nanti sampai sana call." kata Papa.
"Okay... Ingat pesan Mama dengan Papa." kata Mama dan Papa. Aku mengangguk dan tersenyum.
"Bye adik-adik kesayanganku! Belajar elok-elok!" ucapku.
"Bye kakak! Elok-elok mengorat abang! Semoga berjaya!" pesan adik-adikku. Aku memberi mereka jelingan maut. Papa, Mama dan adik-adikku ketawa.
"Bye!" ucapku buat kali terakhir sambil melambai ke arah mereka. Huhuhu... Sedihnya...
Aku dan Sarah melangkah masuk ke dalam kapal terbang. Kami meletak beg di tempat yang telah dikhaskan. Tiba-tiba phone aku berdering.
"Awak angkat lah phone awak. Biar saya tolong letak beg awak dekat atas ni." ujar Sarah.
"Thanks." ucapku. Aku mengangkat panggilan itu.
"Yes?" sapaku.
"Korang sampai sini pukul berapa?" tanya Eiman.
"Pukul 9:30 maybe?" jawabku acuh tidak acuh.
"Balik naik apa?" tanya Eiman.
"Emm... Tak tahu lagi. Teksi kot." kata aku.
"Aku ambik korang lah." pelawa Eiman.
"Tak menyusahkan ke?" tanya aku.
"Nope." jawab Eiman.
"Okay then. Thank you, Eiman." ucapku.
"Welcome, cutie!" balas Eiman. Aku tergelak kecil. Kami matikan talian. Aku mengambil tempatku di sebelah Sarah.
"Awak bawak apa dalam beg tu? Berat gila!" kata Sarah.
"Adalah. Sorry and thank you." pintaku.
"Em. Takpe lah. Eiman call ke tadi?" tanya Sarah.
"Haah. Dia nak ambik kita nanti." kata aku.
"Oh... Okay lah macam tu. Jimat duit..." kata Sarah. Aku tersengih.
"Sarah." panggilku.
"Ye." sahutnya.
"Semalam dating dengan Haras buat apa?" tanya aku sambil mengangkat kening.
"Ish. Nak jugak tahu..." rungut Sarah.
"Ala... Share lah..." pujukku.
"Kitorang pergi keluar makan, tengok wayang and jalan-jalan je semalam." kata Sarah.
"Oh... Nak tanya. Dia selalu tak cakap ' i love you ' dekat awak?" tanya aku, tersengih. Muka Sarah merah.
"Err... Dah la! Nak tidur! Bye!" kata Sarah lalu dia memusingkan badannya membelakangi aku. Aku ketawa. Aku juga melelapkan mata.
_________________________
Kami mencari-cari kereta milik Eiman. Mana Eiman ni? Tadi kata nak ambik aku dengan Sarah. Jadi ke tak?
"Nayli. Betul ke Eiman nak ambik kita ni? Mana dia? Tak sampai-sampai lagi ni. Kalau dia tak jadi nak ambik kita, saya nak panggil teksi je." kata Sarah.
"Jap eh." jawabku.
Aku mengambil telefon. Baru nak call Eiman, ada sebuah kereta mewah berhenti di depan kami. Haa... Sampai pun. Eiman keluar dari kereta. Uuuuu... Charming. Aku tersenyum dan melambai ke arah Eiman dengan teruja. Eiman tergelak kecil dan membalas lambaianku.
"Sorry lambat korang. Jammed tadi." pinta Eiman.
"Takpe. Tak tunggu lama pun." jawab Sarah.
"Okay lah. Meh luggage tu." Eiman mahu mengambil beg aku.
"Eh takpe. Biar aku angkat. Tak berat pun." kata aku.
"Tapi nampak macam berat. Biar lah aku tolong angkatkan..." kata Eiman pula.
"Takpe. Cepatlah buka boot tu." kata aku.
"Okay." akur Eiman. Aku memasukkan luggage ke dalam boot kereta. Aku mengangkat beg Sarah pula. Eiman yang hendak mengangkat beg Sarah itu terhenti.
"Eh. Beg kita berat lah Nayli. Biar lah Eiman angkat." kata Sarah. Aku memandang Sarah pelik.
"Hey girl. Tak kenal ke siapa Nayli?" tanya aku kepada Sarah. Ehh... Nayli start berlagak dah...
"Oh yeah. Nayli kan wonder woman..." kata Sarah. Kami tergelak. Aku meletak beg Sarah dalam boot kereta.
"Dah la. Jom lah masuk kereta, girls." ajak Eiman. Kami akur.
"Sarah. Duduk lah depan." pelawaku.
"Eh kenapa saya pulak. Awak lah duduk depan. Saya tak kisah duduk belakang." kata Sarah.
"Duduk lah depan..." aku berkeras.
"Awak duduk je lah depan Nayli. Tata..." kata Sarah lalu masuk ke dalam kereta. Dia duduk seat belakang. Aku akur. Aku duduk di sebelah Eiman. Eiman memandang dan memerhati aku.
"Nayli." panggil Eiman. Aku berpaling.
"Oh mak kau!" latahku. Terkejut aku... Takde lah... Bila aku berpaling tadi, muka dia betul-betul depan dengan muka aku. Eiman tergelak.
"Mummy aku takde dekat sini..." kata Eiman sesudah tawanya.
"What happened?" tanya Sarah.
"Takde apa-apa lah..." jawabku.
"Oh, okay." akur Sarah dan kembali dengan telefonnya. Aku pandang Eiman. Dia juga memandang aku sambil tersenyum manis.
"Pakai seatbelt please, my girl." kata Eiman, lembut.
"Oh. Okay..." akurku. Kami memulakan perjalanan pulang ke rumah.
"Macam mana dengan Papa kau?" tanya Eiman.
"Papa aku dah sihat, alhamdulillah." jawabku.
"Macam mana Papa kau boleh pengsan hari tu?" tanya Eiman.
"Mama cakap Papa stress, kerja kuat sangat and kurang rehat." kataku.
"Ohhh..."
"Esok korang buat apa?" tanya Eiman.
"Entah la. Tak tahu lagi." jawab Sarah.
"Weh korang. Aku mengantuk lah. Dari semalam lagi tak dapat tidur. Nanti sampai kejut aku tau." kata Sarah.
"Ha ye. Tidur lah." jawabku. Sarah sudah tertidur.
Aku hanya memandang ke luar cermin kereta. Suasana malam di Perth sungguh menenangkan. Suasana malam yang sepi dan indah yang ditemani oleh bintang-bintang di langit. Tiba-tiba kedengaran lagu 'My Future' Billie Eilish. Wah... Memang kena dengan mood.
"Kira bintang ke?" tanya Eiman tetapi matanya masih tertumpu pada jalan raya. Aku berpaling memandangnya. Aku blur.
"Focus betul kira bintang dekat langit tu. Ada berapa semua?" tanya Eiman.
"Ada satu." jawabku.
"Aik? Satu je? Betul-betul kira ke ni?" tanya Eiman.
"Hahaha... Tak lah. Tak kira pun. Banyak sangat. Malas nak kira." kataku.
"Takde lah... Termenung tu jauh sangat... Teringat dekat siapa?" tanya Eiman.
"Hehehe..." aku tergelak dan tersengih.
"Nak tahu ke?" tanya aku kepada Eiman.
"Bagitahu je lah." jawab Eiman.
"Aku teringat dekat..." aku melambat-lambatkan kata-kataku.
"Jackson Wang." kataku.
"Hek eleh..." balas Eiman. Aku ketawa kecil. Eiman kembali focus terhadap pemanduannya. Telefonku berdering. Aku turut menyanyi mengikut irama lagu kegemaran aku itu. Nyanyi sampai lupa nak angkat... perli otakku.
"Eh. Lupa nak angkat." kata aku pada diri sendiri. Eiman ketawa melihat telatahku. Aku turut tergelak sambil mengangkat panggilan itu.
"Hello?" sapaku.
"Mia... Asal lambat angkat call?" tanya Haizeq.
"Hehehe... Sorry, sorry." pintaku.
"Mia. Kau dah balik rumah ke?" tanya Haizeq.
"On the way nak balik rumah. Kenapa?" tanya aku.
"Sorry lah Mia. Aku ingat nak ambik kau dengan Sarah. Tapi tadi lepas balik dari class aku penat then tertidur. Sorry." ujar Haizeq.
"Oh... Takpe takpe." balasku.
"Kau balik dengan apa ni?" tanya Haizeq.
"Eiman ambik." jawabku.
"Oh... Okay lah. Bye. Aku nak sambung tidur." kata Haizeq.
"Haa... Okay. Pergi lah tidur." kataku.
"Okay. Bye-bye. Goodnight Mia..." ucap Haizeq.
"Bye..." balasku dan mematikan talian.
Aku memandang Eiman. Dia menyelak rambutnya ke belakang. Woah... How can a human be this charming?
Eiman terasa seperti dirinya ditenung. Dia memandangku sekilas. Eiman perasan aku memandangnya begitu. Dia tersenyum.
"Rindu ke?" tanya Eiman.
"Hah?" aku yang tersedar dari lamunan itu.
"Rindu lah tu..." ulang Eiman.
"Err... Mana ada." nafiku.
"Habis tu kenapa pandang aku macam tu?" tanya Eiman. Aku terdiam. Eiman tersengih. Caught! Ah! Nak tutup malu macam mana ni? Haish... Aku pura-pura main phone.
"Alah... Jangan lah main phone. Borak lah dengan aku..." kata Eiman.
"Kau bawak lah kereta." balasku.
"Ala... Dah lama tak cakap dengan kau." kata Eiman.
"Ha... Ye lah." aku mengalah.
"Nak cakap pasal apa?" tanya aku.
"Kau tanya lah apa yang kau nak tahu pasal aku... Anything." kata Eiman.
"Oh okay. Um... Aku nak tanya, kenapa kau break dengan Sarah dulu? Dari dulu lagi aku curious pasal ni. Sarah tak nak bagitahu pun." tanya aku.
"Er... Aku lupa lah..." jawab Eiman. Sebenarnya, dia tak nak bagitahu sebab dia break dengan Sarah.
Aku break dengan Sarah sebab kau. Aku kesian dekat kau. Dulu, aku tahu kau suka aku. So, nak kurangkan rasa bersalah, aku break dengan Sarah. Then, aku nak kawan dengan kau balik. Macam kita berkawan sebelum aku bercinta dengan Sarah. Tapi kau macam nak jauhkan diri daripada aku... kata hati Eiman. Hanya dalam hati. Kata-kata itu tidak terluah.
"Betul ke lupa? Alah... Dah lama aku nak jawapan..." rungutku. Aku memuncungkan bibir.
"Sorry... Aku lupa. Nanti kalau aku ingat balik, aku bagitahu kau." pujuk Eiman.
"Hm..." akurku.
"Haa... Ada lagi satu soalan. Dah berapa ex kau ada?" tanya aku.
Aduh... Nayli! Kenapa tanya soalan tu? jerit hati Eiman. Hahahaha...
"Err..." Eiman tidak menjawab soalanku.
"Aku ingat, masa sekolah dulu kau ada..." aku tidak menyambung ayatku, tetapi mengira ex-girlfriends Eiman masa sekolah rendah dulu. Tu lah. Kecik-kecik lagi dah ada banyak ex...
"Emm... Tak silap aku ada 5. Ke ada lagi yang aku tak tahu?" tanya aku. Eiman tergelak.
"Hahaha... Aku pun dah lupa." kata Eiman yang masih tergelak.
"Kalau sekolah rendah dah 5, sekolah menengah berapa? Aku tak tahu... Sebab tak sama sekolah menengah dengan kau... Weh. Bagitahu la. Sekolah menengah kau ada berapa ex?" tanya aku.
"Emm... 10 kot." jawab Eiman.
"5 campur 10, 15. Uish... Ramai gila. Bapak playboy kau ni!" kata aku. Eiman ketawa sakan.
"Macam mana lah aku boleh ada kawan yang playboy macam kau ni..." kataku.
"Nothing is impossible..." jawab Eiman.
"Ramai tau yang nak couple dengan aku. Beratur panjang. Kau tak nak beratur sekali ke?" tanya Eiman. Dia mengangkat kening.
"Tak nak lah. Baik aku beratur beli Team Wang Sparkle Capsule yang limited edition tu." jawabku. Uuuu... Nak beli! Tapi dah habis... Kesiannya aku. Eiman ketawa gembira.