Chereads / DIA ATAU DIA? / Chapter 47 - Bab 46

Chapter 47 - Bab 46

Seperti yang dijanjikan...

"Mia! Shoot!" jerit Haizeq dari dalam game.

"Mana, mana?!" tanya aku. Mata aku tertumpu pada game itu.

"Tu! Depan kau!" kata Haizeq.

"Okay!"

Kitorang dah main petang tadi, lepas tu sambung lepas solat Maghrib pulak. Sarah dan Qistina menggelengkan kepala memandangku yang sedang terjerit-jerit main game di sebelah mereka.

"Haih... Nayli, Nayli." keluh Sarah.

"Hahaha... Kita dah lama tinggal game." kata Qistina, bekas pemain game yang handal. Game tembak-tembak jugak...

"Nayli main game tu dari dulu sampai sekarang. Walaupun Mama dengan Papa dia tegur banyak kali, dia buat tak tahu je, main game dengan adik-adik dia." kata Sarah. Sarah dan Qistina sambung tengok anime. Haih... Dua kali lima je.

"Haizeq." panggilku sambil main game.

"Ye?" balasnya.

"Esok aku keluar dengan Eiman..." kata aku, teruja.

"Ha? Buat apa?" tanya Haizeq.

"Dating lah. Apa lagi?" kata aku.

"Sampai hati Mia..." rajuk Haizeq.

"Tak dating pun. Aku setia dekat Jackson lah." jawabku.

"Jackson ke aku?" tanya Haizeq.

"Zeq Hai." jawabku, tersenyum seorang diri. Haizeq terdiam.

"Ah!" jeritku apabila aku mati ditembak dalam game tu. Sarah dan Qistina kembali memandangku.

"Huhuhu... Sampai hati kau biar aku mati... Kau tak sayang aku eh?" rungutku kepada Haizeq.

"Sorry, sorry... Tak sempat." pinta Haizeq. Phone aku dah nak habis battery.

"Um... Haizeq. Kau main lah. Phone aku dah nak habis battery lah. Bye bye." kata aku.

"Okay. Bye." balas Haizeq. Aku charge phone aku dan kembali duduk di sebelah mereka yang tengah syok tengok anime.

"Ah! Dah habis." kata Sarah.

"Korang nak makan tak?" tanya aku.

"Nak masak ke?" tanya Qistina.

"Entah. Barang dapur dah nak habis. Nak makan apa? Biskut?" tanya aku.

"Ha! Order pizza!" cadang Sarah.

"Yeah!" setujuku dan Qistina.

"Okay jap. Kita order." kata Sarah.

15 minit kemudian pizza sampai. Kitorang makan depan tv. Haish. Anak dara tiga orang ni...

"Em... Korang dah habis ke tengok anime?" tanya aku.

"Haah. Kenapa? Nak tengok tv? Tengok lah..." ujar Sarah.

"Okay." aku tersenyum.

Hehehe... Nak tengok cerita baru Nam Joo-Hyuk! Ha! Baru aku ingat! Nam Joo-Hyuk lah oppa tu! Muka Eiman lebih kurang macam Nam Joo-Hyuk. Lebih kurang eh. Bukan sama. Tapi senyuman diorang sama.

Sarah dan Qistina join aku tengok korean drama tu. Habis satu episode, diorang masuk bilik untuk tidur. Aku seorang je yang masih tengok cerita.

___________________________

"Nayli, bangun! Awak kata nak keluar dengan Eiman. Awak nak keluar pukul berapa?" tanya Qistina. Aku membuka mata perlahan-lahan. Hah! Dah cerah! Aku terus bangun.

"Hah? Dah pukul berapa?" tanya aku.

"Dah nak pukul 9." jawab Qistina.

"What?! Ah! Dah lambat!" kata aku. Tu lah. Semalam tidur lambat. Lepas Subuh sambung tidur sebab mengantuk. Aku cepat-cepat berlari masuk dalam bilik air. Selesai mandi, aku buka almari. Haih. Baju apa yang sesuai nak pergi museum? Emm... Pakai coat lah. Aku mengenakan blouse, seluar slack berwarna hitam, brown coat, dan shawl hitam. Hah. Detail eh. Okay kan pakai macam ni pergi museum?

Baru nak pakai tudung, pintu bilikku diketuk dan dikuak dari luar.

"Nayli. Cepat sikit. Eiman dah sampai." kata Sarah. Aku melihat jam di tanganku. Dah pukul 9:30!

"Okay. Dia dekat luar ke dekat dalam rumah?" tanya aku.

"Saya dah suruh dia masuk." kata Sarah.

"Okay. Suruh dia tunggu kejap. Dah nak siap ni." kata aku.

"Alright." akur Sarah lalu turun ke ruang tamu. Aku cepat-cepat pakai tudung. Pakai perfume. Aku ambil beg dan terus turun ke bawah.

Kelihatan Eiman sedang duduk di atas sofa. Dia memandangku dan tersenyum. Aku membalas senyumannya. Dia berdiri. Aku mengambil boots hitam aku dari dalam almari kasut.

"Sorry lambat." pintaku.

"No. It's okay. Ada 30 minutes lagi." kata Eiman.

"Nayli lambat sebab dia tidur lambat semalam... Tengok korean drama." kata Sarah.

"Ish! Jangan lah bagitahu!" marah aku. Eiman tergelak kecil.

"Korang. Ada cheesecake. Nak tak?" tanya Sarah.

"Nak, nak, nak!" kata aku.

"Sure." kata Eiman.

"Nah. Ambik lah." kata Sarah yang sudah memotong kek yang berada di atas meja itu. Eiman mengambil kek itu.

"Nah, Nayli." Qistina menghulurkan kek itu kepada aku yang sedang memakai kasut.

"Suap." pintaku. Nayli act cute dekat Qistina. Eiman tergelak kecil.

"Okay lah. Buka mulut tu luas-luas." arah Qistina. Aku hanya menurut.

"Emm... Sedap." kata aku.

"Okay lah. Kitorang pergi dulu." kata Eiman.

"Bye." ucapku.

"Bye. Hati-hati dating!" kata Sarah. Aku menjegilkan mata kepada mereka. Mereka hanya tergelak.

___________________________

Sampai sudah... Eiman mencari parking.

"Nayli." panggil Eiman.

"Yes?" sahutku.

"Tolong ambik camera dekat seat belakang tu." minta Eiman. Aku menoleh memandang ke seat belakang. Terdapat sebuah paper bag.

"Dalam paper bag tu ke?" tanya aku.

"Yes." jawab Eiman. Aku mengambil paper bag itu. Aku keluarkan camera daripada paper bag itu. Eiman memandangku selepas selesai park kereta.

"Okay jom." ajak Eiman. Kami tersenyum. Kami beratur untuk masuk ke dalam art museum itu.

"Kenapa tiba-tiba kau ajak aku datang sini?" tanya aku.

"Housemate aku bagi tiket ni untuk dua orang. So aku ajak lah kau." jawab Eiman, ringkas.

"Why me?" tanya aku.

"Kenapa? Kau tak suka ke? Kalau kau tak suka, kita pergi tempat lain je lah." kata Eiman.

"Eh no! Aku tanya je. Okay. Why me?" tanya aku sekali lagi.

"Sebab... Aku paling rapat dengan kau." jawab Eiman.

"Ohhh..." aku tersenyum sendiri.

"Wow. Arts." kata aku apabila terpandangkan sebuah potret seseorang. Memang lah art. Ni kan art museum... Haih Nayli...

Kami mengambil gambar. Eiman mempelawa dirinya untuk menjadi cameraman aku. Aku yang khusyuk membaca huraian tentang lukisan itu dipandang oleh Eiman sekilas. Klik! Eiman mengambil gambar aku. Aku memandangnya.

"Kenapa kau ambik gambar aku?" tanya aku.

"Saja..." jawab Eiman, tersenyum. Eii... Cute lah pulak Eiman ni! Ah!

"Nayli." panggil Eiman. Aku memandangnya.

"You know what?" tanya Eiman.

"What?" tanya aku balik.

"That you are work of art..." kata Eiman, tersenyum manis. Muka aku mula memerah. Aaa! Malu!

"Eh. Jangan lah puji lebih-lebih. Kembang nanti." kata aku. Kami tergelak.

Kami menikmati lukisan-lukisan di situ. Kami ke tempat khas untuk bergambar pula. Pelbagai 'posing' sudah kami lakukan. Kami ketawa apabila melihat semua gambar yang kami ambil tadi.

"Tu, tu. Kita pergi yang kat sana pulak." ajakku, gembira.

"Haha. Okay okay." Eiman akur. Happy je dia melayan aku yang perangai macam budak-budak ni...

"Okay. Eiman. Biar aku ambik gambar kau pulak." kata aku.

"Eh. Takpe takpe." tolak Eiman.

"No no. Kau pergi berdiri dekat sana." arahku.

"Tak nak lah. Aku tak suka ambik gambar." kata Eiman lagi.

"Please..." pintaku. Eiman memandangku. Dia menghela nafas.

"Okay lah." akhirnya dia akur. Aku tersenyum gembira.

"Nak berdiri dekat mana ni?" tanya Eiman.

"Umm... Kau berdiri dekat sebelah tu." arahku. Selesai ambil gambar Eiman. Rare ni.

"Ish Nayli ni. Suka paksa orang." kata Eiman.

"Jangan lah marah..." pujukku.

"Tak marah, tapi geram." kata Eiman. Aku tersengih. Eiman memerhatiku sambil tersenyum.

"Oh my god! Cantiknya!" kata aku, teruja apabila melihat lukisan galaxy pada dinding. Aku berlari ke lukisan itu dan meninggalkan Eiman di belakang. Eiman tergelak kecil melihatku dan menuju ke arahku.

Kami sudah habis melihat semua lukisan dan arca yang ada di museum itu. Kami jalan-jalan di luar pula. Juga tempat yang dikhaskan untuk bergambar. Terdapat banyak mural cantik-cantik di dinding-dinding bangunan itu.

"Eeyy... Kalau Sarah dengan Qis datang sini mesti diorang suka." kata aku.

"Nanti kita ajak lah diorang." cadang Eiman.

"Okay." jawabku. Aku mendapat mesej daripada Haizeq.

Haizeq:

- Mia. Kau dengan Eiman lagi ke?

Aku:

- Yep. Kenapa?

Haizeq:

- Nothing. Just jangan lupa aku okay?

Aku:

- Hahaha... Of course lah. Mana boleh lupa my Haizeq sayang...

Haizeq:

- Hehehe... Okay lah. Bye bye, my Mia sayang...

Aku:

- Bye...

Cute lah Haizeq ni... Aku tersenyum. Aku menyimpan phone dalam beg.

Tiba-tiba langkah Eiman terhenti. Aku pun turut berhenti. Aku memandang Eiman. Kenapa dia berhenti? Eiman kelihatan seperti memandang sesuatu di hadapan. Aku turut memandang ke hadapan. Kelihatan seorang wanita di hadapan Eiman yang sedang memandangnya. Wanita itu mempunyai muka yang sungguh menawan, rambut ikal mayang, gaya pemakaiannya juga yang 'elegant' membuatkan wanita itu lebih cantik. Siapa tu? Kenapa dengan Eiman? Dia nampak terkejut, sedih dan kecewa. Siapa perempuan tu?

"Eiman..." sapa perempuan itu perlahan. Eiman terdiam. Aku hanya memerhatikan mereka. Masih keliru apa yang terjadi.

"Eiman. Hi. It's been a long time..." kata perempuan itu. Eiman tidak menjawab, sebaliknya dia menggigit bibirnya. Mungkin menahan sebak. Matanya juga sudah berair.

"By the way... Who is this?" tanya perempuan itu sambil memandang ke arahku. Baru aku hendak menjawab, Eiman terlebih dahulu berkata-kata.

"Nayli, let's go." kata Eiman lalu menarikku perlahan meninggalkan tempat itu.

"Eiman, wait..." kata perempuan itu. Aku memandang perempuan itu. Eiman tidak menghiraukan kata-kata perempuan itu tadi. Air mata Eiman hampir mengalir, tetapi cepat-cepat dia mengelapnya. Aku memandang Eiman sebak. Kenapa dengan Eiman?

Eiman termenung di atas bangku di bawah pokok yang terdapat di kawasan itu. Aku menghulurkan sebotol air mineral kepadanya. Dia mendongak memandangku.

"Thanks." ucapnya sambil tersenyum kecil.

"Welcome." balasku lalu mengambil tempat di sebelahnya.

"Nak cerita?" tanya aku. Eiman mengangguk.

"So... Perempuan tadi tu ex aku..." luah Eiman.

"Ohh... I see." jawabku. So, perempuan cantik tadi ex-girlfriend Eiman. Dah boleh agak dah sebenarnya... Tapi kan... Kenapa aku rasa macam jealous dengan perempuan tu?

"Kitorang break sebelum aku study dekat sini..." sambung Eiman.

"May I ask... Kenapa break?" tanya aku.

"She said that she doesn't love me anymore..." kata Eiman. Oh... I feel bad.

"Dia study dekat sini jugak ke?" tanya aku

"No. Mungkin dia lawat cousin dia kot. Sebab aku ingat dia ada cousin yang duduk sini." kata Eiman. Aku hanya mengangguk.

"Do you still love her?" tanya aku.

"I don't know." jawabnya. 'Don't know'? Dia ada perasaan dekat ex dia lagi ke?

"Nak nangis? Nangis je lah." kata aku.

"No..." jawabnya.

"It's okay. I'm here. Cheer up! I want to see my Eiman yang happy tu!" kata aku, memberi semangat kepada Eiman. Eiman mula tersenyum.

"By the way, thanks Nayli." ucap Eiman. Aku hanya tersenyum kepadanya.

"Kau nak balik ke nak stay dekat sini?" tanya aku.

"Stay kejap." jawab Eiman.

"Okay then." akurku. Aku menghela nafas dan bersandar pada pokok. Aku memejamkan mata. Menikmati 'fresh air'. Eiman menghalakan pandangannya kepada aku dan tersenyum.