Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 69 - Bab 67 : Semuanya akan berakhir dengan baik

Chapter 69 - Bab 67 : Semuanya akan berakhir dengan baik

Selepas hampir sebulan lebih mereka duduk di rumah asal Belinda. Kesihatan Belinda membaik. Malah semakin sembuh dan kelihatan lebih bertenaga seperti biasa.

Semuanya atas jasa baik dan perhatian yang diberikan oleh semua orang terutama sekali Daniel dan Taylor terhadap kebajikan Belinda.

Sikit pun mereka tidak pernah biarkan semua kelengkapan Belinda kurang. Sementara Zara banyak luangkan masa bersama Belinda. Berborak tentang itu dan ini serta mengisi masa yang ada dengan mengubah bunga mahupun mengait.

Walaupun Belinda senyum dan ketawa sepanjang masa. Zara tahu Belinda sangat merindui anak tunggal perempuannya yang sudah bertahun lama hilang tanpa khabar berita.

Dan hasrat terakhir Belinda sendiri adalah melihat anak perempuannya sebelum dia menghembus nafas yang terakhir. Kerana itu Zara merancang akan hal ini. bersama-sama dengan Daniel dan Taylor untuk perjumpaan mereka buat julung kalinya.

"Zara kita nak ke mana ni?Perlu ke kamu dandan nenek macam ni sekali?"tanya Belinda sewaktu Zara mengenakan gincu pada bibir Belinda.

"Kita akan pergi ke pameran galeri terbesar dan terkenal dalam abad ni..."jawab Zara sewaktu mengoles gincu dengan berhati-hati pada bibir Belinda. Sampai lidahnya terjelir sedikit keluar kerana terlalu fokus.

Kening Belinda berkerut tidak faham.

"Buat apa kita ke sana?"tanya Belinda sewaktu Daniel berjalan masuk ke dalam bilik tidur Belinda dengan tali leher tergantung di sekeliling bahu tidak terikat.

"Awak dah habis belum?tolong saya ikatkan tali leher ni?"cemberut lelaki itu dengan muka tidak puas hati kerana tidak boleh ikat tali leher sejak setengah jam yang lepas.

Zara menurunkan tangan lalu memandang wajah Belinda dengan senyuman puas. Bangga dengan diri sendiri sebab berjaya menyolek orang lain sedangkan dirinya tidak suka bersolek. Tapi dia telah lakukan kerja yang bagus.

"Dah..."Zara menoleh untuk menghadap Daniel. Kemeja itu kelihatan sangat segak untuk Daniel. Walaupun berkaca mata lelaki itu tetap kelihatan kacak dan hot. Berdebar hati dibuatnya. "Sini..."mintanya.

Daniel berdiri menghampiri Zara. Membiarkan jarak sejengkal di antara mereka.

Sewaktu Zara sedang mengikat tali leher perhatian Daniel terarah pada Belinda.

"You look gorgeous Belinda..."ucap lelaki itu.

Belinda yang waktu itu sedang menyarung kot tebal berbulu di badan ketawa kecil.

"Kamu apa kurangnya..."seloroh wanita itu.

Ketika Zara tersenyum sambil melilit tali leher, satu lintasan cahaya terang muncul di depan mata, Zara tersentak sebelum dia menyandarkan dahi ke dada Daniel. Kepalanya berdenyut kuat menyakitkan yang amat sangat sampai nak buka mata pun tidak mampu.

Daniel yang menyedari hal itu sedaya upaya mengawal ekspresi wajahnya supaya tidak gelabah.

"Eh..Zara. Kita depan nenek ni...kalau ya pun nanti lah..."gurau Daniel sewaktu Belinda memandang ke arah mereka berdua. Dia memegang pinggang Zara dengan sebelah tangan.

Belinda yang dengar menarik senyum segan lalu bergerak keluar dari situ setelah melilit mafela sekitar lehernya.

"Nenek keluar dulu..kamu berdua ambil lah masa..."sakat wanita itu.

Zara gagahkan diri mengangkat kepala memandang Daniel.

"Awak okay?Larat tak ni?"soal Daniel dengan risau sewaktu menilik wajah Zara.

Zara mengangguk kepala saat berkerut kening menahan sakit.

"Nak tak nak saya kena laratkan jugak. Kalau bukan sekarang bila lagi..."ucap Zara saat memicit tepi pelipis kepalanya.

Daniel mencebik bibir mahu menangis.

"Zara...tolong hentikan semua ni..."minta Daniel dengan kening mencerlung risau.

Zara menggeleng kepala sambil berkerut kening kerana dalam kesakitan.

"Saya tak boleh Daniel...saya tak ada masa yang banyak lagi.. "Zara memandang Daniel dengan mata merah bergenangan air mata.

Daniel tunduk memandang ke bawah sebelum bahu lelaki itu bergegar.

"Saya tak kuat Zara lihat awak begini.."ucap Daniel sambil menekup sebelah muka dengan tapak tangan dan menangis.

Zara pandang kepala Daniel dengan sedih lalu menarik kepala lelaki itu berehat di bahunya.

"Shhh...semuanya akan berakhir dengan baik. Saya janji pada awak.."pujuk Zara.

Daniel mengangguk kepala faham. Lelaki itu kemudiannya melingkarkan tangan sekeliling pinggang Zara dan menangis tanpa suara.

Di luar pintu bilik, berdirinya Taylor di tepi dinding sebelah pintu. Bersandar di situ dengan renungan dingin tiada emosi.