Kereta-kereta mewah tersusun rapi di sepanjang tempat letak kereta. Para tetamu dengan pakaian mewah masing-masing mula berjalan mendaki tangga untuk ke auditorium dimana pameran seni milik artis lukisan terkenal Gina Marissa.
Bukan senang tahu hendak dapatkan tiket untuk ke pameran wanita itu. Disebabkan Gina Marissa seorang artis VIP highest paid tak ramai boleh ke majlis atau pameran yang diadakan. Kalau boleh pun sebab mereka bayar mahal hanya untuk ke pameran itu. di celah orang ramai yang ada di situ, kelihatan empat orang tetamu dengan pasangan masing-masing berjalan masuk ke dalam bangunan besar lagikan mewah itu.
Daniel dirangkul Belinda pada lengan kanan sewaktu mereka berdua selesai melepasi pintu pemeriksaan tiket bersama dengan Zara dan Taylor di belakang.
Daniel dan Taylor yang sama-sama kacak mengenakan tuksedo berwarna hitam dan putih itu memandang ke sekeliling bersama pasangan mereka.
Zara ringkas mengenakan dress lengan panjang paras lutut cekak leher dan bersanggul kelihatan teruja di sisi Taylor. Acap kali juga dia hendak gerak ke arah lain, tapi tangan Taylor menegahnya untuk tidak pergi jauh dari situ.
Daniel memandang cari bayang seseorang sebelum dia ternampak wanita anggun dengan dress menyapu lantai dan selendang berbulu putih di sekeliling bahu tidak jauh dari mana dia sedang berdiri. Dengan senyap Daniel memandang Taylor. Menjuih dagu ke arah dimana wanita anggun tadi berada.
Taylor yang perasan akan hal itu memandang ke arah tersebut. Lalu kening lekaki itu terangkat tinggi selepas faham apa yang dimaksudkan Daniel.
"Cik..mari kita ke sana..."ajak Taylor sambil memegang belakang badaN Zara dengan perlahan
Zara tersentak, dia pandang Aylor dengan kening terangkat lantas mengangguk kepala sebelum memandang ke Belinda.
"Nenek nanti kita jumpa ya..nenek jalan-jalan dengan Daniel dulu..."pamit Zara sambil melambai kecil.
"O.h..okay..."angguk Belinda sebelum dibawa Daniel ke arah bertentangan.
Daniel mengiringi Belinda untuk lihat-lihat pameran di situ.
"Maafkan saya nenek..."ucap Daniel dengan perlahan sewaktu dia berdiri di depan sebuah bingkai gambar dengan lukisan abstrak warna warni.
Belinda memandang Daniel dengan kening berkerut.
"Kenapa kamu minta maaf?"tanya Belinda.
"Semua ini adalah demi kebaikan nenek. Zara tak nak nenek bersedih lagi. Jadi dia rancang pertemuan ni untuk nenek..."
Belinda semakin terpinga-pinga.
"Pertemuan apa? Apa yang kamu hendak sampaikan ni?"
"Ikut saya ke sini...nenek akan faham."tunjuk Daniel ke arah sebuah lorong kecil.
Sementara Zara di sisi Taylor sudah seperti cacing kepanasan. Tidak senang hati kerana terlalu gemuruh dan teruja pada masa yang sama.
"Mana dia?"bisik Zara kerana terlalu gemuruh.
Taylor tunduk sedikit untuk sama paras dengan mata Zara lalu menunding jari ke arah Gina Marissa yang sedang berbual dengan tetamu yang ada di depan sebuah gambar besar.
"Sana..."bisik lelaki itu.
Zara mencengkam lengan Taylor sedikit kuat taktala dia menatap wajah indah itu dengan perasaan teruja sampai hendak menangis dia di buatnya.
Perlahan-lahan Taylor bawa mereka berdua mula mendekati wanita itu. Zara sedaya upaya menenangkan dirinya waktu itu sudah berpeluh dingin kerana terlalu gementar.
"Puan Gina..."panggil Taylor untuk menarik perhatian wanita itu.
Seperti pergerakan slow motion di pandangan mata Zara, dia melihat Gina berpaling memandang ke arah mereka dengan senyuman lebar di bibir. Berbintang-bintang bersinar wajah wanita itu.
Setelah Gina melihat Taylor ,senyuman wanita itu semakin lebar.
"Taylor..."sambut wanita itu dengan girang.
Mereka berdua berhenti tiga langkah di depan Gina.
"Terima kasih kerana datang...jika bukan kerana kamu majlis saya tidak akan semeriah ini..."Gina hulur tangan untuk berjabat tangan.
Mata Zara berkaca mahu menangis. Taylor yang disebelah pun boleh rasa tubuh Zara menggigil.
"Tugas saya...sebelum tu perkenalkan ini sahabat saya...Zara Delisha."aju Taylor sambil menunjuk Zara di sisi. Tangannya memeluk belakang pinggang Zara.
Mata Gina terarah pada Zara lalu memberi senyuman keibuannnya pada Zara.
"Hai."senyum Gina.