Chereads / SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 40 - bab40

Chapter 40 - bab40

Yusrina,dia kah tunang Zafrel yang dicerita Amir dahulu? Namun aku yakin dia lah wanita yang sama dalam gambar yang Rafiq hantar kepada aku tempoh hari.

Dengan kulit yang putih mulus,rambut perang lurus paras dada, menampakkan dia seorang wanita yang cantik dan anggun

"erm, awak Reen kan?  Anak moklong? " soalku kepada wanita itu.

"aah, Zafrel cerita dekat Saira eh? " ucapnya mesra.

Tanpa aku sedar, hadir perasaan kurang senang saat dia megetahui namaku, hadir perasaan curiga terhadap Zafrel,

"jemput lah masuk, " pelawaku.

***

Aku menghidangkan minuman dan  kek kepada Yusrina, rasa jannggal yang diselubungi, pantas aku cuba untuk sembunyikan, sukar untuk aku percaya, tetamu aku pada hari ini adalah wanita yang pernah ada di dalam hati suamiku, malah dia miliki hati Zafrel sebelum aku.

"jemputlah minum Reen, "pelawaku.

"tq Saira, " jawabnya manis.

"anak Reen ke?"  Soalku kepada Reen sambil mataku memandang ke arah budak lelaki yang berpipi tembam dan putih, wajah anak ini bagaikan sama dengan lukisan bayi di rumah ummi,

"aah anak Reen, ni lah buah hati pengaran jantung sekarang. " ujar Yusrina bersama senyuman.

"suami Reen tak ikut sama ke? " soalku lagi, memang banyak sebenarnya soalan yang ada dikepala, tapi tak terluah untuk aku bertanya.

"suami Reen kan suami Saira juga, don't tell me yang Saira tak tahu" ujar Yusrina.

Dahiku berkerut mendengar jawapan Yusrina, adakah itu sekadar gurauan?  Atau ini kenyataan yang harus aku terima?  Debaran halus mula menyapa hatiku.

Baru sahaja aku ingin bertanya soal itu,  terdengar suara Zafrel memanggil namaku dari atas.

"sayang! Dah siap ke? " ucap Zafrel sambil menuruni anak tangga.

Aku menoleh ke arah Zafrel lalu pergi mendapatkannya,

"sayang pergi mana? ?  Saya rindu dah"ucap Zafrel sambil bercekak pinggang lalu memuncungkan mulutnya.

Aku menjadi segan apabila gelagat Zafrel itu dilihta oleh Yusrina.

"ayah! " jerit kanak-kanak lelaki yang bersama Yusrina lalu berlari menuju ke arah Zafrel.

Bulat mataku mendengar anak kecil itu memanggi Zafrel dengan panggilan ayah,ligat otak ku mencipta pelbagai kemungkinan, diakah anak yang dimaksudkan Zafrel?Benarkah Zafrel suami kepada Yusrina?

"eh Ariq?  Macam mana Ariq oleh ada dekat sini?"soal Zafrel terkejut saat kanak-kanak itu memeluk pinggangnya.

"Ariq datang dengan mommy, " ucap kanak-kanak yang bernama Ariq itu.

"hai abe! "sapa Yusrina kepada Zafrel.

"hai Reen, guano buleh ado sini? " soal Zafrel bersama lorghat kelantannya,

Aku terasa bagaikan orang asing tatkala Zafrel menggunakan lorghat itu, hurm siapa Yusrina sebenarnya, benarkah aku yang kedua? 

"nok jumpo tok laki laa" jawab Yusrina bersama senyuman.

Zafrel tersenyum kelat saat Yusrina berkata begitu, hatiku dihiris pilu, bagaikan itu satu petanda bahawa memang aku yang kedua,

Zafrel mengambil tempat di hadapan Yusrina sambil meriba Ariq,

Aku lihat, Yusrina sedang berkata sesuatu kepada Zafrel dalam keadaan berbisik, mereka nampak begitu akrab, namun aku perasaan riak wajah Zafrel begitu serius, tapi hatiku sakit, saat mata bundar miliknya memandang Yusrina penuh fokus dan perhatian.

"sayang, saya nak keluar kejap dengan Reen, boleh tak,  sayang jagakan Ariq" soal Zafrel lembut.

Namun kata-katanya yang lembut tak lagi kedengaran manis ditelingaku, Adakah ada wanita yang masih mampu rasa bahagia, saat wanita lain tiba-tiba mengaku dia isteri kepada lelaki yang kau gelar suami.

Nak suruh aku jaga Ariq?  Dan kau orang nak keluar berdua?  Sungguh hatiku sakit, apa ini semua?  Adakag aku boneka?  Sesuka hati di arah dan dipermainkan.

Aku melihat wajah comel. Ariq, tak wajar untuk aku berbalah di hadapan seorang anak kecil,tak sihat untuk tumbesaran anak ini, aku mengangguk perlahan sambil menghadiahkan segaris. Senyuman yang entah dari mana hadirnya sifat sabar seorang Saira Irdina, yang mampu tersenyum dikala hati meruntun pilu.

"thanks sayang, " ucap Zafrel lembut bersama segaris senyuman yang terukir manis, namun tak mampu merekan gelodak hati ini.

"Ariq duduk dengan ibu ye, jangan susahkan ibu tau, " pesan Zafrel. Kepada Ariq,

Ibu?  Sejak bila pula aku bergelar ibu?  Jadi. Benarlah itu anaknya yang selama ini dia sorok dan enggan cerita?  Aku buntu dan taktahu yang mana satu kebenaran.

"okey ayah, " balas anak kecil itu ceria.

***

"ibu, ibu ni cantik lah" kata Ariq sambil merenung wajahku.

"eh Ariq pun handsome lah, geram ibu tengok" ucap ku kepada Ariq, benar, wajah Ariq sangat comel,namun wajahnya tidak pula iras Yusrina,

Pelik rasanya bila membahasakan diriku dengan panggilan ibu, tapi entahlah lancar sahaja perkataan itu keluar dari bibirku.

Kalau ikut hati, mahu sahaja aku tanya Ariq segalanya, budak-budak pasti tak menipu, namun itu bukanlah diriku, aku ingin mendengar sendiri penjelasan dari Zafrel,

***

Aku merenung sayu pandangan luar tingkap, sejak Zafrel balik dari keluar bersama Yusrina, aku hanya diam sendiri, tipu kalau aku kata, yang tak ada sedikit pun perasaan ingin tahu dan mendesak dalam diri aku, tapi aku tahan, aku ingin dia berterus terang dan bukan aku yang mendesak.

"sayang,.. Why ni, diam je dari tadi? " soal Zafrel manja seraya memeluk pinggangku dari belakang.

Aku tak menunjukkan sebarang reaksi, adakah aku marah?  Atau aku sedih?  Aku sendiri tak dapat nak mengesan rasa apa yang sedang membaluti hatiku ini.

Zafrel memusingkan badanku, lalu sebelah keningnya dijongket bersama kerutan di dahi.

"sayang saya ni, kenapa ye, muram je? " soal Zafrel lagi.

" kenapa Ariq panggil awak ayah? And Reen cakap awak suami dia? " soalku perlahan, tapi aku yakin Zafrel dapat menangkap kata-kata tersebut.

"kita bincang nanti eh" ucap Zafrel lembut.

"nanti?  Again?  Sampai bila awak asyik nak berdalih? " soalku sinis dengan nada suara yang dinaikkan satu oktaf.

"no, saya bukan nak berdalih atau nak mengelak, tapi masa sekarang tak sesuai. " ucap Zafrel tenang.

"heh, tak sesuai?  Bila yang awak rasa sesuai? Awak memang suka rasanya, tengok saya tunggu macam orang bodoh! " kataku sinis dan kasar.

Emosiku sungguh terganggu, aku meminta penjelasan bukan penantian yang entah bila aku akan dapat jawapan.

"hurm, tak apalah, nanti awak dah tenang kita bincang, saya nak bagitahu awak, esok saya ada kerja dekat luar, for a few week, mungkin sesuai juga untuk kita sama-sama tenangkan diri" ucap Zafrel lembut namun dapat aku dengar ketegasan di situ.

Lari lagi?  Teruslah berdalih wahai Zafrel, akui sajalah yang aku yang kedua, kenapa kau terima aku andai kau sudah tersemat dia dihati?

Malam itu aku tidur di kamar lamaku,mungkin aku digelar isteri derhaka,namun aku tak mampu bak melihat wajah dia, terbayang renungan yang dia berikan saat memandang Yusrina. Hatiku sakit melihat itu, sakit.

***

Aku terdengar bunyi pintu rumah di tutup saat keluar dari kamar mandi, aku melihat di tingkap, dan aku ternampak Zafrel berjalan ke sebuah kereta,dan terlihat Reen sedang bersandar di kereta itu menanti Zafrel.

Kerja?  Itu kerja yang kau maksudkan?  Jumpa yang pertama, tak bolehkah kau bersifat jujur Zafrel?  Hatiku sakit, sakit dilukai dan diganti, kau dan Rafiq tiada beza, rintih hatiku.

BERSAMBUNG.. 

P/s:hai! Eh lama plk ye sis menghilang, maaf ye readers, sis sibuk sgt skrg, hujung minggu pn tkde masa trluang, apa2 pn enjoy reading semua!  Jgn lpe vote,komen and share, jgn lupa rate jgk yerr syg korg!  Stay positif!