Chereads / SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 44 - Zafrel Saira Beraya Bersama

Chapter 44 - Zafrel Saira Beraya Bersama

Aku menutup pintu kereta, sambil mata memerhati kawasan rumah, gelap? Zafrel tak balik lagi ke? Dah pukul 9 malam ni,

Aku lambat pulang ke rumah kerana sibuk menyiapkan kejutan untuk Zafrel, al maklum lah, hari ini annivasarry kami yang ketujuh, namun Zafrel pun turut diam hari ni, dia lupa ke? Selalunya, dialah orang yang teruja tiap kali ulang tahun perkahwinan kami, namun tak mustahil, dah 7tahun kan, hurmm.

Aku menghela nafas berat lalu mula membuka kunci rumah,

Keadaan dalam rumah gelap gelita, namun dapat aku lihat ada samar-samar sinar cahaya di balik tangga. Aku melangkah perlahan menuju ke tangga tanpa membuka lampu rumah.

Kaki ku terhenti tatkala sampai di hadapan tangga, cahaya yang samar-samar itu merupakan cahaya dari api lilin yang disusun di kiri dan kanan  tangga.

Terlihat ada tulisan pada dinding yang dipancarkan dari projektor

"Nur Saira Irdina, isteri saya, ibu kepada anak-anak saya, baru balik kerja ke tu? Terkejut? Simpan dulu, tengok klip ni betul-betul tau, "

Your husband,Abe Zaf love-love

" abang.. Apa ni?" ucapku bersama senyuman dan mata yang sudah pun mula bergenang.

Klip itu mula bermain memaparkan sekeping gambar , gambar aku di depan mahkamah,

Dia ada gambar ni? Soal aku sendirian.

Lalu beralih pula pada gambar pernikahan kami, video yang curi-curi yang tak pernah aku sedar bila dia ambil, video itu pula semasa kami baru lagi mendirikan rumah tangga, masam mencuka muka aku ketika itu, ya ni semasa menunggu keluarga aku tiba untuk majlis bertandang, kemudian beralih kepada gambar-gambar percutian kami,

Sampai saatnya klip ini memaparkan momen di mana aku melahirkan bayi sulungku, dan Zafrel mengiqamat bayi kami, air mata aku gugur melihat wajah Zafrel yang ketika itu merah dek kerana menangis menyambut puteri sulung kami, saat dimana fasa baru dibuka dalam hidup ku,klip ini juga memaparkan video aku dibedah untuk melahirkan bayi kembarku, perit, tetapi penuh syukur, dan diselangi dengan momen-momen kami sepanjang hidup bersama,

Otakku mula menerawang mengimbau detik-detik bahagia bersama Zafrel, ya, dia lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku. Tiada yang lain selain Zafrel Amran.

Skrin projektor dimatikan, aku terpinga-pinga apa step seterusnya dalam majlis rancangan Zafrel ini.

Tiba-tiba terasa belakang bajuku ditarik perlahan.

Aku menoleh, dan melihat anakku, Qaseh Ayzara yang memakai gaun putih sedang tersenyum sambil menghulutkan sekeping nota pink kepadaku.

"pandang kiri sayang, cinta awak sedang menanti awak." - hero awak.

Aku menoleh ke kiri, terlihat Zafrel sedang menuruni anak tangga sambil mendukung putera kembarku, Ziyad Saif dan Ziyad Saqif yang mengenakan baju berwarna merah hati,comel sungguh. , Saif bermaksud pedang manakala Saqif bermaksud terlatih, pedang yang terlatih maksud disebalik tugas mereka sebagai pelindung kakak mereka Zara,

Zafrel memakai suit berwarna putih, bersama sapu tangan berwarna merah hati terlipat kemas di dada menyerlahkan lagi aura dia, walaupun sudah bergelar bapa anak tiga,.

Aku tersenyum melihat mereka turun mendekatiku. Zafrel meletakkan Saif dan Saqif di atas kerusi bayi yang terletak di tepi dinding.

Zafrel merenung aku terus ke dalam anak mataku. Mata bundarnya terlihat bercahaya dibawah sinar lilin yang samar-samar.

"Happy annivasarry sayang," ucapnya lembut lalu mencapai perlahan tangan kananku dan dikucup lama.

" Abang.. " ucapku yang bagaikan hilang kata-kata.

" maafkan abang, andai tujuh tahun ni, ada saat yang abang lalai atau terabaikan sayang, maafkan abang jika ada kata-kata abang yang mengguris hati sayang, halalkan tanggungjawab abang yang abang terlepas pandang atau tak buat yang terbaik, abang..." belum pun sempat Zafrel meluahkan rasa hatinya, aku meletakkan tanggan di dada bidangnya sambil menggeleng perlahan.

"No, abang lebih dari sempurna untuk saya dan anak-anak, tak ada satu pun perkara yang abang perlu betulkan, cuma, abang hanya perlu sentiasa kekalkan, dan selalu lah jujur dengan saya, itu saja," luahku sambil memandannya bersama genangan air mata.

Zafrel memandang aku lama,matanya meneroka setiap inci di wajahku, dia memegang lembut kepalaku dengan dua tangannya, lalu dahiku dikucup lama, dan menarikku kedalam dakapannya.

"terima kasih sayang, sebab hadir dalam hidup abang, I love you so much, sampai mati." bisiknya perlahan diteligaku.

"me too." balasku, setiap hari aku panjatkan syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku jodoh sebaik dan selembut dia, iyalah, dari sekeras-keras seorang Saira Irdina, berjaya juga dia lembut dan cairkan.

Saat-saat awal perkahwinan kami sentiasa segar diingatanku, sikap dia tak pernah sekali pun berubah dan berbeza, itulah dia suamiku.

"Sayang, abang ada hadiah untuk sayang," ucap Zafrel sebaik sahaja pelukan dileraikan.

" ya Allah abang, semua ni pun dan kira hadiah, lilin, video, abang ingat pun dah kira hadiah dah," omelku sambil menunjukkan setiap hiasan yang di buat Zafrel.

"eh, kenapa ada orang tu, ingat abang lupa tarikh ni ke?" soal Zafrel bersama senyuman di hujung soalannya.

"yelah, manalah tahukan, dah 7 tahun kan," ucapku perlahan.

"uish, tak mungkinlah abang lupa, tarikh ni, tarikh ni lah yang abang nikah dengan gadis yang selalu kutuk abang dalam hati dia, lepastu petang nikah, siap jatuh atas riba abang lagi," sakat Zafrel bersama senyuman nakal.

"aip! Apa ni? Nanti anak tahu lah" ucapku sambil membulatkan mata.

Zafrel ketawa melihat reaksiku sambil menggelengkan kepalanya.

" haa apa hadiahnya wahai suamiku? Saya tak nak madu tau," ucapku sambil merenung tajam.

"hahaha, sayang ni kesitu pula, awak naik dulu, siap-siap, mandi wangi-wangi,pakai baju yang ada atas katil kita,then turun bawah, saya tunggu dengan anak-anak." ucap Zafrel lembut.

"why? Saya busuk eh? But okay, saya follow rancangan awak," ucapku sambil mengukir segaris senyuman.

"awak busuk pun, cantik juga," tutur Zafrel sambil tersenyum.

Aku mengukir senyum lalu mula menaiki anak tangga.

Baru sahaja satu anak tangga, terasa tangan ku dicapai lembut dari belakang.

"wait, " ucap Zafrel dengan nada maskulin.

"herm?" soalku sambil menoleh ke belakang, walhal jantung dah nak luruh mendengar suara Zafrel begitu, walaupun sudah anak tiga, tapi masih ada situasi yang aku masih malu sendiri apabila berdepan dengan Zafrel.

"pakai dress labuh merah tau, jangan yang lagi satu tu pula," ucapnya bersama senyuman nakal.

"maksud abang?" soalku sangsi, pasti ada sesuatu di dalam benak fikiran Zafrel ketika ini.

"you will know" ucapnya seraya mengenyit mata kanannya.

***

Aku melangkah masuk ke dalam kamar tidurku, aku mengukir senyuman tatkala melihat bilikku yang dihias cantik bersama taburan kelopak mawar.

Terdapat dua helai baju di atas tilam ku, kedua duanya berwarna merah, satu dress labuh, satu lagi dress tidur berlace yang sangat nipis,

Eh pakcik ni, patutlah siap pesan, mengada betul!

Tanpa sedar wajahku merona merah ,melihat baju yang Zafrel sediakan. Aku memang jarang memakai baju begini, entahlah rasa segan bila nak pakai baju begini.

***

Aku menuruni anak tangga, sambil tangan membetulkan dress merah hati yang aku padankan dengan selendang satin yang setona.

Mataku ligat mencari kelibat Zafrel dan anak-anak di ruang tamu, namun tak pula kelihatan.

Baru sahaja hendak menoleh terasa sepasang tangan melingkar lembut dipinggangku.

"awak cari saya ke sayang?" bisik Zafrel lembut sambil kepalanya dilentok di bahuku.

" abang kata tadi, abang tunggu saya, ni, saya pula yang kena cari," ucapku sambil memuncungkan mulut.

"amboi, bibir tu, menggoda betul," ujar Zafrel bersama senyuman nakal.

"cubit nak?" soalku sambil menjeling tajam.

"taknak! Nak cium" ujarnya seraya ketawa.

"eyy! Berani eh? Tak malu ke?" kataku sambil merenung Zafrel tajam.

"kalau saya ni pemalu, haih, tak merasa lah saya nak jadi suami Saira Irdina" ucap Zafrel lalu mengukir senyuman manis.

Aku menggelengkan kepala melihat perangai Zafrel, kadang-kadang manja dia lebih dari anak-anak aku, macam ada anak empat orang!

"come," ucap Zafrel sambil menghulurkan tangan kanannya.

Kami berjalan beriringan menuju ke laman rumah, dari jauh aku sudah dapat lihat bayi kembarku duduk di atas kerusi meja makan yang dihias cantik.

"abang, you know what,malam ni, macam malam yang abang luah perasaan dekat saya kan?" ucapku sambil memandang wajah Zafrel.

"yea, part of my plan actually,hehe" ucap Zafrel sambil tersengih hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan Zafre dimana, Saif dan Saqif berada ditengah-tengah antara kami. Makanan sudah pun terhidang di atas meja. Aku mencari susuk tubuh anak sulungku Zara, namun tak kelihatan.

"mana Zara?" soalku kepada Zafrel.

" I'm here mama!" laung Zara yang melambai dari jauh sambil menatang sebuah dulang.

Zara berjalan menghampiri kami dengan ceria dan tersenyum. Zara ni, memang ceria orangnya, siapa pun yang melihat dia, pasti mereka kata Zara adalah aku versi kecil. Tak aku nafikan, dengan celoteh mulutnya, memang macam aku, lebih-lebih lagi, Zara ni, princess Zafrel, macam aku dengan arwah papa, macam itulah Zara dan Zafrel.

"ni untuk mama, dan ini untuk papa," ucap Zara ceria sambil menghulurkan sampul surat kepada kami berdua.

"aik?! Untuk papa pun ada?" soal Zafrel hairan.

"yup! From mama" jawab mama sambil tersenyum hingga sepet matanya.

"sayang, ada plan something juga?" soal Zafrel kepadaku sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"mestilah! Tak sangka Zara dapat dua job malam ni," ucapku lalu mencubit lembut pipu Qaseh Ayzara.

"eyy mama ni! Suka cubit Zara, tengok papa cool je," omel Zara manja.

Tengok mulut dia tu, haish kena beli insurans mulut dekat Zara ni,.

"siapa kena buka dulu ni wahai si cinonet Zara?" soalku sambil memandang geram.

"osom lah mama, baru lah adil" ucapnya yakin.

Haih lah anak.

Aku dan Zafre pun mulalah jadi kanak-kanak,memang Zara ni kalau apa-apa , dia suka sangat guna cara osom, siapa lagi ajar paksu dia lah, si Syazril tu.

Zafrel kalah. Jadi dialah yang akan buka sampul itu terlebih dahulu,

Zafrel mengerut dahi saat membuka sambul surat itu.

"kenapa abang?" soalku.

"kunci? Sayang..awak nak cakap ni kunci hati awak ke? Tapi abang dah dapat dah," ucap Zafrel sambil ketawa nakal.

"anak dengan bapa sama je eh,ada je mulut tu, tu kan kunci kereta, tak kan lah Encik Zafrel yang bijak bestari ni tak tahu," dugaku sambil tersenyum jahat.

"suami awak yang kacak ni, bukan lah tak tahu cuma blurr sikit, lelaki blurr kan comel." ucap Zafre lalu mengenyitkan mata kanannya.

"papa,..mama belikan papa kereta baru lah," ucap Zara sambil mengeluh.

Tengok budak kecik ni pun faham, bapaknya pula yang tak faham ,alahai.

"kereta baru ,sayang?" soal Zafrel hairan.

"yelah, awak tahu tak awak pakai kereta tu, sejak belum kahwin lagi, setia betul," ucapku.

"haha, isteriku,, suami awak yang tampan dan kacak ni,memanglah setia, bukan kereta je, dengan isteri pun saya setia, tapi,awak tu, ap kurangnya, bawa juga mini cooper awak tu, walaupun beli kereta baru." ujar Zafrel bersama senyuman.

"itu lain, tu arwah papa yang hadiahkan." jelasku sambil menjuihkan bibir.

"now, mama's turn," celah Zara sambil bercekak pinggang.

Marahlah tu, aku dan Zafrel lengahkan masa, haa salah satu sifat Zara ni, dia tak boleh kalau mama dia manja lama-lama dengan papanya, sekejap bolehlah, cemburu selalu!.

Aku membuka sampup surat putih ditanganku.

Perlahan aku keluarkan kertas keras yang berada dalam sampul tersebut.

"Gambar pantai?" soalku hairan, tatkala melihat kertas keras yang berada dalam sampul tersebut merupakan gambar persisiran pantai.

"yup! Lusa dah mula Ramadan kan? Memandangkan cuti sekolah, jadi saya nak bawa kita sekeluarga bercuti sampai raya, iyalah, mama,umi, abi kan pergi umrah, jadi kita raya lah dekat tempat lain." jelas Zafrel ceria .

"kerja?" soalku.

"cuti lah sayang.. Awak ni, asyik kerja je, jangan risau, walaupun awak tak mohon,.saya dah luluskan." ucapnya seraya mengenyit mata.

eh dia ni, selalu je buat keputusan tak nak bincang.

***

"Sayang! Ooo sayang, cepatlah, dah nak.tengah hari ni, make up apa lama sangat ni sayang.." laung Zafrel dari bawah yang sudah pun bersiap bersama anak-anak.

Dia pagi-pagi lagi dah kejut anak-anak, mandikan, suap makan, semua lah dia dah siapkan,. Aku tak terbeban sikit pun dengan Zafrel, dia sangat membantu, sebab itulah, Zara sayang sangat dengan papanya.

Aku memandang sekali imbas dirilu di cermin bagi memastikan aku terlihat sempurna di mata abe Zaf.

Iye lah hari ini, kami akan berangkat ke Terengganu, untuk bercuti, aku tak tahu lah ni bercuti ke, pencen, lama sangat sampai sebulan, angin apa entah sampuk si Zafrel ni.

Aku mempercepatkan langkahku menuruni anak tangga,sambil mengukir senyum melihat Zafrel gelisah melihat jam di tangannya.

"abang...I'm done!" sapaku ceria.

"akhirnya,..sayang kenapa lama sangat,.. Awak tak make up pun dah lawa sangat dah," ucapnya lembut bersama keluhan.

"iya lah En Zaf, lepastu mata awak bulat je tengok perempuan lawa-lawa," perliku bersama jelingan tajam.

"eh, itukan rezeki," ujar Zafrel sambil ketawa.

Aku menjegil mata lalu satu cubitan hinggap di pinggang Zafrel.

"aduh! Sayang.. Abang gurau je, mata ni, sayang punya tau, jadi, sayang lah yang paling sempurna dekat mata ni, bukan mata je sayang punya, jiwa raga, abang bagi semua" ucapnya dengan nada manja dan mengada.

Aku merenung Zafrel tajam sambil bercekak pinggang.

"haa pandang lah macam tu, karang bukan Terengganu yang kita pergi, tempat lain pula kang," ucap Zafrel bersama renungan nakal.

"dah jom!" ucapku lalu menuju ke kereta.

Sampai di muka pintu, aku tersenyum melihat sebuah kereta putih yang berada diluar pagar.

"Assalamualaikum kakak ku!" sapa gerangan yang baru saja keluar dari perut kereta tersebut.

"wakalaikumsalam Ril!! Budak bujang terlajak yang tak laku!" sakatku sambil ketawa.

"Amboi!!, Ril ni, bukan tak laku lah, tapi tak jumpa yang sesuai lagi," jawab Syazril sambil tersengih.

" eh Ril! Baru sampai ke?" sapa Zafrel yang berdiri dibelakang aku.

"aah abang long, baru je, maaf lah ye, terlajak tidur, tu kereta baru ke abang?" soal Syazril sambil menjeling ke arah kereta yang aku hadiahkan kepada Zafrel.

"haah, akak Ril lah, sweet sangat semalam," ujar Zafrel sambil tersenyum.

"uish, ni ajaib ni bang, kita kena hayati moment ni," kata Syazril sambil ketawa.

Amboi dua orang ni, kalau berjumpa memang tak ada kerja lain.

"haa Ril, ni kunci rumah, tengok-tengok kan tau, nanti akak belikan hadiah," ucapku sambil tersenyum .

"iyelah, Ril ni, memang pak guard keluarga, dah lah raya sendiri, tapi banyak pula rumah yang nak kena jaga, rumah mama, rumah akak, rumah sendiri,hiok hiok" gurau Syazril sambil konon-konon mengesat air mata.

"kau propakan dik," ucapku sambil menggelengkan kepala.

"iyalah, ingat nak try adik abang long, sekali melepas" ucap Syazril sambil menjuihkan bibir.

Memang Syazril ada hati pada Fira dulu, tapi tiada jodoh, Fira bernikah dengan sepupu Zafrel ,Amir dua tahun yang lalu, tinggal lah adik aku ni kesepian ,hihi.

***

Dua jam perjalanan, sudah buatkan aku pening, manakan tidak, dengan si Zara yang tak berhenti bercakap, 2jam dalam kereta , 2jam lah budak kecik tu duk pot pet pot pet.

"Zara..boleh tak diam kejap, tak penat ke bercakap tak berhenti?" soalku sambil memandang Zara yang duduk di atas baby sit di tempat duduk penumpang.

"mama ni, tak fun lah, tengok papa, ok je," omelnya sambil memuncungkan mulut dan berpeluk tubuh.

"yeke papa ok? Zara yakin ke?" soalku sambil memandang Zafrel yang sedang fokus memandu.

"yes! I'm sured ma! Papa mana pernah marah, cool je selalu." ucap anak kecil itu penuh yakin.

"papa pernah lah marah, Zara je tak tahu, dulu, papa pernah marah mama tau." ceritaku sambil menjeling sekilas ke arah Zafrel.

Zafrel mengerutkan dahinya dan memaling ke arahku.

"Really?! Zara tengok papa romantik je dengan mama, macam pelakon lelaki dalam tv," ucap Zara hairan.

"amboi, pandai sangat eh romantik-romantik, umur awak tu berapa ye Qaseh Ayzara?" soalku sambil memandang tajam.

"mama,.. Janganlah emosi, tarik nafas, hembus.." uca Zara bersama tangannya yang lincah mengajar aku menarik nafas.

"haha, pandainya anak papa ni, tengoj mana ni," ucap Zafrel sambil menggelengkan kepalanya.

"from pak su, " ucap Zara sambil tersengih lalu menunjukkan simbol 'peace'

Haih lah Syazril pandai eh ajar anak aku macam-macam, memang sama lah perangai dengan paksu dia tu, haish.

"haa mama, papa marah mama bila and why? Soal Zara manja dengan suara halusnya.

"haah, bila abang marah sayang?" soal Zafrel lalu menjongketkan sebelah keningnya.

"Masa tu, mama keluar dengan Pak su Amir je, makan abc, tapi papa naik angin Zara, marah mama.." ceritaku dengan nada seolah-olah aku tak bersalah.

"sayang...apa ni, cerita fasal tu, saya dah minta maafkan," ucap Zafrel lembut dan sayu,

Aku tahu dia masih rasa bersalah setiap kali aku mengimbau kisah dia memarahi aku ketika itu, tapi reaksi Zafrel memang comel. Terus berair mata pakcik ni kalau bukak cerita lama, hihi.

"I see..,but mama, memang kalau dalam drama, hero akan marah if his wife spend time dengan lelaki lain," ucap Zara dengan muka tulus dan suci.

Walau macam mana pun, ini anak memang peguam bela papa dia lah, haih nampak dah nanti kerja apa anak aku seorang ni,

"iyalah-iyalah, mama surrender." ucapku sambil mengangkat kedua belah tangan.

Kami semua ketawa bersama, Saif dan Saqif lena dibuai mimpi.

***

Mataku terpaku dek kecantikan apartmen yang disewa Zafrel, apartmen ini, mempunya dua bilik, yang dilengkapi oleh perabot dan alatan memasak, senang cerita macam homestay lah, di tengah-tengah bangunan ini terdapat kolam renang,gym dan spa, manakala, dalam kawasan bangunan ini terdapat juga pantai yang merupakan hak persendirian pemilik bangunan ini, kalau macam ni, duduk setahun pun ok rasanya.

"abang, cantiknya," ucapku terpegun.

"sayangkan nak duduk rumah kecik lah, nak duduk kondo lah, ni abang bagi sayang rasa duduk rumah kecik untuk sebulan, nak dudul betul-betul tak boleh lah, anak dah ramai, mainan Zara je pun dah penuh ruang tamu rumah ni, " ucap Zafrel sambil memeluk bahuku.

"thanks abang!" ucapku ceria.

"thanks je? Kiss tak ada?" soal Zafrel nakal.

"tak ada-tak ada, kalau nak kiss kena bagi lebih lah," gurauku.

"macam ni?" bisik Zafrel lalu mencium pipiku.

Wajahku merona merah, haa tu lah Saira berani lebihkan, itu nahas dia, kan dan termalu sendiri.

"cepatlah sayang.. Nanti Zara datang pula," ucap Zafrel sambil membuat muka comel.

"erm, kita kena beli barang dapur, nak masak macam mana kalau dapur kosong," ucapku lalu berjalan menuju ke dapur.

"aip, nak lari mana tu sayang..." ucap Zafrel dengan nada menggoda menarik pinggangku kedalam dakapannya.

Zafrel merenung aku dalam sambil tersenyum nipis, matanya meneroka setiap inci wajahku.

Aku mengetap bibir, sambil fikiran ku tak tentu arah berfikir,.

Aku memejamkan mataku lalu mencium pipi Zafrel.

"done!" ucapku lalu berlari ke dapur .

Terdengar Zafrel ketawa besar di ruang tamu. Memang masih ada perasaan malu dengan Zafrel ,lebih-lebih lagi kalau dia buat perangai acah-acah macho dia tu, haih, tak keruan jantung ni nak berdegup, walaupun dah tujuh tahun, nasib baik jantung aku berdegup lagi, hekhek.

***

Kami sekeluarga singgah di sebuah pasar raya untuk membeli bahan-bahan masakan, kalau dulu aku tak reti masak, sekarang aku boleh dikatakan power lah sikit dari dulu, berkat dari kesabaran suami dan berkat mama juga sebab ajar aku masak, sekarang dapur dah jadi ruang wajib dituju gitu.

"sayang, banyak ke nak beli? Kita boleh je order, sekarang kan bercuti, sayang tak masak pun tak apa," ucap Zafrel sambil membelek dan memilih bawang.

"alah, esok kan dah mula puasa, kalau order tak seronok lah, lagi pun En Zafrel kan makan banyak, sebab tu demokk." sakatku.

"aah, sebab isteri saya masak sedap," ucapnya lalu mencuit hujung hidungku.

Sedang ralik aku dan Zafrel memilih barang dapur, kami terdengar sepasang suami isteri sedang bergaduh, tak jauh dari kami,

Untuk kami yang bekerja sebagai peguam syarie, pasangan bergaduh itu biasa, tapi bila di tempat awam, tak manis lah,

"aip! Ralik prati masaloh ore eh?" tegur Zafrel sambil tersengih.

"mana ada..." ucapku sambil menjuihkan bibir.

"Assalamualaikum, Puan Saira kan?" sapa seseorang.

BERSAMBUNG..

P/s: haluuu lama tidak ketemu, hihi, selamat hari raya korang! Maaf Zahir dan batin tau, sorry raya ketujuh baru hapdet busy tulah, sis ada interview, doakan sis berjaya tau untuk capai cita-cita sis, ok SEL RAYA ni, sis buat dua part sbb panjang sgt, so kita jumpa, dalam minggu ni juga untuk sambungan, harap terlepas lah rindu korng dengan Zaf and Saira, ok mcm biasa, jgn lupa vote, komen dan share, komen byk2 tau, kalau komen tak banyak, tak ada smbungan, boleh eh gitu? Hihihi, syg korg!