Chereads / SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 46 - Syawal Tiba

Chapter 46 - Syawal Tiba

Balik? Muak agaknya tengok muka aku, eeeee sakitnya hati ni!

***

Aku membawa keluar beg-beg yang sudah siap aku kemas,

Zafrel sedang duduk bersama Zara di meja makan sambil meriba Saif dan Saqif.

"saya dah siap," ucapku perlahan tanpa memandang wajah Zafrel.

"ok, sinilah,duduk." ujar Zafrel,

Aku nak cakap lembut pun tak, kasar pun tidak,

Zafrel meraih lembut tanganku, sambil menghela nafas berat.

"thanks, sebab buat semua ni, abang hargai sangat," ucapnya, sambil merenung mataku.

"abang?" ucapku perlahan

Iyalah, sepanjang dia marah aku ni, hanya perkataan saya yang keluar dari bibirnya,

"sabar, abang tak habis cakap lagi,sayang..maafkan abang kerana dingin dengan sayang,macam abang cakap sebelum ni, abang tak marah, tapi abang kecewa, sangat kecewa, kalau kita hilang Saqif masa tu, abang tak kan boleh maafkan diri sendiri, sebab gagal protect family kita, maafkan abang kerana tak dapat tenang macam sebelum ni, maafkan abang kerana abaikan sayang,maafkan abang sayang," ucapnya lalu mengucup lembut tanganku, sambil air matanya megalir perlahan.

"maafkan Saira juga abang, kerana gagal jadi isteri yang taat,ampunkan Saira ye," ucapku bersama air mata yang sudah melimpah kolam mataku.

"kita sama-sama baiki diri kita ye," ucap Zafrel lalu menarikku ke dalam pelukannya.

***

"betul ke kita nak balik ni abang?" soalku, kerana jalan yang kami susuri ini bukan menghala ke Kuala Lumpur.

"tak tahu lah sayang, balik ke eh?" ucapnya sambil tersenyum.

Aku melihat tangan kananku, kemas digenggam Zafrel, Benarlah orang kata, kalau lepas bergaduh, hubungan itu akan jadi lebih akrab,

Aku mengukir senyum, kerana Zafrel yang hangat kini kembali, malah lebih selesa dari sebelum ini.

Zara lah yang paling gembira apabila melihat mama dan papanya seperti biasa, aku bersyukur kerana Allah kurniakan anak secerdik dan sesempurna dia buatku.

Sesekali, Zafre memandang aku sekilas lalu mengucup tanganku. Entah berapa kali dah Zafrel mencium tanganku sepanjang perjalanan kami yang hampir 30 minit ini.

Zafrel membelok masuk ke sebuah kampung nelayan. Kiri dan kanan kami dikelilingi rumah-rumah kampung.

Aku memandang Zafrel hairan, kemana lah dia nak bawa aku ni, pelik-pelik perangai pakcik ni.

Dia memberhentikan sebuah kereta dihadapan sebuah rumah agam yang sedikit bercirikikan tradisional namun bukan berkonsep rumah melayu, namun lebih kepada bali moden ,tapi lamannya dipagari pelita. Rumah ini terlihat sungguh ceria dengan lampu warna warni yang dingantung dan menaikkan semangat hari raya.

"rumah siapa ni?" soalku kepada Zafrel.

Zafrel tersenyum simpul tanpa berkata apa-apa.

Terdapat beberapa buah kereta yang parkir di halaman ini, namun kereta-kereta ini bagaikan aku tahu siapa pemiliknya.

"abang...ni bukan ke kereta, adik beradik kita?" soalku sangsi.

"yeke? Sayang rasa dia orang ke?" soal Zafrel sambil menyimpan senyum.

"abang plan apa sebanarnya haa?" soalku geram sambil memandanf tajam.

"turun lah kalau nak tahu." tutur Zafrel sambil tersenyum.

"kalau abang kena saya, siap eh!" ucapku sambil memandang tajam.

Aku berjalan menuju ke pintu rumah sambil mendukung Saif,

Terjenguk-jenguk kepala aku, iyalah kalau tengok kereta di halaman, semua itu memang kereta yang cukup aku kenal, kereta Lyn, Ril dan Amir.

Baru sahaja niat nak beri salam, tiba-tiba.

"surprise!!" jerit mereka serentak di depan pintu rumah tradisional moden itu.

Aku memandang Zafrel dengan pandangan terkejut,sambil mataku meminta jawapan.

Lyn dan Fira pantas memeluk aku erat,

"bila kau orang sampai?" ucapku sambil menahan air mata yang hampir menitis.

"pagi tadi, " jawab Salina sambil tersenyum.

Sangkaku, tahun ini, tiada makna hari raya, iyalah, gaduh dengan Zaf, keluarga tak ada bersama, tapi rupanya, sempurna.

"Saira, cantik gila rumah kau, haih nak kena pujuk Syarif ni," ujar Salina ceria.

"rumah aku?" soal aku hairan.

Aku memandang Zafrel dengan pandangan sangsi.

Zafrel tersenyum sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"ok, ni rumah  kita, abang beli sempena ulang tahun perkahwinan kita, ni hadiah yang sebenar," ucap Zafrel lembut.

"abang,..seriuslah? Cantiknya.." ucapku lalu memeluk Zafrel erat.

"kejap,abang plan semua, jangan cakap yang kita gaduh tu pun.." soalku curiga.

"yang itu tak termasuk dalam rancangan."ucap Zafrel sambil menggelengkan kepala

"dah, pergi lah tengok rumah," ujar Zafrel lembut.

"yang pasti rumah akak cantik, sebab arkitek dia Ril," uca Syazril sambil mendabik dada.

"kau arkitek rumah ni dik? Seram lah," sakatku sambil ketawa.,

***

Aku berjalan bersama Zafrel melihat susun atur dan binaan rumah ini,

Adik beradik kami keluar sebentar, katanya nak bagi ruang kepada kami,

Ruang dalam rumah ini, sungguh cantik, terasa bagaikan berada di Bali.

Sampai sahaja di halaman belakang, mataku terpaku pada dua buah kolam, satu memang bercirikan bali, namu satu lagi, terlihat sungguh berbeza.

"abang.. Ni bukan kolam air panas ke? Macam dekat Jepun?." soalku kepada Zafrel.

Zafrel memelukku erat dari belakang, hidung tertusuk dengan bau wangian milik Zafrel.

"aah, macam dekat Jepun kan, sayangkan suka, abang buatkan je lah,"

"abang berapa modal rumah ni? Mesti mahalkan? " soalku sambil berpusing menghadap Zafrel.

"erm, tak semahal pengorbanan sayang lahirkan zuriat abang,dan bersabar dengan perangai abang yang tak matang ni." ucap Zafrel sambil mengusap pipiku.

"rindunya dekat mulut ni, 3 hari tak ada ayat manis, nak naik gila dah tau Saira."ucapku menyentuh bibir Zafrel.

Zafrel tersenyum mendengar kata-kataku, sambil kedua tanganya memeluk pinggang ku kemas.

"yang ni rindu tak?" soalnya,lalu bibir mekarnya perlahan menyentuh bibirku.

"kakak! Abang long!, jom main bunga api,"laung seseoranh dari jauh.

"opps!" ucap Syazril sambil menutup mulut.

Wajahku merona merah, sambil mengetap bibir bawahku.

"Syaz tak nampak apa-apa pun!" ucap Sayzril tak keruan.

Aku memandang Zafrel sambil tersengih sesama sendiri, lalu merenung Syazril tajam.

"ok, sikit je, eh dah lah, Ril pula yang malu, jom main bunga api, semua dekat luar dah," ucap Syazril lalu berlari pergi.

Aku dan Zafrel sama-sama ketawa, walaupun wajah masing-masing masih kemerahan, bak kata orang Terengganu, meroh merang .

"jom sayang," ujar Zafrel sambil menghulurkan tangan kanannya,

"jom," sambutku sambil mengukir senyum

HABIS SUDAHH..

P/s: hai! Dah hbis, terima kasih sis ucapkan bagi semua yang sudi baca sampai part3 ni, sis ada satu bab yang sis tulis tp tk publish, nk publish ke eh? Korng rasa? Oh ya bg readers yang baca Ratu Hati Cik Abang, sis akan cuba publish mlm ni, tp klu tk smpt, esok lah, jumpa dekat story Haniff dan Alisya pula!! Sis harap, semua happy dengan SEL raya ni, apa2 yg kurang atau tak best tu, sorry okeyh! Sayang korang , jgn lupa vote. Komen byk2 dan share! Enjoy reading!