Chereads / SUAMIKU ENCIK LAWYER / Chapter 42 - bab42

Chapter 42 - bab42

Aku membuka perlahan mata, yang terasa sungguh berat, walau hanya satu kerdipan, tangan kananku terasa digenggam kemas, anak mataku terpanah dek sinaran lampu.

Ya, aku yakin aku di hospital, aku pengsan barang kali tadi, badan terasa sungguh lesu dan lemah.

"sayang,.. Awak dah sedar? " soal seseorang lembut,

Aku sungguh kenal suara itu, suara yang pernah membuat aku tersenyum,tapi itu mungkin kenangan.

"lepaskan tangan saya,dan tolong keluar dari sini. " ucapku tegas, tanpa memandang ke arah Zafrel. Tipu jika aku katakan tiada secalit pun rasa rindu terhadap dia, namun ego dan amarahku lebih menguasai dari itu.

"sayang,.. " panggil Zafrel sayu.

"keluar En Zafrel! " ucapku dengan nada suaraku dinaikkan satu oktaf.

"okeyh, abang keluar,nanti sayang dah ok, kita bincang ye, take care untuk awak dan anak kita, " ujar Zafrel lalu satu kucupan hangat singgah di dahiku.

Aku terpana dek tindakan Zafrel,berani sungguh dia mengucup aku, lupakah dia akan silapnya? Tanpa sedar air mataku mengalir perlahan, marah dan kecewa menjadi satu rasa.

Ya, aku tahu tentang kehadiran nyawa kecil di dalam rahimku setelah tiga hari Zafrel tinggalkan aku. Aku bersyukur akan anugerah terindah ini, namun maaf sayang,mama tak dapat janji papa bersama kita. Hati mama sakit, adakah mama benci papa? Mama pun tak tahu.

Throwback.....

Hari ini merupakan hari ketiga Zafrel tinggalkan aku, aku mengambil keputusan untuk singgah di hospital papa, rindu sungguh aku dengan tempat itu, tempat yang aku habiskan masa selepas balik sekolah, walaupun aku tak bercita-cita nak menjadi ahli perubatan, tapi hospital, banyak memberi aku inspirasi untuk menjadi insan yang berguna.

Aku masuk ke pejabat papa, hatiku disapa sayu dan sebak, rindunya aku dengan pemilik kamar ini, andai dia masih ada, pasti lumat dikerjakan Zafrel yang biadab tu,

Aku menatap lembut gambar papa yang terpapar di dinding kamar itu, manis senyumnya, puteri papa rindu sangat papa.

Jika dibandingkan papa dan mama, memang aku lebih rapat dengan papa, papa sangat faham dengan aku, sebab itulah, berat untuk aku menolak permintaannya dulu,

"Assalamualaikum Saira, " sapa satu suara lembut.

" Wakalaikumsalam, eh Aunty Hawa! Rindunya! " ucapku sangat melihat Aunty Hawa, dia merupakan salah seorang doktor lama disini, dan juga doktor yang pernah merawatku dahulu.

Semasa remaja, aku mempunya masalah kitar haid yang kurang normal, jadi dialah doktor yang merawat masalah aku dulu.

"itulah, dah kahwin terus lupa Aunty kan, " usik Aunty Hawa.

"eh mana ada, you always in my heart lah" ucapku seraya tertawa.

"jom lepak bilik Aunty, boleh borak, Aunty free sekarang" ajaknya.

"jom! " setujuku.

"Saira, are you pregnant? " soal Aunty Hawa.

Terkejut aku mendengar soalan dari Aunty Hawa, aku nampak gemuk ke? Pregnant? Tak kot,

"eh, tak lah, mana ada. " nafiku bersama kerutan di dahi.

" Are you sure? Dah check? Aunty rasa macam you pregnant, " ujar Aunty bersama senyuman.

"tak pernah pun, tapi tak kot Aunty, awal sangat lah" dalihku.

Awal untuk aku, lebih-lebih lagi, dengan masalah aku sekarang,

"aip, awal apanya, Lyn pun dah lekat, come, kita try check, mana tahu kan" pujuk Aunty Hawa.

Aku menuruti sahaja, tak aku sangka, Allah nak hadirkan anugerah yang tak terduga saat hubungan aku dan Zafrel sedang dilanda badai, Salah untuk aku menidakkan rezeki ini, namun untuk memberi tahu Zafrel, tunggulah sehingga dia muncul, kalau dia muncul,.

Baru sahaja jariku memicit remote pada kunci, terlihat satu susuk yang sering kali menjadi bayang hitam buat diriku sekarang,Rafiq,apa lagi yang dia mahu?  Tiada wanita lain kah dimuka bumi ini, sampai tak putus mencari jejakku.

"hai Dina! " sapa Rafiq mesra.

"kau nak apa? " soalku kasar, memang aku malas hendak melayan perangai gila si Rafiq ini.

"mana hubby you, yang you sayang sangat tu? " soal Rafiq sinis.

"outstation, kenapa?  Kau sibuk sangat fasal dia?  Dah minat lelaki pula ke sekarang, " ucapku sinis, sengaja ingin membidas si Rafiq ini.

"eh, you jealous ke?  Aloo don't worry,  I minat you je, well, even terang-terang suami you tu ada perempuan lain, tapi you tetap percaya dia pergi outstation kan, hurm, dia bagi you makan apa lah, sampai you sayang sangat dengan jantan macam tu. " ucap Rafiq tajam.

"apa-apa jelah, kau ni memang tak ada kerja eh, sibuk hal orang je. " ucapku malas, dengan otak aku yang berserabut ni, aku memang tak ada masa nak melayan karenah mamat kurang siuman ini.

"look Dina, dah terang-terang yang you ni second choice je di mata Zaf tu, you deserve someone better lah Dina, tinggalkan dia Dina, " kata Rafiq separuh merayu.

"kau nak cakap, kau lah yang better tu?  " soalku sinis bersama jelingan tajam.

"well, at least I tak pernah hilang tanpa khabar masa kita together, I mengaku yang I tak boleh kahwin dengan you, tapi laki you?  Hilang macam tu je kan, silap-silap mamat tu dah ada empat bini dah, you je tak tahu, fikir lah,jangan jadi bodoh, I always ada untuk you. " ucap Rafiq sambil tersenyum lalu berlalu pergi.

Hatiku sakit pabila memikirkan jika benar kata-kata Rafiq, andai benar Zafrel memang pendusta, bagaimana?  Kau masih berharap? Aku buntu.

***

"Saira!!  Congrats babe!  Diam-diam eh pregnant tak bagitahu. " sapa Salina saat dia melangkah masuk ke dalam kamarku.

"alah, tak ada apa-apa pun, nanti kau tahu juga, " ucapku bersama senyuman.

"eleh, kau orang pertama kot aku bagitahu dulu, ni kau, nak berahsia pula, " ujar Salina sambil memuncungkan bibirnya.

"Ra, kau halau Zaf eh" soal Salina lembut.

"dia bagitahu kau? " soal aku kembali,

Hergh, hampir semua benda nak mengadu, kenapa tak bagitahu yang kau ada isteri lain,wahai Zafrel? Bentak hatiku.

"nope, aku nampak tadi, " jawab Salina.

"Ra, kau tak bolehlah macam ni, bincang ok,? " ucap Salina lembut sambil menggenggam bahuku.

"kau tak faham Lyn, nantilah, dah lah, taknak cakap fasal dia, kalau kau nak cakap fasal dia, kau balik je lah. " kataku kepada Salina.

Kau tak faham Salina, status aku dan dia, tak bermula seperti pasangan normal, rahsia dia terlalu banyak, Aku tak tahu apa-apa tentang dia, tapi mudahnya aku jatuh cinta dan terluka.

"eh, halau aku pula, sampai hati, kejap lagi mama sampai tau, tak mau eh moody-moody, senyum!  Nanti tak cantik lah kembar aku ni, ingat kita ni kongsi imej yang sama, tak nak lah aku cantik sorang-sorang, " sakat Salina bersama ketawa kecil.

***

Dua hari berlalu, kini, aku sudah pun berada di rumah, selama dua hari juga lah aku dingin dengan Zafrel. Setiap hari dia datang berjumpa aku meminta ruang penjelasan, tapi aku tolak, ye, memang itu yang aku tunggu dahulu, namun aku takut, takut untuk mendengar perkara yang mampu aku dengar.

"Saira,  Cik abe datang, dia ada dekat bawah, turun eh, " ucap Salina di muka pintu.

Aku menghela nafas berat,perlukah aku, memberi dia ruang untuk menjelaskan?  Atau biar segalanya menjadi tanda tanya?  Kau ni Saira, dulu kau juga yang nak tahu, tapi sekarang kau takut? 

Selangkah aku menuruni anak tangga, sekuat semangat aku kumpul, kuatkanlah aku YaAllah. Rintihku.

"hai sayang, " sapa  Zafrel lalu berdiri saat melihatku.

"siapa sayang awak?  Awak nak apa? " soalku kasar.

Memang aku bukan lagi isteri yang baik, namun pernahkah aku jadi yang terbaik?

"awak sihat? Baby kita macam mana? " soal Zafrel lembut.

"nampak saya sihat je kan, saya pandai je jaga diri, tak ada pun saya mati kalau Encik Zafrel tak ada. " jawabku sinis.

"bukan macam tu, erm, awak dah ready nak bincang? " soal Zafrel.

Kalau Saira Irdina yang sayang kau dulu mungkin dah cair dengan kelembutan kau sekarang Zafrel, tapi bukan hari ni.

"kenapa?  Penat ke tunggu saya ready?  Baru dua hari, dah penat? " soalku sinis tanpa memandang ke arah Zafrel.

Ya, bila aku jauh darinya, mula hadir rindu dan kelembutan,namun bila bertentang mata, amarahku membuak,sukar untuk aku kawal.

"Saira, kita bincang jom, tak elok kita nak gaduh lama-lama, " pujuknya lembut,

"okey, saya siap kejap, " setujuku.

"awak pakai sopan ye, " pinta Zafrel.

"pernah ke saya pakai tak sopan? " perliku, lalu naik ke bilik.

****

Aku mengenakan jubah labuh berwarna peach dan tudung bawal berwarna merah jambu, cukup sopan rasanya di mata dia,.

"cantik sayang abang, " itula kata-kata yang diungkap Zafrel saat melihat aku turun dari tangga.

Cantik di hati tapi tak lekat di hati,untuk apa? Detak hatiku.

****

Kami sampai di sebuah kawasan tanah perkuburan, dia nak buat apa pula dekat kubur ni?  Aduh bincang apa macam ni, rungutku.

"jom" ajak Zafrel.

"hurm? Nak buat apa dekat sini? " soalku mendatar.

"ikut je nanti saya cerita. " ujar Zafrel bersama segaris senyuman.

Nanti? Sakit betul aku pabila mendengar perkataan nanti dari dua ulas bibir dari lelaki itu,.

Zafrel berhenti disebuah kubur yang kecil, pasti ini kubur kanak-kanak apa kaitan semua ini?.

"kita baca yassin dulu, okey, " ucap Zafrel.

***

Usai membaca surah Yassin, Zafrel menggenggam lembut batu nissan itu,aku nampak dia menahan sebak, siapa pemilik kubur ini, siapa dia?

"okey, ni kubur Adam Zaiq, lukisan bayi yang awak jumpa dekat rumah ummi tu, Adam, dia lah anak yang saya maksudkan,. " ujar Zafrel tenang.

"maksudnya? " soalku keliru,

"sabar, kita pergi tempat lain,ok?" ucap Zafrel lalu menarik tangan kananku dalam genggamannya.

Aku cuba untuk melepaskan genggamannya namun gagal, amarahku belum selesai Zafrel.

***

"now tell me,." ucapku tegas,

Zafrel baru sahaja melabuhkan punggung,mungkin aku garang dan kurang bertolak ansur. Tapi sudah penat untuk menunggu,

"tak nak order dulu ke? " soal Zafrel sambil tersenyum manis.

Tak terkesankah dia dengan perangai aku sekarang, ye aku tahu yang dia sudah lali dengan sifat aku yang kurang beradab ini, tapi dia terlihat sungguh tenang.

"no need, " jawabku ringkas.

"okey, Adam tu kembar Ariq, yes,Adam pun anak Reen, but, Adam tak normal macam baby lain,as you know, Moklong punya perangai, dia tak boleh terima, dia suruh Reen buang Adam and dia selalu salahkan arwah suami Reen yang menyebabkan Adam cacat, and abang ambik Adam sebagai anak abang,abang jaga dia dari A to Z, tapi nyawa dia tak panjang, dia anak syurga, tu je. " ucap Zafrel lembut.

"what tu je? Kalau Reen tu ada husband, why dia cakap yang Encik Zafrel ni, suami dia? " soalku kasar sambil merenung tajam mata Zafrel.

"okeyh, fasal tu,erm, yes,..

"hai.. " sapa seseorang.

BERSAMBUNG....

P/s:haii,enjoy reading semua, wahh betullah Saira pregnant!! Jgn lupa vote, komen, and share,! Sayang semua, yg positif je tau!!