Chereads / DOKTOR PSIKIK / Chapter 1 - BAB 1

DOKTOR PSIKIK

🇲🇾an_311005
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 39.8k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - BAB 1

Jam di dinding aku renung lama. Sudah 44 minit, aku langsung tidak berganjak dari tempat aku. Setia merenung Jam yang dihiasi emas itu.

Jam dinding dan Jam tangan aku pandang silih berganti. Terasa lamanya masa berlalu.

TING!

45 minit. Kek Red Velvet yang aku adun tadi rasanya sudah siap dibakar dengan cantik.

Aku terus menyarungkan gloves dan membuka ketuhar panas itu lalu mengambil bekas besi yang menempatkan kek Red Velvet aku.

Wajah ceria aku bertukar masam apabila melihat kek yang dimasak itu.

"Huh! Sedapnya bau!" Annie berlari ke arah aku. Dia bau saja kek, terus dia berlari ke dapur.

"Bau saja sedap, rupa tiadalah sedap mana" Aku meletakkan kek itu di atas meja. Sungguh aku kecewa.

"Rupa tidak penting, yang penting rasanya" Ujar Annie sekadar melembutkan hati.

Aku berkerut sambil memeluk tubuh penuh geram. Kecewanya! Mahu saja aku buang kek itu ke dalam tong sampah.

Haih, apabila seorang doktor masak kek, beginilah jadinya. Namun kek yang aku masak sebelum ni takdelah buruk sangat rupanya. Sedap dan masih cantik dipandang.

Tapi ini? Nama saja Red Velvet namun ianya berwarna coklat pudar dan bahagian atasnya pula terbuka luas seperti meminta untuk dipotong dengan cepat.

"Sudahlah. Nak makan, makan yang itu. I'll do another one tonight" Ujarku.

Annie mengangguk. "Yah, Alhamdulillah. This is mine lah maknanya. Itadakimasu! Bismillah" Annie mengambil pisau, sudu dan pinggan di rak kecil bahagian kirinya.

Annie memotong kek itu dan diletakkan di atas pinggan. Bahagian dalamnya kelihatan elok dan masak namun bahagian luarnya saja yang boleh buat orang muntah. Tidak tahulah bagaimana dia boleh berselera mahu makan.

Annie duduk di atas kerusi. Dipotong kecil kek itu dan disuapkan ke dalam mulut.

"Kek ini untuk anak-anak yatim dekat SK Langkap tu kan?" Soal Annie.

"yah. Takkan nak bagi buruk-buruk. Buruk jugalah reputasi aku sebagai seorang doktor yang berjaya"

"kau doktor, bukan seekor chef. Jadi biasalah tu" Kata Annie dengan mulut yang penuh.

Annie juga seorang doktor. Dia ada berkhidmat dengan hospital kerajaan 2 tahun lepas. Kemudian ditukarkan ke hospital swasta dan akhirnya dia buat keputusan untuk bersara saja dari dunia perubatan. Dia terlalu penat.

Dia sekarang bekerja sebagai doktor peribadi di rumah orang lain. Whoever need her, he'll come asap.

Kalau ada orang sakit tepi jalan pun, sanggup dia turun dari kereta untuk tolong secara percuma.

Dia duduk rumah ni percuma. She's not broke, it just me that give her a free place to sleep on,

Dia pun okey, tidak membantah malah lagi  suka.

We've known each others for 16  years old we're 25 this year. Semua orang dah berkahwin, ada yang dah tunang dan ada yang masih di ambang perkenalan.

Like me, I have my own partner. Insya-Allah kahwin soon sebab dah tunang 2 bulan lepas. Hehe,

Annie and I tunang pada bulan yang sama, tapi satu hari beza agar kami dapat datang majlis pertunangan masing-masing. Bermakna juga, hati kami sudah berpunya.

Nak tackle, tackle pakwe kita dulu. Kalau berani :)

Di rumah ini, kami tidak duduk berdua, ada beberapa orang lagi. Tapi tunggu jelah diorang keluar nnti.

Aku membuka apron yang sudah dicemari tepung dan bahan pewarna terutamanya.

Memang kotor, aku meletakkannya di dalam sinki kemudian menekan butang kuning di dinding.

"Apron saya kotor. Basuh dan keringkan sebelum malam ni"

"Ah, ma'am, we have another apron in a closet"

"Jangan membazir"

"Yes ma'am"

Panggilan ditamatkan. Aku berjalan ke arah meja annie dan duduk berhadapan dengannya.

Aku menongkat dagu sambil tersenyum melihatnya makan.

She's so pretty. Flawless skin, big beautiful eyes, and she's so thin. Iya, dia melakukan healthy diet. Itu yang dia sangat kurus dan fit.

Takde siapa percaya yang dia pernah 'berisi' semasa dia muda.

Haih, I love pretty girls. Everybody like too.

"Dah call management?" Soal Annie sambil menyuap kek itu kemulutnya. Sempat dia mencapai chocolate sauce dan diletakkan di atas kek. Berselera sungguh dia makan.

"Belum. Elle pun masih belum balik dari outstation dia dekat America hari tu"

"Jadi, kalau nama syarikat tidak ubah, kau bakal hilang segala aset nnti. Aku harap, kau buat secepat mungkin"

"I know, aku tidak mahu membebankan Elle, jadi baik aku buat sendiri. Insya-Allah esok aku pergi office tengok macammana"

"Ah, tak payahlah, bagi aku je buat. Aku nak tgk Rafi dia okey ke tak"

Aku senyum. Straight je dia kan.

"Okeylah. Go ahead. I'm sure he'll be fine"

"Yelah, manalah tahu manager kau paksa dia kerja walau dia sakit. Kau sakit takpe, duit juta-juta office pun tak jejak"

"malaslah nak pergi office. Cukup ada Elle jadi CEO ganti kat sana. Biannual sikit aku bayar dia"

"Percaya sangat pada Elle, kalau dia songlap semua duit kau?"

"Beranilah dia nak songlap duit aku. Aku tahu apa nak buat, I'm pretty sure that she won't do anything"

Annie memandang aku dengan pandangan yang aku fahami. Ragu-ragu. Sudah 2 tahun, apa lagi yang dia mahu syak wasangka?

"Sudahlah. Aku mahu marathon cerita Frozen. Kemas ni, jangan suruh maid pula" Tegas aku lalu berdiri. Rasanya tidak sampai 5 minit aku duduk, aku sudah mula bosan di dapur.

"Baik, bos"

Pada masa yang sama, Ms.Angel datang ke dapur.

"I'm sorry,  I'm late"

"it's okay. Just do your work" Aku senyum ke arahnya sambil membelai lembut rambutnya kemudian terus berlalu. Marah pun tidak guna, Ms.Angel memang begini. Clumsy, haih. Malah selalu lambat.

________________________________

Malamnya,

Aku mengeluarkan kek yang siap dibakar. And yah, lepas dua kali cuba buat, akhirnya berjaya!

Aku buat bukan seorang, tetapi berguru. Ain, seorang pereka fesyen baju muslimah sentiasa sibuk dengan kerjanya namun malam ini dia free. Kerja habis awal. Walau penat, dia ajar aku cara sebenar buat kek.

Kek yang aku buat tadi tu atas tunjuk ajar dialah. Tapi tak sempat habiskan, dia kena pergi kerja awal. Dia bukanlah pereka fesyen terkenal, tetapi jenama fesyennya sangat terkenal. Dia ada cakap,

"Buat apa nak reveal muka? As long as Ain dapat duit Halal, then go"

Huh. Kalau aku jadi dia, dengan muka aku sekali aku tampal dekat baju dan tudung dia tu bagi famous.

She's so talented.

Dia boleh menjahit, menyulam dan meganyam. Dia boleh buat design tapi biasanya design tu dia akan buat sekali dengan team fesyen dia. Kalau ada idea sendiri pun dia akan tanya ahli rumah ni demi kepastian agar tiada cacat cela dalam design yang akan dikeluarkan.

Kemudian, dia sangat berbakat dalam baking biscuits, cakes and breads. Tapi kalau bab masak bergoreng, tidak sangat. Kalau berkuah tu bolehlah dia masak.

Lagipun Ain tidak suka masakan berminyak, sebab itu lihat mukanya saja boleh buat hati tenang. Flawless gila. Anak cina memang macam ni tapi dia melayu Islam tulen.

Huh, sebab dia pandai buat kek, siaplah sudah 10 biji kek red velvet dibantu oleh seorang lagi wanita yang tidak bertauliah dalam kek.

Fathin.

Fathin adalah seorang polis. Cita-citanya mahu menjadi detektif namun disebabkan dia cedera parah tempoh hari akibat diserang sekumpulan penyamun, dia berhasrat mahu berhenti dari polis dan buat kerja lain. Buat masa ini, dia bekerja dengan aku tetapi dia kata dia mahu sambung kerjaya sebagai polis suatu hari nnti. Cuma belum sekarang. Lagipun kakinya terdapat kecederaan dalam. Kalau diteruskan dan diserang lagi, insya-allah bertongkat dia nnti.

"kek ni kau hiaslah macammana pun. Semua barang aku dah suruh maid beli tadi. Barangnya dekat almari atas tu" Aku menghulur jari ke arak almari yang tinggi dan besar di hujung dapur.

Mereka mengangguk. Terus diambil troli dan disorong ke almari.

Satu-persatu barang diturunkan dan dimasukkan ke dalam troli.

Aku senyum. Cantiknya mereka. Fathin juga cantik. Walaupun kulitnya tidak secerah Ain dan Annie, tetapi kulitnya yang flawless dan bersinar serta bersih itu buat aku tidak mahu melepaskan senyuman. Besides, she's so cute.

Setelah almari ditutup, bahan untuk menghias kek dibawa ke meja menggunakan troli. Why troli?

Sebab barang banyak. That's Why aku wujudkan 2 troli di dapur ini sebab aku tahu kejadian seperti ini akan berlaku.

"Okeyh, semua ni nak hantar esok kan?" Soal Fathin.

"Yup. Around... 8 a.m macam tu lepas tu gerak pergi office" Jelas aku.

"Kenapa U nak gi office? Something happened just now?" Soal Fathin hairan.

"Yep. Firma tu dulu adalah milik arwah Cik Za. I sewa firma tu untuk mula bisnes. Jadi semua nama dan urusan peribadi syarikat adalah dibawah nama Cikza. Bila dia mati bulan lepas... "

"Ooff, It's 'meninggal', not 'mati'" Tegur Ain. Dia rasa kurang selesa mendegar perkataan itu.

"Whatevah, adik-beradik Cikza nak ambil balik syarikat tu termasuk harta yang I ada sekarang. Like WTF man? Siapa yang bangunkan firma tu? Bini u? Cikza selama ni takde masalah pun" Aku mengadu semahunya. Masalah betul.

"Ouh, kalau diorang dapat firma tu, what will happen to me? " Soal Fathin agak risau. Dia mahu kerja dimana nnti? Buruh? Nelayan? Petani?

"Itu bergantung pada mereka mahu buat apa dengan firma tu sama ada mahu teruskan dagangan atau guna untuk diri sendiri. Tapi lepas 2 tahun I teruskan hidup dengan firma tu, takkan semuanya nak lepaskan kat diorang? Sikit-sikit dahlah. Masa firma tu lingkup takde siapa nak jaga. " Aku duduk di atas kerusi. Mengambil sebuah botol chocolate sauce dan pour di atas kek. Yah, look delicious!

"Jadi Eyya nak pergi office esok untuk..? "

Ain mengangkat keningnya. 

"Untuk tukar nama pemilik syarikat. I need that firm"

"Seriously macam dalam TV. I hope you'll do it" Fathin memegang bahu aku. "I don't want to stay here for free"

"haih, suka hatilah, aku tak minta bayaran pun. I'll make sure that they will not get it. Ouh, talk about this house, where's Farah?"

Aku memandang kiri dan kanan. Sungguh sunyi. Kalau Farah balik, biasanya dia akan tertidur di meja makan kerana dia akan makan dulu sebelum tidur. Tapi tak sempat naik bilik dia dah tidur.

"Dia tak sempat balik. Dia kirim salam." Elle tiba-tiba muncul di pintu muka dapur.

"It smells so nice. Kek apa tu?"

"red Velvet, ambil dalam peti. Jangan kacau yang ni" Larang Ain sebelum Elle sempat mencapainya.

Elle, dia paling pendek antara kami semua namun dia paling tidak sabar. Dia sangat comel dan cantik. 149 cm. Malah 2 tahun lebih muda. Young CEO huh

"How did you know that Farah will be home tomorrow?"

"Hello, she just texted me when I'm driving. Ish pedal tak sampai tadi mujur tak excident. Serius lupa nak kedepankan kerusi lepas tidur dalam kereta tadi" Adu Elle.

Aku, Ain dan Fathin ketawa kecil. Dapat bayangkan bagaimana kakinya yang pendek dan kecil itu mahu menekan pedal tetapi tak sampai. That's why she prefers Mini Cooper or Lamborghini to drive on tapi tadi dia beria mahu bawa Hilux Isuzu!  Dia naik tadi terloncat-loncat. Haiyaa.

"Told you to bring your mini Cooper instead of Hilux." Ujarku yang masih dalam tawa.

"I.. Fucking.. Hate.. Hilux. Ergh, mujur someone ada untuk tolong kedepankan kerusi tadi" ujar Elle. Dia mengeluarkan sebiji kek Red Velvet dari peti sejuk yang warnanya berbentuk coklat...?

"Why is this cake in Chocolate? You said it's Red Velvet? " Kerut seribu dahinya merenung rupa kek itu. Lain diminta, lain yang dapat.

I smiled. Huh, better jangan bagitahu.

BY Eyya Dhyna