Chereads / DOKTOR PSIKIK / Chapter 2 - BAB 2

Chapter 2 - BAB 2

ESOKNYA,

Aku melangkah masuk ke dalam pintu rumah banglo 3 tingkat. Penat.

Aku bangun pukul 5 pagi bersiap sedia pergi ke sekolah untuk beri kek. Then rushing ke syarikat untuk uruskan hal hak milik. Buang masa dan tenaga. Cikza dah tulis wasiat kepada aku siap-siap. Diorang kata itu wasiat palsu lah bagai, kata nak naik mahkamah. Stres aku.

Untuk meredakan stress, aku singgah Mall beli donut 3 kotak. Satu kotak ada 6 donut.

1 kotak aku beri pada Ain, 1 kotak aku simpan dalam peti dan 1 lagi aku simpan dalam peti, dalam bilik aku.

Aku membuka kot tebal yang aku pakai. Diletakkan di atas standing coat sebelah TV dan duduk sebelah Ain yang sedang tonton televisyen.

Aku lihat Jam. Pukul 4 petang. Tapi kenapa berita yang keluar?

"Kau buka channel apa ni?"

"TV3"

"Berita? In 4pm?"

"Berita sementara. Kes hari tu belum habis, Eyya" Jawab Ain perlahan. Khusyuk dia tgk TV. Langsung tak pandang aku.

Aku diam. Mata difokuskan ke TV. Memang menarik, berita kehilangan seorang peguam wanita sejak bulan lepas. Masih hangat diperkatakan. Menarik bagi aku dan Ain, kerana yang hilang tu adalah peguam syarikat kami. Kerahlah sejuta orang pun, aku tak rasa mereka akan jumpa.

Sambil tgk TV, sambil Ain mengunyah donut.

Aku mengambil 1 donut nya. Dia sedikit tidak membantah sebab dalam banglo ni, kau nak hidup Lama, kau kongsi. Eheh, takdelah.

Sebab aku yang beli. Beranilah dia nak bantah.

"Eyya tak sedih ke?" Tanya Ain.

"Sedih kenapa? "

"Nadrah hilang"

"Tipulah aku tak sedih. Tulah, aku nak join cari Nadrah semua tak bagi. Haih " Aku menggeleng-geleng. Donut yang baru aku makan tadi sudah tinggal separuh. Sedapnya!

"dah. Aku nak mandi. Nnti kalau ada sesiapa balik cakap ada donut dalam peti kalau nak makan"

"Ouh,okey"

Aku berdiri. Aku berjalan perlahan ke bilik aku yang terletak di hujung sekali. Hujung dunia dalam rumah ni. Bilik aku kalis bunyi jadi jika ada sesiapa jerit dalam bilik aku, takkan dapat didengari. Kalau kuat sangat, maybe dengar sikitlah.

Entahlah. Never experienced any. Sebab aku tak pernah bagi sesiapa masuk bilik. Kemas bilik pun aku buat sendiri. Kau masuk siaplah,

Bilik itu terletak betul -betul dekat hujung. Jauh dari bilik semua orang.

Bilik ini pula sangat besar hingga peti ais aku dapat muat dalam ni. Peti ais mini sajalah.

Donut yang aku simpan dalam peti tadi aku keluarkan. Kemudian nembawanya ke arah sebuah lagi bilik yang berada di dalam bilik itu.

Bilik itu aku buka.

Bilik ini tiada tingkap. Ada aircond, katil dan tempat mandi serta sinki. Di bahagian hujung bilik terdapat almari kecil menempatkan pakaian, selimut dan bantal.

Bilik ini sangat kecil berbanding bilik aku. Macam penjara tapi lebih selesa dan cantik.

Dalam bilik ini, terdapat seorang wanita. Wanita yang sedang lena tidur itu aku panggilnya...

"Nadrah"

Nadrah memandang aku dengan pandangan sayu. Kakinya telah digari di dinding. Ada besi yang disimen dekat dinding. Dekat situlah aku gari nadrah.

Dalam bilik ini langsung tiada sebarang alat lain selain apa yang telah diberitahu. Semua keperluan khas telah aku sediakan. Di sebelah katil Nadrah terdapat sebuah mesin air Coway mini. Dari situlah dia dapat air.

Makanan pula memang aku akan bawa balik setiap hari.

"Ada donut" Aku meletakkan kotak donut itu di atas katilnya.

Nadrah hanya mengangguk. Aku mengetap bibir.

"Hari ni makan donut. Atau kau nak benda lain?"

Nadrah angguk.

"Saya nak Maggie kari"

"Maggie yang saya belikan minggu lepas dah habis? "

Nadrah mengangguk. Dalam 'sel' ini memang dia tidak makan benda berat. Tiada selera katanya. Dia minta makanan yang ringan untuk mengisi perut.

Aku pun hanya mengangguk.

"berita kehilangan kau tak hilang lagi. Keluarga kau sudah redha sepenuhnya"

"that doesn't mean that they're give up."

"I know. " Aku tunduk. Merapatkan muka aku ke arahnya.

"Sudah cakap, selagi tiada siapa jumpa kau dalam bilik ni, sedikit pun kau tak boleh keluar"

Nadrah menggenggam tangannya. Dia melepaskan keluhan yang berat.

"Aku culik kau, jadi aku bertanggungjawab jaga makan minum kau semua aku jaga. Jadi tiada sebab langsung untuk kau protes lebih-lebih"

"Tapi... "

Aku menampar mukanya dengan kuat.

Tergamam dia seketika.

"Kau buat muka depan aku, aku penggal kau hidup-hidup"

___________________

ESOKNYA,

Annie tidak bekerja hari ni. Penat dia uruskan budak pengsan semalam, hari ni dapat cuti sebab ibu dia cakap Annie boleh cuti. So dia cuti.

Gaji pun sudah dapat. Yah.

Jadi harini dia hanya melayan laptop dan Marathon drama Korea.

'School 2015'

Dia tonton di ruang tamu sambil berbungkus dengan selimut. Aircond yang dipasang ketika itu sungguh kuat hingga kopi yang aku buat untuk diri sendiri semakin sejuk.

Aku mengambil remote aircond dan menutupnya. Sekelip mata saja Annie membuka selimutnya.

"kenapa tutup?"

"Tenghari macam ni tak payah buka aircond. Kipas ada." kata aku.

Annie mengeluh. Ya. Kalau dia teruskan pergaduhan ini, dia akan dibalas dengan

'Global Warming'

Buka aircond lama-lama tak elok. Panas si bumi.

"Kau tgk cerita apa?" Soal aku.

"School 2015"

"Dah banyak kali tengok kan?"

"Iyalah. Tapi serius, best gila! Lepas ni School 2020 nak keluar, jadi aku nak marathon dari 2015 sampailah 2020"

Aku menggeleng. Aku melihat ke arah bungkusan Maggie di atas meja TV.

Itu untuk Nadrah. Dia belum makan apa - apa lagi. Tak tahulah jika dia makan donut yang aku bagi semalam.

"Eyya, nampak kunci kereta Ain tak?" Soal Ain yang tiba-tiba keluar dari biliknya. Matanya melilau mencari kunci keretanya.

"Kereta mana satu?"

"Myvi"

"Aku guna tadi. Aku nak bagitahu tapi tadi kau pergi kedai naik Myvi. Aku letak dalam bilik aku"

"Ouh, Ain ambil eah? " Ain berjalan perlahan ke bilik aku.

Aku berdiri.

"Jangan. Aku... Aku ambilkan. Kan sudah pesan jangan masuk bilik orang sesuka hati"

Ain angguk mengerti.

"Ain nak cepat sebab itulah.."

"Cepat nak jumpa Irfan? Haih. Kejap "

Aku berlari-lari anak menuju ke bilik. Masuk bilik sahaja, terus aku mencapai kunci kereta di atas meja tulis dan melemparnya keluar. Terkena dahi Ain pula.

"Aduh!"

"Hehe, sorry. Ah, kau nak keluar kan? Aku nak kirim Maggie boleh?"

"Maggie? Bukan ke Eyya dah beli Maggie? "

"Itu Maggie kari. Aku nak kau belikan semua jenis maggie yang ada di kedai "

Ain terkejut. "Eyya nak buat apa? "

"Nak makanlah. Takkan nak baiki sinki pula "

"Haiyaa, baiklah. Nnti Ain belikan. "

Aku senyum. Kemudian masuk ke bilik dan menutup pintu rapat serapatnya. Fuh,

______

Apabila Ain sampai ke rumah,dia telah membelikan 32 jenis Maggie dan ramen.

Aku terus mengambil 3 bungkus setiap jenis dan memasukkannya ke dalam plastik. Kemudian aku menjinjitnya masuk ke dalam bilik. Namun sempat Ain tegur.

"Eyya nak makan bila semua Maggie tu? "

"Kalau lapar aku makan"

Ain mengangguk. Dia faham aku ada penyakit, tak boleh tidur kalau tak makan malam. Jadi dia biarkan saja. Maggie lebih aku suruh Angel dan Miss Vee simpan dalam almari dekat dapur.

Dalam bilik, aku masuk ke dalam bilik Nadrah. Dia nampak tidak bermaya. Memanglah. Tak makan nasi dari bulan lepas. Semalam pun hanya makan donut.

Badan dia kurus. Beratnya turun mendadak.

Mukanya penuh dengan parut dan lebam. Namun tidak sesekali aku berani menumbuk matanya kerana aku mahu dirinya kekal cantik. Bibirnya juga tidakku sentuh. Hanya pipinya saja yang kelihatan bengkak dan lebam di sebelah kiri.

Badannya penuh parut dan lebam juga.

Dia boleh saja melawan, namun disebabkan aku lebih tinggi, dan dia semakin lemah, jadi dia langsung tiada niat mahu melawan.

"Arghh, Maggie ni berat betullah" Aku melempar bungkusan-bungkusan Maggie itu di atas lantai.

Nadrah yang sedang termenung, terbeliak melihat jumlah maggie yang banyak.

"Kenapa awak beli banyak sangat Maggie? "

"Stock sebulan. Since you can't leave without maggie"

Aku senyum. Aku duduk di sebelahnya dan memberikan sebungkus Maggie kari kepadanya.

"Let's cook and eat together"

Nadrah diam seketika. Kemudian dia senyum.

"Okey"

By Eyya Dhyna