"Hachum!"
Fathin mengelap hidungnya dengan tisu. Dia tidak demam tetapi habuk yang dibuat oleh Farah mebuatkannya bersin.
"Ya Allah, Farah, taubat. Kang aku eksiden kang"
Tegur Fathin.
"Farah meletakkan karpet kereta itu ditempatnya kembali. Dikibas-kibas karpet tu, dah berapa lama dia tidak membasuh kereta?
"I'm searching for my cincin tunang"
Fathin mengeluh. Ada-ada saja.
"Cincin tunang hilang pun agak-agaklah nak kibas karpet pun. Kereta kau tapi yang bawanya aku. Aku ni dahlah tak reti nak kawal kereta. Lainlah kalau lelaki yang bawa"
Farah senyum. Namun hanya sekejap sebelum dia mematikan senyumannya itu.
"haih, tulah bila lama sangat tunang,"
"Kenapa tak kahwin?"
"Tunang dulu. Adam cakap nak stabilkan segala masala dulu then kahwin. Ikut jelah dia. Aku takpe, dah tunang. Kau bila nak ada boyfriend?"
Fathin mendengus.
"Boyfriend kau jangan main. Aku tahulah semua dah berpunya, aku je belum. Masalahnya sekarang semua yang lamar aku, aku tak berkenan. Nak buat camner?"
"Terimalah mana-mana pun. Yang benar-benar tunjuk effort tu kau terima je. Hidup ni mudah jangan buat susah"
Fathin berkerut.
"Kau kenal dari sekolah rendah bolehlah, aku ni sekolah rendah muka barai. Dah besar baru ada orang tempah pelamin."
Farah tiba-tiba gelak. Fathin pula turut sama tersenyum.
Fathin memberhentikan kenderaannya. Jem panjang di hadapannya. Dari jauh nampak macam ada orang excident.
"Macam excident je. Excident ke roadblock?" Soal Fathin hairan.
"Tak tahu. Apa-apa pun masuk kiri dulu. Aku nak tengok kalau betul excident. Manalah tahu andainya kawan kita yang excident"
"Perlu ke berhenti? Dah pukul 8 malam ni. Aku nak balik tidur "
"Berhenti je dulu "
"Yelah, yelah "
Dengan keadaan jalan yang terlalu padat dan sesak, Fathin memandu keretanya ke kiri. Semata-mata mahu lihat orang yang excident. Dan yah, semakin mereka ke depan, mereka dapat lihat sebuah kereta dan sebuah motor telah hancur berkecai dan terdapat mayat yang bergelimpangan atas jalan. Ada seorang lelaki tua yang patah kaki kanannya. Dapat dilihat kaki kanannya terlipat ke belakang. Dan berada di hujung longkang, terdapat sekumpulan lelaki dan wanita mengerumuni seseorang.
"Jom tgk"
__________________
Aku merenung macaroons yang tersusun di atas pinggan itu. Aku buat banyak sangat, aku dah beri 20 biji kepada Qabil tadi dan 2 potong kek.
Aku telah makan 12 biji macaroons. Sekarang tinggal 64 biji macaroons. Kek pula aku beri pada Nadrah. Aku simpan dalam peti di biliknya.
Nadrah tak makan macaroons, takkan nak paksa? Muntah nnti aku yang kena kemas.
"Eyya termenung?" ain menegur lembut sambil tangannya menuang susu ke dalam cawan.
"Kau nampak aku tengah study?"
Ain sengih. "Mimpikan Qabil?"
"Ya."
"Tadi Qabil baru je datang, dah rindu?"
"Bukan. Aku teringat dekat Nadrah. Dia tak makan macaroon"
"Yeke? Mana Eyya tahu? " Ain berkerut. Dia menutup botol susu itu dan dimasukkan ke dalam peti.
"Dia pernah bagitahu. Kalaulah dia dijumpai secepat mungkin, mesti best"
"Tulah, siapalah yang culik Nadrah" Ain menggeleng. Ain mengelap mulutnya yang comot dek susu. Macam budak kecil.
Ya, ada tersebarnya video terakhir Nadrah di CCTV. Ada seorng lelaki berpakaian serba hitam dan memukul kepala Nadrah sebelum dia pengsan dan dibawa ke sini. Semua bukti aku hapuskan.
Yang penting, aku tidak akan buat kerja ni seorang diri.
____________________
10 years ago,
Aku ditolak oleh Nik, rakan kelas sebelah untuk duduk di hadapan sekali. Di sebelah Nadrah. Nadrah ialah seorang pengawas, dan dia sengaja menolak aku ke bahagian pengawas.
Waktu ini, Nadrah sudah tahu yang aku menyukainya namun dia sedikit pun tidak tegur aku dan aku tidak berani menegurnya.
Namun hari ni berbeza, disebabkan hari ni ada program, semua murid kena duduk di dataran dan dengar cikgu berucap.
Program berlangsung sangat lama hingga aku berulang kali pusing ke belakang untuk berbual dengan kawan-kawan. Nadrah tiada kawan disisinya untuk berbual jadi dia hanya diam membisu.
TUP!
Entah bagaimana aku mahu membetulkan kedudukan, tiba-tiba aku terjatuh dan terlanggar Nadrah.
"Ah, sorry!"
Nadrah tidak membalas dan tidak bereaksi. Dia hanya mengangguk dan pandang ke depan semula.
Aku berkerut. Sombongnya.
"Awak, sikit Air"
Nadrah mengangguk lagi. Budak ni bisu ke apa? Aku diam. Mengambil botol Air Tupperware kuning merah di sebelahnya. Aku kenal botol ni. Dia bawa botol sama sejak dia tingkatan 1.
GLUP!
Aku tersenyum bangga. Yah, berjaya minum Air crush sendiri. Namun belum sempat aku mahu menutup botol itu kembali, Nik tiba-tiba terjatuh atas aku dan aku terlanggar Nadrah sehingga Air yang dipegang tumpah ke atas badan kami berdua.
"NIK!"
Nik sengih namun dalam hatinya, hanya Tuhan saja yang tahu bertapa nervousnya ia.
***
Aku duduk merenung Nadrah yang sedang tidur atas katil. Badannya semakin kurus namun tidak terlalu ketara. Perilakunya seperti orang lain, rutin hariannya seperti orang lain cuma dia dikurung dan diseksa disini. Apabila badannya luka, dia tidak akan mandi dan tunggu hingga lukanya semakin okey baru dia mandi.
Teringat kejadian sewaktu Air tumpah di badan aku dan dia. Masa itu sumpah dia langsung tak pandang aku. Bila terjumpa pun dia langsung tak pandang sekilas. Ain pernah cakap dulu..
"Nadrah memang begitu. Hai je dekat dia, nnti dia hai balik"
Haih. Iman aku lemah. Sedikit pun aku tidak mahu mengingat kembali peristiwa itu.
Aku merapati Nadrah. Disebabkan terlalu stress dengan kisah lalu, aku memukulnya dengan paip getah. Badannya luka-luka dan dia terjerit-jerit sakit namun tiada sesiapa yang mendengar.
Aku belum ubat dia lagi. Med Kit yang baru masih belum dibuka di atas meja.
TUM!
Aku menghantukkan kepala sendiri ke dinding dengan kuat. Disebabkan hentakan yang terlampau kuat, ada sedikit darah yang mengalir dan kepala aku berdenyut-denyut. Perlahan-lahan, mata aku terpejam rapat.
______________
Aku bangun. Cahaya dari tingkap kecil itu menandakan sekarang adalah waktu pagi.
Bangun-bangun sahaja, kepala aku dialas dengan bantal. Kelihatan Nadrah yang sedang makan kek aku buat.
"Urghh... "Aku menyentuh kepala. Sakitnya Ya Allah.
"sekarang pukul berapa?"
"12 tengahari" Ujar Nadrah berpandukan Jam dinding yang dipasang.
"Urgh.. "Aku menggoyangkan kepala. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.
"Aku nak keluar, beli makan"
Nadrah hanya mengangguk. Dia meneruskan suapan kek nya.
"Ada nak kirim?"
"Nasi"
Aku kaku seketika. Nasi? Tak pernah-pernah dia minta nasi.
"Kau memang taknak mati"
"Life must go on. Ouh, semalam awak hentak kepala dekat dinding hingga berdarah, saya dah letak ubat dekat kepala awak pagi tadi tapi awak masih tak bangun. Nak panggil ambulans takde telefon jadi saya rawat sendiri bila tahu awak masih bernafas"
"Med Kit dekat luar kan?"
"Ada med Kit lama bawah katil"
Aku berdiri. Mengangguk faham.
Aku membuka pintu bilik.
"Thanks and sorry semalam."
"Takpe"
Aku senyap. Aku memandang di tepi almari kecil itu, terdapat sehelai sejadah dan telekung. Nampaknya tidak terusik langsung.
"Kenapa tak solat subuh?"
"Cuti"
"Ouh, well okeyh" Aku keluar dari bilik lalu menutup pintu biliknya.
"Pad habis! Beli lagi satu! " Jeritnya dari dalam bilik.
"Ya! Sabar, aku mandi pun belum! " Marah aku lalu terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik Air.
By Eyya Dhyna