Loceng sudah berbunyi .... Arif dan Khai keluar daripada kelas pada masa Cikgu Shira belum masuk ke kelas . Khai dan Arif satu kelas yang sama. "Kite nak pergi mane ni?" tanye Arif kepada Khai sambil mereka sedang menuruni tangga . "Koperasi la jom , aku malas la nak masuk kelas , kerja sekolah aku belum siap" Jawab Khai dan mempelawa Arif untuk memonteng masa Cikgu Shira . Koperasi sekolah mereka terletak di tingkat 2 , satu blog dengan kelas mereka yang berada pada tingkat 4 . Sedang mereka menuruni tangga ke tingkat 2 , tiba² kelihatan bayangan Cikgu Shira sedang naik tangga . Khai menarik Arif dan menyorok disebalik tembok di kaki lima tingkat 3 . Kelihatan Cikgu Shira berhenti kerana terserempak dengan Cikgu Daud Cikgu disiplin sekolah mereka , mereka berdua pun bersembang sebentar ditangga . Habis sahaja mereka bersembang Cikgu Daud ingin naik ke tingkat 5 untuk memasuki kelas '5 AKHLAK' . Arif dan Khai lari menuju ke tangga lagi satu dibahagian hujung bagunan . Langkah mereka dihentikan apabila mendengar suara teriak memanggil mereka "KHAIRUL!!! , ARIF!!!....JANGAN LARI!!!". Jeritan itu datang daripada Cikgu Daud yang sempat melihat mereka sebelum mereka menyorok disebalik tembok . Arif dan Khai pusing ke belakang dan melihat Cikgu Daud sedang memanggil mereka menggunakan isyarat tangan dengan muka yang bengis . Mereka perlahan-lahan melangkah menghampiri Cikgu Daud . "Aduuu ape la nasib kite". Bisik Khai dalam keadaan gelisah . "Kau la ni ajak aku". Bisik Arif . "Cikgu Daud." Panggilan itu datang daripada Haikal yang bergegas ke Cikgu Daud . "Kamu nak ape Haikal?" Soal Cikgu Daud . "Ade budak tengah panjat pagar belakang sekolah , dorang nak ponteng sekolah tu". Jelas Haikal dengan keadaan yang tercungap-cungap . "Haih dorang ni nak kene". Kata Cikgu Daud dan terus tinggalkan Arif dan Khai . Arif melihat muka Haikal sambil tersenyum . "Betul ke ade orang nak serong sekolah?" Soal Khai kepada Haikal . " Hahah tak de la aku tipu je , dah jom lari sebelum Cikgu Daud datang balik." Kata Haikal yang tersengih . Arif memeluk Haikal dan berkata "Maseh do Kal , Sayang kau do". Haikal hanya tersenyum . "Dah jom la ke koperasi." Kate Khai . Mereka bertiga menuruni tangga menuju ke koperasi yang berada di tingkat 2 . Sedang mereka membeli makanan , tiba² Ikram datang ke koperasi dengan keadaan yang tergesa-gesa . Ikram adalah kawan rapat Haikal kerana mereka sama² pengawas . "Asal Ikram?" kata Haikal dengan risau . Ikram berjalan menuju ke Haikal dan berbisik "Cikgu Daud OTW sini" . Haikal gelabah dan cuba tenangkan diri . Haikal menyuruh Ikram mengalihkan perhatian makcik yang menjaga koperasi itu supaya mereka boleh menyorok didalam koperasi tersebut. Ikram pun melakukan apa yang disuruh oleh Haikal kerana mereka berkawan baik . Haikal mendorong Arif dan Khai masuk ke dalam suatu bilik pekerja koperasi berehat untuk sembunyi . Haikal menutup dan mengunci pintu itu dan berkata "Cikgu Daud datang sini , kita nyorok sini je" .
--
Keadaan menjadi kelam kabut . Arif cuba untuk menahan pintu bilik koperasi yang tidak sempat ditutup rapat kerana dirempuh oleh zombi . Airel datang dan cube membantu Arif dengan mengeluarkan pisau pada poket seluarnya dan menikam kepala dan tangan zombi yang cuba untuk merempuh masuk itu . Airel tikam berkali-kali sehingga pintu boleh ditutup rapat . "Fuhh nasib baik kite selamat" Kata Arif yang keletihan . "Nasib baik" Airel mengalihkan almari menutupi pintu bilik koperasi itu . "Haih susahnya lah Haikal ni sikit² pengsan, sikit² pengsan" keluh Dani . "Kalau tak boleh tolong cakap , biar aku dukung dia je tadi" Kata² tegas daripada Arif yang membuat Dani rasa bersalah . Arif datang menghampiri Haikal yang sedang pengsan di atas sofa di dalam bilik tersebut. Arif melihat wajah Haikal yang pengsan dan berkata "Aku banyak terhutang budi dekat dia ni dulu , kau ape tahu?". Arif tujukan kepada Dani . Dani terdiam dan berasa bersalah lalu berkata "Sorrt Rif , aku okay je cuma tadi aku terlalu takut." Jelas Dani dalam nada rasa bersalah . Dani menundukkan kepalanya dan menangis apabila melihat Arif yang juga sedang menangis dibahu Haikal yang pengsan diatas sofa. Arif duduk dilantai dan menyandarkan kepalanya ke bahu Haikal dan menangis "Aku rindu kau Kal , 3 tahun kau hilang dan sekarang kau ada dengan aku tapi kau tak dapat ingat siapa aku ". Airel yang melihat mereka menangis juga turut berkaca . "Maafkan aku Arif , kalau bukan sebab Idea bodoh aku pasti lori penjenayah tidak berlanggar dengan kereta Haikal 3 tahun lepas".Kata² yang bersuara didalam hati Airel . Airel terduduk disebelah almari dan melihat Arif yang sedang menangis di bahu Haikal . "Kuatnya friendship dorang ni" kata Airel kepada dirinya sendiri.
-------
"Idea ape yang kau bagi ni , membahayakan orang lain bodoh!!". Bangkang Sarjan Razlan dengan keras di dalam suatu meeting pada petang hari . "Tapi pada masa tersebut jam 12 pagi , saya juga sudah periksa jalan itu jarang ada kereta yang lalu". Jelas Koperal Airel dengan tenang dan terus mempertahankan ideanya . "Sudah lah Razlan , beri peluang kepada Koperal Airel untuk membuat perancangan , kerana dia sudah siasat kes ini , dia juga undercover , so kite serahkan kepada dia". Kata Inspektor Wahab yang menyokong idea Airel . Malam pun sudah tiba mereka pun teruskan menjalankan perancangan Airel untuk memerangkap penjenayah sindiket dadah yang telah mereka sisasat selama seminggu . Di dalam kereta Sarjan Razlan memandu dan ditempat duduk belakang ialah Koperal Airel menuju ke markas penjenayah itu . Tiba sahaja berhampiran dengan markas tersebut Razlan menurunkan Airel . "Hati², apa² jadi, ini semua idea kau". Kata Sarjan Razlan dengan muka tidak puas hati langsung tidak memandang Airel . "Aku cuba yang terbaik Lan". Kata Airel sambil keluar daripada kereta . "Sarjan Razlan , kau tak boleh suka² panggil aku ikut suka hati mak bapak kau je". Tegas Sarjan Razlan dan terus bergerak menuju ke tempat yang di rancang dan bersembunyi . "Haih Lan² aku kecewa dengan kau , dulu kite same pangkat kau kawan aku , sekarang kau tinggi pangkat kau terus mendongak ke langit." Kata Airel kepada dirinya sebelum dia pergi ke dalam markas .
-------#
Haikal sedang memandu kereta dan di tempat duduk belakang ialah mak ayahnya . "Dia dapat ke jadi penyanyi tu?". Tanya bapa Haikal kepada Haikal . "Dia dapat yah , Haikal bangga sangat.. tak sabar nak jumpa dia dan bagi dia hadiah ni". Jawab Haikal . Telefon Haikal berbunyi. "Kal , siape telefon tu?" . Soal mak Haikal apabila melihat Haikal tidak mengangkat panggilan yang masuk itu . Haikal ambil telefon nya dan melihat nama Arif yang menelefonnya . "Haha nanti la Haikal sengaja tak jawab nak buat suprise". Jelas Haikal sambil tersengih-sengih sambil menutup panggilan tersebut. "Tak baik, sekurang-kurangnya mesej atau bagitahu sesuatu dekat dia". Kata mak Haikal . Haikal pun cuba menaip mesej menggunakan tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang stearing kereta . "Haikal bagitahu dia , Haikal tak dapat datang sebab Haikal betul² nak buat suprise ni". Kata Haikal sambil menghantar mesejnya itu . "Kenapa lori ni mabuk ke!?". Kata Haikal dengan cemas sambil melihat lori dihadapannya hilang kawalan. Haikal cuba untuk mengelak tapi tidak sempat kerana tangan kanannya masih memegang fhone . Akhirnya kereta Haikal dan lori itu saling merempuh. Kepala Haikal sakit selepas itu dan agak lemah pada waktu itu . Haikal meronta kerana kepalanya cedera . Haikal pengsan dan tidak sadarkan diri selepas itu .
-
Haikal mula tersedar dan melihat sekeliling , kepala Haikal masih sakit tetapi Haikal cuba bangun daripada baring . Haikal melihat Arif yang sedang tidur dalam keadaan bersila dan kepalanya baring di sofa yang ditidurkan Haikal tadi ."Arif , kenapa aku tak ingat siapa kau?". Soal Haikal sambil mengusap kepala Arif yang sedang tidur. "Aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak ingat siapa kau". Airmata Haikal pun mengalir . "Haikal"di suatu ruangan yang gelap terdapat suara yang menegur Haikal . Haikal memandang sekeliling dan melihat tiada sesiapa pun disekitarnya apabila pandangan Haikal kembali pada Arif . Haikal hairan terdapat kesan gigitan pada bahu sebelah kanan Arif . Haikal cuba untuk memegang bahu Arif tetapi belum sempat Haikal menyentuh bahu Arif tangan Haikal sudah digigit oleh Arif . Haikal terkejut melihat muka Arif seperti zombi . Haikal menjerit ketakutan .
Haikal terjaga dalam keadaan yang cemas dan berpeluh sambil menjerit . "Haikal kau ok tak?". Soal Arif yang juga terjaga selepas mendengar Haikal menjerit . Haikal melihat sekeliling dan melihat Dani , Arif dan Airel dihadapannya . "Mimpi rupanya". kata Haikal sambil mengelap peluhnya. "Lama betul kau pengsan , malam tadi kau tak bangun pun." Jelas Dani . Haikal terkejut apabila dapat tahu yang dia tidak sedarkan diri daripada semalam . Haikal sedar yang dia di dalam sesuatu ruangan yang dia pernah masuk sebelum ini . " Kite dekat mane ni?". Soal Haikal . "Kita dekat tempat di mana dulu kau pernah bawa aku dan Khai masuk untuk lari daripada Cikgu Daud". Jelas Arif . Haikal keliru dan bertanya "Siapa Cikgu Daud? dan siapa Khai?". Kepala Haikal mula berdenyut kembali , Haikal memegang dan mengurut kepalanya yang sakit itu makin lama kepalanya semakin sakit dan Haikal mulai meronta , Arif dengan pantasnya menutup mulut Haikal sebelum Haikal mengerang dengan kuat. Dan akhirnya Haikal pengsan untuk kali kedua . "Aku rasa kau kene berhenti ingatkan dia pasal masa silam dia".Kata Airel yang sedang mencari makanan di dalam bilik koperasi itu . "Hmm aku cuma nak dia ingat siapa aku , itu je." Kata Arif dengan nada suara sayu dan melihat Haikal yang sedang pengsan.