Chereads / SAHABAT : Antidot / Chapter 8 - EPs 8 : Markas Saintis

Chapter 8 - EPs 8 : Markas Saintis

Arif membuka matanya , dia sedar suasana sudah pun pagi . "Ha Arif bangun pun kau". Kata Dani yang duduk di kerusi hadapan . "Apa yang berlaku?". Soal Arif yang keliru , Arif mula rasakan sakit dikepalanya dan tidak larat untuk mengangkat kepala . Arif sedar yang dia di tempat duduk belakang dalam suatu Van sekolah . Kepala Arif di atas riba Airel . Arif baru sedar yang dia baring di atas riba Airel . Airel melihatnya dan berkata "Dah baring , kau tadi terhantuk dekat pagar masa kita nak keluar daripada sekolah tu dalam keadaan tergesa-gesa". Jelas Airel . Arif mula hairan dan bertanya "Van sape kite naik ni?." . "Van Pakcik Nak". Suara itu datang daripada tempat pemandu Van itu. Kelihatan seorang Pakcik yang berumur likungan 45 tahun sedang memandu van yang dinaiki nya. Arif melihat sekeliling dan tiada Haikal di dalam van itu. Arif mengangkat kepalanya dan bertanya dengan penuh panik . "Mane Haikal?". Pertanyaan Arif itu disahut . "Aku dekat sinilah ".Suara itu datang daripada tempat duduk belakang van itu . Arif bangun dari riba Haikal untuk melihatnya dan kelihatan Haikal sedang menidurkan seorang budak yang berusia 7 tahun di atas ribanya dan kelihatan disebelahnya seorang wanita yang sebaya dengannya sedang tidur , muka wanita tersebut kelihatan seperti Arif mengenalinya . Tetapi Arif malas untuk berfikir dengan kepalanya yang masih sakit . "Kau ni risau sangat pasal aku." kata Haikal yang tersengih sambil memandang Arif . Arif tersenyum dan melihat wajah Haikal dengan mata yang ingin berkaca dan berkata "Giler tak risau , Kau kan abang aku." Jelas Arif dan mengalihkan padangannya dan mengelap airmatanya . Airel menepuk badan Haikal untuk memujuknya . "Dah² dia semakin pulih jangan sedih."Kata Airel . "Kita dah nak sampai". Kata Dani . "Sampai? kemana?" Soal Arif . "Markas Saintis Pakcik kau". Sahut Haikal . "Buat apa kita kesini?" Soal Arif lagi. "Pak Cik daripada Berita semasa dan pak cik ada terbaca pesanan yang di hantar daripada seorang saintis semasa virus Z ni merebak ." Jelas Pak Cik yang memandu itu . "Sekarang kita kene ke markas tempat saintis itu bekerja, Dia ada mentioned nama Dr Fadhil iaitu pak cik Ikram so sebab itu lah kite kesana , mana tahu dia di sana ." Tambah Airel yang membaca pesanan itu setelah ditunjuk oleh Pakcik yang memandu itu. "Mana kau tahu?." Soal Arif kepada Airel . "Kau pengsan ape kau tahu haha lepas langgar pagar tu kau terus pengsan , nasib baik Airel dengan Haikal bergegas angkat kau , dan nasib baik kebetulan van pak cik ni lalu dan berhenti kasi kitorang tumpang." Jelas Dani . "Masa naik tu Pakcik ni dah cerita ke mana hala tuju nya nasib baik ada hala tuju😅 kalau x pisyang." sambung Haikal . Arif sekali lagi tersengih apabila mendengar Haikal berbicara .

--------

"Nasib baik kite ade tujuan sampai sini kalau xde tujuan ha pisyang😅". Kata Haikal kepada Arif dan Khai di taman permainan yang mereka selalu datang jika ingin melepak . "Pisyang bhai haha". Ajuk Arif dengan kata Haikal .

----------

"Mane markas tu ?" Kata seorang lelaki yang sedang memandu kepada Ikram di dalam sebuah kereta yang mereka naiki. "Lepas ni belok kiri." Jawab Ikram . "Kan kalau macam ni kan senang x de la kitorang kejar² kau satu sekolah." Kata Seorang lagi lelaki di sebelah tempat duduk pemandu . "Dah kalau korang kejar aku pakai parang memang aku lari la , aku ingatkan penyamun."Jelas Ikram kepada dua orang lelaki yang berada di tempat duduk hadapan . "Kitorang ni ikut kau memang nak samun tapi dah kalau dunia dah macam ni dah xde hasil dah samun tu baik kitorang tolong kau buat penawar , nasib baik kau ni saintis." Kata lelaki yang memandu kereta itu . "Btw sekolah tu sekolah korang ke?." Soal Ikram . "Haah sekolah kitorang ". Jawab lelaki yang memandu itu lagi . "Weh Khai kau sedar tak yang kita nampak masa kita nak turun tangga dekat sekolah tadi?". Soal lelaki yang memandu itu kepada kawannya yang duduk disebelahnya . "Ye do manusia do , mesti dorang nak lari keluar dari sekolah tu banyak sangat zombi , tapi dorang berani lah sebab serbu ikut pintu depan , harap dorang selamatlah." Jawab Alif kawan kepada lelaki yang memandu kereta itu , Khai . "Tapi en muka dorang ada iras² Danial , Haikal dengan Arif en?" Soal Alif kepada Khai . "Haah aku adalah jugak perasan , tapi aku rasa bukan kot" . Jawab Khai . Perbualan mereka didengari oleh Ikram yang sedang duduk dibelakang , Ikram terdiam dan cuba mengingat sesuatu . 'macam aku kenal dorang ni' kata Ikram didalam hatinya . Tiba² kereta mereka memasuki suatu kawasan yang sempit sebelum sampai ke Markas Dr Fadhil . Mereka memperlahankan kenderaan sebab terdapat banyak zombi dikawasan itu . "Kekalkan perlahan zombi² tu tak bijak pada waktu pagi jadi mereka takkan sedar kita didalam ini , kalau boleh jangan langgar mereka." Jelas Ikram . Kereta mereka bergerak perlahan , tiba² ada seekor zombi yang sedang melintas di hadapan kereta mereka . Khai memberhentikan kereta dan memberi laluan untuk zombi itu lalu . Sambil² itu Ikram melihat sekeliling zombi² itu sedang berkeliaran dikawasan kedai² dan lorong kecil di kawasan itu . Tiba² pintu kereta mereka diketuk , mereka semua terkejut melihat seorang gadis memaki baju sekolah dengan keadaan yang cemas mengetuk pintu belakang kereta yang mereka naiki . Ikram membuka pintu kereta itu perlahan-lahan dan memberi gadis itu masuk . " Terima Kasih bang , nasib baik abang² ada kalau tak naya saya ." Kata gadis itu . "Sape nama awak? " Soalan Alif kepada gadis itu . "Nama Saya Qaisara ,Tolong saya abang saya dah kena gigit". Jelas gadis itu . Mereka semua terkejut dan melihat bekas luka pada tangan Qaisara . "Eh ni bukan kesan gigitan dik , ni bekar cakaran ". Jelas Ikram . "Budak ni nanti akan tukar jadi zombi ke Ikram?". Soal Khai . "Hmm adik ada terkena gigit betul² ke?". Soal Ikram . "Ni bekas cakaran ye? sebab saya ingatkan saya kene gigit , sebab saya dapat luka ni masa saya cuba pertahankan mak saya daripada diserang zombi² tu , tau² tangan saya dah luka". Jelas Qaisara . "Mak adik diserang? dimana?." Soal Khai kepada budak itu dengan nada prihatin . "Semalam kami diserang di kedai kami , dihujung kawasan kedai ni , saya dan mak saya dah menyorok tapi akhirnya zombi tu dapat jumpa kami , Sekarang mak saya dah jadi zombi dah ". Jelas Qaisara sambil menangis . Alif yang berada di tempat duduk hadapan menghulurkan kotak tisu yang ada di dalam laci kereta itu dan memberikan kepada gadis itu . "Macam mana adik jumpa kereta kami?" Soal Alif sambil menghulurkan kotak tisu itu . Qaisara mengambil tisu itu dan mengelap airmatanya . "Saya ikut zombi mak saya , tibe² nampak kereta abang² lalu dan berhenti disini . Terima kasih abang² " . Jelas Qaisara . "Zombi mak adik dimana?" Soal Ikram lalu Qaisara menunjuk zombi yang baru saja habis melintas di depan kereta mereka . "Nasib baik kita tak langgar " Kata Khai . "Budak ni kene cakar aku tak pasti yang dia akan bertukar atau tidak , tapi dia dah bertahan satu hari dan dia tak bertukar so maknanya dia tak akan bertukar la sebab virus ni cepat merebak ,sekali gigit dalam beberape minit terus bertukar." Penjelasan Ikram.

------------

"Kita nak kena turun ke? tak nampak kereta pun takkan saintis tu tak ada kereta?". Soal Dani kepada mereka yang di dalam van bersamanya . "Hmm sunyi je dekat luar pintu masuk ni". Kata Pak Cik yang memandu van mereka daripada tadi . Mereka memberhentikan van di luar pintu pagar markas itu. "Haah la tak ade kereta langsung tempat parking pun kosong". Jelas Airel setelah melihat sekeliling dari dalam van itu . Wanita yang berada ditempat duduk belakang itu pun terjaga . "Haa bangun pun kau Sofea". Kata Pakcik Halim pemandu van yang mereka naiki dari tadi . "Oh dah bangun dah kau Arif?" Wanita itu terus menegur Arif setelah melihat dia sudah bangun . "Sofea? laa engkau!!" Kata Arif dengan nada terkejut. Sofea adalah kawan sekelas Arif yang pernah jatuh cinta dengan Arif tetapi Arif tolak kerana takut dirinya berubah kerana perempuan . "Budak ni anak kau ke?". Soal Arif lagi sekali dengan nada terkejut . "Haah lah ni anak aku dengan arwah suami aku." Jawab Sofea . "Kenapa dengan arwah suami kau?" Soal Arif lagi sekali . "Papa dah tak ada sebab kemalangan jalan raya". Jelas budak lelaki yang ada pada riba Haikal . "Dah Arif jangan tanya banyak² kesian budak ni aku baru berhentikan dia daripada nangis , masa mula² naik van ni Dani dah tanya soalan banyak kali dan budak ni nangis " . Jelas Haikal kepada Arif . Arif terdiam sejenak dan mula bersuara semula setelah beberapa detik . "Pakcik Halim kan?" Soal Arif kepada pakcik yang berada ditempat duduk pemandu . "Ye ,Arif pakcik bapa Sofea". Jawab Pakcik Halim . Arif terdiam lagi sekali dan berfikir untuk seketika . "Dah² so sekarang kite fikir macam mana nak masuk ke dalam dan jumpa dengan saintis tu ". potong Airel . "Ye je masuk dalam jumpa saintis tu dulu , kalau kita jumpa boss zombi tu tengah makan saintis tu , macam mane? takkan saintis tu terselamat daripada sini dalam tempoh masa 5 hari ni ". Persoalan Arif yang membuatkan semua terdiam dan berfikir termasuk pakcik Halim .