Ikram belari meninggalkan makmal uji kaji dan keluar daripada bangunan markas saintis itu . "Mahkluk ape tu sia?". Soal Ikram kepada dirinya sendiri . Kelihatan Ikram tercungap-cungap di dalam sebuah kereta miliknya . Tiba-tiba seekor mahkluk menempel di cermin pintu keretanya ,betul² ditepi Ikram , Ikram terperanjat dan gelabah mengunci semua pintu . Mahkluk itu kelihatan seperti ingin menyerang Ikram dengan menghentakkan tangan dan kepalanya kecermin kereta itu . Ikram dengan ketakutan menghidupkan keretanya dan terus pergi daripada tempat itu. Ikram sempat melihat belakang melalui cermin sisi keretanya , kelihatan banyak mahluk yang menakutkan keluar dan mulai berkeliaran daripada makmal saintis itu . "Kau bodoh , kau bodoh Raziq , aku dah kata Doktor tu giler ".
---
"Ikram aku betul² nak jadi volunteer ,Ikram please..."Rayu Raziq sambil memegang tangan Ikram menahannya sebelum Ikram ingin ke markas saintis . Ikram tak mampu nak kata tidak kerana ingin membantu abangnya melangsaikan hutangnya kepada along . Abang Ikram, Raziq sudah banyak meminjam duit daripada along dan tidak mampu membayar kesemuanya kembali , Ikram sudah kehabisan duit gajinya kerana bulan lepas sudah membantu Raziq membayar hutang tetapi masih tidak cukup . Dr Fadhil menawarkan RM 2.5 juta kepada sesiapa yang sudi menjadi volunteer dan Raziq tertarik dengan tawaran tersebut dan membincangkan hal itu dengan Ikram . Ikram tidak membenarkan Raziq menjadi tikus makmal Dr Fadhil kerana risikonya amat tinggi . Ayah Ikram dan Raziq baharu sahaja meninggal akibat kemalangan jalan raya dengan kereta 3 tahun lepas , Ibu mereka pula meninggal semasa ingin melahirkan dan lebih malang lagi kandungan dalam perut Ibu Ikram juga tidak dapat di selamatkan . Ikram tidak mahu kehilangan anggota keluarganya yang terakhir iaitu Raziq. Ikram berkeras dan meninggalkan Raziq , Ikram tidak perasan akan Raziq yang mengukitinya daripada belakang sehingga ke markas saintis Dr Fadhil . Tiba sahaja di sana Ikram mengeluarkan kad pengimbas untuk membuka pintu markas saintis tersebut . Apabila pintu terbuka ,Raziq lantas berlari kedalam dan mencari Dr Fadhil untuk menawarkan dirinya sebagai Volunteer . Ikram menepuk dahinya dan menjerit"Argh , Ikram kau ikut aku.?"
---
"Haihh , habis dah minyak aku " Keluh Ikram. Ikram memberhentikan keretanya berhampiran kawasan rumah yang terletak jauh daripada markas saintis Dr Fadhil . Ikram cuba berjalan untuk mencari tempat perlindungan . "Lambat laung pasti mahkluk² tu akan membiak sehingga kesini". kata Ikram kepada dirinya sambil melihat sekeliling . Langkah Ikram terhenti di bustop dan kelihatan ada sekolah di seberang bustop tersebut . Ikram memutuskan untuk memecah masuk sekolah tersebut . Pada malam yang sunyi , Ikram menyeberang jalan raya yang kosong. Semasa Ikram melintas , tiba² terdapat satu kereta lalu di jalan itu dan berhenti berhampiran Ikram . Ikram yang pada masa itu pun berhenti kehairanan melihat kereta itu berhenti berhampiran nya. Pintu kereta itu terbuka , Ikram melihat orang yang keluar daripada kereta itu memakai topeng penyamun dan memegang parang . Ikram terus bergegas menuju ke pintu pagar sekolah itu dan memanjatnya lalu memasuki kawasan sekolah , Ikram sempat melihat tiada guard yang berada di pondok guard di tepi pintu pagar di bahagian dalam . Ikram pun melajukan lariannya . Ikram menoleh ke belakang dan melihat dua orang penyamun sedang memanjat pintu pagar sekolah . Ikram menuju ke salah satu bangunan sekolah tersebut dan mencari tempat yang boleh dia pecah masuk . "Aduhh mane ni!?". keluh Ikram sambil gelabah cuba bukak setiap tombol pintu yang berada di tingkat bawah sekali . "woii!! sini kau!!". kedengaran penyamun itu bersuara penyamun itu baru sahaja sampai di bangunan yang sama dengan Ikram . Ikram terus berlari menuju ke tangga dan menuju ke tingkat 2 ,Ikram memeriksa setiap tombol pintu di tingkat itu dan berjaya membuka satu pintu . Ikram terus masuk dan tutup pintu itu lalu menguncinya . Dalam keadaan yang gelap , Ikram cuba untuk melihat suasana didalam bilik yang gelap itu dan Ikram tersedar yang dia berada di dalam sebuah perpustakaan . Pintu perpustakaan di ketuk dengan keras . "Kau bukak pintu ni sekarang sebelum kitorng pecahkan!! kitorang tahu kau dekat dalam!!". Kata salah sorang penyamun yang mengejar Ikram dari tadi. Pintu itu digegar , Ikram gelabah mencari tempat sembunyi , Ikram terjumpa satu bilik dibahagian hujung perpustakaan itu dan cuba untuk membuka tetapi pintu bilik itu berkunci , Ikram cuba memulas tombol pintu itu dan melanggar pintu itu menggunakan badannya dengan serentak . Pintu bilik itu terbuka , Ikram masuk ke bilik itu dan menguncinya . Ikram cuba menenangkan dirinya kerana Ikram sedang dalam keadaan yang tercungap-cungap dan mendengar pintu perpustakaan itu berjaya dibuka . "Jangan sembunyi kau takkan dapat lari dari kami". kata salah seorang penyamun itu sambil memeriksa bilik itu . Ikram tersedar yang dia berada di dalam bilik untuk pengawas perpustakaan . Ikram dapat melihat dalam gelap terdapat almari yang terletak di sebelah pintu itu. Ikram cuba menolak almari itu perlahan-lahan tanpa bunyi dan alihkan nya menutupi pintu itu . Almari itu terlalu berat , Ikram hanya dapat mengalihkannya sedikit sahaja dan menutupi tombol pintu itu . Ikram berhenti dan berfikir pintu ini ditolak kedalam untuk membuka nya jadi sudah cukup untuk menghalang mereka daripada memasuki bilik ini. Ikram pun terduduk di bersandar pada pintu bilik itu dan bertenang . Tiba² tombol pintu itu dipulas banyak kali tapi pintu itu terkunci . Ikram menahan nafasnya dan melihat keluar melalui celah dibahagian bawah pintu itu dan melihat dua orang penyamun itu dihadapan bilik Ikram . "Pintu ni kunci, dia tak boleh masuk ni". Kata seorang penyamun itu kepada rakan penyamun nya . Mereka pun keluar daripada perpustakaan tersebut. Ikram baring dibelakang pintu bilik itu dan lega yang penyamun itu tidak dapat masuk ke biliknya. Ikram tidak mahu keluar lagi daripada bilik itu kerana khawatir mereka tunggu Ikram diluar ataupun mereka masih berada dikawasan sekolah ini. Jadi Ikram memutuskan untuk berlindung di dalam bilik itu . Ikram berbaring dilantai dan membuka telefon pintarnya , Ikram membuka laman sosial media nya dan tiba² terjumpa satu video yang baru di upload 1 minit yang lepas , video tersebut daripada account Berita Semasa . Ikram terkejut mahkluk yang serupa dengan apa yang dinampaknya di markas saintis tadi menyerang orang awam di warung makanan berhampiran dengan markas itu , kelihatan mereka sangat liar dan ganas . Ikram menutup telefonnya dan tiba² jantungnya berdegup laju , Ikram membuka kembali telefon pintarnya dan menghantar pesanan kepada Berita Semasa. "Dr Fadhil dah cipta virus bernama virus Z , saya saintis Ikram saksi , saya akan cuba cari penawar untuk virus ni jadi semua pergi cari tempat yang selamat dan berlindung sementara saya akan cuba mencipta penawarnya". Mesej Ikram . Ikram kembali menutup telefonnya dan mencari jalan untuknya ke markas saintis itu semula dan mencipta penawar bagi virus Z ini.