Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

☆ Musafir Kasih, Layar Percintaan ☆

🇲🇾mamat6g
--
chs / week
--
NOT RATINGS
41.8k
Views
Synopsis
Zul, pelajar tahun 2 di sebuah IPT Awam dalam negara, ketua pasukan bagi pasukan ragbi kampusnya, anak kepada seorang kenamaan yang bergelar Datuk. Mulanya dia merasakan dengan duit, dia mampu mengekalkan perasaan cinta Ain terhadapnya. Segala kemewahan telah dicurahkan kepada yang tercinta, yang diharapkan sebagai pulangan hanyalah erti setia. Namun, cinta itu buta, ya benar, cinta telah membutakan mata Zul dan Ain dalam menentukan perjalanan cinta mereka berdua. Kesanggupan Ain berpaling tadah daripada Zul untuk menyambut semula tangan bekas kekasihnya menghitamkan segala dunia dan masa hadapan Zul. Senyuman yang selalu terukir di bibir kini hilang, manis di wajah kini suram, prestasinya di dalam pasukan ragbi dan sebagai ketua pasukan juga semakin kelam. Dunianya punah! Semangatnya musnah! Kesuraman itu lama-kelamaan dihembus berlalu oleh seorang bidadari utusan Tuhan, datang membawa secebis harapan. Harapan untuk Zul kembali mempercayai bahawa, semua orang berhak untuk bahagia....
VIEW MORE

Chapter 1 - Prologue

Kedengaran bunyi kerusi berhampiran meja kopi luar rumah ditarik perlahan, seretan antara kaki kerusi dan lantai seramik kesayangan Datin Zakiah menghasilkan pencemaran bunyi pertama yang memecahkan kesunyian pagi Ahad yang mana kebiasaannya dijadikan sebagai kesempatan para pekerja dan pelajar-pelajar mengganti kembali masa tidur mereka yang telah dibazirkan untuk ke pejabat dan sekolah.

Asap rokok dihembus keluar dari rongga mulut, dituruti dengan petikan jari di puntung untuk menanggalkan sisa rokok yang telah terbakar menjadi abu. Zul masih belum pasti apa yang mahu dilakukan hari itu, di dalam kepalanya penuh dengan perancangan yang dia rasakan perlu diselesaikan sebelum kembali ke kampusnya yang terletak di Jasin, Melaka jam 8.30 malam nanti. Rokok disedut lagi, asap dihembus tinggi ke udara ditambah dengan beberapa hembusan asap berbentuk 'O' ke arah hadapan.

Rutin hariannya yang damai itu kemudian dihancurkan dengan satu suara yang begitu familiar di telinganya. Datin Zakiah yang sejak tadi sudah bangkit dari tidur yang lena - kebiasaan bagi suri rumah, hari cuti akan dihabiskan dengan melakukan pelbagai kerja rumah sejak awal pagi lagi - perasan akan perbuatan anak terunanya itu, meninggi suara.

"Awal pagi kau dah telan rokok eh abang! Belum makan mandi apa lagi dah telan rokok dulu dah? Tak sayang body ke? Cuba lah bangun pagi tu siram pokok umi belakang rumah tu ke takpun buatkan sarapan adik adik kau ke ade lah jugak eloknya".

Zul yang sudah lali dengan 'ucapan selamat pagi' ibunya tersebut segera mematikan puntung rokok yang masih berbaki separuh, diketisnya puntung itu masuk ke dalam tong sampah lalu bangkit dengan segera masuk ke dalam rumah. Risau dia ibunya akan mula membebel tanpa henti jika dia tidak mengendahkan 'sapaan' itu dan terus merokok, pasti sampai ke malam dia akan dengar bebelan ibunya yang nyaring itu.

"Kau dah settlekan ke dengan dia?" Husna, kakak sulung Zul yang entah dari mana datangnya berdiri tercegat di sebelah Zul, bertanya dengan riak muka yang langsung tak memberikan gambaran bahawa dia sedang bergurau.

"Ye nanti lah aku cakap kat betina tu, ws je pun bukan kena hantar surat rasmi siak" balas Zul sambil berlalu terus ke dapur.

"Aku nak harini jugak kau settlekan, takpayah nak fikir dah pasal betina tu" kuat kalini kata-kata yang keluar daripada mulut Husna. Datin Zakiah hanya memandang kedua anaknya itu dengan pandangan kosong, nafas dihela.

"Haih cepatlaa selesai, tak sanggup lagi dah tengok".