Chapter 9 - Bab 8

"So, how's the movie?" tanya Zul kepada Ain sambil menahan pintu keluar panggung wayang itu untuk gadis pujaannya melangkah keluar.

"Tak seram pun, dua kali saya tertidur tadi" Ain berseloroh.

"Serious la? Hahahaha saya tengok sampai habis kot, tah berapa kali tah terjerit-jerit tadi, awak kena belajar enjoy movie la Ain" Zul mencapai tangan Ain sambil berjalan melalui laluan keluar dari panggung wayang itu. Tangan Ain digenggam erat.

Ain terkejut dengan tindakan Zul tersebut namun dia membiarkan sahaja. Fikirannya bingung, "Are we officially dating?" Ain memutarkan persoalan tersebut beberapa kali dalam kepalanya. Namun dia segera memutuskan untuk tidak terlalu mengendahkannya dan dia menggenggam tangan zul dengan lebih erat. "Just follow the flow Ain" suara hatinya menerjah pendengaran.

"So where's next? Awak ada nak pergi mana mana tak?" Zul membuka peluang kepada Ain menentukan aktiviti seterusnya kerana dia sendiri tidak tahu ke mana lagi perlu pergi - perkara biasa bagi mereka yang sudah lama single, jadi 'lost' tak tahu nak buat apa -

"Awak betul nak saya decide kita buat apa lepasni?" Ain mengangkat sebelah keningnya sambil melemparkan satu senyuman sinis kepada Zul.

"Err what's with that smile hahaha yeah you pilih lah nakgi mana" Zul mula rasa tak sedap hati, dia mula terbau-bau satu malapetaka akan datang.

"Okay then, jom. I nak masuk Watson's" Ain berjalan pergi meninggalkan Zul di belakang. Zul tercengang. Dia mula sedar apa yang bakal dia hadapi selepas ini. Penyesalan mula mekar dalam diri kerana memberi Ain peluang itu tadi.

"Ahh shit.." Zul mengeluh sambil menuruti langkahan Ain.

"YA ALLAAAAH DAH SETENGAH JAM WEY DAH SETENGAH JAM KAU BELEK APA LAGI LAMA LAMA DALAM TUU POMPUAAAAN!!" Zul menekup wajahnya, keluhan yang amat berat keluar dari dalam hatinya. Sudah setengah jam dia duduk di kerusi berhadapan dengan Watson's itu namun kelibat Ain masih tidak kelihatan.

"Lagi 5 minit tak keluar, aku masuk. Gentle!" Zul nekad. Lagi dibiar, makin lama lah dia terpaksa mereput di kerusi itu. Tahap kesabarannya sudah mencapai had. Jam tangan dijeling, sesaat demi sesaat yang berlalu dirasakan terlalu lama baginya. Dia berdiri, berjalan masuk ke dalam Watson's untuk mencari Ain.

Dia melalui setiap lorong yang ada di dalam kedai tersebut, kepalanya sekejap menjengah ke kanan, sekejap ke kiri, bayang-bayang Ain masih tidak kelihatan. Sehinggalah Zul sampai ke satu bahagian alat solek, dia ternampak satu susuk tubuh yang sedang mencangkung di hadapan puluhan jenis lipstick berjenama. Akhirnya Zul menjumpai Ain, dia melangkah ke sebelah Ain lalu turut mencangkung di sebelahnya.

"Awak, dah setengah jam awak masuk tak keluar-keluar, awak cari apa sebenarnya?" Tanya Zul.

"Eh awak, sejak bila ada kat sebelah saya ni. Saya cari lipstick haa" Jawab Ain.

"Lipstick? Ni bukan lipstick ke semua ni?" Zul mula bingung.

Ain mencalitkan beberapa sample lipstick ke lengan Zul. Selepas menutup kembali dengan penutup, Ain memandang mata Zul..

"Saya tengah cari warna merah yang sesuai dengan saya.. tapi tiga-tiga ni hampir sama bingung saya.." Seloroh Ain..

"Awak cari warna merah???" Zul sudah tercengang.

"WATAFAAK WEH YANG KAT LENGAN AKU NI SEMUA MERAH LA HANAT" laung Zul dalam hati.

"Ain, yang kat tangan saya ni kan semuanya merah, kenapa tak ambik je?"

"Tak.. tak sama wak.. yang ni Blue Red, yang ni pulak Cherry Red, yang tu pulak Burnt Red.. Saya nak yang Wine Red hurmm" Ain membuat memek muka sedih.

"Astaghfirullahalazim.. biar betul perempuan ni" bisik hati Zul seakan tidak percaya dengan apa dia dengar sebentar tadi. Hampir dia duduk bersila di situ.

"Kalau macam tu kita cari tempat lain lah awak, lain kali ke. Kedai lain mesti ada tu awak jangan risau kay"

"Dah la jom kita cari makan. Tunggu awak tadi punya lama buat saya lapar haha" bingkas Zul mencapai tangan Ain memapahnya berdiri. Kemudian tangan itu digenggam sebelum Zul menariknya mengikuti langkahan keluar daripada farmasi tersebut.