Chapter 8 - Bab 7

Kad pintar 'TouchNGo' dilalukan pada pengimbas kad di pintu masuk kawasan parkir Dataran Pahlawan. Zul menyelitkan semula kad tersebut ke dalam beg duitnya lalu menekan pedal minyak untuk memulakan misi mencari parkir yang kosong.

Keadaan agak sesak di dalam kawasan parkir itu dek kerana ramainya pengunjung yang terdiri daripada keluarga dan golongan remaja yang berhajat untuk meluangkan masa mereka dengan melakukan aktiviti santai dan membeli-belah.

Setelah dalam lebih kurang 10 minit mencari, barulah Zul nampak ada satu parkir yang kosong. Parkir itu terletak agak jauh daripada pintu lobi utama Dataran Pahlawan dan suasanya agak kelam kerana beberapa lampu di kawasan tersebut sudah pun mengalami kerosakan.

"Takde pilihan lain la ek, kita terpaksa jalan jauh sikit la eh Ain. Ni je parking yang ada haha" Zul berseloroh kepada Ain ketika memulas 'steering' kereta memasuki kotak parkir dengan sempurna, menyerlahkan kemahiran memandunya yang tinggi.

"Alaa jauh sangat ke, malas la nak jalan jauh-jauh ni, sayang tau lemak lemak saya ni hurmmm" Ain memuncungkan mulut dan menarik muka, mula mengeluarkan perangainya yang gedik dan manja.

"Hahaha ala sikit je la tak bergerak pun lemak-lemak tu, jom jom" Zul rasa tercuit hati dengan rungutan Ain tadi, tetapi dia tidak terlalu mengambil peduli kerana dia tahu Ain hanya ingin menggedik dengannya. Dia terus membuka pintu lalu keluar daripada keretanya, melangkah ke arah pintu Ain. Pintu untuk Ain dibuka.

"Awaaak malas laa nak jalan ermm dukung saya boleh?" Ain mengangkat kedua tangan meminta Zul mendukungnya ke lobi utama.

"Amboi amboi haha awak tu berat tau, kang tak sampai lobi utama tengah tengah jalan tu kita dua dah meniarap atas lantai hahaha dah la cepat la Ain yang gedik" Zul mencapai tangan Ain membantunya keluar dari kereta.

Pintu ditutup sebelum butang kunci ditekan. Zul memandang muka Ain yang mencebik, "Hahaha manja, dah dah jom lah alaa dekat je tu" Zul melangkah ke arah lobi utama meninggalkan Ain yang masih berdiri di hadapan kereta, mencebik.

"Eeeeee awaaaak kejap laaa jahat tauu" Ain yang sedar Zul sudah mula meninggalkannya terus berlari mengejar langkahan Zul.

"Hai, Pengabdi Setan for two please?" Zul meminta kepada penjaga kaunter di Golden Screen Cinemas yang semenjak tadi tidak pernah lekang dengan senyuman.

"Pengabdi Setan for two ye okay baik, nak couple seat ke biasa encik?" Penjaga kaunter tersebut bertanya kepada Zul.

Zul memandang sebentar ke dalam mata Ain, lalu tanpa sebarang kata-kata dia menoleh kembali kepada penjaga kaunter tersebut, "Couple seat, A01 dan A02 tu ye" Zul menunjukkan pada skrin kepada penjaga kaunter itu tempat duduk mana yang dia inginkan.

"Okay encik, Pengabdi Setan for two couple seat dengan combo makanan ye semua sekali RM57.60" Zul menghulurkan not RM100 kepada penjaga kaunter tersebut, disambut dengan kedua-dua belah tangan dan senyuman di bibir, lalu dipulangkan kembali baki RM42.40 bersama dengan resit dan tiket.

"Selamat menontot ye encik, terima kasih dan datang lagi" Zul dan Ain kemudian bergerak ke kaunter makanan dan minuman untuk menebus set makanan yang dipesan oleh mereka. Lalu keduanya menuju ke 'Hall 1', dewan panggung di mana Pengabdi Setan akan ditayangkan.

"Uish awalnya kita, takde orang pun lagi" Ain yang sedar yang belum ada seorang pun lagi di dalam panggung itu memberitahu Zul.

"Tuu ah tu, awal sangat la pulak, ni rokok sebatang pun sempat ni" Zul merebahkan punggungnya ke atas kerusi di sebelah Ain.

"Jom awak kita sapkok lu" Zul mengacah Ain. "Sorry tak suka rokok-rokok ni, tak sedap pun" Ain menunjukkan isyarat jari X kepada Zul sebagai tanda dia tidak menyukai rokok.

Zul mengerling ke arah Ain, dengan suara yang agak berbisik dia bersuara "Tapi rokok saya sedap". Mata Ain membulat mendengar bisikan Zul yang samar-samar tadi, namun dia yakin apa yang telinganya dengar itu.

Belum sempat dia berkata apa-apa, skrin panggung sudah pun terpancar. "Ahhh finally, the movie is starting, enjoy your movie Ain" Zul mula membetulkan postur badannya agar dia dapat menikmati wayang itu dengan selesa.

Ain masih terpinga-pinga di sebelahnya, otaknya bekerja keras untuk meyakinkan apa yang didengarinya tadi.

Dia kaget, namun dengan segera dia menolak ke tepi segala yang bermain di fikirannya ketika itu lalu memfokuskan pandangannya ke arah skrin.

"I hope so..." bisik hati Ain.