Zul melibas-libas tangan kirinya ke merata arah, cuba menghalau lalat yang semakin rancak mengerumuni makanan di dalam pinggannya. Tangan kanannya pula masih ligat mengaut-ngaut nasi lalu disuapkan ke dalam mulut.
Ayam goreng berempah yang menjadi kegemaran Zul sejak kali pertama menjejakkan kaki ke kampus itu digenggam sebelum diratah enak. Tanpa dia sedari, Ain yang duduk di kerusi hadapan bertentangan dengannya sedang merenung pelik melihat gelagat Zul itu.
"Memang kalau makan takleh duk diam eh? Bergerak sana bergerak sini tangan tu. Nak makan ke nak rave ni?" Ain menegur apabila dia tidak lagi mampu menahan melihat kelakuan pelik Zul dihadapannya.
"Ha? Hehehehe lalat ni haa serabut je kacau orang nak makan. Orang nak makan tu takyah la kacau pegi lah cari orang lain nak kacau" Zul yang kini sedar rupanya dia telah diperhatikan, menjawab sambil tersengih-sengih.
"Ah macam-macam lah awak ni, makan lah cepat. Tangan tu duduk diam-diam, saya ikat nanti kang" Ain mengugut. Zul seraya itu terus menegakkan badannya, tangan kirinya diangkat ke kening melakukan satu tabik 'spring' kepada Ain.
"Baik tuan!" kata Zul sambil tersengih lagi. Nasi di dalam pinggan dikaut lagi untuk disuapkan ke dalam mulut. Ain hanya menggeleng sahaja melihat tingkahlaku Zul. Tapi tiada siapa tahu yang dalam hatinya sedang melonjak girang dapat melihat kecomelan lelaki idamannya itu.
"Haih comel betul la, rasa nak gigiiiiit je" teriak isi hatinya. Dia kemudian mengikut rentak kayuhan tangan Zul menyuap nasi ke dalam mulut. Sambil-sambil itu matanya sesekali melirik kepada lelaki di hadapannya sambil tersenyum sipu.
Selesai melicinkan pinggan masing-masing, mereka bangkit daripada tempat duduk dan berjalan beriringan menuju pintu keluar medan selera tanpa mengetahui hala tuju seterusnya.
"So? Apa plan harini?" Zul bertanya kepada Ain. Dia menghentikan langkahan kakinya sebelum menyandar kepada tiang pintu utama medan selera itu.
"Entah, cam biasa ah cuti. Lepas makan, tidur" Ain menjelaskan tentang kekosongan jadualnya pada hari itu. Zul nampak ada peluang cerah baginya disitu untuk meluangkan masa dengan lebih bersama Ain. Dia ingin mengajak Ain keluar.
"Ouh ye ke, kalau saya nak ajak awak tengok wayang nak ikut tak? Saya pun takde ape nak buat harini" Zul mencuba nasib.
"Awak nak belanja ke cane ni?" Ain mengacah. Matanya memandang tepat ke dalam mata Zul. Badannya dirapatkan sedikit dengan badan lelaki bertubuh sasa itu sebelum Ain mengangkat-angkat keningnya kirinya.
"Hahaha saya yang ajak mestilah saya yang belanja, untuk Ain takdehal lah" Zul membuat muka orang-orang kaya, kedua-dua bahunya diangkat menunjukkan lagaknya yang banyak duit untuk dicurahkan kepada gadis di hadapannya.
"Onnnn jarang lah Ain tak on kalau orang nak belanja ni hiks" Ain menyahut ajakan Zul tadi dengan penuh girang. Dia melompat-lompat keriangan di hadapan Zul. Tanpa pengetahuan Ain, Zul memerhatikan tubuh badannya yang sedang leka melompat keriangan itu atas bawah. Dia mengetap bibir tanda geram.
"Pantek padu gak sial body dia ni"
Tanpa semena-mena, Zul kaget. Dia tahu ini bukan masa yang sesuai untuk perkara ini berlaku. Dia tidak mahu kalau Ain nampak, mesti gadis itu akan fikir lain terhadapnya. Tetapi dia tidak boleh mengawalnya, dia memandang ke bawah, ke arah zip seluarnya. Terdapat benjolan keras sedang mencanak di situ. Umpama seekor burung yang sedaya upaya mencari jalan keluar, bebas dari sangkar yang membelenggu.
Zul memusingkan badannya membelakangi Ain, sepantas kilat tangan kanannya diseluk masuk ke dalam seluar.
"Time time ni la kau nak salah parking anjing....."
Getus Zul sendiri, tangannya masih membetul-betulkan posisi 'adik' nya di dalam seluar sebelum tiba-tiba...
"Apa yang salah parking?"
Ain dengan muka selenganya di sebelah Zul, menegurnya. Hampir meloncat Zul di situ. Tangannya dikeluarkan daripada seluar. Peluh kaget sudah bercucuran di dahi.
"Mak aihhh nasib tak sakit jantung. Jangan la buat terperanjat! Tak saya kata kat mana la saya parking kereta saya tadi..." dalih Zul.
"Dah la jom la, saya dah ingat dah kat mana saya letak kereta" Zul tanpa berlengah terus melangkah meninggalkan Ain, menuju ke kereta.
Ain yang masih tercegat di situ, hanya memandang Zul dengan satu senyuman. Matanya sinis memandang lelaki di hadapannya itu. Dalam otaknya sudah bermain-main apa yang perlu dilakukan, hanya masa menentukan. Dia kemudiannya menuruti langkahan Zul ke arah kereta.
"Sikit lagi Zul, sikit je lagi. Kau tunduk jugak nanti.."