Chereads / Back To Febuary / Chapter 57 - Bab 57

Chapter 57 - Bab 57

Kalau sebelum ni aku da rasa hidup aku kosong. Tapi sekarang hidup aku bertambah kosong dan berhabuk. Ibarat bertahun-tahun tiada penghuni.

8 March 2011

"Walaikumsalam." Zafril membuka pintu rumah sebaik sahaja terdengar suara seseorang memberi salam.

"Kau rupanye, masuklah." Perlawa Zafril.

"Sorry la aku kacau kau pagi-pagi ni."

"Eh tak pelah, kau dari mane?" Tanya Zafril.

"Dari rumah, jap lagi aku nak pergi pos barang jap. Tu alang-alang lalu ni, aku singgah la." Jelas Amirul.

"Oh, eh duduklah dulu. Aku buat air jap."

"Eh, tak payah susah-susah. Aku datang melawat jek ni."

"Tak pe, kau tunggu kejap." Amirul hanya akur. Sementara Zafril sedang sibuk membancuh air, Amirul sempat melilau potret yang begitu banyak di ruang tamu rumahnya Zafril.

Amirul mengambil satu bingkai gambar yang berukuran 4R di atas kabinet laci berhampiran. Wajah Zafril semasa kecil menarik perhatian Amirul. Amirul ketawa kecil.

"Muke die dari kecil sampai ke besar tak berubah mane pun."

"Sape?" Tanya Zafril bila terdengar ayat Amirul.

"Kaulah." Sambil menunjukkan bingkai gambar tadi.

"Oh, biaselah tu." Zafril menghidangkan air sejuk juga sedikit kuih untuk santapan.

Sebaik sahaja Amirul ingin duduk, Amirul ternampak satu lagi potret yang menarik perhatiannya. Gambar Zafril dan Tia bertunang. Zafril perasan yang Amirul merenung potret tersebut.

"Gambar lame." Kata-kata Zafril buatkan Amirul tersentak.

"Kau yang cuci ke gambar tu?"

"Taklah. Arwah ayah aku yang cuci semue tu, tu yang banyak rumah aku dengan gambar." Jawab Zafril.

"Oh..."

"Eh minumlah." Amirul mencapai segelas air.

"Erm... Tia sihat?"

"Sihat. Die tengah cari kerje sekarang ni." Zafril hanya diam seketika.

"Kau ok?" Tanya Amirul, bila melihat Zafril termenung.

"Ok."

"Kau nak jumpe Tia?"

"Entahlah... aku takot die mengelak jek. Die tahu ke ayah aku da meninggal?" Amirul menggeleng.

"Kau tak bagitahu die?"

"Bukan tak bagitahu. Aku cuba untok bagitahu die, tapi die aku belom cakap lagi die da potong ayat aku. Dia cakap kalau berkaitan dengan kau, die tak nak dengar." Zafril hanya mengeluh. Suasana mula sunyi. Amirul masih lagi melilau gambar sekeliling rumah.

"Mak kau tak de dekat rumah ke?" Zafril senyum bila dengar pertanyaan Amirul.

"Mak aku da lame meninggal Mirul." Amirul terkejut.

"Sorry..."

"Tak pe, Tia sorang je rasenye yang tahu mase tu." Amirul angguk tanda faham.

"So kau nak buat ape lepas ni?" Tanya Amirul.

"Mengembara mungkin."

"Seriuslah?" Zafril hanya ketawa kecil. Amirul sedikit risau dengan personaliti Zafril yang sekarang. Lebih banyak bercakap dari sebelum ni. Mungkin cara dia untuk hilangkan rasa sedih.

Tia mula mencari kerja dari satu kedai ke kedai yang lain. Rata-rata kedai tidak perlukan pekerja. Tia berehat seketika. Tak semudah yang di sangka sebenarnya untuk mencari kerja. Kaki yang melangkah semakin penat, Tia mula duduk seketika.

"Mane lagi aku nak cari?" Sedang duduk rehat, baru Tia teringat ada satu pasaraya besar tak jauh dari situ. Mungkin dekat situ banyak kerja kosong. Sebaik sahaja sampai di pasaraya AEON. Tia jadi buntu, sebab terlalu banyak kedai di dalam pasaraya tersebut.

"Ok, where should I start first?" Tia ternampak satu kedai kecil tertulis cenderahati. Perkataan tersebut menarik perhatiannya.

"Hai, selamat datang." Sapa pekerja kedai tersebut dengan senyuman.

"Erm, nak tanya. Ade kerje kosong tak?"

"Sorry miss, kami baru je ambil pekerja baru semalam." Jawab pekerja berbangsa cina tersebut.

"Oh, I see. Ok thanks." Tia terus beredar dari situ. Dia cuba pula dengan beberapa kedai berhampiran. Tapi nasib tidak menyebelahi. Jawapan mereka juga sama dengan kedai sebelum ni. Mengeluh. Tia berehat sebentar di hadapan satu cafe. kakinya sedikit penat.

"Punyelah sebesar-besar pasaraya ni, satu pun takde kerje kosong." Ngomel Tia perlahan.

"Hai, Welcome!" Suara pekerja dari cafe tersebut serentak menyambut pelanggan membuatkan Tia terkejut.

"Patut ke aku try? Ni kalau takde jugak aku balik jela." Perlahan-lahan Tia bangun dari bangku tersebut dengan langkah kanan diiringi dengan bacaan bismillah. Semoga aku dapat kerja Ya Allah.